14 Jun 2009

PAS UMNO : Khalid Tunjukkan Sikap Profesyenal Akui Kesilapan

Ramai memuji sikap Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad yang hari ini mengakui kesilapannya terlepas pandang mengenai usul yang dibawa oleh Dewan Muslimat kawasan itu mengenai isu melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) Sisters In Islam (SIS) yang telah mendapat reaksi pelbagai pihak.

Usul itu yang dilulus tanpa bahas pada hari terakhir Muktamar PAS ke-55 di sini Ahad lepas mendapat bantahan daripada kalangan pemimpin pakatan pembangkang, NGO dan juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khalid berkata beliau telah mengesan ketidaksesuaian ayat di dalam usul itu yang agak sensitif dan telah mengarahkan Dewan Muslimat memperbetulkan ayat itu agar sesuai dengan konsep dakwah Islam pada mesyuarat khas bagi membincangkan usul-usul dari Shah Alam pada 23 April lepas.

Usul itu telah dibawa oleh Dewan Muslimat semasa mesyuarat agung PAS Shah Alam pada 19 April, katanya dalam sidang akhbar khas bagi menerangkan isu itu, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak membuat semakan lanjutan terhadap usul berkenaan sebelum dihantar ke PAS Pusat ekoran terlalu sibuk dalam persiapan penganjuran Muktamar PAS dan juga pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada hujung Mei lepas.

Khalid yang juga anggota Parlimen Shah Alam berkata beliau akan menulis surat kepada PAS pusat dalam masa terdekat bagi menerangkan keadaan yang sebenar mengenai usul itu.

Katanya beliau tidak diminta oleh PAS Pusat untuk memberi penjelasan mengenai isu ini tetapi beliau telah diminta untuk menguruskannya memandangkan usul itu dibawa oleh PAS Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan meminta maaf kepada SIS, katanya beliau perlu meminta maaf kepada parti terlebih dahulu kerana kesilapannya itu.

Khalid berkata beliau ada dihubungi oleh Pengurus Kanan SIS Maria Chin Abdullah dan beliau telah menerangkan maksud sebenar Dewan Muslimat di dalam usul itu, iaitu PAS Shah Alam mahu wakilnya mengadakan perbincangan dan perbahasan mengenai isu-isu agama dengan SIS dan bukannya mengharamkan SIS atau menahan ahli-ahlinya untuk dipulihkan fahaman mereka tentang Islam.

Usul itu antara lain berbunyi: "(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya".


"Sikap profesyenal yang ditunjukkan Khalid perlu dicontohi oleh pimpinan PAS yang lain bilamana kita ada melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan imej parti kerana keberanian kita meminta maaf bererti kita mengakui kedudukan kita sebagai hamba Tuhan yang lemah," tegas seorang pensyarah di sebuah IPTA di sini petang ini.

"Dengan itu orang akan lebih menghormati kita daripada kita terus pertahankan perkara yang merosakkan parti dan jemaah," tambahnya.

14 ulasan:

fye berkata...

saya setuju..

mungkin DS HADI AWANG juga wajar memohon maaf atas kecelaruan yang dicetusnya berkenaan kerajaan perpaduan. kegagalan beliau menjelaskan dan menerangkan perincian tentang kerajaan perpaduan membuatkan PAS terbahagi kepada 2..

Akutunggu berkata...

Dah sah! model orang macam ni yang dikehendaki oleh musuh Islam. dan berita macamni lah yang tunggu-tunggu. Nak nyakan kebenaran Islam terpaksa tunduk dengan depa.Islam macam ni kah yang diperjuangkan. dengan SIS yang terang menyeleweng tu pun bukan main lagi jaga hati, takut terguris hati konon tapi dengan sesama muslim, dgan ustaz, ulama tikam, hentam kutuk, sumpah seranah, maki hamun semua da..... pejuang apa ni, hamprak.............

Tanpa Nama berkata...

Akutunggu

Anda lebih Islam ker dari orang Islam yg lain?
Orang Islam lain lebih haprak ker dari anda?

Tanpa Nama berkata...

Soalan yang bodoh, tak perlu dijawab!

Tanpa Nama berkata...

jika kit minta SIS diharamkan
maka tak salah org lain juga meminta PAS diharamkan

seornag profesyenal mengakui
kita mesti rasional di dalam tindak-tanduk kita

kia71 berkata...

salam.

tahniah YB.

pemimpin yg berani mengakui kesilapan adalah pemimpin yg berjiwa besar.

Akutunggu berkata...

Aik! Pelik lagi heran!

Bila sesuatu usul telah diluluskan, maknanya usul telah dipersetujui oleh semua perwakilan, termasuk isi dan ayatnya sekali. Kalau nak ubah-ubah pulak, ikut main sedap rasa kena la bawa bahas semula pada perwakilan!
kalau kena orang lain, pandainya cakap, membelakangkan jemaah la, buat keputusan tak rujuk mesyuarat la, membelakangkan syura la. Apa? bila Mahdhir marah, Karpal marah, puak2 UMNO marah SIS marah. semua dah kecut teloq. Boleh pulak buat keputusan tukar usul yang telah dipersetujui muktamar ikut suka hati. Tu laaa... lain kali kalau nak komen, hentam tu biarlah berpada! sekarang "Tepok air di Dulang terpercik muka sendiri" Wakaka!!!!

Tanpa Nama berkata...

Mana SB Dehlawi? @ pemilik Bolg GB Ni?

Jawab tu, jawab tu!

wajwaj berkata...

suara pencacai umno skrg ni dah susah nak diasingkan dengan suara pro-UG dimana-mana blog, komentar, forum. Mmg patut pun pro-UG ni lbh baik sertai UMNO.

lagupun bahasa Pro-UG seperti Akutunggu tak tumpah dengan bahasa pencacai UMNO... almaklum memang sah boleh wujud Kerajaan Perpaduan.

Tanpa Nama berkata...

Jawab dengan ilmiah leee..

Tindakan Khalid tu, tak belakangkan suara ahli ke? 8-} - wajwaj ke Waswas?

Tanpa Nama berkata...

belakangkan suara ahli sdgkan usul itu dari kawasannya, apa salah dia sendiri betulkan semuala frasa ayat sepertimana diminta oleh AJK Pusat sendiri?

Akutunggu berkata...

Kalau betulkan frasa ayat tu boleh terima lagi tapi dah jauh makna dan maksudnya. Usul tu diluluskan sebulut suara oleh muktamar dengan ayat dan maknanya sekali.padai pandai pulak guna kuasa sendiri p ubah pulak. P la belajar peraturan pertubuhan mana pun macam tu. PIBG sekolah pun macam tu. Kalau geng kita yang buat kot mana pun bolehhhh.... kita kata kat UMNO, sama sajalah kita pun. Lebih baik dok diam lagi selamat.... ...kena p kursus berpesatuan...

Tanpa Nama berkata...

Akutunggu, awak tahu tak yang suruh betulkan frasa itu adalah arahan dari Jawatankuasa PAS sendiri?

tak der salah jika usul dibetulkan, walaupun ahli dah menyokong jika untuk mengurangkan mudharatnya.

Akutunggu berkata...

Bila usul diluluskan, maka kuasa untuk memperbetulkannya adalah AJK Pusat.Bukan Shah Alam lagi. Mengapa AJK Pusat yang tak bagi kenyataan membetulkannya.???? Jika usul dipulangkan pada kawasan, maka perlu dibahaskan semula. Sejak bila pula Khalid menjadi AJK pusat atau mewakili AJK Pusat?

Apa pulak mudharatnya kalau tak diperbetulkan. awak kata ada mudharat, saya kata usul tersebut tiada mudharat bahkan menjaga jati diri org Islam. perbezaan ini menunjukkan usul itu perlu dibahaskan jika ingin dirubah.