7 Feb 2016

Kena Tipu UMNO Berkali-kali Tanda PAS Matang?

"Jika Pas matang kenapa ditipu Umno?" selar netizen

Laman Facebook bagi portal berita rasmi Pas, Harakahdaily menerima kecaman ramai pengguna media sosial itu berhubung kedudukan Pas yang dianggap sudah matang dalam tindakan.

Status Facebook yang dimuatnaik pada malam tadi itu berbunyi, “Politik itu seni, jangan tuduh Pas lagi: Pas ketika membuat satu keputusan, bukan ikut mana-mana telunjuk. Pas sudah matang di dalam tindakan.”

Bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline pagi ini mendapati majoriti daripada lebih 40 ulasan yang memberi reaksi terhadap ungkapan yang memetik kenyataan Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad itu menganggap parti tersebut tidak matang dan mudah diperalat oleh Umno.


“Jika Pas matang kenapa ditipu Umno? Barangkali nak jadi matang mestilah ditipu umno BERULANG kali,” kata Hamdan Mohamad antara pengguna Facebook yang memberi reaksi dalam status yang dimuatnaik selama 10 jam itu.

Sementara itu, Kamarul Mohamad menulis, “Kalau matang tak adalah istilah jebon, nyamuk, anwarinas, salak bukit, baru#, jahil, pan###, parasit, dan lain-lain. Jika pilih Islam perkuat dakwah, bukan melabel.”

Hal sama juga ditekankan oleh pengguna Facebook yang memakai nama Mak Labu dengan berpendapat sejumlah pemimpin lama dalam parti yang berjasa dan telah diuji dengan pelbagai cabaran tidak akan dihalau keluar oleh Pas jika parti itu matang.

“Kalau matang Pas tak dikencing Umno dlm hudud. Kalau matang Pas tak diperalatkan Umno untuk guna hudud pecahkan PR (Pakatan Rakyat),” tegas Mak Labu lagi.

Pas kuat sendirian

Sementara itu, ujar pengguna Facebook, Mohd Mahfuz, Umno akan senang hati apabila melihat Pas kalah teruk pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti kerana bersendirian.

Menyaksikan Pas lebih banyak berperang dengan parti pembangkang, Zahid Abdul Ghafor pula berpandangan Pas usah asyik retorik seperti Umno sebaliknya rakyat mahu melihat parti itu melaksanakan hudud.

“Tak habis lagi ke? Kuat bila sendirian… Dah kuat buat aja la kerja… asyik cari simpati buat apa? Nak bela Melayu tapi perguna Melayu untuk kekal kuasa dan kezaliman.

“Rasa pelik tengok Pas tak berhenti meroyan lepas membersihkan dengan cara yang cukup suci. Kata dah kuat tapi hudud pun senyap. Rakyat makin dizalimi. Dulu nak ambil kuasa dari orang gila tapi kini nak nasihat orang gila pulak,” bidasnya lagi.

Terus mempersoalkan kematangan Pas, Azman Kasim menulis, “Matang hapakebenda! Golongan cerdik pandai dan profesional habis disepaknya ditendangnya. Pada Pas yang pakai kopiah dan serban saja yang layak jadi pemimpin. Matang ke tu?” soalnya.

Beliau juga mempersoalkan kemungkinan pemimpin muda Pas pada masa ini bersedia dikenakan hukuman penjara seperti pemimpin Pas terdahulu.

“Orang yang berjuang berpuluh tahun sanggup keluar masuk penjara demi parti dan rakyat langsung tak dihargai. Matang ke tu? Agak-agak ada tak pemimpin muda Pas sekarang yang berani masuk penjara?” tambah Azman lagi.

Dakwaan Idris kononnya Pas sudah matang juga mendapat sindiran Amin Saedi yang menyoal, “Termasuklah mengkhianati perjanjian yang telah dimeterai adalah seni berpolitik?”

Reaksi sinis turut dilontarkan oleh Mohd Syukri apabila meninggalkan komentar berbunyi, “Politik itu seni, jangan tuduh Pakatan Harapan, PKR, Dap, Amanah lagi…”
-MD
ULASAN GB

Teruk nampak gayanya Naib presiden PAS kena belasah dengan warga internet.

Pandai bercakap tapi tak tahu apa yang dia cakap. "Seni berpolitik" katanya. Kalau PAS tahu seni berpolitik tidaklah ia menjadi kera sumbang sekarang ini.

Mungkin "mencaci dan memaki-hamun" dengan perkataan-perkataan barua, tolol, pengkhianat dan seumpamanya itu juga "seni berpolitik". Tikam rakan, memfitnah pil kuda dan komunis juga mungkin termasuk di dalam seni berpolitik PAS sekarang ini.

Mana mungkin PAS yang berhasrat nak menjadi ketua, tetapi tak mampu untuk menjadi pengikut yang baik?

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS semakin dipinggirkan dan PAS yang nampaknya akan terus hilang seperti HAMIM dan BERJASA seperti yang dituduhnya kepada pihak lain.

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas sekarang ni dah tak adekebenda dah oii. Cabutlah wahai ahli2 yang masih ada akal waras. Masuklah mana2 parti dalam Pakatan Harapan.

Wujudnya pas pun hanya jadi penghalang PH untuk menang saja. Percayalah. Pas yang dungu ini bakal dijadikan balaci oleh bn agar bekerja macam zombi semata2 hendak memenangkan kuasa melayu.


Seni politik konon. Pegi jalan le dengan seni biul kau tu. Kuasa melayu konon. Pergi berambuslah kuasa melayu kalau buat zalim. Sampai hati kau buatkan negara Malaysia jadi hina macam ni. Seluruh dunia sedang menyumpah2 bangsa melayu sekarang ini!

Tanpa Nama berkata...

Orang PAS sekarang ni; Kalau Haji Hadi terberak kat tepi jalan mereka akan kata bahawa Haji Hadi telah menyumbang baja dalam usaha menghijaukan alam ini.

Tanpa Nama berkata...

Bila Haji Hadi kata barua dan broker, mereka kata Haji hadi berpandangan jauh..hi3.

Tanpa Nama berkata...

Sorry to say bro, because Hadi dan pas, saya dan kebanyakan orang Cina dan takut nak dekati Islam.

Dah kena tipu hidup banyak kali dengan parti Islam dan ulama besar Islam

Tanpa Nama berkata...

Itu bukan MATANG.....itu BANGANG namanya.

Tanpa Nama berkata...

Stuju..mmg bangang 40kali bangang..

Unknown berkata...

Khas buat ketua penerangang pas..
Menonton siaran berbayar lucah pun satu cabang dari seni gak.

Tanpa Nama berkata...

sbnrnya umnolah yg bertambah matang dlm bab menipu pas. beribu kali pun mrk tipu pas, pas akan ttp sedondong dgn mrk.

musyidul pun dah senyap sbb tak boleh nak kata apa bila najib sendiri mengaku duit masuk akaun peribadi.

skrg ni mrk serang YB Husam hinggakan jkkk kwsn YB tak dpt perlantikan lg. org kg nak mkn minum juga. korg nak perut buncit dgn benda haram?!

Tanpa Nama berkata...

Muktamar Jun 15 adalah sebagai mercu tanda oleh Pas mula di jauhkan oleh kebanyakan orang2 professional yg like kpd mereka. Wpun kami bukan ahli Pas, berikan sokong kpd mereka kerana tertarik kpd usaha2 kuat professional mereka yg berikan komitmen utk mencairkan orang ramai, non muslim semakin mesra kpd Pas wpun x brapa kenan cara mereka trampilkan diri.
Kami like kpd Pas, kerana mereka disamping PKR dan DAP.. utk tumbangkan umno sebagai musuh utama politik. MasyaAllah, kami jd lebih hairan bila tengokkan TGHA dan Mursyidul lebih mesra kpd Najib, ketua umno.. Pemimpin2 Pas semakin keliru dan cacamarba, masalah2 besar negara mereka bukan setakat x usik lg, mereka sebagai pertahankan pulak.
Rupanya inilah seni politik Pas iaitu berpolitik seumpama Umno, terasa kpd kami, kocek jubah mereka semakin berat.. tengokkan balak2 yg robohkan jambatan Kelantan semasa banjir.. aduhai..aduhai..

Unknown berkata...

Dasyatnya pas...........eloklah mursyidul pun ketua jin.

