28 Jul 2009

Era Najib Altantuya : Kes Royalti Akan Ke Mahkamah Antarabangsa

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan mungkin dibawa ke mahkamah antarabangsa sekiranya rundingan secara "persaudaraan" dengan kerajaan pusat gagal mencapai kata sepakat.

Royalti minyak dari kawasan yang terletak di perairan Kelantan perlu diberi kepada kerajaan negeri dan bukannya diambil oleh kerajaan pusat sebagaimana yang berlaku sekarang," katanya ketika mengulas tuntutan RM1 bilion hasil royalti minyak itu.

Isu itu timbul semasa kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai baru-baru ini apabila Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Husam Musa, menyuarakan hasrat untuk menuntut royalti minyak daripada kerajaan pusat sebanyak RM1 bilion.

Nik Aziz berkata tidak ada sebab kerajaan pusat tidak memberikan royalti minyak itu kepada kerajaan negeri kerana kedudukan pelantar minyak jelas terletak di kawasan perairan Kelantan.

"Dari segi georgrafinya, dari segi faktanya, kalau Kelantan tiada hak, maka minyak dari pantai Kelantan hak siapa, Terengganu atau Thailand. Kalau tidak hak Terengganu, Thailand akan kata hak dia, ini bahaya kepada politik (negara)," katanya.

Nik Aziz berkata beliau berharap rundingan dengan kerajaan pusat akan diteruskan sehingga matlamat untuk mendapatkan royalti minyak tercapai.

"Kita berunding, kalau boleh secara mudah atau cara persaudaraan. Kalau tidak boleh berunding (kita) akan bawa ke mahkamah. Kalau tidak mahkamah di sini, ke mahkamah antarabangsa," katanya. -Bernama


3 ulasan:

sb dehlawi berkata...

Sokong jika kerajaan pas bawa isu royalti minyak ke mahkamah antarabangsa

Tanpa Nama berkata...

Elok, biar satu dunia tahu pemimpin "Hidup Melayu' telah melakukan satu rompakan besar ke atas orang Melayu. Biar dunia tahu negara kita jauh dari ketelusan (transparency)dan akauntabiliti, good governance seprti yang diamalkan di negara-negara maju. Jauh ketinggalan, sebab kita dipenuhi oleh orang2 yang kurang jujur; berebut2 kejar kemewahan dunia - anutan kapitalis yang sesat dan bertentangan samasekali dengan ajaran Islam ! Di negara2 maju yang dikuasai dan dipimpin oleh orang Kristianpun lebih besih pentadbiran mereka. Malu kita orang Islam kerana banyak pencuri dinegara kita. Mencuri kekayaan negara secara licik dan tipu helah politik. Maaf cakap. Itu realiti.

Unknown berkata...

rakyat kelantan perlu bersama2 pulaukan maner2 produk petronas sehingga royalti dikembalikan