28 Apr 2008

Apabila Ahli Parlimen UMNO Mula Berkurang Ajar Di Parlimen

Tindakan Ahli Parlimen Mersing yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad yang untuk tidak mematuhi peraturan sewaktu mengangkat sumpah dengan tidak mengangkat tangan kanannya di sidang pertama penggal ke dua belas telah menerima riaksi tindakbalas yang serupa dari Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang mengangkat tangan dengan tangan kiri dengan alasan tangan kanannya sakit.

Tindakan Karpal Singh itu adalah tepat sebagai menyindir Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tidak tegas di dalam mengenakan peraturan tersebut kepada Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan dengan mengubah ayat peraturan "seraya mengangkat tangan kanannya" kepada ayatnya sendiri: "kalau boleh angkat tangan kanan".

Ia adalah satu permulaan yang hodoh dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen BN yang tidak mematuhi peraturan sewaktu mengangkat sumpah di Dewan Rakyat dan juga merupakan satu sikap tidak profesyenal Speaker Dewan Rakyat yang tidak tegas mengenakan peraturan berkenaan ke atas Abdul Latif disebaliknya melakukan pembelaan peribadinya kepada Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan dengan menyatakan "mana tahu dia tidak boleh angkat tangan kanannya.." seraya disambut tepukan oleh ahli-ahl parlimen BN.

Karpal Singh yang telah terpukul dengan sikap berat sebelah dan tidak profesyenal Speaker Dewan Rakyat tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk tidak mengangkat tangan kanannya, disebaliknya mengangka tangan kirinya secara lesu dengan memberikan alasan tangannya sakit yang kemudiannya Speaker Dewan Rakyat terpaksa akur dengan permintaan Karpal Singh berkenaan.

Tindakan Abdul Latif itu jelas sama sekali cuba menunjukkan lagak samseng dan kurang ajarnya di Dewan Rakyat dengan membelakang peraturan sewaktu mengangkat sumpah sebagai seorang ahli parlimen dan lebih malang apabila tindakan itu mendapat pembelaan dari Speaker.

Jika demikian halnya maka di lain kali adalah wajar untuk dihapuskan sahaja peraturan mengangkat tangan kanan sewaktu membaca ikrar angkat sumpah oleh ahli-ahli parlimen.

Contoh tauladan yang telah dimulakan oleh ahli parlimen BN sendiri yang memegang jawatan timbalan menteri jelas menunjukkan bahawa peraturan Dewan Rakyat boleh dipatuhi atau pun tidak oleh ahli-ahlinya.

Di dalam sidang pertama penggal kedua belas yang bermula hari ini menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendahului 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pukul 10.15 pagi dan diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kanan dan menteri-menteri yang baru sebelum disusuli ahli-ahli Parlimen lain.

5 ulasan:

Kawan Baik berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kawan Baik berkata...

saudara GB, ini pendapat saya... pada tengahari tadi saya mengikuti secara langsung majlis ini melalui webTV Pas, saya berpendapat Dr. Abdul Latif bukan kurang ajar tetapi TERLUPA kerana pada majlis sebegini biasa sahajalah darah gemuruh...

selepas teguran oleh karpal singh, terdapat beberapa lagi ahli parlimen sama ada dari pihak BN mahu pun PR terlupa berbuat demikian... tetapi telah ditegur oleh pembantu parlimen disebelah untuk mengangkat tangan....

saya berpendapat mereka terlupa sebenarnya....pohon tuan melihat kembali jika terdapat rakaman majlis angkat sumpah tersebut untuk mempastikan ahli parlimen tersebut betul2 kurang ajar... saya pohon jgn membuat tuduhan melulu kerana sangka buruk akan terpalit kepada diri sendiri.

oleh hal yang demikian, saya kurang bersetuju cara penulisan tuan 'Apabila Ahli Parlimen UMNO Mula Berkurang Ajar Di Parlimen'. jika betul2 ahli Parlimen UMNO memang berkurang ajar saya bersetuju seperti segaja tidak mengangkat tangan, memaki hamun dan sebagainya....

oleh itu, saya pohon kepada pihak tuan untuk membetulkan kembali artikel ini agar ia lebih adil dan tidak bersangka buruk....

p/s : maaf dengan teguran ini.

