14 Apr 2014

TINJAUAN: Lebih 50% Rakyat Malaysia Yakin Putrajaya Sembunyi Maklumat MH370


Lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam satu tinjauan kajian bulan lalu percaya kerajaan Barisan Nasional (BN) menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370, menurut satu kajian terbaru oleh The Malaysian Insider.

Daripada 1,029 responden dalam kajian yang dijalankan Merdeka Center itu, 54% berkata Putrajaya tidak telus dalam memberi maklumat mengenai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam respon kepada soalan sama ada mereka menyangka Putrajaya jujur atau menyembunyikan sesuatu mengenai MH370, 54% daripada responden berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat, 26% berkata kerajaan jujur manakala 20% tidak pasti.

Sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac, dakwaan ini dibuat beberapa kali oleh ahli keluarga daripada China bagi 229 penumpang dalam pesawat Boeing 777-200ER itu.

Selepas lebih lima minggu pesawat hilang, ternyata rakyat Malaysia juga cenderung mempercayai Putrajaya tidak jujur berhubung maklumat berkenaan pesawat itu.

Sekali lagi, responden kaum Cina hampir sebulat suara tidak memberi komen yang positif terhadap kerajaan persekutuan yang dipimpin BN.

Angka tinjauan menunjukkan sedikit majoriti daripada responden India dan Melayu juga mempercayai Putrajaya menyembunyikan maklumat.


Kali ini, responden dari kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bersatu dalam mempercayai Putrajaya kurang jujur dalam mendedahkan maklumat berkenaan MH370.

Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut etnik, jantina dan umur, serta meliputi semua kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia.

Kajian itu dijalankan dari 24-30 Mac dengan pemilihan responden berkadar dengan penduduk di setiap kawasan Parlimen.

Berhubung prestasi menteri Malaysia dalam menangani krisis MH370, 21% daripada responden berkata mereka sangat tidak berpuas hati manakala 19% sangat berpuas hati.

Walaupun Putrajaya menerima pelbagai kritikan daripada pihak tempatan dan antarabangsa sejak krisis MH370 itu, 51% responden berkata mereka yakin terhadap kerajaan.

Bagaimanapun, 45% responden berkata mereka hilang keyakinan terhadap Putrajaya selepas krisis MH370.

Responden turut ditanya sama ada prestasi Putrajaya dalam menangani krisis MH370 yang menyebabkan mereka lebih/kurang yakin terhadap kerajaan.

Beberapa hari selepas kehilangan MH370, Kementerian Luar China menggesa Malaysia mempercepatkan siasatan dan menyediakan maklumat yang lebih tepat.

Bagaimanapun, kritikan China terhadap penyiasatan Malaysia berhubung MH370 juga turut melepaskan keburukan tentang nasionalisme.

Kemarahan terhadap pengendalian penyiasatan Malaysia meletus di media sosial China, dan juga di jalanan dengan demonstrasi di luar Kedutaan Malaysia di Beijing.

Agensi Berita Xinhua milik kerajaan mereka mengatakan adalah sesuatu " yang tidak boleh dimaafkan " terhadap kekurangan kapasiti, usaha atau ketelusan di pihak Putrajaya.

“Orang Malaysia” menjadi perkataan popular bagi menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan ketidakpercayaan; penyanyi Cina-Malaysia turut dikecam di internet.

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, ahli keluarga dan saudara mara di Beijing tersentak.

Berdukacita dan marah tentang apa yang mereka namakan sebagai tempoh dua minggu yang penuh dengan "pembohongan dan maklumat mengelirukan " selepas MH370 hilang, ahli keluarga berarak ke kedutaan Malaysia.


Mereka membawa sepanduk dengan perkataan "Malaysia Airlines, anda berhutang penjelasan kepada kami”, "kerajaan Malaysia rasuah" dan "Mama, pulanglah".

Satu lagi perbalahan adalah laporan CNN pada Khamis yang memetik seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia sebagai berkata tentera udara melancarkan pencarian jam 8 pagi pada 8 Mac tidak lama selepas MH370 dilaporkan hilang.

Kedua-dua, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia menafikan laporan itu. Bagaimanapun, CNN berkata ia berpegang kepada laporan itu. –TMI


Antara Putrajaya dengan kisah pengembala kambing dan serigala

Apabila 54% rakyat Malaysia teguh dengan pendirian bahawa regim Barisan Nasional (BN) menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370 berdasarkan kajian Merdeka Center maka itu petandanya Putrajaya sedang menggelupar dengan sindrom hilang kepercayaan dalam kalangan rakyatnya sendiri.

Apakah bentuk kejujuran atau ketelusan boleh diharapkan daripada sebuah kerajaan yang memerintah selama enam dekad dan sudah biasa dengan segala macam taktik dalam memperdaya rakyatnya?

Pemotongan subsidi, kegagalan mengawal kenaikan harga barangan, Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dikurangkan kepada RM650 berbanding janji asal RM1,200, harga kereta yang hingga kini tidak nampak sebarang penurunan dan lebih teruk lagi apabila ada pemimpin BN yang melawat Antartika tetapi entah apa hasilnya pun rakyat tidak diberitahu. Apatah lagi lawatan menggunakan jet peribadi yang dibiayai oleh duit rakyat.

Lebih malang lagi apabila rakyat bakal digasak dengan cukai GST. Apa puak Putrajaya peduli dengan penderitaan rakyat. Kini Umno pula mahu melatih 500 penceramah untuk teruskan legasi penipuan dan pembohongan mereka dalam berbicara tentang cukai yang pasti akan memiskinkan rakyat ini. Dan lebih menarik lagi apabila Putrajaya benar-benar mahukan rakyat untuk mempercayai kata-kata mereka tentang MH370.

Apa yang rakyat dambakan adalah sebuah kerajaan yang ikhlas mahu memahami rakyat dan bukannya menjunjung tinggi para kroni dan kapitalis semata-mata. Setiap penipuan dan pembohongan yang ditaburkan kepada rakyat selama ini sememangnya berkesan dalam menguasai undi di kawasan luar bandar namun itu tidak bermakna bahawa masyarakat antarabangsa juga akan termakan tipu daya Putrajaya kali ini. Inilah kegagalan yang amat mengaibkan buat sebuah kerajaan yang selama ini bercakap megah kononnya merekalah kerajaan yang terbaik di dunia!

Realitinya, BN seharusnya belajar untuk bersikap jujur, belajar untuk bercakap benar dan lebih penting lagi belajar untuk hargai rakyat. Kini rakyat Malaysia dan antarabangsa memandang puak Putrajaya ini seperti si pengembala kambing yang perdaya orang kampung semata-mata untuk hiburkan hatinya yang kebosanan. Bukan sekali tetapi dua kali mereka tertipu tetapi ketika serigala tersebut benar-benar membaham kambing pengembala berkenaan, tiada seorang pun penduduk membantunya kerana permainkan kepercayaan yang mereka letakkan pada diri pengembala tersebut.

Begitu jua kisah regim BN, perdana menteri yang disindir 'pengecut politik', kata-kata sepupunya tentang MH370 yang masih dipertikaikan oleh masyarakat dunia serta satu demi satu kelemahan Putrajaya dalam kendalikan krisis MH370 ditelanjangkan oleh media asing, rakyat Malaysia sudah bosan mahu mempertahankan sebuah kerajaan pembohong kerana sekali pembohong tetap pembohong selamanya.



Hukum NST kerana siar laporan sensasi tanpa asas – Guan Eng

KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Akhbar New Straits Times (NST) perlu dikenakan hukuman keras kerana bertindak bertentangan kepentingan negara dengan memperalatkan tragedi MH370 untuk melariskan jualannya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengecam akhbar itu kerana menerbitkan laporan palsu dan sensasi tanpa mempertimbangkan fakta dan perasaan keluarga dan rakan penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu.

NST semalam menerbitkan laporan muka depan bertajuk “MH370’s desperate call for help”, dengan tajuk kecil “Investigators have revealed that co-pilot Fariq Abdul Rahman had made a call from his mobile phone as the plane flew low near Penang. Who he was trying to reach remains a mystery?”

Laporan itu memetik sumber yang tidak dinamakan dan tidak menjelaskan bagaimana perkara itu dipastikan. Ia juga tidak menyatakan pihak yang mungkin dihubungi Fariq.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam telah menafikan laporan NST itu dan menegur mana-mana pihak yang mengambil peluang daripada tragedi MH370 untuk membuat laporan tidak berasas.

Menurut Guan Eng, teguran secara terbuka terhadap akhbar itu tidak memadai, apatah lagi laporan tidak berasas itu bukan sahaja boleh memberi kesan ke atas operasi pencarian, malah ahli keluarga krew dan penumpang pesawat itu.

