10 Apr 2009

PASCA BUKIT GANTANG : Sah! Nizar Dijemput Ke Istana

Tanda-tanda bahawa Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan sebagai penyelesaian kepada krisis politik yang melanda negeri tersebut sejak awal Februari lalu nampaknya semakin nyata apabila Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah dijemput mengadap Sultan Azlan Shah 19 April depan.

Ketika dihubungi TV Antara, Datuk Seri Mohammad Nizar yang juga ahli parlimen Bukit Gantang mengesahkan beliau telah menerima jemputan dari pihak istana untuk menghadiri majlis penganugerahan bintang-bintang kebesaran pada tarikh tersebut sempena sambutan keputeraan baginda baru-baru ini.

Beliau juga berkata susulan kepada surat pertama yang dihantar kepada Sultan awal Mach lalu untuk memohon perkenan mengadap juga telah dihantar minggu lepas.

Ditanya samada beliau akan membangkitkan isu pembubaran DUN Perak pada pertemuan dengan Sultan Azlan Shah pada majlis rasmi itu kelak, Datuk Seri Mohammad Nizar berkata ia bukan suasana yang sesuai untuk membincangkan perkara tersebut.

"Saya menunggu jawapan daripada pihak istana untuk mendapatkan tarikh yang sesuai untuk mengadap Tuanku Sultan dan pada ketika itu isu pembubaran DUN akan saya persembahkan kepada baginda untuk pertimbangan sewajarnya," kata beliau.

Perkembangan terbaru ini boleh ditafsiran sebagai indikasi bahawa Sultan Perak mahu melihat penyelesaian kemelut politik akibat daripada tindakan rampasan kuasa haram yang didalangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui Umno dan Barisan Nasional negeri yang mengheret institusi raja bagi memenuhi skim politik khianat mereka.

Ini juga berikutan kemenangan besar Pakatan Rakyat di pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang 7 April lalu yang dianggap sebagai referendum rakyat terhadap desakan supaya DUN dibubarkan bagi membuka jalan kepada pilihan raya negeri secepat mungkin.

Ia juga merupakan isyarat yang jelas kepada Istana bahawa referendum rakyat Bukit Gantang mestilah dihormati oleh semua pihak.

Datuk Seri Mohammad Nizar selaku Menteri Besar yang sah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Perak bagi memohon mengadap untuk mempersembahkan hasil keputusan persidangan tergempar DUN yang diadakan di bawah pokok 3 Mach lalu.

Sidang DUN tersebut meluluskan tiga usul iaitu sokongan terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar, membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan dan membenarkan Speaker, V. sivakumar mengambil tindakan menghina Dewan terhadap polis, Menteri Dalam Negeri (ketika itu Datuk Seri Syed Hamid Albar), Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim serta kakitangan awam yang terlibat menghalang sidang tergempar
tersebut.

-tvantara

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

melayu mungkin lupa tapi ingat melayu tidak bodohlah. kau ingat kau boleh tipu orang melayu macam mana anwar ibrahim tipu satu dunia yang dia akan ambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada 16 september tahun lalu. hanya melayu pas aje yang bodoh lagi banggang yang tak habis-habis kena tipu dan kena bodoh dengan anwar ibrahim.

Tanpa Nama berkata...

rakyat perak tak akan lupa tentang rampasan kuasa yang dilakukan oleh najib. prk bukit gantang telah membuktikannya. jika umno merasa masih lagi mendapat sokongan rakyat mengapa takut untuk membubarkan dun. mengapa umno bagai orang yang hilang akal sekarang?

matbodo.

Tanpa Nama berkata...

bubar dun perak adalah satu penyelesaian yg terbaik. serahkan mandat pd rakyat biar rakyat pilih. kalau nak pilih parti rasuah pun biar kanlah.memang ramai org melayu yg bangap2. hari2 dok kena tipu dgn pemimpin2 depa. selagi dok nganga dpn tv3suku, dok percaya utusan meloya.rotiM & media2yg satu tempurung selagilah dok kena tipu.BANGKIT CIK OOI BANGKIT...JANGAN RAALIT.BUKA MATA SIKIT.

