2 Ogo 2010

Selangor Perlu Cabar Kerajaan Pusat Walaupun Ke Peringkat Antarabangsa

Kecuaian Khir Toyo Runding Konsesi Air, Selangor Rugi RM8 Bilion

Kerajaan Selangor mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM8 bilion berikutan kecuaian bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo dalam merunding perjanjian konsesi air dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Sebaliknya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sedia berdepan dengan tindakan mahkamah berikutan keengganan memenuhi perjanjian konsesi yang memerlukan tarif air dinaik hingga membebankan rakyat.

Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan Dr Khir Toyo sebelum ini menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas yang membenarkan syarikat itu menaikkan tarif mengikut tempoh tertentu.

Mengikut perjanjian, Syabas dibenar menaikkan tarif sebanyak 37 peratus pada 2009,25 peratus (2012), 20 peratus (2015), 10 peratus (2018) dan lima peratus (2021).

Akibatnya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terpaksa berdepan dengan syarikat konsesi yang tamak dan berani menuntut jumlah yang melampau jika kerajaan negeri mengambil alih pengurusan air.

Malah, kerajaan negeri tidak gentar berdepan ugutan saman 1 bilion ringgit yang difail Syabas walaupun syarikat ini mendapat sokongan kerajaan Pusat.

Ini kerana kerajaan Selangor lebih mementingkan rakyat yang layak, mampu menikmati hasil dari dasar termasuk pemberian diskaun, insentif dan sebagainya.

Dalam kenyataan media, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin menganggap Dr Khir Toyo patut berasa malu untuk bercakap soal kepentingan rakyat keranan kecuaiannya menghalang rakyat menikmati perkhidmatan air yang lebih baik.

"Rakyat Selangor berhak mengetahui cerita sebenar dan bagaimana Dr Khir Toyo seharusnya dihalang dari segi moral untuk memberi pandangan terutama dalam tatacara mentadbir negeri ini," kata Faekah.

Faekah juga mengulangi gesaan supaya dokumen perjanjian air dan laporan audit didedah kepada umum supaya rakyat tahu hal sebenar dan hal ini wajar dibawa ke mesyuarat Kabinet.

Langkah wajar bagi mendedahkan penganiayaan Umno BN terhadap rakyat melalui pemberian konsesi ini kepada syarikat kroni, akan diteruskan bagi memberi kefahaman kepada rakyat. -SK

Ulasan GB

Perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan?

Kerajaan persekutuan pernah TIDAK mematuhi penjanjian yang dibuat dengan kerajaan negeri. Dimana perjanjian itu tiba-tiba diklasifikasikan sebagai MOU sahaja - iaitu perjanjian royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Kelantan dan Terengganu (waktu itu Terengganu telah dirampas oleh PAS).

Akibat daripadanya Kelantan dan Terengganu kehilangan royalti tetapi sebaliknya digantikan denan wang ehsan. Itu pun ditipunya kerajaan negeri, diberikan kepada plekok UMNO dan bukan kepada pemerintah negeri.

Begitulah sikap kerajaan pusat terhadap negeri yang diperintah oleh PR. Justeru itu PR perlu berusaha mengheret kerajaan pusat ke mahkamah kerana ketidak patuhan terhadap konsep federalisma sekalipun terpaksa ke peringakt antarabangsa.

Negara Akan Hancur Selagi UMNO BN Berkuasa

Hancur Malaysia Selagi Umno-BN Dibiarkan Menguruskan Negara

Kira-kira 30 isu penyelewengan di dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) yang dibentangkan hari ini yang cuba disembunyikan oleh pengurusan Felcra daripada diketahui warga Felcra, sekaligus menafikan hak kamu sebagai peserta Felcra, demikian kata bekas Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Nizar yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata semasa kerajaan Pas mengambil-alih Kelantan daripada Umno-BN dahulu, Felcra telah dipastikan membayar kerajaan negeri RM11 juta untuk penggunaan tanah negeri Kelantan di mana sebelum itu Felcra tidak pernah membayar untuk menggunakan tanah negeri.

"Wang itu merupakan hak rakyat Kelantan yang telah dinafikan oleh Felcra dan Umno-BN. Penempatan Felcra terbesar adalah di Perak dengan kira-kira 26 ribu peserta, dan dianggarkan royalti yang patut dibayar kira-kira REM40 juta!

