15 Mac 2009

Tanda BN Akan Kalah Di Bukit Gantang dan Bukit Selambau

Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah berkata Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan meneruskan pendekatan "politik pembangunan mee segera" apabila menghadapi pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri berkata projek pembangunan atau pembaharuan akan dirancang seperti biasa mengikut keperluan rakyat dan bukan lagi diluluskan apabila berlangsungnya pilihan raya.

"Politik pembangunan "mee segera" (ialah) bila pilihan raya kita nampak traktor masuk...di (pilihan raya kecil Parlimen) Bukit Gantang kita tidak akan buat (begitu) tetapi pembangunan akan tetap dibawa," kata Najib semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini.

"Pendekatan projek "mee segera" seperti projek jalan berturap, membersihkan kawasan atau bermacammacam lagi projek segera setiap kali menjelang pilihan raya perlu diubah...mana yang boleh lulus akan kita lulus," katanya.

Tidak sukar untuk menyelami sebab sebenar kenapa kenyataan itu dilakukan. Ramai melihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri di atas sebagai sikap sebenar Timbalan Perdana Menteri itu yang akan menjadi Perdana Menteri menjelang awal bulan depan.

Pertama kenyataan Najib tersebut seolha-olah mengakui bahawa BN tidak mungkin berjaya di dalam PRK yang akan datang ini terutama di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, justeru itu tidak perlu membawa pembangunan "mee segera" seperti yang BN sering lakukan di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil pada masa lampau.

Kalau curahkan pembangunan banyak-banyak pun nak buat apa jika kalah!

Kedua, ialah sikap BN yang sebenar dimana mereka sentiasa membelakangkan semangat federalisma dengan cuba "menghukum" rakyat di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Bukit Gantang adalah kawasan parlimen di dalam negeri Perak yang beliau telah sedia maklum bahawa ia kini sedang mengalami kemelut politik yang Najib sendiri telah mulakan.

Dan Najib pasti telah menciumi tentang tentangan rakyat Perak terhadap tindakannya yang kotor yang telah melakukan rampasan kuasa pada bulan Februari yang lalu.

Hal yang sama turut akan dikesani di negeri jiran terutama Kedah. Apatah lagi di Bukit Selambau yang mana Najib tahu sekalipun BN menurunkan MIC sebagai calon BN di situ, peluang untuk BN menang adalah tipis apabila mengkaji penolakan masyarakat kaum India terhadap pemimpin-pemimpin MIC dan PPP di dalam PRU 2008 tahun lalu.

Jika Bukit Gantang, BN akan ditolak oleh kaum Cina yang amat membenci Najib tetapi di Bukit Selambau kaum India amat membenci BN.

Najib lebih rela membelanjakan wang berpuluh juta untuk membeli "wakil rakyat" yang telah sedia ada - itu "mee segera" dengan resipi yang lebih lazat daripada membawakan pembangunan ke kawasan-kawasan pilihanraya kecil di negeri-negeri Pakatan Rakyat untuk kemudiannya menanggung malu dan merana jika dikalahkan.

"Jika rakyat di kawasan pilihan raya termasuk di Parlimen Bukit Gantang ini memberi kemenangan kepada BN sudah pasti lebih banyak pembangunan akan dibawa masuk ke sini selepas pilihan raya," tambahnya.

Itu jelas ucapan dari seorang menteri yang tidak perdana, bukan seorang menteri yang bersifat negarawan. Seornag negarwan tidak "menghukum" rakyat yang tidak menyokongnya. Tetapi Najib adalah pemimpin UMNO-BN totok yang menzalimi rakyat yang tidak menyokong UMNO-BN. Kenyataannya membawa erti: kerajaan akan menghentikan atau setidak-tidaknya meminimakan pembangunan jika rakyat memilih parti selain dari parti pimpinannya iaitu UMNO-BN.

Jika dipandang dari sudut persekutuan (federalisma) ucapannya itu boleh diambil tindakan kerana jelas bersifat diskriminasi dan pilih kasih yang amat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sememamgnya Perdana Menteri dari dulu hingga sekarang tidak pernah menghayati konsep federalisma ini.

Najib berkata lagi program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN adalah berkonsepkan "Satu Malaysia" iaitu pembangunan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dengan melibatkan semua bidang termasuk pendidikan, ekonomi dan sosial.

Persoalannya kena baru sekarang? Kenapa ianya hanya disuarakan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, tidak di PRK-PRK yang lalu?

Menyentuh pergolakan politik yang masih berlarutan berikutan peralihan kuasa kerajaan negeri Perak, Najib berkata keadaan itu seharusnya tidak berlaku jika pakatan pembangkang menghormati dan mematuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Beliau berkata parti pembangkang PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menunggu keputusan mahkamah mengenai pertikaian siapa Menteri Besar Perak yang sah antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Jika demikian, maka Najib dan kerajaan haramnya di Perak juga perlu menunggu keputusan mahkamah. Anda yang memulakan perbuatan biadab dan khianat yang berselindung di sebalik tiang istana kini beralih menggunakan keputusan mahkamah untuk sebagai alasan untuk menyalahkan pihak lain terhadap krisis politik yang berlaku.

Malah mantan perdana menteri sendiri, Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa tindakan kamu Najib menyalahi undang-undang. Hebat sangatkah anda berbanding dengan Tun Mahathir sehingga anda begitu yakin dengan tindakan anda yang telah dan akan terus menghancurkan negara?

Tiada jalan lain kecuali menurunkan mereka segera dari memimpin kerajaan persekutuan di dalam PRU yang akan datang, dan peluang yang terhampir ialah mengalahkan mereka di dalam setiap pilihanraya kecil sebelum sampai ke PRU13 nanti.

