14 Jun 2009

PAS UMNO : Pro Muqabalah Cetuskan Huru-hara Di Iran

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mengekalkan jawatannya untuk penggal kedua selepas mencatat kemenangan selesa dalam pilihan raya Presiden negara republik Islam itu semalam.

Namun kemenangan Mahmoud disambut dengan rasa tidak puas hati pencabar terdekatnya, Mir Hossein Mousavi, golongan yang bermuqabalah dengan Amerika Syarikat.

Dalam keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Iran, Mahmoud mendapat 62.6 peratus undi, diikuti Mir Hossein yang hanya berjaya mendapat 33.7 peratus undi.

Menurut maklumat Kementerian Dalam Negeri, peratusan keluar mengundi mencecah 85 peratus daripada 46 juta pengundi berdaftar.

Dua calon lain, Mehdi Karoubi dan Mohsein Rezai mendapat jumlah undi yang sangat sendikit.

Dalam pada itu, Mir Hossein yang tidak dapat menerima kekalahannya kepada Mahmoud mengadakan sidang media khas membantah keputusan pilihan raya itu.

"Saya akan menentang keputusan hari ini dan jelas berlaku banyak kepincangan dalam proses pengundian," katanya.

Di Teheran, lebih 2,000 penyokong Mir Hossein mengadakan tunjuk perasaan membantah keputusan itu dan polis dilaporkan menggunakan belantan untuk menyuraikan mereka.

Amerika Syarikat dilaporkan enggan menerima kenyataan Ahmadinejad memenangi pilihan raya Presiden Iran dan menyatakan ia akan melihat kepada dakwaan berlaku penipuan.

"Kami memantau situasi semasa di Iran tetapi seperti masyarakat dunia lain, kami menunggu dan melihat apa yang rakyat Iran putuskan," kata Setiausaha Negara, Hillary Rodham Clinton, pada sidang media bersama Menteri Luar Kanada, Lawrence Cannon.

Beberapa minit selepas Clinton bercakap, Rumah Putih mengeluarkan kenyataan dua ayat memuji "perdebatan dan minat mendalam yang dijana pilihan raya itu, terutama di kalangan belia Iran" tetapi menyatakan kebimbangan berhubung "laporan keganjilan".


1 ulasan:

Makkal Sakhti berkata...

AL-FATIHAH - USTAZ FATHI YAKAN KEMBALI KERAHMATULLAH....
Akbar Jazeera menyatakan: Pada hari ini telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik. Berita kewafatannya telah dilaporkan pada zuhur hari ini kemudia dinafikan oleh keluarganya dan mereka mengatakan ia dalam keadaan kronik. Kemudian berita kematiannya disahkan selepas itu. Sumber AFP pula menyatakan: Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara lubnan. Islamtoday telah menyatakan: Sebahgian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.

Laman yang di pantau beliau daawa.net telah menyatakan:
Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.
Ulasan: ini menunjukkan berita kematiannya pada pagi tadi adalah tidak betul dan syeikh baru meninggal petang tadi.

Sementara itu pihak HAMAS dan alqassam di laman webnya telah memberikan ucapan takziah, ia adalah seperti berikut(takziah HAMAS):
بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة حماس من الشعب اللبناني والحركة الإسلامية والأمة العربية والإسلامية بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن.

Latar belakang Fathi Yakan
Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.
Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.

lawati http://makkalsakhti.blogspot.com/2009/06/al-fatihah-ustaz-fathi-yakan-kembali.html

dan
http://akhisalman.blogspot.com/2009/06/berita-tentang-keadaan-fathi-yakan.html