1 Jun 2009

Sambutan Luar Dugaan Di Ceramah Husam Musa

Walaupun media pro Umno@BN dan beberapa penulis blog seperti cuba melaga-lagakan kepimpinan Pas dengan kononnya wujud golongan Erdogan dan ulama ini sama sekali tidak menjejaskan sambutan ahli dan penyokong Pas terhadap program ceramah yang diadakan.

Malam tadi ceramah Perdana anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil mendapat sambutan di luar dugaan. Ceramah kali ini membariskan YB Dato Husam Musa,Ustaz Kamarudin Sidek dan Adun DAP Dun Ayer Keroh.

Husam menjelaskan bahawa Umno@BN cukup gentar dengan perpaduan dan kerjasama erat yang wujud di dalam Pakatan Rakyat. Justeru itu pelbagai usaha dilakukan untuk memecah belahkan pakatan ini. Menurut beliau, usaha untuk memecah belahkan ini cuba dilakukan oleh musuh dengan melaga-lagakan kepimpinan Pas seolah-olah senario politik murahan seperti yang lumrah dalam Umno turut berlaku di dalam Pas. Misalnya isu perebutan jawatan, wujud perbalahan dalam pimpinan dan rasuah.

Sambutan hebat yang ditunjukkan oleh rakyat Melaka pada program malam ini memberi petanda bahawa Pas berpotensi besar untuk melahirkan anak sulung dalam Dewan Undangan Negeri serta sebagai isyarat bahawa Pakatan Rakyat mendapat sokongan padu untuk membentuk kerajaan di Melaka dalam Pilihanraya Umum akan datang. -angkasanuri

Tiada ulasan: