10 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : PR Pantau Aksi Terlampau UMNO Di Permatang Pasir

Banyak pihak mengalu-alukan pengumumam tarikh pilihanraya yang jatuh pad bulan Ramadhan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

"Kita berharap di masa berkempen nanti tidak adalah unsur-unsur tunjuk punggung dan sebagainya seperti yang dilakukan pada masa-masa lalu oleh golongan UMNO. Kalau lakukan juga jelas mereka tidak menghormati kesucian bulan Ramadhan," jelas sorang pemimpin PAS Peringkat bahagian.

"Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang kerap kali melakukan dosa-dosa menabur janji malah mengamalkan politik wang dan rasuah projek. Kita berharap amalan sedemikian tidak akan berlaku di Permatang Pasir," tegasnya lagi.

Di dalam siri pilihanraya kecil yang berlansung dimana UMNO tewas di hampir kesemua pertandingan di Semenanjung, UMNO yang kecewa dan desperado telah menggunakan taktik yang begitu terlampau, agresif malah ke tahap lucah.

-puteri UMNO tidak segan silu menonggengkan punggung di khalayak ramai manakala pemudanya bertindak agresif dengan melemparkan batu disamping cercaan dan makian kepada pihak lawannya.

"Budaya sebegini semacam sudah menjadi kebiasaan pada golongan UMNO yang kecewa, diperburukkan dengan amalam politik wang oleh pemimpin-pemimpin mereka yang datang dari Kuala Lumpur," tambahnya lagi.

"Dan yang aneh, pihak Suruhanjaya Pilihanraya, Polis dan media UMNO hanya mencari kesalahan anggota Pakatan Rakyat dan membiarkan perlakuan provokasi dan tidak senonoh itu dilakukan oleh UMNO BN," ujarnya lagi.

Seorang pemimpin PKR menyatakan sudah masanya segala bentuk kerja yang tidak profesyenal dan salahlaku yang diamalkan oleh pihak-pihak yang terlibat itu dihentikan.

"Kali ini kita tidak akan biarkan. SPR, Polis dan media UMNO akan didakwa jika mereka bertindak pilih-kasih dan diskriminasi. Kita akan bentuk satu task force untuk memantaunya," ujar beliau.

Tiada ulasan: