14 Jun 2009

Tatkala Orang Lain Tinggalkan UMNO, PAS Bermimpi Nak Bersamanya

Kerajaan perpaduan, ia satu kisah tragik dari sebuah parti yang kini kita dokong bersama.

Setelah hangat ditentang dan dibangkang, maka pihak yang mendokong dan menyokong gagasan Kerajaan Perpaduan cuba memutar-mutar fakta dengan menyatakan ia baru sekadar sebuah idea. Takan idea pun salah. Kata mereka.

Benarkah begitu?

Bila kita jawab dengan bukti yang nyata sudah ada pertemuan rahsia (baca lampiran di bawah), mereka berubah kenyataan pula, kita kena bertemu dengan mereka. Menjadi tugas ulamak dan semua muslimin katanya untuk berdakwah ke arah kebaikan.

Lalu kepada mereka, kita kisah asbabun-nuzul Surah Abasa. Mereka terdiam seketika dan kemudian mencari helah lain pula untuk menjustifikasikan tindakan mereka.

Kemudian kita katakan Rasulullah pernah bersabda:

"Umara (pemimpin) yang terbaik ialah mereka yang datang menemui ulamak, dan ulamak yang terburuk ialah ulamak yang mengetuk pintu umara"

Pun masih ada yang membantah kononnya jangan baca hadith itu selapis sahaja, katanya. Semakin digawatkan demi mempertahankan satu gagasan yang benar-benar merugikan ummah.

Namun, kita ingin nyatakan : pertahankanlah Kerajaan Perpaduan yang kamu canangkan, kami akan tetap menentangnya kerana Rasulullah bersabda:

"Akan tetap ada segolongan dari ummatku berdiri atas kebenaran, mereka tidak boleh digugat oleh orang-orang yang menentang mereka atau menggugat mereka."

LANGKAH TERAKHIR : Apabila Presiden dan sekalian pimpinan sudah tidak lagi menghormati Mursyidul Am, maka tiada pilihan lain selain meminta TG Nik Aziz menganjurkan program munajat semula...menyeru seluruh ahli PAS bersama-sama untuk berdoa kepada Allah agar diselamatkan, parti ini, jemaah ini dari sekalian usaha untuk menghancurkannya.

Sekalipun dibenci oleh mereka yang pro-muqabalah ini!


Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat, sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan ke atas orang yang merencanakannya sendiri. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang ingkar yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi ” Sunnatullah ”(undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan ” Sunnatullah ” itu. Fathir :43




(http://www.malaysiakini.com/news/86862)

Jul 28, 08 5:35pm dikemaskini PAS bulan lalu menafikan wujudnya rundingan PAS-Umno kerana mereka yang terlibat dalam pertemuan sulit itu tidak memaklumkan kepada jawatankuasa pusat parti itu, kata ketua penerangannya Mahfuz Omar.

"Ia (penafian) adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS," katanya dalam satu surat terbuka memohon maaf kepada ahli dan penyokong parti itu.

"Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno."

Hasil maklumat yang tidak lengkap itu, PAS mengarahkan Mahfuz mengeluarkan kenyataan menafikan pertemuan dua parti itu pada 10 Jun.

Dalam kenyataan awalnya itu, Mahfuz "menafikan sekeras-kerasnya parti itu pernah mengadakan rundingan sulit dengan Umno" dan menyifatkan laporan laman web dan mesej SMS tentang pertemuan itu sebagai "fitnah".

Beliau berkata penyebaran berita seumpama itu sebagai "mainan politik politik dan perang saraf jahat" pihak media dan BN dalam usaha mereka untuk "pecah dan perintah Pakatan Rakyat".

Mahfuz juga berkata penyebaran itu bertujuan "menyuntik jarum kecurigaan dan kesangsian komponen parti Pakatan, rakyat dan pengundi terhadap PAS."

Dalam kenyataan panjang lapan perenggan hari ini, Mahfuz memohon maaf selepas dianggap "membohongi" ahli dan penyokong PAS sehingga menerima kritikan banyak pihak.

"Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti.

"Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas 'pembohongan' ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat," katanya.

Mahfuz menambah: "Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut.

"Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat."

Tambah ahli parlimen itu, kenyataannya bulan lepas "bukanlah atas sifat peribadi" tetapi dibuat "atas kapasiti sebagai ketua penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan beliau berbuat demikian."

Pendedahan Mahfuz ini bertentangan dengan kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang menyebut rundingan itu telah dimaklumkan kepada jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama PAS.

"Berikutan itu majlis syura ulama PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam," kata Abdul Hadi, mengakui pendedahan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 20 Julai lepas.

Abdullah membongkar pertemuan peringkat tertinggi melibatkan beliau sendiri dan Nasharuddin sebanyak tiga kali dalam rundingan dua parti itu, antaranya untuk perkongsian kuasa sejurus selepas keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Kenyataan Mahfuz ini membayangkan kemungkinan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak diberikan maklumat yang lengkap sehingga beliau minggu lalu menyokong "bersemuka" dengan pemimpin Umno - walaupun beberapa hari sebelum itu menggesa "muzakarah" PAS-Umno dihentikan.

Berikut kenyataan penuh "permohonan maaf" Mahfuz, yang juga ahli parlimen Pokok Sena:

Kepada,
Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas keterlanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat peribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai ketua penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian.

Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS.

Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil ke hadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh presiden Umno baru-baru ini.

Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.

Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS.

Lebih memeranjatkan lagi apabila "muzakarah" tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN.

Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama empat hari berturut-turut selepas pilihanraya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti.

Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu.

Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku.

Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara perdana menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut.

Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti.

Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas "pembohongan" ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat.

Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor universiti tempatan yang telah mengingatkan bahawa "jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita".

Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia.

Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada.


Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku.

Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Hj Mahfuz Hj Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAKBIR!!!!

SB Dehlawi berkata...

Orang yang jujur mengakui kesilapan...walupun kesilapan itu terpaksa dilakukan kerana desakan pihak yang menyahgunakan kuasa. Tahniah Mahfuz. Tetapi!!...tetapi bagaimana dengan kawan kita yang senyap2 berbincang dengan Umno? mana lembaga disiplin pas? siasat dengan seadil-adilnya! dan jatuhi hukuman setimpal jika benar didapati bersalah. Ini mustahak untuk keharmonian parti dan sekurang-kurangnya Pas tidak disamakan lain-lain parti - menutup kesalahan pemimpin

sb dehlawi berkata...

Saya minta sangat2 supaya GB dedahkan semua nama pemimpin Pas yang mahu UG...kami pendokong GB. ada adakan undang rambang dalam blok berhubung kerajaan perpaduan untuk ahli @ penyokong pas pilih mana satu yang dia setuju

Tanpa Nama berkata...

Mohon TGNA adakan munajajat dan muktamar khas PECAT Presiden dan Timb Presiden

Tanpa Nama berkata...

Aku nampak camni saja..suara Nik Aziz adalah suara rakyat..suara Hadi Awang..adalh suara Najib!!!

Tanpa Nama berkata...

subhanaallah berbanyak2 iftifar SBD JGN TERLALU FENATEK PADA PARTI & SASAORANG.

sb dehlawi berkata...

saya hanya mahu pimpinan membersihkan penyelewengan. saya sayangkan Pas, tak kira Pas dari mana, Pas tganu ke... pas kelate ke, pas s'ngor ke sebab itu saya tak mahu pas hancur... saya mahu pas perintah malaysia insyaallah... berdasarkan prinsip keadilan, apa bila ada dakwaan secara rasmi@tak rasmi sesuatu kes, badan disiplin perlu ambil berat dan siasat...baru Pas dilihat badan politik telus@adil... Bila timbul sesuatu isu, terutamnya yang boleh boleh mendatangkan mudarat.. maka kita perlu perteguh prinsip mana satu pihak yang kita nak sokong. kita tidak boleh dok di tengah-tengah nanti jadi macam pelandok mati kering akibat gajah-sam gajah berperang. kita perlu berpihak untuk memperkukuh sokongan untuk menyelamatkn parti. Jadi adakah ini dikatakan fanatik kepda seseorang?

Tanpa Nama berkata...

Elokla tu, mentang2 TGNA sependapat korang balun la cukup2 semua pendokong UG, lepas TGNA tak da nanti, korang nak guna nama sapa plak? Nama Husam Musa ker? Waakakakakaka

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan soal TGNA sependapat atau tidak tetapi soal jemaah yang telah berpecah sebab pemimpin yang rakus kuasa dan menipu jemaah.

Tanpa Nama berkata...

Betul sgt apa yg GB utarakan di dalam artikel di atas.

mafhum ayat ini jadi penentu nanti:

"rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan ke atas orang yang merencanakannya sendiri."

presiden, timbalan rpesiden, setuasaha agong dan sekalian mereka yg mendokong UG akan merasainya.

Tanpa Nama berkata...

tak habis2 lagi nak menyindir ke?? xpelah skrg kita tahu sapa yang ikhlas dan sapa yg e-class.

Lebai Mangkuk berkata...

PAKATAN RAKYAT sebenar nya tidak pernah ujud. Perkataan 'keji' ini cuma di sebut apabila menghadapi PRU atau PRK sahaja. Tiada lambang parti Pakatan Rakyat yang sah pernah kita lihat. Kerana ianya tidak pernah ujud.

