21 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Perpecahan Melayu Selesai Jika UMNO Sertai PAS

Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah menganggap masalah perpecahan antara Melayu dan Islam di negara ini akan selesai sekiranya UMNO menyertai Pas.

“Maksud saya, ia bukannya mewujudkan satu gabungan tetapi parti itu perlu menyertai Pas, insyaAllah masalah perpecahan akan selesai,” katanya.

Menurutnya, UMNO perlu dibubarkan dan pemimpinnya harus memahami Islam serta belajar politik Islam bagi memastikan isu politik membabitkan Melayu dan umat Islam selesai.

Pada masa sama, Mohd Nor menolak kenyataan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim sambil menjelaskan bahawa parti itulah menjadi punca perbalahan dan perpecahan dalam kalangan Melayu selama ini.

Razali dalam kenyataannya sebelum ini dipetik sebagai berkata, isu perkauman telah dicetuskan pihak pembangkang, selain turut mengatakan pembangkang tidak memegang prinsip Rukun Negara.

Sehubungan itu Razali berkata, Malaysia kini dilihat berada di ambang bahaya berikutan tindakan Pakatan Rakyat (PR) suka bermain dengan pelbagai isu sehingga boleh mencetuskan masalah perkauman dan ancaman.

Menurut Mohd Nor, perbalahan dan perpecahan yang berlaku ketika ini berpunca daripada UMNO sejak tragedi 13 Mei sambil menyifatkan ia sebaliknya dicetuskan orang UMNO.

“Pemimpin UMNO juga adalah pencetus kepada pengkhianatan membabitkan isu royalti di Terengganu, rakyat yang menyokong Pas dihalang daripada menerima bantuan, itu adalah antara pengkhianatan.

“Semasa Pas perintah Terengganu, orang UMNO buat demonstrasi terhadap sultan ketika pemilihan Menteri Besar, menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan dan Terengganu, ustaz serta tok imam yang menyokong Pas pula dipecat,” katanya.- SH

Tiada ulasan: