23 Jun 2009

PAS UMNO : ISU KERAJAAN PERPADUAN KINI MENJADI SEJARAH


Seperti yang diharapkan oleh blog Kelab GB sebelum ini di bawah tajuk Talkinkan Isu Kerajaan Perpaduan Segera ia benar-benar menjadi kenyataan akhirnya selepas dua hari permintaan itu disuarakan.

Dalam satu kenyataan yang membawa mudarat bagi Perdana Menteri Najib Abdul Razak, seluruh pimpinan Pas sepakat menguburkan sama-sekali isu Kerajaan Perpaduan dan membulat tekad melawan Umno-Barisan Nasional.

Selesai mesyuarat khas di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur jam 6.55 petang tadi, Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dalam satu kenyataan berkata Pas tidak lagi mahu terjerumus dalam politik murahan Umno.

“Dalam semangat kekeluargaan menangani permasalahan isu politik semasa yang dibesar-besarkan media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat-suara melupakan perihal salah anggapan yang berlaku antara pimpinan atasan akibat daripada permainan politik murahan Umno,” kata Nik Aziz membacakan kenyataan tersebut.

Pas dilihat menjadi mangsa permainan media perdana yang cuba melaga-lagakan Nik Aziz dan Nasharuddin Isa dalam isu Kerajaan Perpaduan.

Media Umno-Barisan Nasional juga cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat dengan mengadu domba pemimpin gagasan itu juga dalam isu yang sama.

Namun Pakatan Rakyat hari ini mencapai satu keputusan menolak sama-sekali isu Kerajaan Perpaduan.

Nik Aziz berkata dugaan ini tidak melemahkan setiakawan parti aliran Islam itu, sebaliknya menguatkan lagi tekad Pas melawan angkara politik Barisan Nasional.

“Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus bersama-sama memperjuang keazaman Pas, lagi mendaulatkan Islam di persada tanahair,” tegas Nik Aziz.

“Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan di hentikan serta-merta,” katanya lagi.

Menyentuh kata-dua kepada Nasharuddin tempoh hari, Nik Aziz berkata isu antara beliau dan Nasharuddin telah diselesaikan dalam suasana kekeluargaan.

“Saya selaku Mursyidul Am Pas, menarik balik segala kenyataan saya terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa, dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi,” kata Nik Aziz.





6 ulasan:

remy berkata...

MENGHARUKAN SEHINGGA MENGALIR AIR MATAKU....

Tanpa Nama berkata...

Demikianlah satu episod dan ujian telah diatasi melalui kebijaksanaan dan semangat kekeluargaan. Syabas kpd semua saf kempimpinan
tertinggi PAS, termasuk TGNA, TGHH, Dato' Dr. Haron, Tok Pa, Dato' Mahfus, Hj Ahmad Awang, Dato' Tuan Ibrahim DAN lain2 yg sedaya upaya berusaha menyelesaikan isu ini. Sekalung tahniah KHAS kpd Ust. Nasha kerana dengan GENTELEMENT datang jumpa TGNA. Beliau tidak bersalah, tetapi TERsilap sedikit, sehingga mendahului PAS 'selangkah' hngga timbul kekeliruan dan salah tanggapan. Itu perkara biasa, di mana2 saja, siapa saja !

Tanpa Nama berkata...

emy said...
MENGHARUKAN SEHINGGA MENGALIR AIR MATAKU....

JUNE 23, 2009 8:26 AM
...............................
Pertelingkahan atau perbalahan dalam rumah tangan tidak semestinya berakhir percerian selagi iman masih ada.
Salah satu mesti mengalah atau mendiamkan diri bukan bererti penakut, inilah cara yang diajar dalam islam setelah reda atau sejuk ianya akan bertauk semula dan AKAN MELAHIRKAN KELUAR BAHAGIA DAN LEBIH SAYANG –MENYANGI ANTARA SATU SAMA LIN.

Tanpa Nama berkata...

YANG BAIK DATANG NYA DARI ALLAH DAN YANG BURUK DATANG NYA DARI KELEMAHAN KITA SENDIRI.
SELAGI KITA BOLEH BERCAKAP KESILAPAN TETAP ADA DI KEDUA- DUA PEHAK ,KITA NI TAK MAKSOM DIMANA TIDAK TERLEPAS DARI KESILAPAN. WALAU BAGAIMANAPUN ANAK TETAP MENCIUM TANGAN BAPAK MENANDAKAN HORMAT DAN TIDAK DURHAKA.

Umar berkata...

Kita ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz kerana bertindak cepat memperbaiki labu yang telah dikunyah oleh tikus. Alhamdulilah, "biduk berlalu kiambang bertaut

Apa yang telah berlaku ini perlu dijadikan peringatan bahawa musuh politik berada dimana-mana saja walaupun didalam rumah sendiri.

Kita berharap selepas ini tiada pemimpin tertinggi PAS nak menggatal lagi dengan musuh politiknya atas alasan membuat kebaikan demi perpaduan ummah sedangkan cadangan untuk membuat kebaikan itu tidak ada persetujuan lagi dari pihak berkuasa parti.

Apa yang perlu dijelaskan disini bahawa PAS terikat dengan undang-undang dan peraturan islam apabila mahu memulakan sesuatu kerja tetapi UMNO bebas melanggar segala undang-undang dan peraturan islam. Disebabkan perbezaan itu menyebabkan parti PAS mudah dibuli dari dimuliakan oleh musuh politiknya. Akibatnya segala impian untuk membuat kebaikan akan menjadi "indah khabar dari rupa".

Semuga pengundi diManek Urai akan memberi sokongan kepada yb ustaz Nasharudin Mat Isa dan memberi undi kemenangan kepada parti PAS.

Tanpa Nama berkata...

Salam semua.

Alhamdulillah semuanya telah berakhir. Saya harap semua pihak hendaklah berhati-hati apabila bercakap mengenai sesuatu, dikhuatiri
ia akan dimanipulasi oleh akhbar musuh. Media media arus perdana itu sentiasa menunggu utk 'putar' dan belitkan cerita. By a twist of word, it will bear a different meaning! Be careful. Journalism mnatang apapun, belajr dari mana pun mreka tu kita tak tau. Etika kewartawanan apa yg jd garis panduan mereka kita tak tau. Jadi, pemimpin kita yg berpengetahuan dan berpendidikan tinggi dlm ilmu agama harus juga tahu strategic thinking, mass communication (in order not to let things be blown out of hand, out of proportion dll! Kena ada elemen 'think-tank' ssikit, kita buat /kata sesuatu ada effect dan reaksinya. Kita senyum ada reaksi orang juga. Kemudian pemilihan kata-kata (choose of word) penting juga. Thefore they (leaders) must be efficient in Malay. Bukan saya nak lecture..tp skadar nak beri pandangan je.
Kemudian, berbalik kpd isu UG tu.. apabila Muktamar di Ipoh di'meteri' kan.. bukankah bermakna dengan itu, kita (PAS) telah BERJANJI (utk meneruskan komitmen bersama Pakatan)? Mana boleh JANJI itu kita lupakan begitu sahaja? Bukankan semua orang sedia maklum..apabila berjanji..kita tunaikan. MESTI tunaikan. Tiba2 kita nak konar ke lain pulak..(UG) mana buleh ! Itu sebab TGNA mengamuk !