18 Mac 2009

Unity Government, Panggilan Yang Melecehkan Kemenangan Islam

Lupakan saja Kerajaan Perpaduan. PAS takkan begitu mudah lupa dengan peristiwa Kerajaan Campuran dan Kerajaan Barisan Nasional.

Tengku Razaleigh Hamzah mengalu-alukan Kerajaan Perpaduan. Alasannya jelas. BN sudah tidak berupaya memerintah. Pembangkang juga tidak berupaya memerintah. Kerajaan tajaan BN sudah hilang legitimacy. Maka dengan itu dibolehkanlah Kerajaan Perpaduan untuk memandu keluar Negara ini dari pelbagai kekalutan.

Kekalutan yang berlaku di Negara ini adalah angkara UMNO. UMNO yang semakin lemah menjadi semakin garang untuk mempastikan ia terus berkuasa. Memang tidak ada letgitimacy lagi! Mereka merasuah dan mengugut. Dengan berbuat begitu mereka semakin kehilangan sokongan dari rakyat, mereka akan kalah dari satu pilihanraya kecil ke satu pilihanraya kecil yang lain.

Malangnya UMNO tidak mahu menerima hakikat bahawa rakyat berbilang kaum tidak selesa dengan kepimpinan UMNO. Terus terang dikatakan bahawa rakyat tidak suka kepada Najib Tun Razak. Selagi Najib mengepalai UMNO dan BN, parti itu akan kecundang dari pilihanraya ke pilihanraya.

Ini bukan salah siapa. Ini salah Najib sendiri. Dia tidak mahu membersihkan diri dia. Banyak skandal dituduhkan kepada dia. Entah betul entah tidak, tidak dapat ditentukan tetapi selagi siasatan secara profesional tidak dapat dijalankan terhadap skandal-skandal ini selagi itulah nama Najib dianggap kotor, dan orang yang kotor tidak layak memerintah Negara ini.

UMNO jangan fikir tentang sokongan dari partinya sahaja. Orang masuk UMNO ada berbagai sebab, nak ini dan nak itu, takut ini dan takut itu, kerana Kerajaan UMNO ini telah meninggalkan satu budaya bahawa jika anda bukan ahli UMNO anda tidak dapat ini dan tidak dapat itu. Maka orang ramai masuk UMNO kerana mahu ini dan mahu itu, tetapi bukan kerana keyakinan terhadap UMNO jauh sekali mahu menyokong pemimpin-pemimpin UMNO.

Tidakkah UMNO sedar bahawa ahli-ahli UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP disesuatu kawasan pilihanraya (parlimen atau negeri), adalah jauh lebih tinggi dari undi yang mereka dapat? Sedangkan ahli-ahli pembangkang tak sampai 1/8 daripada keahlian UMNO, tetapi pembangkang boleh memenangi pengundian dikawasan berkenaan. Ini jelas bahawa mereka yang menjadi ahli UMNO/MCA/MIC/Gerakan/PPP adalah ahli secara luaran saja, kerana mereka takut ini dan takut itu dan mahu ini dan mahu itu, dan semasa pilihanraya mereka mengundi mengikut kesedaran sebenar.

Untuk apa Kerajaan Perpaduan? Untuk memberikan legitimacy kepada UMNO? Untuk memperkukuhkan UMNO kembali seperti apa yang berlaku kepada Kerajaan Campuran/Barisan Nasional? Dan setelah UMNO itu kukuh kembali, maka akan dicampak keluar PAS?

Ataupun memang PAS berhajat untuk bersama Barisan Nasional dan mendapatkan sedikit habuan jawatan seorang dua Menteri dan Timbalan Menteri? Ayuhlah, kalau begitu.

Takkanlah kita tidak menyedari bahawa UMNO ini sudah menyimpang jauh dari dasar untuk Negara, Bangsa dan Agama. Takkanlah kita tidak menyedari bahawa UMNO ini berjuang untuk segelintir orang kaya dan pimpinannya sehingga kini ditolak oleh rakyat, dan kehancuran yang berlaku ini perlu kita memberikan pertolongan kepada UMNO!

