6 Feb 2016

Pengurusan Tabung Haji Perlu Diserahkan Kepada Yang Bekelayakan

TABUNG HAJI DAN KRISIS KEYAKINAN TERHADAPNYA

1. Tabung Haji (TH) merupakan institusi kewangan umat Islam hasil buah fikiran Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz. Ia bertujuan memudahkan urusan dan bebanan kewangan jemaah haji Malaysia. TH sebuah institusi unggul di dunia Islam yang boleh kita banggakan.

2. Untuk mencapai tujuan penubuhannya, operasi TH dibahagikan kepada dua, iaitu bahagian urusan jemaah Haji dan kegiatan pelaburan pendeposit. Keuntungan dari kegiatan pelaburan membantu menampung sebahagian kos jemaah haji.


3. Sejarah prestasi tadbir urus TH adalah baik dan memuaskan dan punya rangkaian urusniaga yang luas melalui pelaburan dan pembelian aset strategik dalam dan luar negara.

4. Mutakhir ini TH ditanggapi umum sebagai bermasalah, khasnya setelah surat dari Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) tersebar luas. Secara lebih khusus tentang pertikaian pemberian dividen melebihi keuntungan dan pembelian hartanah tertentu dengan harga tinggi. Dakwaan urus niaga dan pelaburan TH dipengaruhi oleh pimpinan politik sukar disangkal.

5. Dalam soal pemberian dividen dan bonus yang melebihi keuntungan perniagaannya untuk sesuatu tahun berkenaan, AMANAH menyedari bahawa pemberian bonus setinggi 5% dan bonus sebanyak 3% yang diumumkan semalam hanya dilakukan TH setelah beberapa asetnya di London dijual. Aset-aset yang selama ini mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada TH terpaksa dikorbankan demi memenuhi matlamat jangka pendek untuk menggambarkan bahawa perniagaan TH masih utuh dan berkeuntungan.

6. Amalan sebegini tidak wajar atau berhemah dan tidak mampan. Teguran oleh pihak BNM tentang polisi rizab secara komprehensif dan pengurusan risiko amat mustahak untuk dipatuhi.

7. AMANAH mengutarakan kebimbangan perihal tanah TR Exchange yang awalnya didakwa dijual tetapi didapati tidak begitu. Kami mendapat faham, keputusan mengenai perkara ini belum lagi muktamad. Justeru kerana pelbagai versi dan cerita berada di pasaran hartanah dan media, maka AMANAH sarankan TH segera tangani isu ini secara tuntas dan muktamad sesuai dengan perhitungan strategik TH.

8. Amat malang sekiranya keputusan pembelian sepenting ini berlaku tanpa adanya kajian dan perancangan khusus, selain untuk memenuhi kehendak pemimpin politik negara. Dasar sebegini mesti dihentikan jika ada, supaya TH dapat diselamatkan.

9. Tindakan membayar dividen atau bonus melebihi keuntungan merupakan suatu ketidakpatuhan amalan perniagaan baik dan digunakan untuk menarik lebih ramai penyimpan. Ini jelas akan menghakis rizab serta memudaratkan TH. Wujudnya simpanan yang besar tanpa adanya satu perancangan pelaburan yang baik boleh mendatangkan kesan yang merugikan. Akhirnya simpanan itu hanya mendatangkan pulangan biasa, sebagai contoh 3% sedangkan TH terus memberikan dividen atau bonus yang lebih daripada biasa, seperti 5%.

10. Maka dengan itu AMANAH mendesak supaya:

a) Pengurusan dan Lembaga Pengarah TH sedia ada dikaji dari segi kelayakan dan kemampuan mereka seperti disentuh BNM.

b) Jawatan Pengurusan dan Lembaga Pengarah TH wajib diserahkan kepada mereka yang layak dan bukan sebagai habuan politik.

c) Senarai pengurusan TH perlu diluluskan terlebih dahulu oleh Bank Negara sepertimana senarai pengurusan bank komersil di negara ini. Ini bertujuan untuk menjamin hanya yang layak diberi jawatan di institusi kewangan yang menyimpan hampir RM54 billion aset umat Islam.

d) Demi menjamin wujudnya ketelusan dan amalan semak dan imbang, maka AMANAH mengesyorkan agar pihak Ketua Pembangkang sewajarnya diberi peluang untuk menamakan calon Lembaga Pengarah TH dengan syarat calon yang dinamakan layak dan diluluskan Bank Negara.