“Kerajaan tidak boleh terlalu memberi muka dan perlu mengambil tindakan tegas terhadap NST. Akhbar itu dimiliki dan dianggap sebagai lidah rasmi Umno dan kerajaan, laporan muka depan itu telah menarik perhatian seluruh dunia.

“Dunia sedang memerhati sama ada kerajaan berani bertindak tanpa takut dan pilih kasih ke atas penipuan terang-terangan itu. Kegagalan bertindak akan menyebabkan saki-baki reputasi negara terus terhakis,”
tegasnya lagi.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, kejadian MH370 dan penculikan warga China di Semporna menyebabkan pelancong dan pelabur China memboikot Malaysia.

“Pulau Pinang tidak terkecuali apabila 50% pelancong dari China membatalkan lawatan mereka dan sebuah pesawat China mengurangkan kekerapan penerbangan ke Pulau Pinang daripada tujuh penerbangan seminggu kepada empat penerbangan seminggu,” jelas Guan Eng.
-Roketkini


Utusan Meroyan Serang Mkini & Anwar, Hishamuddin Pula Terus Bela Amerika


Hishammuddin tolak teori Utusan Malaysia, kehilangan MH370 tiada kaitan CIA

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak cadangan Utusan Malaysia minggu lepas bahawa Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat, atau CIA, mempunyai kaitan dalam kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau membandingkan dakwaan akhbar itu dengan laporan spekulatif media Barat dan mengatakan mereka bebas untuk untuk berbuat demikian.

"Akhirnya, jika laporan mereka palsu, mereka akan kehilangan kredibiliti," kata Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan kepada pemberita semasa lawatan beliau untuk melihat persiapan pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.‎

Pada 7 April, Utusan berkata sudah sampai masanya berfikir “di luar kotak” berkenaan insiden itu, berkata ia boleh menjadi satu helah bagi mencemarkan hubungan baik antara Malaysia dan China.

Membuat teori konspirasi yang diedarkan secara meluas mengenai penglibatan CIA dalam serangan 9/11 pada 2001, lidah rasmi Umno itu berkata tidak semua dakwaan itu ditolak sebagai karut atau teori konspirasi semata-mata.

"Jika CIA boleh mengatur serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001, tidak mustahil untuk mengaitkan insiden MH370 dengan agensi perisikan," tulis penolong pengarang Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein.

Hishammuddin bagaimanapun, memberi penekanan terhadap penyertaan bersungguh-sungguh AS di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia, yang bermula esok.

"Jika ada (penglibatan CIA), saya tidak fikir kita akan melihat sebarang kehadiran serius AS di sini," katanya.

Kehilangan misteri penerbangan MH370 membawa kepada pelbagai spekulasi di Internet, termasuk seorang yang mendakwa pesawat penumpang dengan 239 mungkin mendarat di pangkalan tentera AS di Diego Garcia, terletak di Lautan Hindi.

Seorang jurucakap kedutaan AS di Kuala Lumpur menafikan kemungkinan itu dengan berkata tidak ada kebenaran terhadap spekulasi itu.

Penafian Hishammuddin hari ini adalah yang kedua dalam masa dua hari berkaitan penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

Semalam, beliau mempersoalkan laporan muka depan New Straits Times, yang memetik daripada sumbernya sebagai berkata pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid, membuat panggilan telefon semasa pesawat terbang rendah melalui ruang udara Pulau Pinang.

"Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika ia adalah benar, kita tentu mengetahui mengenainya lebih awal," katanya sebagaimana dipetik Bernama. -TMI


Ku Seman hairan Mkini lapor tulisannya

Seorang editor Utusan Malaysia Ku Seman Ku Hussein berkata beliau hairan dengan laporan Malaysiakini ke atas tulisannya 6 April lalu berhubung teori mengaitkan krisis pesawat MH370 dengan rancangan agensi risikan Amerika Syarikat.

Ku Seman dalam rencananya di Mingguan Malaysia hari ini juga berkata beliau tidak berasa bangga dengan laporan Malaysiakini ke atas tulisannya, berhubung dakwaan mengenai rancangan AS untuk mengeruhkan hubungan Malaysia dan China itu.

Tanpa mempertahankan fakta dalam tulisan asalnya itu, beliau seterusnya mengambil peluang dalam siaran hari ini untuk mempersoalkan “kewartawan adil” Malaysiakini dan tujuan liputan ke atas tulisannya.

“Walaupun Malaysiakini memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap tulisan saya, tetapi ini bukan sesuatu yang membanggakan.

“Sebaliknya ini sesuatu yang pelik. Malaysiakini yang kononnya mendukung kewartawanan yang adil kerap pula memetik tulisan oleh wartawan yang tidak adil.

“Saya tertanya-tanya apakah untungnya Malaysiakini mempopularkan kewartawanan yang bertentangan dengan idealisme mereka?,” katanya dalam tulisan disiarkan hari ini.

Beliau seterusnya menggelar Malaysiakini sebagai sebuah portal berita yang berlandaskan tahap pemikiran yang rendah dan didakwa memberikan keuntungan politik kepada pihak tertentu.

"Saya berani katakan bahawa tahap pemikiran mereka bukan sahaja rendah tetapi kotor. Bagaimanapun atas nama kebebasan bersuara dan keadilan yang dilambakkan di pasar politik, Malaysiakini menyiarkan isi pemikiran yang kotor," katanya.

Tanpa merujuk kepada mana-mana tulisan khusus, beliau juga mempersoalkan tapisan Malaysiakini ke atas komen pembaca yang menurutnya mengandungi kata-kata kesat.

“Kenapa pentas forum itu hanya disertai oleh satu golongan sahaja iaitu yang berfikiran kotor dan penentang kerajaan? Mana pembaca lain yang lebih tinggi, bersih dan waras fikirannya?

“Tidak ada elemn periksa dan imbang, yang ada hanya cerca dan makin hamun. Banyak mempersoalkan adakah Malaysiakini menapis hanya komen yang memaki hamun sahaja disiarkan?

“Saya sekali lagi bersangka baik bahawa Malaysiakini yang bersikap adil dan tidak melakukan kerja kotor memanipulasikan komen itu,” katanya.

Katanya, beliau juga berasa terhina kerananya namanya disebut dalam laporan Malaysiakini kerana akhbar Utusan mempunyai pengikut “lebih bermutu”.

“Utusan sama sekali tidak memerlukan pengikut yang seperti pembahas di Malaysiakini. Maaflah kerana Utusan bukanlah jentera propaganda yang membutakan pemikiran rakyat dengan menjaja kewartawan adil yang palsu.

“Sebab itulah saya rasa terhina apabila nama disebut dalam Malaysiakini,” katanya.

Utusan menggiatkan semula serangan ke atas Malaysiakini, susulan dari laporan ke atas tulisannya bertarikh 6 April itu, dengan tuduhan bahawa portal berita ini mengeluarkan berita tidak beretika dan mengamalkan “kewartawanan zaman batu”.

Tanpa merujuk kepada mana-mana laporan khusus, rencana tulisan seorang editornya Zulkiflee Bakar pada 9 April mendakwa Malaysiakini berpura-pura menyiarkan laporan seimbang.

Beliau juga mendakwa Malaysiakini mengamalkan kewartawanan songsang dan menyiarkan perkara yang didakwa menjejas keharmonian kaum dan agama.
-mk



Anwar guna tumpuan MH370 dengan ‘cara songsang’, kata Utusan Malaysia

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan tentang kebolehannya menyelesaikan kehilangan pesawat MH370 dilihat sebagai cuba mencuri tumpuan daripada tragedi tersebut dengan cara yang songsang, kata kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat.

Menurut Awang Selamat, Anwar semakin terdesak untuk meningkatkan imejnya selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara, sehingga 'bercakap perkara tidak logik'.

"Ketika diwawancara oleh majalah Southern Weekly, Anwar mendakwa jika beliaulah Perdana Menteri Malaysia, isu kehilangan pesawat itu boleh diselesaikan dalam tempoh sesaat.

"Amboi, perkara yang mustahil jadi permainan bibir. Awang sudah tak larat goyang kepala menyentuh soal reputasi Anwar," tulis Awang Selamat ‎dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini.

Kolumnis tersebut menimbulkan beberapa perkara yang tidak dapat diselesaikan ketua pembangkang itu, termasuk isu pemilihan PKR serta jam tangan Omega yang gagal ditunjukkan kepada media, apatah lagi hendak mengendalikan kes lebih besar seperti MH370.

"Sebagai lanjutan kepada dakwaannya bahawa kerajaan menyembunyikan fakta dalam isu MH370, Anwar berjanji mahu mendedahkan lokasi sebenar pesawat MH370 dijangka Khamis ini.

"Sekiranya benar, beliau tahu, mengapa tidak dedahkan sekarang atau lebih awal," katanya.