Negara ini terkenal dengan gejala rasuah. Siapa dan apa benda tindakan yang telah dilakukan yang menyebabkan Negara ini menjadi Negara hebat rasuah! Tidak ada penyiasatan yang betul-betul profesional yang dijalankan untuk menghapuskan rasuah. Rasuah menjadi isu politik. Orang Pembangkang diikatkan dengan allegasi rasuah untuk “memampuskan” mereka!

Rasuah berprofil tinggi, walaupun sudah dinyatakan didalam Parlimen, tetapi usahkan nak dibawa ke Mahkamah, siasat pun tidak?

UMNO menjadi parti rasuah. Secara rasminya 900 allegasi rasuah dicatatkan untuk pemilihan yang akan berlangsung tidak lama lagi, tetapi rasuah didalam UMNO sudah berakar umbi. Jawatankuasa Disiplin UMNO dan SPRM tidak akan mampu menghapuskan rasuah didalam UMNO.

UMNO mengujudkan Kerajaan yang membelakangkan integriti. Rakyat sangat sedar akan hal ini, dan rakyat menolak kerajaan UMNO. Usahkan rakyat bahkan rakan-rakan UMNO sendiri dari MCA, MIC, Gerakan dan PPP sudah melahirkan perasaan tidak keyakinan kepada UMNO. Mereka bukan saja kritikal terhadap perilaku UMNO, mereka mahu banyak dasar yang dipelopori UMNO dirombak.

Rakyat mahukan integriti untuk sistem kehakiman. Rakyat mahukan ketelusan didalam pentadbiran, rakyat menolak kerja-kerja rasuah mereka, dan rakyat mahukan sistem demokrasi yang tulen dan luas.

UMNO tidak lagi mewakili kepentingan rakyat tetapi kepentingan peribadi pemimpin-pemimpin mereka serta kroni-kroni mereka. Dan UMNO bertanggungjawab kepada kesengsaraan rakyat bawahan yang menanggung harga barangan yang tinggi hasil sistem ekonomi yang tidak berhemah.

UMNO kini berada diambang kejatuhan, dan kita tidak benarkan mereka terjun dengan labu-labunya, kerana harta negara berada didalam labu-labu itu. Kita kena selamatkan Negara kita dan bolehkah kita selamatkan Negara ini jika kita “berpadu” dengan mereka?

Lupakanlah saja Kerajaan “Perpaduan”. Kita buat kerja kita dan PRU-13 bukanlah terlalu lama untuk kita menunggu, dan pada PRU-13 nanti, kita ambil-alih pentadbiran Negara ini dan perintahlah dengan penuh saksama, adil dan berhemah.

dari: sidangonline

ULASAN GB

Sebenarnya isu tersebut tidak perlu diulas panjang lagi. Jawapan masyarakat sudah cukup untuk membuktikan idea itu ditolak.

Jika masih ingin terus memproklamirkan idea tersebut adalah terlebih baik yang termasuk di dalam kumpulan 3% yang menyokong itu menyertai UMNO. Itu jalan paling mudah. Tak perlu susah-susah untuk cipta satu utopia yang hanya indah pada sebutan tetapi hakikatnya ia sama sekali tidak akan tercapai.

Kezaliman yang dilakukan oleh BN selama ini terhadap kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat tidak boleh tiba-tiba dikompromikan dengan pewujudan Unity Government sementelah lagi kita tidak cukup bijak untuk menandingi strategi Rasulullah di dalam bernegara. Jika tidak sudah pasti Rasulullah merupakan orang pertama mewujudkan Unity Government sewaktu kezaliman Quraisy Mekkah tertimpa kepada umat Islam.

Kezaliman dan kemungkaran tidak boleh dihapuskan dengan kita kononnya menjadi pentadbir bersama, dengan entiti politik yang masih berbeza. Jika demikian apa gunanya berpilihanraya lagi? Di mana pengertian jihad kecuali jihad untuk mengejar keduniaan yang menjadi matlamat Kerajaan Unity ini?

Juga, kerajaan unity ini adalah satu penempelakan dan penghinaan terhadap para syuhada yang telah mengorbankan darah dan nyawa untuk Islam zaman berzaman.

