21 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Polis Semakin Melampau

Ahli Parliman Padang Serai N. Gobalakrishnan berkata polis semakin melampaui batas apabila menggunakan kekerasan ke atas seorang Ahli Parlimen sewaktu penamaan calon Dun N11 Permatang Pasir.

Gobala dalam sidang medianya berakata, beliau bukan sahaja dipukul polis malah badan berkuasa berkenaan memotong talipinggang yang dipakainya untuk melondehkan seluar beliau.

“Polis menanggalkan seluar saya, bayangkan saya ahli parlimen dan polis menanggalkan seluar saya dan mengambil gambar. Ketika saya menjerit supaya mereka berhenti melakukannya tangan saya dipijak.


“Saya percaya mereka menggunakan pisau untuk memotongnya, apakah motif mereka melakukannya. Pada saya mereka menangkap gambar saya untuk digunakan dalam pilihanraya akan datang,” katanya.

Gobala menafikan sekeras-kerasnya dakwaan stesen televisyen pro kerajaan yang menyatakan bahawa beliau bersalah kerana meyerang polis.

“Apa yang berlaku pada saya adalah saya yang diserang, apa yang mereka tunjuk di televisyen seorang lelaki berdiri di belakang saya. Polis menahan saya dan berjalan bersama, terdapat seorang polis beruniform di belakang saya menendang saya dan saya mempertahankan diri.

Gobala berkata, beliau kemudiannya dijatuhkan dan dipijak anggota polis di bahagian bahu dan belakang badan sebelum menggarinya.

Menurutnya, sekiranya beliau tidak diselamatkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu yang meredakan keadaan, beliau yakin akan menimpa nasib yang sama seperti Setiusaha Politik Kerajaan Negeri Selangor Teoh Beng Hock.

Menurutnya, kejadian di hari penamaan calon itu telah dirancang Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat berhubung kejadian berkenaan namun tiada sebarang kenyataan diambil oleh polis.

Gobala mempertikaikan kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein yang meminta Ketua Polis Negera mengambil tindakan terhadapnya kerana kononnya beliau bersalah sedang tiada sebarang siasatan dilakukan.

Beliau turut menempelak kenyataan Ayub yang menyatakan beliau sengaja mencari publisiti murahan.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku pada saya pada hari itu, disaksikan ribuan orang. Saya percaya semua perkara itu dirancang oleh polis Pulau Pinang di ketuai oleh Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob.

“Saya telah ditahan lebih dari 25 kali, saya tidak perlu publisiti murahan. Tidak perlu memberikan 20 hingga 30 orang anggota polis menyerang, mencederakan saya dan menendang saya dan memalukan sya sehingga di masukkan ke wad selama empat hari,” katanya.

Menurutnya, walau apa pun cara dilakukan Umno-BN beliau dan Pakatan Rakyat tidak akan gentar dan tetap mempertahankan perjuangan mereka.

Sementara itu, peguamnya R.S.N Rayer berkata, pihaknya akan mengemukakan saman dalam tempoh terdekat kepada polis berhub ung kejadian berkenaan.

Beliau menyifatkan tindakan polis ini sebagai berat sebelah kerana hanya menahan Ketua Pemuda MIC T Mohan tidak sampai sejam kerana menganjurkan perhimpunan haram sedangkan Gobala yang melaungkan reformasi ditahan, dilondehkan dan dpukul sehingga cedera. -TVA

5 ulasan:

pemanduteksi berkata...

Polis Malaysia belajar dari Junta Myanmar dan Zahid Hamidi pulak nak sambung menuntut dengan agen Mosad di Israel.

Tanpa Nama berkata...

goblok ni sendiri cari hal sendiri tanggung la.. dok perbodohkan polis. padahal polis tak da salah apa2. ingat negara ni keling punya ka? Balek india la woi!

Unknown berkata...

Media Cyber, saya sengaja luluskan komen anda untuk masing2 menilai dan melihat tahap bahasa, mentaliti dan perjuangan anda.

"ingat negara ni keling punya ka? Balek india la woi!"

Jelas perjuangan anda dan golongan pro-UMNO adalah berasaskan perkauman melampau.

Negara ini bukan juga Melayu yang punya. Ia milik Allah.

Apabila Melayu tak perjuangkan kebenaran lagi, Allah angkat kaum lain memperjuangkannya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya." (Al-Maidah :54)

Martoiriat berkata...

Memang POLIS bukan lagi bolih dipanggil PDRM,
Kalau polis PDRM, tugasnya menjagakan keamanan
dan patuh kpd undang2 perlembagaan Malaysia. Tapi PDRM hari ini menjaga kepentingan politik
UMNO. Kalau parti2 pembangkang cepat2 disoal
siasat dan ambil tindakan, tapi kalau parti
UMNO BN, sepi tanpa kenyataan dan siasat. Dimanakah prinsip Cepat, Adil dan Telus yg
diamalkan olih polis? Seharusnya Polis mesti
bersikap terbuka dan jangan pilih kasih dalam
tugas2nya sebagai penjaga keamanan. Polis jugak
mesti berlaku adil dan menegakkan kebenaran
sebagaimana yg ditutntut olih Islam ugama rasmi
negara Malaysia. Kalau sikap ini diteruskan jugak, imej polis akan tercemar dan raayat tidak yakin lagi dgn kewibawaan polis sebagai
penjaga keamanan dan undang2.Aku sendiri semakin hari semakin luntor kepercayaan terhadap polis...

Deramae Lleh berkata...

Makhluk Perosak seperti Media Cyber inilah yang mencemarkan seluruh umat melayu islam dengan hinaan terhadap bangsa lain yang tidak sewaktu dengannya.Apa dia ingat Tanah Melayu ni bapak dia punya sorang ke? Hamba di Pos Brooks Gua Musang ni pun bukannya Melayu islam,tapi mualaf Negrito..