Awang Selamat pada masa sama turut menyelar isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR kerana mengatakan kerjasama antara 26 negara dalam krisis MH370 hanya 'terpaksa semata-mata'.

Setakat ini, Malaysia menerima bantuan daripada 26 negara dalam misi mencari pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac, dan masih berjalan hari ini untuk mencari lokasi kotak hitam sebelum kehabisan baterinya.

Pakatan Rakyat (PR) yang beberapa kali ditangguh daripada menerima taklimat tentang MH370 sebelum ini menuduh kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat tentang pesawat tersebut serta mengkritik cara pengendalian kes tersebut oleh kerajaan.
-TMI


ULASAN GB

Betul-betul takde prinsip. Inilah apa yang dinamakan "kewartawanan longkang". Sekali kena sergah dengan KDN, kecut semuanya, kemudian cuba pula untuk menyalahkan orang lain!

Yang Hishamuddin pula, masih terus membela Amerika kononnya CIA tdak terlibat dengan kehilangan MH370. Penafian Hishamuddin terlalu cepat kerana dakwaan belum lagi disiasat sedanfkan Hishamuddin dan Najib sendiri pernah menyatakan "kita perlu siasat segala kemungkinan dan siasat dari segenap aspek."

Tetapi apa yang jelas, Najib dan Hishamuddin masih nak pertahankan teori kehilangan MH370 dengan juruterbangnya walaupun siasatan polis membuktikan mereka adalah "bersih".

Kita tak tahu kenapa dan apa tujuan Najib dan Hishamuddin beriya-iya hendak mengaitkan jutruterbang berkenaan.

Dan kita tak tahu apa tujuan Najib dan Hishamuddin beriya-iya benar pertahankan kuasa-kuasa besar seperti Amerika dan Australia, semacam hendak melindungi satu konspirasi yang tersembunyi. Entahlah. Allah Maha Tahu.

Kebenaran akan tetap muncul juga nanti. Masa itu barulah tahu samada kehilangan MH370 ini satu konspirasi atau satu kemalangan.

Kita tetap terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Konspirasi MH370: "Ada Indiividu Yang Tutup Perkara Sebenar" - Dr Kevin Barrett


Washington – Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.


Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror. -SH

[EKSKLUSIF] Selepas Mimpi Hari Kiamat, Diana Amir Pakai Hijab Sepenuhnya...

Sselepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat, gadis manis ini akhirnya melakukan perubahan mengejut apabila mula memakai hijab sepenuhnya sejak tiga tahun lalu.

Mengakui bukan mudah untuk membuat perubahan besar seperti itu, apatah lagi suatu ketika dulu, gadis lincah ini pernah dilabelkan sebagai pelakon seksi, namun itu semua bukanlah satu alasan buat Diana Amir.

Malah, ketika itu, pemilik nama penuh Nurdiyana Amir Hashim ini juga mengakui yang dirinya masih terlalu cetek dalam ilmu agama. "Saya mengambil keputusan ini setelah beberapa kali diberi petanda dan mimpi buruk mengenai hari kiamat.

"Ia mengingatkan saya mengenai kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya," katanya pada Zass. Mengambil masa selama empat bulan, Diana mengenakan tudung secara berperingkat bagi membiasakan dirinya dengan keadaan baharu.

Meskipun pada ketika itu, ada peminat yang menganggap dirinya hanyalah sekadar melakukan gimik demi memenuhi tuntutan kerjayanya sebagai pelakon. Sejak mengambil keputusan untuk berhijrah dan tampil dengan bertudung litup serta menutup aurat, Diana Amir juga mengakui tawaran berlakon semakin berkurangan.

Meskipun begitu, dia memandang positif mengenai perkara itu dan menganggapnya sebagai satu ujian yang diterimanya daripada ALLAH SWT. Malah, katanya, walaupun tidak mempunyai tawaran berlakon dia menggunakan masa terluang yang ada dengan mendalami ilmu agama.

"Jika ada tawaran yang sesuai, InsyaALLAH, saya akan menerima dengan hati yang terbuka," kata pelakon filem Aku Masih Dara ini. Walaupun kurang tawaran lakonan, Diana kini bergelar penulis apabila bukunya, Titisan Mahabbah sudah pun berada di pasaran.

Kata Diana, Titisan Mahabbah adalah buku inspirasinya yang ditulis bersama-sama Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari. "Terdapat 19 kisah tauladan di dalamnya termasuklah kisah penghijrahan saya.

"Kisah-kisah ini berjaya membuka mata saya untuk menjadi Muslim yang lebih baik.

"Saya berharap agar buku ini menjadi tauladan dan inspirasi kepada mereka yang membacanya. "Seandainya buku saya ini memberi kebaikan, saya harap ia boleh menjadi saham akhirat untuk saya," katanya yang menulis dalam tempoh sebulan.

Jejak Islam di Nusantara

Tidak cukup dengan itu, Diana juga mengakui dia kini semakin sibuk menjadi pengacara. Kini, saya sibuk mengendalikan program bual bicara SIS bagi musim kedua untuk 26 episod di TV9," katanya.

Malah baru-baru ini, Diana menerima tawaran daripada TV Al-Hijrah untuk menjadi pengacara bagi rancangan dokumentari 13 episod, Titian Ombak yang dijadualkan akan bersiaran pada Ramadan nanti.

"Dokumentari ini berkisarkan mengenai menjejaki kedatangan Islam di Nusantara. Penggambarannya mengambil tempoh sebulan.

"Oleh itu, bagi menjayakannya, saya perlu turun sendiri ke lapangan dan membuat penyelidikan. Disebabkan itu saya perlu berulang alik lebih sebulan di antara Malaysia dan Indonesia.

"Saya menganggap mengacarakan program ini adalah satu benda baharu bagi saya kerana ia memberi pengalaman baharu buat saya," katanya yang mengimpikan ramai anak hasil perkahwinannya dengan Mohd Habibbullah A Rahman, Oktober lalu.

Duta BlinQ Beauty Drink

Selain itu, rezeki Diana juga semakin murah apabila dia ditawarkan untuk menjadi duta kepada produk kecantikan dan kesihatan, BlinQ Beauty Drink sejak tahun lalu. "Sebelum menerima tawaran menjadi duta, saya telah mencuba terlebih dahulu akan produk ini.

"Saya sangat gembira kerana ia sangat bagus dan berkesan dalam masa yang singkat. Secara peribadinya, produk ini sangat bagus, apatah lagi apabila ia adalah produk yang mengamalkan pemakanan sunnah seperti habbatus sauda, kurma, madu, kolagen dan ekstrak stevia," katanya.

Pada masa sama, graduan lepasan Universiti Sains Malaysia (USM) ini juga sering memberi ceramah tentang keterampilan wanita Muslimah. Dalam pada itu, Diana turut mempunyai beberapa perniagaan termasuklah label pakaiannya sendiri DA'e (Diana Amir Exclusive).

Dalam menguruskan perniagaannya itu, Diana ternyata tidak keseorangan sebaliknya dia dibantu oleh suaminya. Bukan itu saja, Diana juga telah melancarkan 12 koleksi tudungnya hasil kolaborasinya dengan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi di Festival Fesyen Islamik (IFF), tahun lalu.

Jelasnya, melalui hasil kerjasama itu, Diana bertindak sebagai pereka jemputan bagi koleksi selendang sempena Lebaran lalu, manakala Melinda Looi pula menghasilkan koleksi Baju Raya Eksklusif. "Koleksi tudung ini dinamakan x emel. Saya pilih nama itu kerana ia membawa maksud aman dalam bahasa Arab. "Setiap individu yang membeli koleksi tudung tersebut, mereka juga sebenarnya membuat kebajikan. Ini kerana sebahagian hasil jualan akan disalurkan kepada rumah kebajikan Keluarga Besar Norlina Alawi Bhd (KBNA) yang melindungi anak-anak yatim mangsa HIV dan Aids," katanya. -SH


Kisah Marshanda hampir serupa
klik untuk baca




13 Apr 2014

Selepas Hina Kaum Cina, Kini Macai UMNO Hina Bangsa India Pula....


MMasyarakat India marah FB 1 juta sokong Shabery Cheek

Posting yang dikeluarkan oleh laman Facebook ‘1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ telah menaikkan kemarahan dan kekecewaan masyarakat India di Malaysia lantas dapat memusnahkan keharmonian masyarakat Malaysia.

Page tersebut telah memuat naik gambar masyarakat India yang berpusu-pusu mencium kaki dengan menulis kapsyen “Festival cium tapak kaki tuhan boroi peneguk todi ….hairanlah, kenapa puak-puak India ni sanggup habiskan masa dan wang semata-mata mahu menyembah tuhan yg tidak wujud ini ? kaki siap pakai inai. Hahahahahahah . Keling bodoh !!!!!!”.

