10 Apr 2014

Pilihanraya Indonesia: Tiada Isu Seks, Liwat Dan Dakwat Benar-benar Kekal -Prof Agus

Pemilu Indonesia: Isu masa depan negara jadi fokus - Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus

SHAH ALAM - "Kempen Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen Indonesia 2014 hanya berkisar mengenai kesejahteraan hidup rakyat dan masa hadapan negara," kata penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang kini berada di Indonesia untuk membuat perhatian pilihan raya di sana. Gambar: Prof Agus menunjukkan dakwat kekal yang tak hilang walau telah dicuci.

Ketika mengulas mengenai pembuangan undi oleh rakyat Indonesia hari ini, menurutnya isu kempen pilihan raya Indonesia lebih menjurus kepada kempen untuk menjadikan Indonesia lebih baik dan tiada isu moral pesaing dimainkan.

"Bandar seluruh Indonesia pagi ini lenggang. Rakyat beratur mengundi seawal jam 7 pagi hingga 1 petang apabila tempat mengundi ditutup.

"Di tempat mengundi tadi, saya berbincang dengan beberapa orang. Kata mereka, isu utama pilihan raya adalah ke arah menjadikan Indonesia lebih baik dan sejahtera, tiada isu 'kotor' yang dimainkan," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Rakyat Indonesia menunaikan tanggungjawab mereka hari ini untuk mengundi pada Pemilu Parlimen Indonesia 2014.

Nasib calon-calon yang merebut 560 kerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau parlimen Indonesia akan ditentukan oleh 185.5 juta pengundi berdaftar negara tersebut.

Selepas tiga minggu kempen parti politik berakhir Sabtu lepas, pengundi berdaftar Indonesia akan menentukan pemimpin mereka bagi tempoh lima tahun akan datang.

Rakyat Indonesia secara serentak akan memilih lebih 18,000 anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Tingkat I dan Tingkat II (ahli majlis tempatan) di semua 33 provinsi atau wilayah.

Ini merupakan kali keempat Indonesia melaksanakan Pemilu sejak kembali ke sistem demokrasi selepas 32 tahun dikuasai satu parti sahaja.


INDONESIA MEMILIH

Bandar seluruh Indonesia pagi ini lenggang. Rakyat beratur mengundi seawal 7 pagi. Jam 1 petang, tempat mengundi ditutup.

Mengundi menggunakan dakwat kekal. Saya cuba dakwat tersebut. Saya balik bilik, cuba cucikan dan memang kekal, tetapi tidak tahulah untuk berapa lama. Cuma diberitahu kekal untuk seminggu.

Jam 1 petang nanti, pengiraan undi dibuat di tempat mengundi. Saya akan ke situ sekejap lagi. Satu tempat mengundi mempunyai 300-380 pengundi.

Di tempat mengundi tadi, saya berbincang dengan beberapa orang. Kata mereka, isu utama pilihan raya ialah kesejahteraan hidup rakyat dan masa depan negara. Kata mereka lagi, di sini tidak ada isu seks dan politik liwat.

Dengan perlahan, saya keluar baris. Aduh!
-FB Prof Muhammad Agus




3 ulasan:

Awanama berkata...

Aku macai otak burung unta tak percaya dgn perop agus mana mungkin indonesia yg tahap pendidkan rendah spt mrk tiada memainkan isu liwat, seks dll dan dakwat yg kekal adakah perop agus mengata spr & b end menipu tak mungkin krna tahap pemikiran, imiginasi & kreatifiti kami mengada2kan isu amat berkesan wpon otak kami mcm otak burung unta..ini last warning kali pertama pd perop agus jgn main bungaapi..kah3x kami macai otak burung unta united

Awanama berkata...

ejen2 umno merayau diblog2..berikan komen2 yg begitu jahat hanya mahu cover kerosakan umno. Tahniah kpd Prof yg berani terus membentangkan kerosakan2 yg dibuatkan umno..orang ramai bersama Prof..biarkan ejen2 umno terus reput begitu aje..

Awanama berkata...

Rakyat indon bukan mcm umat melayu mr. Bean. Diaorg kalau tahu pemimpin diaorg menyelewang siap merusuh sampai kerajaan tumbang beb. Nampak mcm tak baik tapi ini menunjukkan rakyat diaorg tahu apa hak diaorg. Bukan mcm umat melayu mr. Bean yg buat tak tahu shj biarpun tahu ada hak.

Benda seperti merusuh, berdemo etc memang buruk di mata org tapi kebaikkan tetap ada. Tapi benda baik seperti Brim, prim and etc memang baik sebenarnya ada keburukkan disebalik kebaikkan. Fikirkanlah