e) Satu audit menyeluruh terhadap kegiatan dan pelaburan TH serta kesemua anak syarikatnya perlu segera dilakukan oleh Ketua Audit Negara dan juga firma juruaudit bebas bertaraf antarabangsa. Segala yang tidak mematuhi piawaian profesionalisme dan amalan pengurusan yang baik perlu ditamatkan. Ini termasuk menutup syarikat yang tidak mendatangkan keuntungan dan sebaliknya hanya menjadi tempat berteduh ahli dan penyokong politik untuk sekian lama, sekiranya ada.

f) Sistem tangga gaji dan elaun sama ada untuk Ahli Lembaga Pengarah atau Pengurusan TH perlu disemak kembali. Mana-mana yang didapati melampau dan tidak seimbang dengan tugas dan tanggungjawab yang dimainkan, perlu diubah.

g) Sebagai langkah pengurusan risiko tambahan, TH diminta menjalankan satu ujian ‘stress test’ untuk institusi kewangan mengikut panduan di bawah kelolaan BNM. Hasil ujian tersebut perlu diterbitkan kepada umum untuk memberikan gambaran tahap keutuhan kewangan TH dan mengembalikan keyakinan penyimpan dan seluruh rakyat jelata.


11. AMANAH mengambil berat teguran Bank Negara. Hanya pengurusan yang tidak bertanggungjawab sahaja akan sanggup menepis teguran berkenaan dengan berbagai alasan.

12. AMANAH melihat TH bakal dilanda krisis keyakinan penyimpan dan pelabur yang akan menjejaskan kewujudannya kecuali tindakan segera diambil untuk memulihkan keyakinan ini.

13. AMANAH memandang serius tindakan kerajaan melantik Peguam Negara sebagai Ahli Lembaga TH. Tindakan susulan berhubung persoalan ini akan diambil.

"Harapan Baru"
Sekian, terima kasih,

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
5 Februari 2016


Tabung Haji, perlunya urusan kewangan lebih profesional – Raja Bahrin Shah

Selepas Bank Negara mengeluarkan surat teguran kepada Tabung Haji, akhirnya Tabung Haji mengumumkan bonus tahunan 5% dengan bonus Haji 3%.

Tiada dividen diisytiharkan.

Walaupun sebelum ini pelbagai penafian dikeluarkan tentang masalah kewangan Tabung Haji, ini menunjukan ada sesuatu yang tidak sihat dengan pengurusan kewangannya.

Dalam keadaan teguran Bank Negara tentang masalah kewangan Tabung Haji, dari mana dana bonus ini akan diambil adalah satu misteri.

Tabung Haji adalah satu institusi yang menguruskan simpanan orang beragama Islam yang berhajat untuk menunaikan tuntutan wajib Rukun Islam yang ke-5 iaitu mengerjakan Haji.

Maka pengurusannya mestilah dengan penuh amanah dan profesionalisme.

Soalan awal kami, mengapa tanah TRX- Sungai Besi yang diperolehi 1 MDB dengan harga RM 60 satu kaki persegi dibeli Tabung Haji dengan harga RM 2,700 satu kaki persegi masih belum terjawab !

Perlu diingatkan dalam waktu yang singkat sejak dimiliki 1MDB, tidak ada nilai tambah saperti infrastruktur lebuh raya, monorail, keretapi atau kemudahan asas utama lain apabila dijual kepada Tabung Haji.

Apabila kontroversi timbul?

Pengerusi Tabung Haji mengisytiharkan beliau boleh menjual tanah tersebut dengan keuntungan lumayan dalam masa beberapa minggu!

Sehingga kini selepas beberapa tahun ia masih belum boleh dijual!

Semalam Pengerusi Tabung Haji mengisytiharkan nilai tanah tersebut hari ini adalah RM 3,100 sekaki persegi.

Itu adalah nilai di atas kertas saja.

Soalnya dengan kontroversi yang menyelubungi tanah TRX- IMDB dan keadaan ekonomi yang muram, siapa yang berani menyentuhnya ?

Lebih menghairankan lagi, tanah 1MDB di lokasi yang sama dijual kepada syarikat antarabangsa negara China dengan harga hanya RM 400 sekaki persegi saja selepas beberapa tahun penjualan tanah kepada Tabung Haji di tahap RM 2,700!

Apa jua perkiraan sulit di antara 1MDB dan syarikat tersebut, perbezaan penjualan ini berbanding dengan kepada Tabung Haji amat jauh bezanya.

Di manakah profesionalisme dalam urusan jual beli Tabung Haji dulu ?

Apabila isu perlantikan peguam negara sebagai ahli lembaga pengarah Tabung Haji beberapa hari selepas beliau mengisytiharkan penamatan siasatan kes 1MDB, Pengerusi Tabung Haji menyatakan peguam negara tidak akan menerima apa-apa imbuhan.