Gambar yang dimuat naik pada 10 April itu telah dikongsi seramai 121 pengguna Facebook lain, dan mendapat telah sebanyak 32 ‘Like’.

Salah seorang pengguna Facebook, Mazlan Harun membantah posting yang dikeluarkan oleh pengendali halaman ‘1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ dengan menulis komen “apa la!!!! admin ni ! tidak baik kutuk-kutuk agama orang! Nanti diri sendiri yangg dapat musibah!”

Bagi pengguna Facebook Munirah Murad pula, beliau membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh pengendali halaman tersebut dan menyifatkan tindakan tersebut cuba memainkan sentimen menghina kaum lain dengan membalas kenyataan “Kau kenapa admin? itu agama masing-masing, ikut diaorang lah.. kau ni agama apa ya?? Atau saja nak memecah belahkan kaum ni?”

Malah, Dineshwary Dinesh yang juga merupakan pengguna Facebook berbangsa India turut tidak bersetuju, “Kau orang boleh sembahyang, kita orang tidak boleh sembayang ikut adat kita ke? siapa keling bodoh kalau berani cakap depan kaum kita, tengok diri sendiri dulu, ini nak sebuk pasal orang lain pulak…”

Manakala bagi pengguna Facebook Raj Kumar Subramanian, beliau membantah perkara tersebut dengan menulis komen, “ Deyyyy…. bila masa laa Malaysia boleh satu hati….. biar kerajaan berpecah belah.. janganlah kita….. kalau ada lagi orang macam lu…. habis laaa Malaysia…”

Bagi Prem Prabha, beliau menyifatkan admin page tersebut sebagai individu yang tidak bijak dan seorang yang rasis.

“Bodoh punya pengendali halaman 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek, jangan malukan Islam! sebab orang bodoh macam kau orang lain pandang rendah pada agama Islam, ‘sorry to say my Malay friends’, saya hairan ada lagi orang rasis macam ini dalam dunia moden ini dan saya ada ramai kawan-kawan melayu dan kawan kawan-kawan Islam dari Yemen dan Somalia, saya memang respect kawan-kawan saya dan kawan-kawan saya semua yang selalu sembayang lima waktu dan yang betul-betul mwngikut ajaran Islam. Memang jauh berbeza admin ‘page’ ini dengan kawan-kawan saya. Kepada admin page ini, ‘you are fail as a muslim’. Your god is watching you. Tuhan itu adil, kamu pasti akan terima balasan daripada tuhan kamu,”


Zabidi nafi terlibat dalam Facebook Shabery Cheek

KEMAMAN: Bekas Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Mohd Zabidi Saidi menafikan beliau terlibat dalam Facebook ‘1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ yang menimbulkan kemarahan masyarakat India semalam,

Katanya, beliau tidak tahu menahu tentang Facebook tersebut.

“Hari ini baru saya buka Facebook tersebut apabila saya dihebohkan cuba mensabotaj Menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,” katanya kepada FMT.

Katanya, semalam saya diberitahu oleh rakan-rakan bahawa saya yang membuka Facebook itu dan sengaja meletakkan gambar yang menimbulkan kemarahan kepada masyarakat India di negara ini.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta ahli parlimen Kemaman itu membuat laporan polis dan biar polis dan SKMM menyiasat siapa di belakang Facebook tersebut.

“Saya buat penafian ini kerana saya dituduh cuba mensabotaj ahli parlimen saya,” katanya lagi. Sementara itu Bernama melaporkan dari Alor Gajah, Melaka bahawa akaun Facebook ’1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ adalah berniat jahat dan langsung tiada kena mengena dengan saya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara itu.

Anggota Parlimen Kemaman itu berkata beliau juga akan membuat laporan polis tentang perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu dan akan meminta sendiri kepada pihak Facebook untuk memadam akaun tersebut.

“Saya terkejut bila nama saya digunakan untuk buka akaun ini. Sebenarnya saya tidak tahu langsung tentang perkara ini sebelum ini, daripada sana (akaun Facebook terlibat) membuat posting yang tidak sewajarnya dan dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau terdahulu menghadiri Malam Aspirasi Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sempena Bengkel Pemukiman Transformasi KKMM.

Akaun Facebook dengan nama ’1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ membuat pelbagai posting yang menghina bangsa dan agama malah turut menghina institusi raja di negara ini dan Polis Diraja Malaysia.

Akaun itu didapati dimulakan pada 29 Mei tahun lepas dan sehingga berita ini ditulis akaun yang didakwa dikendalikan pentadbir bernama ‘Amran Pekida’ itu telah memperoleh 2,328 likes.


Ahmad Shabery berkata perbuatan menggunakan nama orang lain dalam akaun Facebook sememangnya telah banyak berlaku, justeru beliau meminta kepada orang ramai tidak terburu-buru membuat keputusan berkenaan posting dalam akaun seperti itu dan tidak tuduh-menuduh sehingga perkara tersebut dapat disiasat.

“Sebab itu (kita tekankan) konsep klik dengan bijak (bagi) mendidik orang ramai supaya bijaksana membuat sebarang penilaian tentang apa mereka perolehi dalam mana-mana perkara dalam talian,” katanya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan SKMM tidak tegas dalam membendung perkara seperti ini, beliau berkata Malaysia pada masa ini mempunyai lebih 14 juta akaun Facebook yang merupakan antara jumlah tertinggi pemilikan akaun itu dalam sesebuah negara dan akaun itu ditadbir oleh pihak Facebook sendiri bukan SKMM.

“Oleh kerana kita amalkan sistem terbuka kita tidak boleh sekat Facebook, nak marah (akaun tertentu dalam) Facebook kita tutup semua itu tidak wajar atau membuat pendaftaran tertentu juga tidak wajar…ini tidak boleh dibuat dan boleh beri kesan negatif pada kita,” katanya.
-FMT




ULASAN GB

Kalau ditinjau dari segi ayat-ayat yang digunakan, ia tak ubah dari ayat-ayat yang pernah digunakan oleh macai-macai UMNO yang terdiri daripda mereka yang menganggotai NGO ultra Melayu, PEKIDA & PERKASA untuk menghina bangsa dan agama lain. Dulu (malah sehingga sekarang pun) mereka menghina kaum Cina terutama pemimpin DAP.

Kita kerap kali meminta SKMM mengambil tindakan kepada kumpulan melampau ini. Tetapi permintaan kita tidak diindahkan lansung. Sekarang macai UMNO dah lakukan (kalau boleh disebut sebagai) fitnah keatas Menteri Komunikasi dan Multieedia sendiri, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Dah terkena batang hidung. Barulah melompat buat laporan polis.

Tak tahulah samada selepas ini masih lagi nak diamkan diri terhadap kumpulan perosak keamanan dan kehormonian rakyat dan negara inidi atas nama "nak bela Melayu".

Isu TUDM: Percanggahan Maklumat Timbulkan Keraguan


MH370: Jawatankuasa Pilihan Parlimen badan terbaik untuk siasat laporan CNN

KUALA LUMPUR, 11 APR: Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) merupakan jalan paling berkesan untuk menyiasat kebenaran laporan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan kerja mencari pesawat MH370 pada awal pagi ia dilaporkan hilang.

Demikian kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP sebagai respons kepada penafian Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishammuddin Hussein berhubung laporan terbabit.

“Jika PSC berjaya ditubuhkan di Dewan Rakyat semalam sebelum persidangan Parlimen ditangguhkan, ia akan menjadi badan sesuai untuk menyiasat kesahihan laporan CNN.

“PSC bukan saja boleh menyiasat kebenaran laporan tapi memastikan kebenaran adanya pesawat TUDM dikejarkan setelah MH370 melencong dari laluan asal atau mengapa ia tidak dikejarkan sejurus melencong antara jam 1:40 dan 1:45 pagi.

Kit Siang turut mempertikaikan mengapa dua pesawat Sukhoi-30 milik TUDM tidak diterbangkan dari Gong Kedak untuk memintas MH370 di ruang udara Kelantan dan juga mengapa ia tidak dipintas sewaktu menghampiri Pulau Pinang walaupun skuadron jet F/A berada dalam keadaan siap-bersedia di pangkalan udara Butterworth.

CNN kelmarin melaporkan seorang pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan satu lagi sumber yang terlibat dalam siasatan menyatakan bahawa “pesawat pencari pasukan tentera udara Malaysia telah dikejarkan sekitar jam 8 pagi, sejurus Malaysia Airlines (MAS) melaporkan pesawatnya hilang pada awal 8 Mac.”

Hishammuddin menafikan laporan tersebut dan menyifatkannya sebagai dakwaan palsu.

Menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, penafian itu menambahkan lagi keraguan rakyat mengenai ketelusan kerajaan dalam usaha mencari MH370.

“Sukar untuk mempercayai laporan CNN, melainkan jika mereka sanggup mendedahkan nama ‘pegawai kanan kerajaan Malaysia dan sumber lain’ seperti yang dinyatakan.

“Namun, melihat pada penyaluran maklumat yang tidak sekata selama ini, selain bermacam kekeliruan dan percanggahan, serta jurang maklumat besar sejak 35 hari lalu, penafian Hishammuddin sangat tidak memadai, tidak memuaskan dan sukar untuk diterima.

“Selepas 35 hari, saya percaya kita telah sampai ke tahap di mana keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 mahukan jawapan kepada seribu-satu persoalan yang timbul, maka proses mencari jawapan perlu dimulakan segera tanpa lengah,” katanya.

Pada masa yang sama, Kit Siang mengulangi gesaan agar kerajaan memenuhi janji untuk mengadakan taklimat kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan menubuhkan PSC.

“Laporan CNN dan penafian Hishammuddin memarakkan lagi keraguan tentang kesanggupan kerajaan untuk bersikap telus sepenuhnya, apatahlagi sebelum ini mereka telah mengingkari janji memberi maklumat kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan enggan menubuhkan PSC.


“Saya meminta Perdana Menteri mengotakan kata-katanya bahawa Malaysia tidak cuba menyembunyikan sesuatu dengan sekurang-kurangnya memenuhi dua janij yang setakat ini telah dimungkiri,” tegasnya. – Roketkini

MH370: Maklumat "Ping", Helah Kuasa Besar Tipu SAR (?)


PPermainan dalang yang menyebabkan kehilangan MH370 makin hari makin jelas. Dengan meletakkan beberapa kepalsuan melalui penguasaan teknologi, mereka berjaya memperdaya dunia. Mengalih tumpuan daripada realiti dengan maklumat palsu itu dan ini.

Dunia diperbodohkan oleh perampas. Kita imbas kembali berita perang teknologi Amerika dan Russia suatu ketika dahulu.

Amerika mendakwa boleh mengesan sebarang objek sebesar jari kelingking manusia melalui satelitenya manakala Russia mendakwa mampu mengecam setiap orang arab hanya melalui janggut mereka sahaja dengan menggunakan imej satelite.

Tidak terfikirkah dunia mengapa kedua-dua kuasa besar dunia ini tidak menggunakan kecanggihan pengimejan satelite mereka untuk mencari MH370.

Antara kedua-dua negara tersebut siapakah yang berkepentingan terhadap MH370. Negara manakah yang menguasai Australia, United Kingdom, dan India????

Negara manakah yang boleh membuatkan sesebuah kerajaan kecil melutut atas kemahuan mereka demi menjaga ekonomi yang terlalu bergantung kepadanya.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion semalam telah dikenalpasti tiada kaitan dengan MH370.

“JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam MH370” kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia.

Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat.

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.

Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu. -lusuka.com





IKLAN BERBAYAR


JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.


KLIK SINI


Sungguh Pelik Bila Orang Melayu Yang Miskin Sokong GST


Wakil rakyat Melayu selar orang Melayu sokong GST

Ahli parlimen DAP kawsaan Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyelar orang Melayu yang miskin tetapi tidak mahu membantah cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan.

“Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST.

“Malah ada yang dirasuk oleh Umno untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu?

“Lagi sukar saya faham mengapa orang Melayu yang rata-ratanya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus.

“Mereka kena bayar, tapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?,”
tanya beliau dalam blognya.

Orang Melayu yang bertegas untuk bayar GST ini apa kena dengan kepala mereka, tanya beliau.

Mohd Ariff Sabri berkata, terdapat 2.2% orang Melayu berada di bawah paras kemiskinan tegar jika garis kemiskinan RM650 sebulan.

Papa kedana

Jika jumlah orang Melayu ialah 15,000,000 maka yang miskin papa kedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang.

Katanya, golongan yang miskin ini menerima bantuan BR1M 300 jika ketua kampong kata ok.

“Golongan ini lah yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM400 sebulan. Dicampur dengan RM300, pendapatan bulanan mereka RM700, masih tersangat rendah dari RM3, 000 penanda aras layak mendapat BR1M.

“Jika BR1M dapat RM600 untuk satu tahun, bertambah RM50 kepada pendapatan bulanan. Masih jauh di bawah RM1, 000 sebulan,” tambah beliau.

Mengapa yang terbawah ini mahu menyokong GST?

Jawapannya ialah mereka melihat tentangan kepada PTPTN dan tentangan kepada GST ialah penentangan kepada sebuah kerajaan Melayu,
kata Mohd Ariff Sabri. -FMT


Orang Melayu dan GST.

Saya sukar nak faham lojik ahli parlimen BN terutama dari UMNO. GST- cukai keatas semua pengguna dianggap sebagai suatu yang baik. Lagi sukar saya faham mengapa orang Melayu yang rata2 nya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus. Mereka kena bayar, tapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?

GST hanya bagus kepada kerajaan. Kerana mereka dapat kutip lebih banyak hasil. Menurut mereka, bila hasil banyak maka banyaklah perbelanjaan akan dilakukan untuk kepentingan rakyat. Benarkah begitu?
Ini pendustaan yang paling besar. Cuba kita lihat apa yang dibelanjakan oleh kerajaan BN. Mereka belanja atas projek yang mengayakan kroni. Lebih banyak ada wang dalam tangan, maka lebih besar belanja dari pendapatan. Belanja berhemah dan cermat tidak ada dalam kamus BN dan UMNO. Lagi banyak duit dalam tangan, lebih besar samun, rompakan dan ketirisan yang dilakukan.

Orang Melayu yang betegas untuk bayar GST ini- apa kena dengan kepala mereka? Kaya sangatkah orang Melayu? Incidence of poverty dikalangan orang Melayu mengikut perangkaan EPU ialah 2.2 iaitu ukuran peratusan orang Melayu yang berada dibawah garis kemiskinan. Garis kemiskinan ini berapa? RM650 sebulan.

Ertinya, terdapat 2.2% orang Melayu berada dibawah garis kemiskinan. Jika jumlah orang Melayu ialah 15,000,000 maka yang miskin papakedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang Melayu.

Golongan ini yang menerima BR1M 300. Mereka penerima jika ketua kampong kata OK. Golongan ini lah yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM400 sebulan. Dicampur dengan RM300 adalah pendapatan bulanan mereka RM700, masih tersangat rendah dari RM3000 penanda aras layak mendapat BR1M. jika BR1M dapat RM600 untuk satu tahun, adalah disana tambahan RM50 kepada pendapatan bulanan. Masih jauh dibawah RM1000 seblan.

Pendapatan bulanan 20% Melayu teratas ialah RM10,666. Pendapatan 40% Melayu yang tengah ialah RM4123. Manakala pendapatan Melayu yang 40% terbawah ialah RM1686. Makanya kalau kita campuar pendapatan purata bulanan untk semua kategori orang Melayu, pendapatan bulanan orang Melayu kesemuanya ialah RM16,475.

Ini bererti Melayu yang 20% teratas menguasai 65% pendapatan bulanan orang Melayu. Yang dibawah iaitu 40% terbawah hanya menguasai 10% dari pendapatan purata bulanan.

Mengapa yang terbawah ini mahu menyokong GST?

Walaupun ada barangan yang zero-rated atau tidak dikenakan GST, rakyat masih membayar harga yang tinggi kerana tidak ada yang menyekat pihak peruncit dari mengenakan harga yang tinggi. Malah GST bersih mereka kena bayar, entah2 dimasukkan kedalam harga jualan kepada pengguna. Dan oleh kerana pengguna akhir tidak berdaftar dengan GST, mereka tidak boleh membuat tuntutan daripada kerajaan.

Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST. Malah ada yang dirasuk oleh UMNO untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu?

Ini bererti sudahlah orang Melayu hidup susah, tapi mereka membenarkan UMNO menipu mereka. Sebelum in, Melayu yang miskin, yang mohon bantuan sana sini, berdemonstrasi dan tunjuk perasaan mahu bayar PTPTN. Mereka diawarkan pendidikan percuma sehingga universiti, mak bapak pelajar yang bergantung kepada bantuan dan berpendapatan rendah, memprotes mahu membayar PTPTN! Apa sudah jadi kepada meraka?

Siuman atau tidak?

Jawapan nya ialah mereka melihat tentangan kepada PTPTN dan tentangan kepada GST ialah penentangan kepada sebuah kerajaan Melayu. Ternyata tanggapan sebegini salah. Tapi UMNO memeperlakukan isu ini sebagai suatu yang dirancang oleh sebuah kerajaan melayu tapi ditentang oleh kaum lain terutama oleh bangsa Cina. Ini membuktikan UMNO itu rasis dalam semua perhitungan nya.