Selamat berjuang!

1 ulasan:

tok iskandar berkata...

Semalam dan kelmarin se Malaya heboh pasal beberapa orang termasuk bloggers yang ditahan kerana menghina Sultan Perak.Tok nak pesan sikit lepas ni kengkawan bloggers cuba dapatkan nasihat peguam dan paparkan kat blog masing-masing apa yang boleh tulis dan tak boleh ditulis.siap dengan hukuman yang bakal diterima.

Tok bimbang tak lama lagi habis semua blog yang pro Pakatan Rakyat kena tutup kedai.dahlah paper dan tv pro UMNO-BN.susahlah rakyat nak dapat info yang sahih dan benar.

Tok yakin blog-blog yang pro Pakatan Rakyat sentiasa diawasi dan tok nak beri cadangan kepada PDRM siasatlah siapa yang menghina Sultan Mizan dalam sepanduknya"Kami mahukan deris,natang".Sultan Mizan adalah penghulu kepada segala Raja Melayu dan kedudukannya sebagai Yang Di Pertuan Agong amat dekat di hati rakyat Malaysia.segerakanlah siasatan terhadap penderhaka-penderhaka Melayu itu.Tok nak minta kerjasama kat rakan bloggers siarkan semula gambar mamat tu.takkan pendam je kes yang berat macam tu.Eloklah MP Pakatan Rakyat bawak usul ke parlimen desak polis segerakan siasatan ke atas mamat-mamat penderhaka tu.tok bagi tips sikit.cuba tanya Derih jusoh pasal demo tu kan buat kat rumahnya.jika polis tak siasat atau dilihat seolah-olah melengahkan siasatan,tok bimbang semakin ramai rakyat yang meragui keberkesanan polis.Eloklah suatu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes menghina sultan Mizan.MP Pakatan Rakyat pulak boleh bawak usul di parlimen mintak ditubuhkan suruhanjaya di raja siasat perkara ini.

Tahniah kepada adik Nik Nor Madihah yang berjaya mendapat 20A dan menjadi pelajar SPM terbaik 2008.Sebelum ini Siti Fatimah Mukhtar yang juga satu sekolah yang sama dengan Nik Nor Madihah iaitu sekolah Maahad Muhammadi Perempuan pernah menjadi pelajar terbaik SPM beberapa tahun yang lepas setelah memperolehi 18A.Ketika itu Hishamuddin umumkan seorang pelajar dari Johor sebagai pelajar terbaik kebangsaan biarpun jumlah A yang diperolehi Siti fatimah melebihi pelajar dari Johor yang tok tak ingat namanya itu.Tok masih ingat ada subjek yang dia tak dapat A.
Patutnya Hishamuddin berikan anugerah kepada mereka yang berhak kerana ini melibatkan pendidikan anak bangsa tanpa mengambil kira dia orang Johor atau Kelantan atau mak bapaknya UMNO ataupun PAS.Berhentilah mempolitikkan isu pendidikan.Kecemerlangan merentasi parti politik.Memang satu tamparan hebat kepada Hishamudin kerana sekolah Maahad Muhammadi Perempuan di bawah kelolaan Yayasan Agama Islam Kelantan.Tok tak pasti sekolah agama rakyat ke tidak.Eloklah sistem pendidikan di sekolah ini digunapakai di semua sekolah kebangsaan kerana keberkesanannya.Hishamuddin tak harus rasa malu tapi bangga kerana seorang anak nelayan yang serba daif boleh dapat 20A MENGALAHKAN RAKAN-RAKAN SEBAYANYA YANG BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MRSM.Nik Madihah jiga tidak boleh dibandingkan dengan anak Hishamudin dan Najib yang bersekolah di sekolah antarabangsa.MP-MP Pakatan Rakyat eloklah berikan cadangan semua rakyat Malaysia termasuklah menteri perlu menghantar anak mereka belajar di sekolah yang disediakan kerajaan.Jika tidak berbuat demikian seolah-olah merendahkan martabat sekolah kebangsaan dan tak yakin kepada sistem pendidikan yang digunapakai di sekolah kebangsaan.Lebih-lebih lagi jika dia menjadi seorang menteri pelajaran.Patutlah Hishamudin sendiri tak peka dengan hasrat pejuang bahasa Melayu untuk memansuhkan PPSMI.Anaknya sendiri belajar di sekolah antarabangsa.Itulah persepsi ramai orang ketika ini.

Keluarga Nik Madihah pula ditawarkan lot rumah oleh TG Nik Aziz kerana kecemerlangannya itu.Tok sedih Noh Omar masih sempat umumkan MRSm nak beli sut angkasawan berharga RM185 ribu dari Rusia ketika ekonomi negara tengah meleset.Bukannya sedikit duit tu.Eloklah wang sebanyak itu digunakan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin.

Tok perhatikan pemimpin UMNO semakin tidak peka dan prihatin kepada nasib rakyat.Tun Dr Mahathir dalam kenyataan terbarunya mengulas tindakan UMNO-BN di negeri pasir dua butir sebagai tergesa-gesa dan sepatutnya dibuat undi tak percaya dalam sidang DUN Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.
inilah bukti UMNO semakin hilang sentuhannya di hati rakyat.bercakap soal perpaduan memang mudah tapi apa yang UMNO buat selama ini tak menunjukkan perpaduan sebagai agendanya.asal kalah aje cakap pasal perpaduan.itulah umno.dulu,kini dan mungkin selama-lamanya
Tentang kerajaan perpaduan pula tok percaya isu ini sengaja ditimbulkan media totok UMNO untuk melaga-lagakan tok guru Nik Aziz dengan tok guru Haji Hadi.Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati.jangan berikan peluang kepada UMNO untuk mencari ruang untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.