14 Feb 2016

Paya Jaras Dilepaskan, Husam Musa Yang Nak Dihukumnya...

Husam tunggu kertas pertuduhan rasmi

Hanya beberapa jam selepas Pejabat Agung Pas mengadakan sidang media berhubung kedudukan Datuk Husam Musa, bekas Naib Presiden Pas itu tampil menyatakan kesediaan untuk menemui jawatankuasa disiplin parti.

Beliau melalui kenyataannya di Facebook petang ini menantikan kertas pertuduhan rasmi bagi tujuan tersebut untuk membolehkannya menyediakan pembelaan yang sewajarnya.


Najib Ke Amerika, Rakyat Kata "Jangan Balik Malaysia Lagi"

Tak balik lagi bagus, doa rakyat kepada Najib ke Amerika

Laman rasmi Facebook Perdana Menteri sejak semalam terus dihujani komentar rakyat berbaur makian termasuk berharap supaya Najib Razak tidak pulang lagi ke negara ini.

Presiden Umno itu dalam status yang dimuat naik di Facebook jam 7.01 malam tadi menyatakan Alhamdulillah selepas baharu tiba di Amerika Syarikat (AS) untuk lawatan kerja selama seminggu.

“Insya-Allah, selama di sini (AS) saya akan turut serta dalam Sidang Kemuncak Pemimpin US-Asean, berjumpa dengan golongan profesional dan para pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sini,” ujarnya.

13 Feb 2016

TGNA Tokoh Pemersatu PAS & PR, Siapa Pula Pemecahbelah Selepas Pemergiannya?

Setahun selepas Nik Aziz tiada, PAS pecah, Pakatan hancur

Selepas setahun perginya bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, parti yang beliau tinggalkan kini berpecah 2, Pakatan Rakyat diasaskannya bersama kini berkecai.

Hari ini, 12 Februari 2016 genap setahun Nik Aziz yang dianggap sebagai legenda PAS itu meninggal dunia.

Bagi bekas pemimpin PAS, Nik Aziz tidak akan dilupakan sebagai tokoh penyatu dan petunjuk sebenar dalam kehidupan beragama, berpolitik dan bermasyarakat.

12 Feb 2016

Mufti Gesa ADUN Paya Jaras Bertaubat

Mufti nasihat wakil rakyat taubat

KUALA LUMPUR – Mufti dan ulama Islam menasihatkan wakil rakyat Parti Islam SeMalaysia (Pas), Mohd. Khairuddin Othman, 45, agar memohon keampunan dengan cara bertaubat kepada Allah selepas mengenakan pakaian menyerupai Dewa Rezeki berjanggut panjang pada Isnin lalu.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abd. Rahman Osman berkata, pakaian yang mempunyai unsur ketuhanan agama lain adalah berdosa dan haram untuk dipakai oleh orang Islam.

Nasruddin Tantawi Perlu Tampil Jelaskan Isu Tonton Video Porno Di Jerman

Heboh dan kecoh sekarang ini di media sosial mengenai kisah seorang ahli parlimen dan ulama PAS yang dikatakan yang tidak membuat bayaran setelah menonton siaran porno berbayar di biliknya sewaktu lawatan kerja beberapa wakil parlimen ke Jerman dua tahun lalu.

Walaupun tidak menamakan wakil rakyat PAS yang melakukan perkara tersebut di dalam entrinya, sebuah blog seakan-akan memberikan klu dengan menamakan kesemua delegasi-delegasi jemputan yang terlibat dalam program jemputan Kerajaan Jerman pada Januari 2014 yang bertemakan “Pemisahan Kuasa dan Peranan Pembuat Dasar Menurut Demokrasi Berparlimen”

11 Feb 2016

Ahli Amanah Sertai PAS Semula? Salahuddin Nafi Kenyataan Takiyuddin

Ramai ahli PAS tunggu masa masuk AMANAH

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak dakwaan PAS kononnya ahli parti itu akan kembali menyertai PAS kerana tidak yakin dengan parti baharu tersebut.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub berkata tidak ada tanda-tanda ahli AMANAH akan menyertai semula PAS, sebaliknya berlaku apabila semakin ramai ahli PAS yang menunggu masa untuk meninggalkan parti Islam itu.

Katanya, PAS semakin lari daripada perjuangan asal menyebabkan ahlinya lari dan menyertai AMANAH.


10 Feb 2016

[VIDEO & GAMBAR] #BebasAnwar: Semua Pembangkang Hadir Kecuali PAS

Tiada pemimpin PAS hadir sambutan setahun Anwar dipenjara

Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat sempena genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara di Sungai Buloh malam tadi menyaksikan tiada seorang pun pemimpin PAS hadir memberikan sokongan.

Sebaliknya, sekurang-kurangnya 15 pemimpin politik pembangkang daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menyampaikan ucapan secara bertali arus di atas pentas sementara di depan pintu masuk penjara itu.

ADUN Paya Jaras Terlepas Sebab Dia Geng Ulama (?)

Ulama PAS ‘maafkan’ Adun berpakaian menyerupai dewa Cina

Dewan Ulama PAS Pusat menerima rasa kesal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang berpakaian seperti dewa Cina dalam satu sambutan Tahun Baharu Cina di Sungai Buloh, semalam.