Tersembunyi disebalik kerelaan menerima kesakitan dan penindasan yang dilakukan oleh UMNO, ialah kerelaaan diperlakukan demikian asal yang melakukan kezaliman dan penindasan itu Melayu.

Maka seperti yang pernah saya katakan banyak kali, akan tiba masa nya orang UMNO masuk kedalam rumah kita, meniduri isteri dan anak2 perempuan kita, orang Melayu rela sebab penceroboh itu Melayu dan UMNO lagi.

Hidup Melayu!
-sakmongkol


12 Apr 2014

Penjara Malaysia Antara terbaik Di Dunia, Tapi Banduan Mandi Bogel(?)


Mandi bogel di penjara: Timbalan Menteri akui ia memalukan

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersetuju dengan Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berhubung isu banduan mandi berbogel di penjara satu perkara memalukan negara.

Berjanji untuk mengambil perhatian dengan aduan tersebut, Junaidi berkata beliau akan menghubungi pihak penjara, khususnya Penjara Pengkalan Chepa untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Menurut beliau, aduan yang mengatakan banduan diarahkan untuk mandi bogel bersama lebih 100 banduan lain itu akan disiasat, selain menyatakan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Saya ambil perhatian berkenaan aduan tersebut dan akan menghubungi rakan saya iaitu pihak penjara untuk penjelasan lanjut. Saya juga setuju perkara tersebut merupakan satu perkara yang memalukan negara," kata beliau ketika menjawab soalan Marzuk, di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Marzuk dalam soalan tambahannya memaklumkan kepada dewan bahawa beliau mendapat aduan daripada seorang banduan yang ditempatkan di blok kuarantin diarahkan berbogel di hadapan lebih 100 banduan lain di Penjara Pengkalan Chepa.

Selain menyatakan peranan penjara sebagai satu pusat untuk memulihkan banduan, Marzuk dalam masa sama mempersoalkan kemudahan solat kepada banduan, selain keperluan Suhakam untuk mengadakan lawatan ke penjara tanpa notis.

Menjawab soalan tersebut, Junaidi berkata kementerian sudah mengambil kira keperluan tersebut, bagaimanapun menetapkan keperluan memberi notis tersebut.

Katanya, notis itu diperlukan bagi memastikan pegawai atasan berada di pusat penjara ketika lawatan dari Suhakam bagi membolehkan dan memudahkan maklumat disalurkan kepada pihak berkenaan.

"Kalau tiada notis, kita bimbang waktu ada lawatan daripada Suhakam, pegawai tiada untuk memberikan maklumat yang sepatutnya," kata beliau. -HD

Parlimen: Penjara Malaysia Diiktiraf Antara Terbaik Di Dunia - Wan Junaidi

Penjara Malaysia diiktiraf antara yang terbaik di dunia kerana aspek kebajikan dan hak asasi banduan memenuhi standard antarabangsa yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata program pemulihan yang dilaksanakan bukan sahaja dijadikan kursus pegawai penjara rantau Asia Pasifik di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), malah turut digunakan di beberapa negara lain.

"Jabatan Penjara Malaysia amat peka terhadap hak asasi serta kebajikan penghuni, dan memastikan layanan profesional berlandaskan nilai kemanusiaan secara adil dan saksama.

"Semua penghuni dilayan dengan adil mengikut standard prosedur tanpa mengira bangsa, jantina atau fahaman politik," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) yang ingin tahu sama ada layanan terhadap banduan memenuhi standard peraturan minimum Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSMR).

Wan Junaidi berkata Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) juga mengesahkan penjara Malaysia melaksanakan layanan terbaik kepada penghuninya.

Menjawab soalan tambahan Shamsul Iskandar sama ada banduan yang sudah mendaftar dibenarkan mengundi pada pilihan raya, Wan Junaidi berkata perkara itu akan dibincangkan bersama pihak berkaitan.

Mengenai penyakit batuk kering yang dihadapi penghuni dan pegawai penjara, Wan Junaidi berkata, kementerian itu akan bermesyuarat dengan pihak berkaitan bagi membincangkan isu itu.

"Saya sudah mengarahkan Jabatan Penjara mengaturkan mesyuarat bersama Kementerian Kesihatan untuk mengatasi masalah itu, khususnya pemberian imunisasi bagi yang dijangkiti dan langkah pencegahan lain," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Mas Ermieyati Samsudin (BN-Masjid Tanah) terhadap layanan terhadap tahanan wanita, beliau berkata, Jabatan Penjara sentiasa prihatin dengan keperluan golongan itu terutama yang hamil.

"Kita memberi layanan dan rawatan sama seperti yang diberikan kepada wanita luar penjara. Jika memerlukan rawatan setiap minggu, dia akan mendapatnya," katanya.
- BERNAMA


Bung Tergiur Orang Berskirt Merah?


Skirt merah Kok jadi sasaran Bung Moktar

Pakaian digayakan seorang MP DAP Teresa Kok hari ini menjadi sasaran bantahan MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang mendakwa ia tidak sesuai untuk dipakai oleh ahli Dewan semasa persidangan.

Bung yang mencelah semasa ucapan Datuk Ismail Mohamed Said meminta yang dipertua Dewan itu menjelaskan sekiranya pakaian seperti itu dibenarkan dalam persidangan.

"Skirtnya (singkat) sehingga paras lutut, saya boleh lihat lututnya, bagaimana pakaian ini boleh dibenarkan?,” soalnya.

Kenyataannya itu menyebabkan Kok bangun dan meninta beliau menarik balik kenyataan tersebut.

"Bajunya seperti baju-T, semuanya warna merah. Ini bukan cara berpakaian di Parlimen,” kata Bung Moktar lagi.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Kok seterusnya membangkitkan bahawa Bung Moktar juga bersalah kerana memakai tali leher berwarna kuning.

"Awak tidak ada kerja lainkah?,” soalnya kepada Bung Moktar.

Bung yang enggan beralah berkata, pelajar sekolah yang mengunjungi Parlimen juga boleh menganggap “boleh memakai pakaian sesuka hati” jika Kok dibenarkan berpakaian begitu.

Ismail yang menamatkan pertengkaran berkenaan seterusnya berkata beliau tidak memandang berat perkara tersebut memandangkan hari ini merupakan hari terakhir persidangan bagi penggal ini.

"Tak apalah, saya benarkan (Kok berada dalam Dewan),” katanya.

Kok dalam satu kenyataannya menyebut, beliau meminta dua orang jurugambar merakam gambarnya di luar Dewan selepas itu.

"Saya minta mereka tolong ambil gambar saya. Tengok, apa salahnya baju saya? Tak cantik ke?

"Gila ahli-ahli Parlimen lelaki BN ini," katanya lagi. -mk

ULASAN GB

Nampaknya Bung Kinabatangan seperti tergiur dengan perempuan berskirt merah. Disangkanya semua yang sedemikian hendak menandingi isteri mudanya, Zizie Ezette.

Jika dilihat pakaian Teresa Kok berbanding pakaian isteri mudanya itu ternyata pakaian Teresa Kok yang bukan Islam lebih decent berbanding pakaian Zizie Ezette, seorang Islam tetapi skirt atas lutut dan berbaju macam tak berbaju.

Betul kata Teresa Kok...."Gila ahli-ahli Parlimen lelaki BN ini".

11 Apr 2014

Mahathir Tak Sedar Beliau Mengaku Jadi Dalang Tragedi Memali...


Dr Mahathir mengaku berada di Malaysia ketika tragedi Memali berlaku

Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamed mengaku beliau berada di tanah air ketika kejadian Memali yang mengorban 18 rakyat pada 19 November 1985.

Namun, beliau berkata dia tidak ingat Tun Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, datang memujuknya agar tidak pergi ke Beijing.

"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke China.

“Waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negara," kata Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

Dr Mahathir juga cuba meletakkan kesalahan ini kepada Musa dengan berkata, "Tun Musa akui beliau bertanggungjawab”.

"Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab," kata Dr Mahathir dalam blognya.

Baru-baru ini, Musa mendedahkan di Kota Baru, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika peristiwa Memali berlaku.

Selepas itu, Musa juga membuat kenyataan bertulis mempertahankan kenyataan itu dengan berkata, dia bersama Pemangku Ketua Polis Negara ketika itu memberi taklimat kepada Dr Mahathir pada hari kejadian.

Musa menegaskan dalam kenyataan itu, dia bukan pemangku perdana menteri ketika itu kerana Dr Mahathir masih berada dalam negara.

