11 Mac 2008

Barisan Nasional Terumbang Ambing

Kerajaan Barisan Nasional hari ini dikatakan sedang menghadapi masalah paling kronik setelah melalui kegetiran menghadapi kekalahn paling teruk di dalam sejarh pilihanraya di Malaysia apabila lima negeri telah terlepas ke tanga pembangkang disamping kegagalan untuk memperolehi majoriti 2/3 di Palimen.

Abdullah Ahmad Badawi yang enggan berundur dan masih terus melantik dirinya sebaai Perdana Menteri dikatakan menjadi punca kepada masalah kronik yang dihadapi sekarang ini.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah mengecam parti pemerintah itu selepas keputusan terburuknya dalam sejarah

"Pada pendapat saya, beliau telah merosakkan Umno, memusnahkan BN dan beliau mesti bertanggungjawab," kata Mahathir kepada wartawan.

Beliau mencadangkan Abdullah meletakkan jawatan, dan menambah beliau telah tersilap melantik presiden Umno itu sebagai perdana menteri.

"Saya fikir beliau harus menerima tanggungjawab atas (kekalahan) ini. Beliau mesti menerima tanggungjawab 100 peratus," katanya.

"Saya minta maaf tetapi saya memang telah membuat pilihan yang salah (melantik Abdullah)."

Mahathir sebelum ini berkata beliau tidak berhasrat melihat Abdullah memegang jawatan itu lebih daripada satu penggal, dan beliau seharusnya menyerahkannya kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Abdullah dihukum pengundi akibat kenaikan inflasi dan kadar jenayah serta keresahan hubungan kaum.

"Saya fikir orang ramai mesti rasa sangat-sangat marah, semua kaum, Cina, Melayu dan India," kata Mahathir.

"Masalahnya kita (kerajaan) telah menjadi terlalu bongkak. Kita tindas sebarang pendapat yang kita tidak suka dan mereka mula percaya pada laporan sendiri yang tidak selalunya tekal dengan apa yang sebenarnya sedang terjadi dalam negara ini."

Di dalam pada itu Abdullah masih lagi gagal untuk membentuk kabinet barunya walaupun telah tiga hari pilihanraya berlalu - sesuatu yang belum berlaku di dalam sejarah.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting menolak tawaran menganggotai semula Kabinet atau memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana mahu menumpukan sepenuh masanya untuk membina semula dan membuat pembaharuan dalam MCA selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Sabtu lalu.

Dalam pilihanraya umum Sabtu lalu, MCA tewas di 25 daripada 40 kerusi Parlimen yang ditandingnya. Parti itu juga tewas 59 daripada 90 kerusi negeri yang ditandingnya.

Parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional (BN) itu kalah kepada DAP di semua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum 2004, MCA bertanding jumlah kerusi yang sama dan memenangi 31 kerusi Parlimen serta 76 kerusi negeri.

"Saya bertanggungjawab bagi kekalahan sebahagian besar calon MCA pada pilihanraya umum baru-baru ini yang berpunca daripada pelbagai sebab.

"Bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat mendesak berikutan perkembangan terbaru dalam politik ini, saya membuat keputusan untuk tidak menawarkan diri bagi memegang sebarang jawatan Kabinet atau menyandang sebarang jawatan dalam kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ong berkata, usaha membina dan memperkasakan semula MCA merupakan tugas yang perlu dilakukan "walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran".

Rakyat Malaysia, tegas Ong, Dalam telah menghantar mesej yang jelas dalam menyuarakan kekecewaan mereka terhadap pelbagai isu.

"Semua ini telah menyumbang kepada kekalahan banyak calon BN dalam pilihanraya berkenaan," katanya.

MCA, kata Ong lagi, akan peka terhadap apa yang disuarakan oleh rakyat Malaysia.

Sementara, akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan abangnya Datuk Ong Ka Chuan yang juga setiausaha agung MCA, dijangka akan mengisi kekosongan di kementerian yang disandang Ka Ting sekarang.

Ka Chuan menang kerusi parlimen Tanjung Malim dalam pilihanraya umum Sabtu lalu.

Akhbar-akhbar itu melaporkan tiga lagi kekosongan jawatan menteri yang diperuntukkan kepada MCA akan diisi oleh Ketua Wanita, Datuk Dr Ng Yen Yen (Menteri Kesihatan).

Manakala Naib Presiden, Datuk Ong Tee Keat dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai dijangka dilantik mengisi dua lagi jawatan menteri - Menteri Sumber Manusia dan Menteri Pengangkutan.

Tiada ulasan: