14 Apr 2014

Konspirasi MH370: "Ada Indiividu Yang Tutup Perkara Sebenar" - Dr Kevin Barrett


Washington – Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.


Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror. -SH

4 ulasan:

Awanama berkata...

Siasat jgn x siasat

Awanama berkata...

saper lah the black goat agak nyer yer.....

Sikumbang Jati berkata...

Kalau nak siasat, siapa agaknya yg berani? mampukah PR kat msia menyisat perkara ini, ini tugas besar & perlu sokongan luar. Apa pendapat GB.

Awanama berkata...

Najab dan kuncu2 yg dibelakang najib ialah amerika itulah dia yg sebenarnya. Jadi kqmbing hitam siapa lagi kalu tak si bodo najib tu bro.