Tanpa Nama berkata...

kpd yg memberi komen kat atas td(yg pertama).kau kata pas banggang dan kata pas kena tipu dgn anwar ibrahim

apa ko ckp ni?sapa yg tipu sapa.pas mmg la lawan umno dr dulu2 lagi.ko tu cakap tak da makna apa2.suma ikut hati sakit ko tu.ko tu sakit hati..marah.. takleh terima kekalahan.ko pegang dah 50tahun org tak sentuh ckit pon.. bising.guna melayu utk kepntingan diri.ko tu termakan hasutan umno.ko yg tak pandai nak kata org lak.pas ada dulu lagi.ckit2 melayu..melayu..melayu.tp ko tak faham apa2.org bukan bodoh mcm ko..cakap ngn org bodo mcm ko mmg susah..tp aku nak bggtau ko tu yg bodo..pastu sombong.aku cabar kita jumpa kat luar berhujah..tajuk die...umno atau pas yg memperjuangkan islam melayu dan semua

casper c berkata...

Hello anon 6.08,

Kawan tengah demam ke, sakit tak tentu ? Bodoh boleh kasi didik tapi kalau mak engkau UMNO, belah bapak MIC - nasib lah lu otak dan perangai keluar macam mathir - duduk sorang sorang tak tentu pasal boleh gaduh sama kerusi meja !!!

Itu bukan bodoh tapi SAKIT apanama ???

Tanpa Nama berkata...

Kalo melayu PAS bodoh ditipu DSAI, melayu UMNO dan penyokongnya lagi bangang, bodoh, tolol biarkan ditipu Najib, Hamid Albar, Hishamudin, Mat Taib, Mahathir, Ali Rustam, KJ, Nazri, Zahid,..... Panjang sangat senarai...

Tanpa Nama berkata...

engkau yg sakit hati tak suke anwar ibrahim nak marah kat orang pulak...umno jgk yg naya dia.apa yg mesti kau tau ialah tidak semua melayu mcm engkau ..banggang dan sombong.nak ajarb org lak.nak ajar pas lak.malu la ckit...apa hujah ko nak lawan pas.dah tau umno mcm ko ni akan ckp apa..berpusing2 kalu ckp.sbb nak cari alasan

Tanpa Nama berkata...

kengkawan,jgn layan pencacai umno kat atas tu,kesian la kat dia sikit,dia tu dah la bodoh, bebal terlampau lak tu, aku tau kenapa org umno tak suka PAS - sbb depa tu takut hukum Hudud, yeala..dah byk sgt melanun sana sini,sudahnya melayu jugak rugi,pemimpin umno yg kaya raya, kalau dah pencacai tu pencacai la jugak...

Tanpa Nama berkata...

khas untuk geng umno... sudah kalah tu... sudah le.. jgn aysik nak salahkan orang dan main perkauman... tak serik ke ??? rakyat bkt. gantang/perak sudah buat pilihan dan keputusan. apa lagi yg ko mau.. terima saja laa..
tak gentleman langsung

Tanpa Nama berkata...

Helo anon 6.08

Ikut kajian aku, ahli-ahli UMNO ni semua boleh di kelaskan sebagai berikut :

1. Pemimpin-pemimpin yang sedikit jumlahnya, tapi pandai, jahat dan kaya raya dan dari dulu, kini dan selamanya memperbodohkan pengikut-pengikutnya yang terdiri dari :

2. ahli-ahli akar umbi yang ramai tapi bodoh dan kebanyakannya miskin pulak tu dek kerana dibodohkan pemimpin-pemimpin yang rosak akhlak dari dulu, kini dan selamanya.

Engkau dari spesis nomor 1 atau 2 di atas ?

Lagi satu :

Pemimpin engkau orang yang selalu berkokok "perjuangan yang belum selesai" dari dulu, kini dan selamanya tu. Engko tahu apa itu penjuangan yg belum selesai tu tak ?
Kalau ngko nak tahu - perjuangan yang tak terselesai-lesai tu sebenarnya ialah "mentekedarah". Ya - mentekedarah yang selagi hidup dan tak mati selagi tu perlu mentekedarah.

Cuma pemimpin ameno lebih sikit.
Siang - mentekedarah atas pusat.
Malam - mentekedarah bawah pusat.

Ada paham anon 6.08

Tanpa Nama berkata...

Tuanku Sultan..mohon lakukan perkara yg betul untuk rakyat negeri Tuanku..tak kan Tuanku snggup lihat rakyat Perak menderita lagi!!!!

Tanpa Nama berkata...

Daulat Tuanku..sembah derhaka dari patik yang hina..sesungguhnya apa yg patik ingin sampaikan ini berpaksikan kehendak rakyat jelata..untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan di negeri perak ini, maka hamba berbesar hati jika tuanku memperkenankan pembubaran dun bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan yang mereka impikan..
p/s:bagi yg x faham bahasa istan seperti ayat 'sembah derhaka' sila rujuk http://www.youtube.com/watch?v=b9LW_c8UY2U..