Jika ada kerajaan yang sedemikian di dalam Al-Quran dan Sunnah, sila buktikan, kami sedia menimbangkan malah mengikuti dan mendokonginya. Namun jika tidak ada, maka kembalilah ke pangkal jalan setelah jalan yang menyesatkan itu diwarwarkan untuk memecahbelahkan ummah seadanya.

Yang lebih utama perbaiki diri dan parti supaya kita bertambah perkasa untuk diterima oleh rakyat sebagai pemerintah negara. Perbaiki diri wakil-wakil rakyat yang kita ada. Tidak ada apa-apa makna jika bercakap berdegar-degar tentang Kerajaan Unity, tetapi semasa seorang ahli Pakatan Rakyat sedang menerima usul untuk digantung di Dewan Rakyat, mereka tidak ada untuk bersama menentang kezaliman yang menimpa. Sama juga disaat ketika mana kerajaan Perak dirampas kuasanya, mereka sedang berada di luar negara pula. Itukah contoh teladan yang ditunjukkan kepada rakyat jelata? Itukah cara memimpin bagi seorang yang bergelar ketua? Kemudian pulang untuk berucap berapi-api di pentas untuk buktikan aku masih setia sedangkan yang tinggal masa itu hanyalah sisa-sisa yang sudah tidak mempunyai makna apa-apa!

Bukan tugas yang disuruh Allah untuk kita mendengar atau mencipta panggilan di kiri kanan jalan yang melecehkan kejayaan perjuangan Islam sebenarnya sepertimana syaitan yang telah cuba melecehkan perjalanan Rasulullah ke siratul-muntaha di dalam peristiwa Isra Mikraj satu ketika. Perjuangan haq menentang batil akan tetap ada sepanjang masa. Dan bukan tugas kita untuk meneroka jalan singkat ke syurga. Ia sama sekali tidak akan terjumpa. Jalan singkat yang bernama kerajaan perpaduan itu hanya ilusi semata-mata!


10 ulasan:

Awanama berkata...

Setuju seratus peratus! Memang sepatutnya 3% itu keluar dan jadi ahli UMNO sahaja. Malangnya ahli UMNO menyamar ini lebih suka terus menyamar untuk 'mengUmnokan' PAS dari dalam....

Awanama berkata...

Golongan yang memperjuangkan Kerajaan Unity inilah orang yang sama dengan yang memperjuangkan Kerajaan Campuran tahun lalu.

Benar kata akhi, mereka mencari jalan singkat untuk berkuasa kini di atas nama mentadbir bersama diatas nama kepentingan rakyat jelata.

Yang sebenarnya hanyakag perjuangan perut mereka untuk mendapatkan lebih banyak habuan dunia dengan cara menggadaikan nilai perjuangan agama.

Hapuskan fraksi UMNO di dalam jemaah kita.

Hasbullah Pit berkata...

Yang penting ialah menukar sistem demokrasi yang mengamalkan "Pemenang kaut semua".

Unknown berkata...

sebol,
Islam telah pun dokompromikan untuk berada di dalam sistem demokrasi, sekarang kita hendak terus dikompromikan lagi dengan sistem unity government yang lagi jauh dari Islam.

asyraf mujahid al-zarqawi berkata...

salam..artikel seolah2 mengmbarkan UMNO sbg kafir quraisy.ingat sejahat2 umno mereka tetap islam dan tanggungjwab kita untk berdakwah kpd mereka dan sebaik2 non muslim yg sokong kita mereka tetap kafir walaupun mereka menyokong Pas..

Bagaimanakah islam akan menang?.ikuttilah jalan yg dikuti oleh sahabt Rasullah pasti islam akan berjaya..

PAS harus memastikan dalam tubuh bdnnya tidak ada virus yg sesat spt SYIAH,KHAWARIH n etc..sekiranya ada jgn mimpi ISLAM akn menang dibawah PAS

Asyraf
pas gombak

Awanama berkata...