Ia bertentangan sekali dengan catatan sejarah yang dibuat pelbagai pihak termasuk ensiklopedia bebas, Wikipedia, yang merekodkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

Dalam hal ini, Dr Mahathir dalam tulisannya hari ini berkata, beliau tidak pernah menyatakan beliau tidak berada di Kuala Lumpur ketika itu.

"Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini,"
kata Dr Mahathir.

Pakar propaganda Umno dan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia yang juga bekas Menteri Penerangan Datuk Zainudin Maidin bertegas bahawa Dr Mahathir berada di China selepas kenyataan Musa bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika itu.

Namun Zainudin menegaskan, ia berdasarkan ingatan beliau.

Dr Mahathir mengaku, pada 20 November 1985, sehari selepas kejadian Memali, beliau mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar ke China dan Musa antara yang berada di lapangan terbang.

Dr Mahathir berkata, beliau begitu yakin yang Musa dapat menangani keadaan "sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri", iaitu selepas kejadian itu.

Yang diketahui umum, kata Dr Mahathir, Datuk Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, di samping memikul jawatan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.


"Sebagai Menteri Dalam Negeri, rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjawab dibuat, tentulah ini kurang manis," tulis Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga berkata, harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas.

"Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan," tulis beliau.

"Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan.

“Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan," tulis Dr Mahathir.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh.

Musa dipersalahkan atas peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di China.

Pendedahan Musa memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Ibrahim dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.

Ekoran pendedahan Musa, PAS dan DAP mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat semula kejadian ini. -TMI

ULASAN GB

Pertama benarkah Mahathir melantik Musa Hitam sebagai Pemangku Perdana Menteri semasa beliau melawat ke luarnegara? Seingat GB, semesa pemerintahannya, Mahathir tidak pernah mempercayai timbalannya dan tidak pernah melantik secara rasmi sesiapa pun sebagai Pemangku Perdana Menteri walaupun beliau bercuti atau melawat ke luarnegara.

Kedua, beliau cuba meletakkan kesalahannya kepada Musa Hitam.

Dr Mahathir juga cuba meletakkan kesalahan ini kepada Musa dengan berkata, "Tun Musa akui beliau bertanggungjawab”.

"Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab," kata Dr Mahathir dalam blognya.

Demikian jahatnya manusia bernama Mahathir ini. Dia mengakui beliau masih berada di dalam negara sewaktu tragedi Memali itu berlaku (19 Nov 1985) sedang beliau hanya bertolak ke Beijing pada 20 Nov 1985. Dan kini beliau menyatakan Tun Musa bertanggungjawab kononnya beliau telah melantik Musa sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Ketiga, hukum kebenaran dan keadilan berjalan, Tun Mahathir akhirnya semacam mengakui bahawa beliaulah dalang di sebalik insiden tersebut:

"Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan.

Bukankah kenyataan yang beliau nyatakan tersebut menunjukkan "satu pengakuan jelas" bahawa sememangnya beliau bertanggungjawab terhadap tragedi Memali kerana katanya "sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan"?

Beliau mahu polis bertindak ke atas umat Islam di Memali, dan apabila pois menyerang dan apabila ada polis yang terkorban, yang dipersalahkan ialah peserta Memali. Sedangkan mangsa kejadian Memali yang lebih ramai termasuk Ust Ibrahim Libya terus-terusan dihinakan oleh Mahatir seingga ke hari ini.

Mahathir mengakui peristiwa itu tidak sepatutnya berlaku. Namun, takkan polis hanya mempunyai "satu cara" saja iaitu "menyerang dan membunuh", sedangkan kedaulatan undang-undang menetapkan bahawa orang yang dituduh mengancam keselamatan negara perlu didakwa di mahkamah bukannya diserang dan dibunuh?

Mahathir sememangnya bijak untuk memanipulasi fakta dengan kaedah reverse psychology, melempar batu sembunyi tnagan, melakukan sesuatu tindakan dan kemudian menjadikan orang lain sebagai kambing hitam.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Mahathir akan tetap menerima hukumannya, sama seperti pemerintah-pemerintah sekular yang zalim di seluruh dunia, dulu dan masakini seperti rejim Al-Sisi yang membunuh 529 orang penyokong Mursi di Mesir.

Dan ungkapan Allahyarham Ustdz Fadzil Mohd Noor yang menyatakan "Mahathir akan menyaksikan sendiri kerosakan kepada UMNO dan negara kesan daripada cara pentadbirannya selama 22 tahun yang dianggap keras, tidak demokratik dan tiada perikemanusiaan.

[VIDEO] Astaghfirullah.. TPM Rasmi ZUMBA Perdana Puteri UMNO Semasa PRK Kajang


Tak tahu kita budaya apakah yang dibawa oleh kumpulan ini semasa kempen PRK Kajang yang lalu. Rata-ratanya mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam, malah ramai juga yang bertudung.

Apa ertinya majlis Selawat Perdana untuk mangsa MH370 yang kononnya dihadiri 500,000 orang jika pada masa yang sama anak gadis ini terkinja-kinja, tertonggeng-tonggeng di khalayak ramai?

UMNO benar-benar sebuah parti yang merosakkan anak-anak Islam, parti hipokrit yang menjatuhkan maruah umat Islam.

Sungguh memalukan, sungguh murah harga diri dan sungguh dasyat maruah gadis Islam masakini. Malulah kepada kaum bukan Islam (kerana umat Islam sepatutnya menjadi contoh teladan yang baik kepada mereka) jika anda tak reti nak merasa malu kepada Allah dan rasulNya.


SALAM 1M'SIA .. SALAM 1 ZUMBA.

Nampaknya setelah memerah otak cara mana nak menang PRK Kajang maka suatu idea yang cukup hebat telah dilontarkan oleh Puteri UMNO bagi meraih dan memikat sokongan anak-anak muda kepada calon BN.

Semasa PRK Sg Limau Kedah dulu caranya ialah kejar itik dalam bendang kini di PRK Kajang terlonjat-lonjat senam ala joget lambak.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah merasmikan Zumba Perdana Puteri UMNO di Kajang.

Dalam ucapannya cara ini boleh memberi kemenangan kepada calon BN pilihan dan pujaan UMNO Chew Mei Fun.

Caranya ialah "ZUMBA" suatu jenis senamrobik terkinjal-kinjal tergedik gedik .... Orang tua yang sakit tidak terdaya pun disuruh sama-sama berzumba.

Muhyiddin Yassin jua mengingatkan sayap parti itu supaya terus mendekati pengundi terutama wanita muda bagi memastikan kemenangan calon BN pada 23 Mac ini.
-forum cari.com.my






10 Apr 2014

Kehilangan MH370 Dedahkan Kelemahan Ketara Pemerintahan BN Pimpinan Najib!


Kolumnis terkenal Bloomberg semalam menulis bantahan global atas kehilangan pesawat MH370 menekankan kelemahan paling ketara ke atas Putrajaya, dan terlalu sedikit tentang kekuatannya.

Padahal, kata William Pešek enam bulan lalu Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama memuji Malaysia sebagai "satu contoh ekonomi yang dinamik" dan disebut-sebut kerana kepelbagaian budayanya sebagai model kepada orang lain, namun pujian itu kini menjadi naif ekoran kejadian tragis ini.

Merujuk kepada kritikan yang ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan usaha Putrajaya dalam menangani krisis, Pešek berkata: "Wajar atau tidak, sejak 8 Mac apabila pesawat MH370 hilang dalam perjalanan ke Beijing, Malaysia kehilangan banyak kedudukannya di rantau ini dan juga di seluruh dunia."

Beliau juga mengecam pendekatan Putrajaya dalam mengendalikan perselisihan dalaman dan toleransi antara agama – antara lain, sabitan pemimpin DAP, Karpal Singh atas tuduhan menghasut dan terbaliknya keputusan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan diam kepada usaha konservatif Islam untuk mengehadkan penggunaan kalimah Allah – dan berkata pentadbiran yang diterajui Najib memerlukan lebih daripada sekadar perhubungan awam untuk meningkatkan imejnya.

"Negara itu memerlukan lebih kepada revolusi politik," kata Pešek.

"Krisis penerbangan MH370 mendedahkan sepenuhnya bahaya membenarkan satu parti sahaja memerintah negara selama enam dekad.

Sejak memegang jawatan tertinggi pada 2009, Najib terpaksa mengalihkan perhatiannya daripada pemuliharaan ekonomi Malaysia kepada mengekalkan Umno ditampuk kuasa."

Pešek menambah pengendalian buruk Putrajaya terhadap MH370 bukan suatu penipuan.

"Kejadian ini mendedahkan elit politik yang tidak pernah menghadapi soalan daripada rakyatnya, apatah lagi dari dunia luar
.

"Budaya politik yang sama dicipta dalam menguruskan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines (MAS). Tidak menghairankan, sebelum ini, syarikat penerbangan itu jauh terkebelakang dalam persaingan global yang semakin meningkat," katanya.