Tanpa Nama berkata...

Banyak betul perubahan PAS !
Politik itu seni. Dulu politik ia lah Dakwah. Sedih lah dengan PAS sekarang.

Betul-betul ikut rentak UMNO.

Adakah PAS sedang memperbetulkan niat nya seperti yang di minta oleh Nasharudin untuk bergabung dengan UMNO ?

benartetapbenar berkata...

Dah spesies ketagih ditipu. Lebai & cai pas menjadi segar dan bertenaga semasa ditipu umno. Ulat taik jika di ubah ke atas buah apple pasti mampus!

benartetapbenar berkata...

Dah spesies ketagih ditipu. Lebai & cai pas menjadi segar dan bertenaga semasa ditipu umno. Ulat taik jika di ubah ke atas buah apple pasti mampus!

Tanpa Nama berkata...

PAS bukan sudah matang.
PAS dah tua nyanyuk.
PAS buat keputusan dan kemudian buat U turn.

Kalau PAS matang bermakna baru-baru ini PAS matang ! Idris se olah-olah cuba menyamakan PAS dengan AMANAH.

Idris cuba kikis PAS sebagai parti tua (lama) seolah-olah PAS sebaya macam AMANAH.

Sebelum ini pemimpin PAS berbangga kerana telah lama berjuang. Bukan kah matang dulu baru menjadi tua ? Dah 60 tahun baru sekarang matang ?

Unknown berkata...

Aku dulu hormat idris ni..mula2 menang naib presiden ucapan2 di kira membena juga..walau pun tak pakai serban.. rupanya pemikirannya sama gak dgn golongan bangang dlm pas.. apalah nak jadi pada pas ni.aku pernah terlibat dgn PRN sarawak.. boleh agak cara dia org2 sarawak. Mustafa ali boleh yakin pas akan dpt anak sulung di sarawak..boleh yakin mustafa ali ni.

Unknown berkata...

Serba tak kena dengan PAS sekarang ni,senang kata makin jadi caca-marba, huru-hara,haru-biru,kelam-kalibut, setiap kali kepimpinan mereka keluar kenyataan makin terserlah kebebalan/ kedunguan mereka.Apa sebenarnya HALATUJU Parti Pas ni?Isu2 besar, bermula 1MDB,GST,YAPIEM,TPPA, dll.. sampaila TH,tiada langsung langkah proaktif yg diambil Pas untuk cuba menyelamatkan negara Malaysia? yang disalahnya Cina DAP,Lks,Lge,kerja lain takda dok mengeji,memaki-hamun, menyumpah seranah bangsa cina/bangsa melayu(Umno/pas dianggap suci)yg lain wajib diperangi kalau boleh di hukum bunuh,lepas tu kamu timbulkan balik Kes Tn.Hj.Mat Sabu,"kata perangai kamu macam YAHUDI kamu marah??tapi kami lihat akhlak kamu lagi teruk dari Yahudi (Yahudi pun tak maki hamun bangsa sendiri),dari Presiden,Timb,naib Pres.,sampaila ketua pemuda (semua flip-flop).."kemungkinan Doa Pas yg melaknat golongan profesional yg keluar dari Pas telah terpalit kene batang tubuh mereka sendiri hingga menyebabkan setiap kepimpinan mereka yg mengeluarkan kenyataan jawapan yg keluar pasti merepek,merapu,meraban, gagal memahami situasi semasa (sama macam kepimpinan UMNO).Allah akan tunjukkan kebenaran itu sebagai kebenaran dan kebatilan itu tetap suatu kebatilan,masa nya pasti akan tiba.Kamu menghukum UMNO parti asobiyah tapi ape kurangnya kamu?Akhlak kamu semualah yg menyebabkan bangsa lain semakin menjauhi/takut untuk menganuti AGAMA ISLAM.

Tanpa Nama berkata...

Politik itu seni maksudnya matlamat menghalalkan cara. Jadi buanglah perkataan Islam dlm perjuangan Pas. Politik dlm Islam ada maruah dan integriti.

Pas bkn parti dakwah lagi. Sudah jauh tersasar dari perjuangan asal.

otaiblues.blogspot berkata...

seni ..seni berpolitik..amboi seni la sangat..sampai jadi bangang..begitu la juga pada yg berbogel di khalayak ramai.seni juga kata mereka..
seni brpolitik ala pas tu mcmana ye..