Persoalan isu utama di sini ialah untuk apa perlantikan itu kerana jelas Tabung Haji memerlukan lebih kepakaran kewangan untuk mengatasi masalah seperti dinyatakan Bank Negara.

Tidak beberapa lama dulu kami dikejutkan dengan gaji amat tinggi lembaga pengarah Tabung Haji termasuk C.E.O nya.

Bolehkah Tabung Haji mengistiharkan dengan terbuka gaji lembaga pengarah mereka dan menjustifikasikannya memandangkan masalah kewangan yang sedang dihadapi hari ini?

Rakyat berhak menilai.

Tabung Haji menghadapi masalah "credibility, accountability dan transparency" dalam pengurusan kewangan mereka.

Ini semuanya adalah nilai pengurusan kewangan yang ber-Amanah yang disanjung Islam.

Penunaian haji adalah tuntutan wajib dalam Islam.

Sikap profesional yang penuh beramanah juga adalah nilai yang wajib dituntut dalam pengurusan kewangan Islam- apatah lagi dalam institusi semulia seperti Tabung Haji


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sapa cakap tak berkelayakan..mrk semua berkelayakan menjahanamkan harta umat islam..oh lupa ini semua kerja dap.

air gunung berkata...

Yer...syg bsar kmgkinanya DAP.
Mesti dlmnya ramai ahli DAP serta kroni LKS LGE..
Sbb tu jahanam TH..
Mesti ganti dgn at Takiri.
X pon tontowi..

Tanpa Nama berkata...

Hahaha..mantap punye komen

Tanpa Nama berkata...

Jahanam orang melayu islam hasil tangan tangan orang melayu islam juga..

Unknown berkata...

Malang sungguh jika kegagalan LTH pun dikaitkan dengan DAP. Pendek kata apa saja hal-hal yang tidak baik berlaku di negara ini maka DAP yang dipersalahkan.

Propaganda Hitler dan Yahudi pun tidak dapat menandingi propaganda politik orang kita.

Ingatlah, jika kita sentiasa menyalahkan sesuatu pihak walaupun mereka tidak kena mengena langsung dengan sesuatu masalah di institusi-institusi yang berkenaan lama kelamaan orang tidak akan percaya lagi cakap-cakap kita.

Tanpa Nama berkata...

Jual kat China RM 400 sekaki persegi Jual kat Melayu (Tabung Haji) RM 2,700!

Lepas tu nak mengamuk kat petaling street kata cina menipu.

Pada hal melayu yang bodoh tak reti-reti berurus niaga.

Tanpa Nama berkata...

weeh bukan kerja dap ke... ingat kerja dap

tn penasihat mkn gaji buta..

satu persatu institusi umat islam dihancurkn oleh umnu... masih nk hidup melayu lg ke.

perancangn halus musuh telah berjaya melalui tgn2 pemimpin2 umnu yg buta iman

Tanpa Nama berkata...

Inilah jadi apabila orang tak ilmu diberi jawatan penting CEO. Akibat hancur institusi tersebut. Ibarat orang ilmu sains diberikan pula jawatan perancangan ekonomi dan orang yang ada ilmu ekonomi disuruh jadi ahli sainstis, ini bukan bodoh namanya.

Anti Fitnah berkata...

Malaysia Boleh
Malaysia Boleh
Malaysia Boleh
Haramjadah
Haramjadah
Haramjadah ... Kata Tok Jib
Siapa yang Haramjadah ya?

Tanpa Nama berkata...

Bila dapat bonus, penabung tentu lebih percayakan Tabung Haji dari Bank Negara. Apa masalah pun pasti UMNO boleh selesaikan. Hal duit ini orang UMNO lah yang paling cekap malah lebih cekap dari Gabenor Bank Negara !

Oleh itu tidak perlu didesak Pengurusan Tabung Haji di tukar atas sebab kelayakan.

Sebaliknya untuk memulihkan kewangan Negara, Jamil atau Azeez adalah orang yang layak mengantikan Zetty.

Tanpa Nama berkata...

Ini malapetaka !

Sistem Kewangan seperti Bank Negara adalah amat penting dalam mana-mana negara. Dan merupakan institusi terakhir yang akan di ganggu oleh mana-mana Ketua-Ketua Negara selepas memperalatkan sistem kehakiman dan selepas menguasai pihak berkuasa seperti Polis.

Langit yang gelap dan awan yang hitam berserta jerebu yang tebal sedang menyelubungi negara kita...