16 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Ketua Pembangkang Bukan Untuk Dicerca

Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya diberi penghormatan sewajarnya kerana kedudukan beliau yang sah sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen negara dan bukannya dianggap musuh yang mesti dimaki serta dicerca setiap masa.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Anwar mempunyai peranan yang sah dalam sistem demokrasi berparlimen kerana beliau mewakili separuh daripada jumlah pengundi Malaysia (4 juta) yang memilih Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, sebenarnya di negara-negara yang lebih memahami selok-belok demokrasi, tata susila politik m:oden, yang tahu erti peranan yang berbeza antara kerajaan dan pembangkang, Ketua Pembangkang amat dihormati.

"Malah Perdana Menteri di beberapa negara yang matang demokrasi sentiasa menjemput Ketua Pembangkang untuk membincangkan hal negara demi kepentingan umum.

"Mereka ketepikan politik kepartian demi rakyat dan negara... cuma di Malaysia dan Myanmar, pemerintah ghairah nak tangkap pemimpin pembangkang," katanya semalam sebagai mengulas tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Berikutan laporan muka depan sebuah akhbar, kemudiannya Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghantar notis tuntutan maaf dan ganti rugi RM100 juta.

Timbalan Perdana Menteri kemudiannya menjelaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada :Anwar yang mahukan beliau menarik balik kenyataan yang dibuat semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Batu Pahat, Johor itu.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, katanya, ia menjadi pengukur sejauh mana kejayaan 'taktik kotor' UMNO dan BN yang selalu digunakan terhadap lawannya.

"Selepas pilihan raya kecil Manek Urai, UMNO kembali sombong seperti dulu; mereka yakin ada peluang dan ada 'formula Manek Urai'. Kita harap pengundi menolak mereka," katanya. -SH

3 ulasan:

musafir berkata...

takbirrrrrr.....

emkay berkata...

Salam Dato'. Perlu lebih ramai pimpinan Pakatan bangun mempertahankan DSAI drp agenda UBN utk menceraiberaikan Pakatan. UBN mahu isu DSAi menjadi isolated isu- hanya beliau mempertahankan diri beliau. Tapi bila telah dimulakan oleh TGNA dan Dato' sendiri, itu telah membuat kami di bawah tetap dapat berdiri tegak mengibar panji-panji Pakatan.

Karisma59 berkata...

Salam, amatlah jelas UBN merupakan pengamal demokrasi mundur dan lebih buruk dari negara-negara miskin di Afrika, walaupun berteriak-sakan mahu jadi negara maju menjelang 2020.

Mereka jelas cuba memesongkan perhatian rakyat, bahawa parti pembangkang mempunyai peranan yang sah dalam sistem demokrasi maju dan moden, berhasrat mengambil alih pentadbiran negara dari mereka yang makin kehilangan sokongan pengundi dan pembayar cukai. Mereka lupa, semakin ramai pembayar cukai dan pengundi telah matang untuk menilai tindak-tanduk mereka yg korup dan menyalahkan kuasa yang diberikan selama ini.

Tidak hairan, dalam pemikiran mereka pihak pembangkang perlu dihinakan dan dicaci-cerca dalam media kawalan mereka dan dalam satu sistem demokrasi yang penuh ketempangan. Tidakkah mereka merasa malu akan perbuatan mereka ini ??

Sungguh pelik, dinegara yang dikatakan mengamal demokrasi, pada masa yang sama pihak pembangkang sepanjang masa diberikan liputan dan penilaian yang amat negatif di dalam media kawalan mereka.

Amat tidak adil, pihak pembangkang langsung tidak diberikan ruang untuk membalas serangan dan tuduhan yang mereka cipta dan ingin ditanamkan diminda orang ramai agar membenci pihak pembangkang ? Apakah bentuk demokrasi yang ingin mereka bangunkan di Malaysia ini ??

Adakah rakyat siang dan malam sentiasa perlu diperbodoh dan disumbatkan maklumat-maklumat dan agenda politik sesuatu pihak yang tidak mendapat dibalas oleh pihak yang dituduh ? Bukankah ini spt kes membicarakan penjenayah, tanpa asas bukti yang kukuh dan tanpa peguambela ??

Tidak hairan rakyat makin muak untuk mendengar berita dan membaca akhbar harian dinegara ini kerana ia lebih dipenuhi dengan propaganda satu pihak sahaja. Hanya media dinegara komunis sahaja bersikap demikian, bukan dinegara yg dikatakan mengamal demokrasi bebas.