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Memang tidak dapat dinafikan bahawa politik itu adalah seni. Dalam konteks ini, seni dalam politik bermaksud mengandungi kepelbagaian strategi untuk meraih kemenangan. Semua orang mengakui penyingkiran golongan-golongan profesional dalam Pas melalui Muktamar 2015 adalah juga strategi untuk mengekalkan pak-pak lebai dalam Pas. Strategi untuk membawa Enakmen Hukum Hudud dalam Sidang Parlimen adalah strategi yang berkesan untuk mengekalkan kesetiaan golongan-golongan walaqun dalam Pas. Strategi ini memang betul untuk menambat agar ahli-ahlinya tidak keluar parti. Dalam situasi lain pula, isu hudud ini telah menyebabkan Pas kehilangan pengundi dari kelompok-kelompok yang tidak memahami Islam.

Strategi mengetengahkan Enakmen Hukum Hudud ini memamng menarik minat ibu bapa penyokong tegar Pas mendaftarkan anak-anak mereka menjadi ahli sebaik sahaja anak-anak mereka baligh. Lantaran itu, tidak hairanlah ahli-ahli Pas kini semakin ramai dan jumlah ahlinya kini dikatakan mencecah 1.4 juta. Namun begitu, jumlah yang seramai ini bukanlah keseluruhannya pengundi. Apa yang nyata kini, walaupun ahli-ahli parti bertambah, namun Pas kehilangan pengundi dari penyokong-penyokong Pakatan Harapan terutamanya dari Dap dan PKR. Parti serpihan Pas, Amanah yang 80 % bekas ahli Pas, sudah tentu melupakan Pas. Seni politik yang dimainkan oleh Pas ibarat pepatah Melayu; "menang sorak, kampung tergadai". Berdasarkan kajian, Pas hanya boleh bertahan di pantai timur, dan akan kecundang di pantai barat. Bahkan, dikatakan Pas akan hanya mampu mempertahan kerusi DUN Bangi sahaja di Selangor. Pas bakal menjadi pembangkang di Selangor jika kedegilan masih menebal untuk bersendirian dan tidak mahu menjadi koponen Pakatan Harapan dalam PRU 14.

Tidak kiralah sama ada politik itu adalah seni atau strategi atau dakwah dalam politik, namun matlamat foundamentalisnyanya adalah untuk memenangi pilihan raya.Bagaimana mungkin memenangi hati pengundi, jika para pemimpinnya sekadar berceramah di surau-surau, masjid-masjid dan pentas-pentas politik sahaja, sedangkan kedaiban dan kesusahan rakyat tidak dipedulikan. Dalam suasana ekonomi merudum, dalam situasi rakyat susah mencari makan, dan dalam senerio siswa dan siswi menahan lapar, para pemimpin Pas menunjukkan kehidupan yang bermewah-mewah. Pimpinan, Adun, mp, exco dan MB Pas hidup bermegah-megah dengan memiliki rumah besar dan kereta mewah, tetapi dalam masa yang sama rakyat didendangkan dengan betapa agungnya penderitaan dan siksaan yang dihadapi oleh Bilal bin Rabah. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang najis.

Tanpa Nama berkata...

Sama ada kerajaan bukak pusat pemulihan ketagihan ditipu atau gubal undang2 boleh dipenjarakan sesaorang jika ditipu lebih dari 2 kali oleh orang atau badan yg sama.

"Nukilan - Aku Prihatin" berkata...

Kesan dari muktamar lepas , aku dah tak sokong PAS lagi. Sorry bro-bro yg pakai serban dan ketayap. Wa akan sokong parti/pemimpin yg berjiwa rakyat dan rasa denyut nadi rakyat. Utk PAS , selamat tinggal romeo !! Rakyat akan hukum PAS dlm PRU14 nanti. Tengok lah nanti.

Tanpa Nama berkata...

satu lg seni depa ialah babi dlm bukit.. satu spesis yg belum ditemui adanya babi yg blh hidup dalam bukit.

hanya dari ulamak pas.

sungguh seni.. seni hidupan liar

anyway rasanya setiap kali ditipu itu ada bayarannya la. tk mungkin sgt suka ditipu klu free saja.