Kita tidak mengatakan UMNO tu Quraisy kapiaq, tetapi prangai mereka lebih kurang sama malah kdgkala lagi teruk. Apa namanya tu? Hipokrit(Munafik). Hipokrit lebih teruk dari kapiaq.

Awanama berkata...

Zulkifli Sulong berkta "Bagi saya, isu ini mudah sahaja. Ia adalah persoalan masa juga. Masa yang kritikal kini adalah peralihan kuasa dari Datuk Seri Abdullah kepada Datuk Seri Najib. Tanyalah kepada siapa sahaja, mereka akan memberikan jawapan negatif kepada Najib. Jadi inilah masanya satu alternatif diberikan kepada Yang Dipertuan Agung untuk melantik PM baru."

Semudah itu untuk membentuk Unity Government?

Ia perlukan pindaan Perlembagaan. Ia perlukan perbahasan. Ia perlukan sokongan sekalian rakyat. Malah kemungkinan ia perlukan satu lagi persidangan di bawah pokok!

Bukan kerja kita nak halang Najib jadi PM. Itu hak UMNO/BN. Kita boleh dedahkan segala keburukan dan kezaliman Najib tetapi di dalam konteks kita menentang UMNO-BN.

Betul kata GB, ini semua nak melecehkan perjuangan Islam!

Golongan frakas UMNO dalam PAS memang pandai putar belit sbb nakkan habuan dunia dari kerjasama dengan UMNO-BN fullstop

Awanama berkata...

Golongan frakas UMNO sama perangainya macam UMNO, dah tahu ahli PAS tolak idea itu masih terus berdegil nak popularkannya.

Kalau macam tu tak payah lagi berusaha teruk-teruk. tak payah bekempen untuk pilihanraya. sebab kerajaan perpaduan dah ada.

apa yang nak ditentang lagi?

oleh itu frakas umno mesti dilenyapkan terus dari PAS. Semuga Allah menurunkan kehinaan kepada mereka ini yang nak memecah belahkan PAS.

Awanama berkata...

Ada yang mengatakan bahawa sejahat-jahatnya ahli UMNO, mereka tetap Islam. Lupakah kita dengan Islam Hadhari ciptaan mereka yang kita tentang selama ini? Dapatkah kita temui titik persamaan dengan orang Islam yang sebegitu? Kita bekerjasama dengan DAP dan PKR atas dasar persamaan yang kita sama-sama ingin menamatkan rejim kezaliman BN. Tetapi hikmahnya, DAP dan ramai non Muslim sudah faham dan hargai Islam sekarang. Dulu mereka menentang agenda Islam yang dibawa oleh PAS kerana banyak perkara yang mereka tidak faham tetapi sekarang keadaan tidak sama.
Tentang frakas UMNO dalam PAS, memang mereka lebih bahaya dari UMNO yang di 'luar sana' tapi yang menyedihkan, mereka berjaya merebut jawatan-jawatan tinggi dalam PAS selama ini. Ramai ahli yang samada tidak faham atau enggan percaya bahawa wujudnya musuh dalam selimut dalam jemaah kita. Mereka tidak ramai tapi mereka telah berjaya merosakkan fikrah ramai ahli. Ramai yang sudah hanyut dengan dunia dan jawatan, ukhuwwah kian hilang, muslimat semakin berserabut dan paling malang, ulama' sejati (yang pentingkan Islam bukan sekadar parti) diperlekeh dan dipinggir. Harap pemilihan kali ini bawa perubahan dan pembersihan.

Awanama berkata...

Setuju dengan anon March 19.Fraksi UMNO dalam PAS ini ramai yang memegang jawatan penting dalam PAS terutama dalam infrastuktur perhubungan - IT dan akhbar.Mereka diletakkan ditempat-tempat yang stratejik agar kumpulan ini mudah bergerak,beroperasi dan mempengaruhi.Memang tak ramai ahli PAS yang sedar dan mengetahui hal ini kerana "walaq" kepada pimpinan.Munkin keputusan PR Kecil di2 Bukit yang baru berlalu akan menginsafkan kumpulan ini bahawa "idaman" mereka hendak "bertuankan Najib" akan luntur dan lenyap.