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, insiden itu juga dikesali pihaknya namun mereka yakin Khairuddin tidak berniat mempersendakan Islam.

9 Feb 2016

ADUN Paya Jaras Sudah Terbabas...

ADUN PAS dikritik kerana pakai kostum dewa Cina

PETALING JAYA: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Khairuddin Othman memakai pakaian Dewa Cao Guo Jiu mendapat kritikan netizen.

Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan tindakan Khairuddin itu yang dianggap cuba mendapatkan publisiti murahan.

Turut mempersoalkan tindakan itu adalah ahli seumur hidup Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

“YB Khairuddin Othman, ADUN PAS Paya Jaras itu membawa imej dewa Cao Guo Jiu. Kalau diperhati, di rumah-rumah kaum Tionghua ada tempat sembahyang untuk dewa-dewa ni.


8 Feb 2016

Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM) Ditubuhkan

Demi untuk menyokong perjuangan Pakatan Harapan, sekumpulan warga siber dan pengguna media sosial telah menubuhkan sebuah kelab bernama "Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia' (KPPHM).

Menurut Presiden KPPHM, Sdra Othman Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu Man, objektif utama KPPHM ialah untuk membantu Pakatan Harapan di dalam meraih sokongan rakyat dengan tumpuan diberikan kepada semua ahli dan penyokong-penyokong parti-parti yang menjadi komponen Pakatan Harapan iaitu AMANAH, PKR dan DAP.

"Kelab ini akan membantu Pakatan Harapan (PH) msacara umum sahaja disamping menjalankan kegiatan-kegiatan yang boleh memperkuat dan memperteguhkan Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional dan sekutu-sekutunya," kata Cikgu Man di dalam satu sessi temubual bersama radio pedulifm yang disiarkan secara lansung melalui www.pedulifm.com malam tadi.

7 Feb 2016

Isu Derma RM2.6 Billion: Membelit Dan Akhirnya Terbelit

SIAPA SEBENARNYA PENDERMA RM2,600 JUTA ITU? ADAKAH NAMANYA PUTERA TURKI ABDULLAH AL SAUD?

Baru semalam Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengatakan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak adalah suatu bentuk pelaburan dan bukannya derma, kini Peguam Negara, Apandi Ali pula mendedahkan penderma tersebut ialah salah seorang daripada anak lelaki Almarhum Raja Abdullah.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identitinya, cuma berkata, "kami tahu nama penderma itu. Dia bukan Almarhum Raja Saudi yang mangkat itu, tetapi anak lelakinya. Dia masih hidup."

Kena Tipu UMNO Berkali-kali Tanda PAS Matang?

"Jika Pas matang kenapa ditipu Umno?" selar netizen

Laman Facebook bagi portal berita rasmi Pas, Harakahdaily menerima kecaman ramai pengguna media sosial itu berhubung kedudukan Pas yang dianggap sudah matang dalam tindakan.

Status Facebook yang dimuatnaik pada malam tadi itu berbunyi, “Politik itu seni, jangan tuduh Pas lagi: Pas ketika membuat satu keputusan, bukan ikut mana-mana telunjuk. Pas sudah matang di dalam tindakan.”

Bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline pagi ini mendapati majoriti daripada lebih 40 ulasan yang memberi reaksi terhadap ungkapan yang memetik kenyataan Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad itu menganggap parti tersebut tidak matang dan mudah diperalat oleh Umno.

6 Feb 2016

[BONGKAR] Kaedah Keji Singkirkan Mukhriz Terdedah

Puteri Umno dedah Ketua Bahagian Kedah diberi RM50,000

Ibarat rumah siap pahat berbunyi. Itu situasi yang dilihat berlaku bagi menggambarkan kemelut Umno Kedah ekoran penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Bayan Baru, Pulau Pinang, Aeiza Hassan mendedahkan berlaku sogokan kepada sejumlah Ketua Umno Bahagian dan sayap parti negeri itu bagi menghadiri sidang media tergempar, 20 Januari lalu.

Pengurusan Tabung Haji Perlu Diserahkan Kepada Yang Bekelayakan

TABUNG HAJI DAN KRISIS KEYAKINAN TERHADAPNYA

1. Tabung Haji (TH) merupakan institusi kewangan umat Islam hasil buah fikiran Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz. Ia bertujuan memudahkan urusan dan bebanan kewangan jemaah haji Malaysia. TH sebuah institusi unggul di dunia Islam yang boleh kita banggakan.

2. Untuk mencapai tujuan penubuhannya, operasi TH dibahagikan kepada dua, iaitu bahagian urusan jemaah Haji dan kegiatan pelaburan pendeposit. Keuntungan dari kegiatan pelaburan membantu menampung sebahagian kos jemaah haji.

5 Feb 2016

[PANAS] Pendedahan Berani Mati Hamid Bador..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya tiada keinsafan langsung di dalam hati Perdana Menteri dalam kemelut jijik yang tercetus akibat kelemahan diri beliau sendiri. Saban hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan episod demi episod pembohongan oleh agen-agen serta para penasihat beliau bagi menutup jenayah jijik yang menjerumuskan negara ini ke dalam kancah penuh keserabutan. Bukan itu sahaja. Imej negara di arena antarabangsa turut terjejas dengan buruk sekali.