23 Jun 2009

PAS UMNO : Ramai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Ponteng?

Di dalam satu pengundian belah bahagi atas permintaan 15 anggota Dewan Rakyat, kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ke atas Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) diadakan di dapati 48 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 47 membantah

Difahamkan ini kali pertama Dewan Rakyat menyaksikan kelulusan satu rang undang-undang atau mana-mana seksyen diluluskan dengan kelebihan satu undi.

"Sejak saya menjadi anggota Dewan Rakyat, bermula tahun 1990, ini adalah kali pertama satu rang undang-undang diluluskan dengan kelebihan undi sangat tipis," kata Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui di lobi Parlimen.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang menggambarkan rang undang-undang yang kompleks itu "hampir gagal."

Rang undang-undang itu mempunyai 27 seksyen.

Hari ini Dewan Rakyat mula membahaskan lima seksyen yang dipinda selepas ia ditolak pada sesi Mac lalu.

Seksyen Dua itu membabitkan aspek intepretasi dan definisi pengendalian ujian DNA.

Ramai yang tertanya-tanya ke manakah perginya ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain yang kesemuanya berjumlah 82 orang.

Sikap sambil lewa serta tidak bertanggungjawab ahli parlimen Pakatan Rakyat amat diksalkan apatah lagi apabila terdapatnya kes-kes yang memerlukan penglibatan mereka seperti undian belah bagi seperti di atas.


Akta DNA tersebut mampu ditolak oleh Parlimen seandainya pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat hadir kesemuanya sewaktu pengundian dijalankan tetapi hampir separuh dari mereka mengabaikan peranan dan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara.

Kita kesal dan kita meminta agar wakil rakyat yang tidak hadir tanpa sebab yang menasabah itu didedahkan supaya mereka meletakkan jawatan lantaran pengkhianatan mereka kepada pengundi Pakatan Rakyat, atau setidak-tidaknya mereka tidak perlu lagi di pilih di dalam pilihanraya akan datang.

7 ulasan:

Awanama berkata...

Ya betull..aku sokong,,mintak greenboc tolong senaraikan!!!

Awanama berkata...

ya minta gb senaraikan yb2 tersebut....

cicitHJHASSANu berkata...

mintak siasat segera...
bising pasal ug lupa terus nk gi parlimen...
mungkin strategi ubn utk kes dsai

Pak Brahim berkata...

mengecewakan... dan tidak serius dalam perjuangan.
Gagal melaksanakan tanggungjawab.
Bergerak tanpa kesatuan dan strategi.

Awanama berkata...

Umno-Barisan Nasional tidak akan dapat mengalakahkan Pakatan Rakyat dengan hanya retorik politik saja. Tetapi Umno boleh memberi rasuah kepada pemimpin Pakatan Rakyat menjadi pengkianat dalam selimut.

Percayalah, Umno akan sentiasa menggunakan rasuah dalam segala hal demi menjaga kedudukan dan kuasanya.

Begitu juga dengan Pakatan Rakyat, jika sudah dapat menguasai kerajaan pusat akan menggunakan rasuah juga demi menjaga kedudukan dan kuasa...?

Boleh percaya ke bahawa pemimpin PAS tidak menerima rasuah....?

Awanama berkata...

Boleh percaya ke bahawa pemimpin PAS tidak menerima rasuah....? ........................... Memang di masa kini wang menjadi raja dalam kehidupan harian ,nafsu inginkan kemewahan menebal di dalam hati seseorang dengan tidak menilai halal dan haram.

Jika pemimpin atau penyokong di osoh mengenali hukum halal dan haram ia akan takut melakukannya, Sbb hasil yang haram diperolehi akan berpanjangan dalam kehidupan kita. Kita sentiasa hidup di atas dosa hasil haram. Persoalan berapa ramai yang takut pada dosa?.

Saya amat yakin bahawa fomula TGNA masih dipegang teguh oleh penyokong ramai. JUNE 24, 2009 1:16 AM

Cadangan TGHH yang dimaksudkan UG adalah percampuran antara PR dengan BN pas hanya pelupur dan umno adalh ketua BN. Adapun perkara ini telalah ekpolitasikan oleh umno. Folala TGNA percampuran antara pas dengan umno dan BN. Perkara ini telah di persoalkan oleh Nik Amar. sebab yang tertentu tidak hendak paruk lama berdarah kembali dan tertipu lagi. Perkara ini telah selesai dan tak perlu di ungkitkan lagi bahawa tiada UG lagi hanya pakatan daalam PR di perkasakan.

Awanama berkata...

Minta MP Pakatan Rakyat lebih bertanggungjawab dan prihatin dalam melaksanakan tugas-tugas mereka terutama sekali dalam persidangan parlimen.Jangan ikut perangai MP umnobn. Minta pucuk pimpinan pantau dan buka mata terhadap sikap MP-MP mereka.Kalau tak mampu memikul amanah pengundi, undur saja dan kosongkan kerusi. Manifesto hebat. Masa menjadi calon dulu bukan main hebat merayu dan berlakun. Piirrrrrah. Spesis macam ni campak ke dalam tangki najis lebih baik