Perkatan Pakatan Rakyat cuma di ujudkan untuk membantu dan menguatkan parti pembangkan melawan parti BN yang memerintah negara. Keujudan perkatan Pakatan Rakyat ini hanya menguntungkan parti DAP dan PKR.

PAS cuma dapat untung segantang, tetapi DAP dan PKR mendapat untung se guni.

Sebe3nar nya 'pakatan rakyat' ini dimaksudkan orang cina dan india sudah bersatu dan berpakat dalam sebuah parti iaitu - DAP.

Kaum melayu dalam PAS dan PKR pula berpakat menyokong DAP. Tujuan utama nya hanya untuk meruntuhkan kuasa pemerintahan melayu (UMNO) yang sudah memerintah dengan baik selama lebih 50 tahun.

Jelas dan nyata tidak ujud 'pakatan' dimana Pakatan Rakyat memerintah. Sebagai contoh di P Pinang, Jika benar2 ujud kerajaan 'pakatan rakyat', mengapa PAS di pinggirkan, walaupun PAS ada seorang ahli DUN yang menang. Sepatutnya kalau ujud 'pakatan', PAS harus diberi satu jawatan EXCO (paling sesuai EXCO agama Islam).

Di negeri Kedah pula ada seorang ahli DUN DAP, ianya juga di pinggirkan oleh PAS. Di Kelantan pula jangan haraf DAP akan mendapat sebarang jawatan, kerana DAP tiada ahli DUN nya.

PAS sombong dengan pemerintahan nya di Kelantan dan Kedah. DAP megah dengan pemerintahan nya di P Pinang dan PKR bangga dengang pemerintahan nya di Selangor. Masing2 dengan cara dan kehendak mereka memerintah.

Pada kesimpulan nya, bagaimana sebuah parti yang tidak menententu arah tuju nya ini boleh memerintah negara? DAP dengan cara nya, PAS dengan pendapat nya dan PKR ikut arah tujunya.

Negara pasti akan menghadapi masalah yang besar jika diperintah oleh sebuah parti yang tidak tentu dan tahu arah tujunya.

PAS bersungguh2 mahu menjadika Malaysia sebuah negara Islam. DAP menentang negara Islam yang di idamkan oleh PAS. PKR walaupun di pimpin oleh melayu/Islam tetapi tidak pernah menyokong tentang negara Islam yang hendak di ujudkan oleh PAS. Berjayakah PAS mengujudkan negara Islam sedangkan DAP dan PKR tidak pernah menyokong nya?

Penyokong2 PAS harus sedar, PAS akan di pinggirkan oleh DAP dan PKR kerana berlainan pendapat. PKR pasti akan menyokong DAP lebih dari PAS.

Sebagai satu contoh:-
Jika sekiranya PR mampu menang 200 kerusi parlimen.
PAS - 80 kerusi
DAP - 70 kerusi
PKR - 50 kerusi, dalam PKR semestinya ada calun dari bukan melayu.

Jika PAS membuat usul untuk mengujud kan negara Islam nya dan mendapat tentangan dari DAP (DAP pasti menentang negara Islam). Undian akan dijalankan.
Soalan nya, mampukah PAS meraih undi majoriti?

Tanpa Nama berkata...

lebai mangkuk cuba nak pertahankan BN yang dah nak karam kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Mangkok hayun mana pulak ni....!

Tanpa Nama berkata...

tahukah tuan tuan semua??

majlis syura, majlis tertinggi PAS telah dikuasai oleh golongan pro UBN selepas muktamar.

sila rujuk keanggotaan majlis syura menurut perlembagaan pas

keputusan majlis syura bukan dimiliki oleh mursyidul am tetapi anggota majlis syura.

kalau majoriti nakkan kerajaan perpaduan, apa yang TGNA boleh buat.

Tunggu perkembangan selanjutnya....

Tanpa Nama berkata...

lebai mangkuk kata UMNO memerintah dgn baik selama 50 tahun.Kah..kah..kah.cuba ingat siapa yg hapuskan bahasa melayu..kah..kah.Cuba lebai mangkuk ingat,siapa yg hapuskan biasiswa untk anak2 melayu..kah..kah. cuba lebai mangkuk ingat siapa yg menarik balik bantuan kpd sekolah agama.Cuba lebai mangkuk ingat siapa yg hilangkan identiti melayu dlm My Kad. semuanya UMNOlah lebai mangkuk.Macamana lebai mangkuk kata UMNO meemerintah baik selama 50 tahun. lambat laun melayu akan hilang segala2nya ditanah air sendiri sekiranya UMNO memerintah. KAH..Kah..kah..