Unknown berkata...

Kalau ya pun, kenapa melakukan spamming di blog ini? Itu lebih kurang ajar sifatnya di alam siber ini

TERLUPA menyebabkan sesuatu sumpah menjadi TIDAH SAH. Bolehkah anda apabila ditahan oleh polis dan kemudian anda menyatakan anda TERLUPA bawa lesen memandu kemudian dilepakan begitu sahaja?

Kawan Baik berkata...

maaf tuan saya tertekan 2 kali...maaf lagi sekali...

komen saya di TranungKite adalah dirujuk....

saya bersetuju jika speaker meminta beliau mengangkat sumpah semula...
saya juga bersetuju jika pembantu parlimen juga meminta beliau mengangkat tangan semasa sesi angkat sumpah seperti mana teguran pembantu parlimen kepada 2 ahli parlimen PR.

saya bersangkat demikian, perkara ini juga berlaku di majlis konvokesyen... saya masih ingat lagi semasa sesi konvokesyen ketika saya menerima ijazah saya dahulu, semasa sesi tersebut pegawai-pegawai sesi raptai telah meminta kami supaya tunduk hormat kepada cansoler beberapa langkah sebelum menerima ijazah tersebut (sesi raptai juga dibuat), akan tetapi ada pelajar yang terlupa berbuat demikian semasa sesi sebenar konvokesyen.

oleh hal yang demikian, saya berpendapat ini sebenarnya yg berlaku. jika betul-betul dia memang tidak mahu mengangkat tangan... dan beliau sememang sengaja tidak mahu mengangkat tangan... saya bersetuju bahawa dia memang kurang ajar... itu pendapat saya....

untuk pengetahuan tuan, saya sebenarnya mengikuti tulisan tuan, banyak yang saya bersetuju... cuma post "Apabila Ahli Parlimen UMNO Mula Berkurang Ajar Di Parlimen"
saya kurang bersetuju kerana saya beranggapan dia terlupa dan tidak bermaksud untuk kurang ajar.

Jika beliau terbukti memang berkurang ajar dan memang tak mahu mengangkat tangan... saya bersetuju penulisan ini.

seperti mana yang saya lihat semasa sesi tersebut terdapat 2 ahli parlimen PR yang pada mulanya tidak mengangkat tangan semasa sesi tersebut tetapi selepas itu ditegur oleh pembantu parlimen. andai kata jika tidak ditegur saya berpendapat mereka juga terlupa berbuat demikian, seperti mana Dr. Abdul Latif.

untuk pengetahuan tuan, 2 ahli parlimen tersebut ditegur oleh pembantu parlimen untuk mengangkat tangan selepas peristiwa teguran oleh karpal singh. oleh hal yang demikian, jika tuan speaker atau pembantu parlimen menegur Dr. Latif ketika itu, saya percaya beliau akan mengangkat tangan.

jadi, dalam keadaan begini, saya tidak nampak unsur kurang ajar berlaku...

tuan,
sebenarnya banyak perkara yang saya bersetuju dengan penulisan tuan, ini hanya teguran saya supaya kita (saya dan tuan) dapat berhati-hati ketika menulis agar apa yang kita tulis benar2 dan terbukti betul.

saya juga kadang-kadang menulis tidak berapa selari dengan fakta sebenarnya... oleh hal yang demikian, saya memohon sahabat2 saya dapat membetulkan saya kembali jika saya tersalah.... tegur menegur tidak salah malah membaiki lagi cara pemikiran dan cara penulisan kita.

maaf lagi sekali sekiranya saya menegur tuan dengan cara yg tidak berhikmah... tiada niat saya untuk mempertikai penulisan tuan selama ini... saya ikhlas sebenarnya.... jika sekiranya saya juga menulis dengan cara yang tidak betul, saya pohon tuan juga menegur saya...

terima kasih

Jeng berkata...

Memang tidak dinafikan pabila ahli Parlimen UMNO mula menunjukkan sifat sebenar mereka..sebagai talam dua muka kepada rakyat...