Tanpa Nama berkata...

kalau di tabur dgn RM & project oleh penyamun Tok Lebai @ ulamak dlm Pas yg berilmu ugama yg luas semua pun termakan jeratnya. Manusia tetap manusia jgn dok syiok sendiri.

Tanpa Nama berkata...

yg dijilat ketagih menipu
yg menjilat ketagih ditipu

memamg jodoh yg sedondon.. semuga bahagia ke anak cucu

Tanpa Nama berkata...

Untuk perhatian yang menulis ini;

Tanpa Nama berkata...
Sorry to say bro, because Hadi dan pas, saya dan kebanyakan orang Cina dan takut nak dekati Islam.

Dah kena tipu hidup banyak kali dengan parti Islam dan ulama besar Islam


6 Februari 2016 6:40 PTG


Jangan pandang Islam pada Haji Hadi, pandang pada Al Quran.

Tanpa Nama berkata...

Ulasan al ahmad othman menepati apa yang belaku dalam Pas .doa musnah yang didoakan sekarang terpalit ke tubuhbadan ulamak mereka.biarakn, kita perhtakan sahaja.

Abdul Said berkata...

Orang-orang pro seperti akauntan, jurutera, doktor dan sebagainya kalau mereka mendalami ilmu ugama (alqur'an, sirah, hadith, dan muamalat serta yang lain) selalunya mereka menjadi manusia berwibawa, berwawasan dan tawaduk. Orang kelulusan ugama atau yang tak berapa kelulusan ugama (mungkin tuan gurunya meninggal atau transcript hilang jatuh dari kapalterbang atau askar Jepun menyerang kalau diberi kuasa dan duit untuk mentadbir akan bertukar corak dan keluar tanduk serta berekor lazimnya. Tengok sahaja contoh-contoh agensi dibawah kawalan mereka. Mereka ini boleh dirujuk untuk pandangan syariah tetapi jangan diberi kuasa. Sudah banyak contoh. Macam bank-bank perdagangan melantik mereka yang jadi penasihat (yang berkelulusan tinggilah!!). Kalau bagi pegang bank alamat lingkuplah!! Contoh terbaik ialah negeri Kelantan selepas perginya Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Faham, faham sudahlaaa. Maksudnya PAS tidak patut diberi kuasa memerintah kalau dalam nya tiada orang profesional yang berwibawa!!

tulangkering berkata...

Sy setuju kalau pas bertanding sendirian.. akan membuka peluang kpd kemenangan BN...Naauzubillah klu PH menang berdoa sy siang2 malam2

Tanpa Nama berkata...

Tak baik ckp mcm tu bro, tuduh dia ketua jin. Marah pun kena rasional ok.

Tanpa Nama berkata...

Nauzubillah kalu bn menang. Bankrupt Negara. Huhu

tulangkering berkata...

Sy yakin apa pun skandal yg BN lakukan biar seluruh harta negara jadi padang jarak padang tekukur..BN tetap akan menang PRU14. Ini berdasar kan mentaliti pengundi luar bandar...org mekayu yg takut perubahan dan faktor hampir separuh kerusi parlimen dtg dari sabah dan serawak...PH bulih terus mencuba tapi utk PRU14 insyasllah akan gagal lagi sy x pernah undi Bn...dah 7x PRU..sy ckp berdasar kan realiti

tulangkering berkata...

Sy yakin apa pun skandal yg BN lakukan biar seluruh harta negara jadi padang jarak padang tekukur..BN tetap akan menang PRU14. Ini berdasar kan mentaliti pengundi luar bandar...org mekayu yg takut perubahan dan faktor hampir separuh kerusi parlimen dtg dari sabah dan serawak...PH bulih terus mencuba tapi utk PRU14 insyasllah akan gagal lagi sy x pernah undi Bn...dah 7x PRU..sy ckp berdasar kan realiti

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...saya sokong...jgn tuduh dia camtu...tak elok bro...hihihi...

Tanpa Nama berkata...

Wow!!!hebatnya kamu tulangkering...terbaik..hahaha...klu kamu tak mengundi...kamu pilih siapa utk memerintah?