17 Mac 2008

Shaziman Mansor Ganti Zam?

Bekas Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman b Mansur dikatakan akan mengganti Zainuddin Maidin sebagai Menteri Penerangan yang baru.

Jika berita ini benar, ini bererti Kerajaan Malaysia akan meneruskan sikap primitif untuk terus-menerus menentang para blogger kerana Shaziman sebelum ini pernah mengibaratkan para blogger sebagai penembak curi dan laman web di internet ini ibarat “wild wild Web”.

Ia juga dilihat sebagai satu usaha kerajaan Malaysia untuk mengatasi serta mengawal internet yang merupakan diantara faktor utama kekalahan teruk UMNO-Barisan Nasional di dalam Pilhanraya yang baru lalu.

Kawalan berita dari blog adalah penting baginya, yang hanya akan memberi ruang terhadap berita-berita yang enak-enak mengenai kerajaan sepertimana yang dilakukan oleh media arus perdana.

Malah pada satu ketika Shaziman pernah mengugut "penulis laman blog itu juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi 1998 yang sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali."

Pada waktu itu ramai blogger bependapat bahawa kenyataan Shaziman tersebut kebudak-budakan, tidak melambangkan pemikiran sebagai seorang Timbalan Menteri yang matang dan merupakan seorang yang oppurtunis - mencari peluang untuk mengampu dan membodek Perdana Menteri.

Dan banyak pihak melihat ancaman yang datang dari kabinet baru Pak Lah ini jika meletakkan Shaziman Mansor sebagai Menteri Penerangan akan mempercepatkan Barisan Nasional untuk terus bungkus kerana kerajaan perlu akur bahawa akibat daripada media massa arus perdana yang telah dilacurkan selama ini adalah juga merupakan diantara faktor penyebab rakyat begitu meluat malah menampah dengan berita-berita yang dihidangkan kepada mereka.

Malah kerajaan sendiri tertipu dengan sikap yang telah dimainkan oleh media arus perdana selama ini yang seolah-olah menampakkan bahawa Barisan Nasional masih gagah walaupun di saat ianya telah diserang dengan penyakit yang perlukan rawatan CRIB (completely rest in bed), malah banyak ketika perlu masuk ke ICU (Intesive Care Unit).

Walau bagaimanapun para blogger merasa perlantikan Shaziman ke jawatan Menteri Penerangan itu akan hanya menyebabkan Shaziman menjadi ZAM yang kedua yang akan menerima nasib yang serupa jika belau meneruskan sikap "menentang" arus dari siber ini.

Seorang blogger terkenal A.Kadir Jasin pernah menyatakan:

"Saya rasa orang muda seperti Shaziman wajib menjadi penggerak kepada peralihan minda dan tidak terperangkap di dalam penjara politik yang sempit sehingga takutkan bayang-bayang. "

Kemenangan beberapa orang blogger terkenal di dalam pilihanraya umum yang baru lalu dirasakan mampu untuk "memancung" segala segala hujjah dan pemikiran kebudak-budakan Shaziman seperti Jeff Oii (Jelutong) yang pernah di saman oleh kumpulan NST dan Teresa Kok (Seputeh) yang pernah mendedahkan kewujudan pengundi hantu di Kelantan berapa hari sebelum pilihanraya diadakan.

Mampukah Shaziman berhadapan dengan blogger di Palimen? Kita tunggu, kita lihat dan kita dengar bersama nanti dan blogger tetap di sini - di palimen siber.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lagi Cepat Hancurlah UMNO, Shaziman ni adalah proxy KJ malah sepupu lagi. Budak2 suruhan Tun Daim ni tak serik2, ingat Malaysian bodoh ke.Check again how fast he climbed up.