Pandangan Pešek bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh wartawan New York Times Thomas Fuller beberapa hari selepas penerbangan MH370 hilang.

Pakar hal ehwal Asia Tenggara itu berkata kekurangan koordinasi dari jabatan-jabatan di Malaysia dan maklumat yang bercanggah antara satu sama lain dalam pencarian MH370 hanya menunjukkan bagaimana teruknya cara pemimpin negara mengendalikan krisis.

"Tetapi keraguan di seluruh dunia tentang kehilangan penerbangan MH370 mencabar budaya politik negara dan mendedahkan kelemahan pemimpinnya dalam menghadapi pengkritik dari seluruh dunia," katanya.

Fuller juga merujuk kepada dua kes besar mahkamah yang melibatkan Anwar dan Karpal dalam kritikannya yang disifatkannya sebagai usaha menyekat perbezaan pendapat politik di Malaysia.


Reuters hari ini melaporkan misteri penerbangan MH370, yang hilang lebih daripada sebulan lalu mencetuskan operasi mencari dan menyelamat paling mahal dalam sejarah penerbangan, tetapi maklumat konkrit membuktikan ia sesuatu yang mengecewakan.

Sehingga kini, 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 13 kapal dijangka terlibat dengan usaha pencarian besar-besaran yang sehingga kini terbukti sia-sia dalam mengenal pasti apa-apa bukti fizikal dari bangkai pesawat itu.

Pencarian hari ini datang dengan satu keyakinan, selepas pegawai Australia berkata mereka mengesan dua isyarat baru "ping" yang mungkin datang daripada perakam kotak hitam pesawat. -TMI



Muhyiddin Di Dubai: 3 Jam Majlis Rasmi 10 Jam Di Padang Golf

Muhyiddin lebih pentingkan golf dari majlis rasmi?

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin didakwa lebih banyak menghabiskan masa di padang golf daripada di majlis rasmi dalam lawatannya ke Dubai dari 8 Hingga 12 April 2014.

Menurut ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, Ketua Audit Negara perlu menyiasat bukan sahaja lawatan Muhyiddin ke Dubai ini, tetapi juga mana-mana perjalanan lain Muhyiddin yang dilakukan oleh beliau sejak kebelakangan ini.

Kata mereka, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan nampaknya sedang menikmati percutian golf lima hari di Dubai dengan dibiayai oleh wang pembayar cukai Malaysia.

“Jadual perjalanan “lawatan kerja” Muhyiddin ke Dubai, United Arab Emirates (UAE) dari 8 hingga 12 April 2014, kononnya untuk menghadiri Gulf Education and Training Exhibition (GETEX) 2014, mendedahkan bahawa penerbangan Timbalan Perdana Menteri adalah dengan menggunakan “pesawat khas,”
kata mereka berdasarkan laporan blog peniupwisel2020.blogspot.com.

Mereka mendakwa beliau juga menginap di hotel lima bintang Shangri-La Dubai selama lima hari, sementara tugas Muhyiddin di GETEX hanya memerlukan beliau untuk menghadiri majlis pembukaan rasmi, merasmikan Education Malaysia Pavilion, serta menerima jemputan hormat Menteri Pendidikan dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Pembangunan Masyarakat UAE.

“Akhir sekali, beliau dijadual menandatangani MOU mengenai pendidikan tinggi. Semua program di atas dijadualkan antara jam 10 pagi hingga 1 petang pada 9 April, dari mana beliau akan bertolak ke Kelab Golf Montgomerie, dan kemudian disusuli dengan makan malam di atas kapal layar,” kata mereka lagi.

Steven Sim dan Zairil menambah hari-hari yang berikutnya di Dubai akan diisi dengan “program peribadi” dan makan malam tidak rasmi dengan beberapa tokoh perniagaan dan diaspora Malaysia.

“Pada hari terakhir, sekali lagi beliau mengisi masa dengan acara golf. Dalam erti kata lain, Muhyiddin menghabiskan lima hari di Dubai untuk tiga jam program rasmi berkaitan dengan pendidikan, 10 jam di padang golf dan dua hari untuk “program peribadi.” dakwa mereka.

Kedua-dua ahli parlimen DAP itu berkata rakyat mempunyai hak untuk tahu siapa yang membiayai kos untuk perjalanan mewah ini, termasuk kos “pesawat khas,” penginapan di hotel lima bintang Shangri-La Dubai untuk keseluruhan rombongan, dan kos lain berkaitan yang akan ditanggung oleh Kerajaan, termasuk Kementerian Pendidikan, Education Malaysia, TalentCorp (yang menaja makan malam diaspora Malaysia pada 11 April) dan Jabatan Perdana Menteri (di mana Pejabat TPM diletakkan).

“Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar antara semua kementerian dalam Belanjawan 2014 (RM54 bilion atau 21 peratus daripada Belanjawan Persekutuan), namun pencapaian murid sangat teruk sejak kebelakangan ini,” dakwa mereka.

Kata mereka lagi, bukan sahaja pelajar Malaysia makin merosot dalam penilaian antarabangsa seperti PISA (Programme for International Students Assessment) dan TIMSS (Trends in International Math and Science Study), KPM juga baru-baru ini mendedahkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris juga merosot dalam kalangan guru dan pelajar kita, menurut laporan oleh Cambridge English.

“Tiada sesiapa yang menafikan bahawa pendidikan adalah bidang kritikal yang harus diberikan perhatian termasuk daripada segi sumber dana, namun kerajaan perlu membelanjakannya untuk program yang benar-benar meningkatkan pencapaian pelajar dan bukannya “cuti mewah” di mana Menteri Pendidikan boleh bermain golf,” kata mereka lagi. -FMT



Pilihanraya Indonesia: Tiada Isu Seks, Liwat Dan Dakwat Benar-benar Kekal -Prof Agus

Pemilu Indonesia: Isu masa depan negara jadi fokus - Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus

SHAH ALAM - "Kempen Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen Indonesia 2014 hanya berkisar mengenai kesejahteraan hidup rakyat dan masa hadapan negara," kata penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang kini berada di Indonesia untuk membuat perhatian pilihan raya di sana. Gambar: Prof Agus menunjukkan dakwat kekal yang tak hilang walau telah dicuci.

Ketika mengulas mengenai pembuangan undi oleh rakyat Indonesia hari ini, menurutnya isu kempen pilihan raya Indonesia lebih menjurus kepada kempen untuk menjadikan Indonesia lebih baik dan tiada isu moral pesaing dimainkan.

"Bandar seluruh Indonesia pagi ini lenggang. Rakyat beratur mengundi seawal jam 7 pagi hingga 1 petang apabila tempat mengundi ditutup.

"Di tempat mengundi tadi, saya berbincang dengan beberapa orang. Kata mereka, isu utama pilihan raya adalah ke arah menjadikan Indonesia lebih baik dan sejahtera, tiada isu 'kotor' yang dimainkan," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Rakyat Indonesia menunaikan tanggungjawab mereka hari ini untuk mengundi pada Pemilu Parlimen Indonesia 2014.

Nasib calon-calon yang merebut 560 kerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau parlimen Indonesia akan ditentukan oleh 185.5 juta pengundi berdaftar negara tersebut.

Selepas tiga minggu kempen parti politik berakhir Sabtu lepas, pengundi berdaftar Indonesia akan menentukan pemimpin mereka bagi tempoh lima tahun akan datang.

Rakyat Indonesia secara serentak akan memilih lebih 18,000 anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Tingkat I dan Tingkat II (ahli majlis tempatan) di semua 33 provinsi atau wilayah.

Ini merupakan kali keempat Indonesia melaksanakan Pemilu sejak kembali ke sistem demokrasi selepas 32 tahun dikuasai satu parti sahaja.


INDONESIA MEMILIH

Bandar seluruh Indonesia pagi ini lenggang. Rakyat beratur mengundi seawal 7 pagi. Jam 1 petang, tempat mengundi ditutup.

Mengundi menggunakan dakwat kekal. Saya cuba dakwat tersebut. Saya balik bilik, cuba cucikan dan memang kekal, tetapi tidak tahulah untuk berapa lama. Cuma diberitahu kekal untuk seminggu.

Jam 1 petang nanti, pengiraan undi dibuat di tempat mengundi. Saya akan ke situ sekejap lagi. Satu tempat mengundi mempunyai 300-380 pengundi.

Di tempat mengundi tadi, saya berbincang dengan beberapa orang. Kata mereka, isu utama pilihan raya ialah kesejahteraan hidup rakyat dan masa depan negara. Kata mereka lagi, di sini tidak ada isu seks dan politik liwat.

Dengan perlahan, saya keluar baris. Aduh!
-FB Prof Muhammad Agus