Di mana wang tersebut kini? Inilah yang kita cuba dapatkan sebelum kerajaan Perak dirampas dengan permainan kotor Umno-BN, takut kesemua perbuatan jijik mereka didedahkan!," kata Nizar lagi.

Beliau turut mendedahkan tindakan Pengerusi Felcra, Datuk Haji Tajudin Bin Abdul Rahman mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya di hotel Mandarin Oriental, yang terletak bersebelahan Menara Berkembar Kuala Lumpur.

"Tajuddin menjemput semua ahli parlimen ke majlis tersebut dan dianggarkan RM500 ribu hangus pada malam itu. Saya ingin bertanya, mana dia dapat wang sebanyak itu...terangkan kepada warga Felcra.Selagi Umno-BN dibiarkan menguruskan negara, akan hancur Malaysia nanti," tegas beliau.

Sehubungan itu, Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan telah melancarkan risalah 'Felda Bangkrap' bertujuan untuk mendedahkan penyelewengan dan salah urus yang berlaku di dalam pengurusan Felda kepada warga Felda diseluruh negara. Risalah yang dicetak sebanyak 200 ribu keping akan diedarkan mulai hari ini melalui cawangan-cawangan ANAK di seluruh negara.

Dalam perkembangan berkaitan beliau turut mempersoalkan tindakan Felcra menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran bersebelahan dengan tapak Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan Kali pertama anjuran Parti Islam SeMalaysia Perak.

Tambah beliau, tindakan pengurusan Felcra menggunakan alasan majlis tersebut bagi memesongkan perhatian warga Felcra jelas menunjukkan Felcra mahu menyembunyikan fakta bahawa wujudnya salah urus yang serius. -SK

Penyokong Pro ISA Perlu Di ISAkan.

Mengapa penyokong pro-ISA tidak ditahan?"

Tiga aktivis dan seorang peguam yang ditahan polis di sudut pidato Pulau Pinang malam tadi kerana menyertai perhimpunan bagi membantah terhadap Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) mendakwa polis berat sebelah dalam melaksanakan tugas mereka.

Ini kerana, polis dikatakan gagal bertindak terhadap 'kumpulan pengacau' yang didakwa 'dinaungi' Umno yang juga berada di lokasi yang sama malam tadi.

Ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Choo Chon Kai, yang bercakap di luar balai polis Jelutong pada jam 12.30 pagi selepas dibebaskan berkata kumpulan yang mendakwa sebagai 'penyokong pro-ISA' itu bukan sahaja 'biadap dan kasar' tetapi cuba mengapi-apikan orang ramai agar terjerumus dengan keganasan.

Malangnya, Choo berkata polis bukan sahaja gagal bertindak terhadap kumpulan berkenaan tetapi menangkap beliau dan rakan-rakannya yang berhimpun secara aman.

“Inilah wajah sebenar penyokong ISA; mereka mempunyai wajah 'fascist'yang mengambarkan keadaan mental mereka yang masih terperangkap dalam zaman penjajah,” katanya.

“Malangnya, polis juga bertindak dengan cara yang sama ketika cuba memaksa rakyat yang berhimpun secara aman bersurai,” tambahnya.

Choo juga mempersoalkan mengapa Malaysia masih mengekalkan undang-undang yang diwarisi oleh penajajah Inggeris, meskipun negara telah mencapai kemerdekaan lebih 53 tahun.

“Malah perogol dan pembunuh juga diberikan perbicaraan yang adil, tetapi mereka yang ditahan mengikut ISA, tiada perbicaraan langsung. Ini mungkin berlaku kepada mereka yang cuma menjual lencana anti-ISA; polis tidak perlu mengemukakan sebarang bukti di mahkamah,” kata Choo lagi.

Pada kejadian malam semalam, jumlaah mereka yang berhimpun dianggarkan sekitar 100 orang berbanding 180 anggota polis yang dikerahkan ke lokasi. Mereka cuma diberikan masa lima minit untuk bersurai atau menghadapi kemungkina ditangkap. -mk

Ulasan GB

Apakah ungkapan yang lebih sesuai digunakan terhadap polis yang menjalankan kerjanya yang berat sebelah ini jika bukan "barua UMNO BN"?

Kezaliman polis nampaknya belum berhenti namun kesabaran rakyat terhadap kezaliman itu ada batasnya.

Kita berdoa agar para pem impin UMNO, polis dan sekalian penyokong akta zalim ISA itu akan diISAkan satu hari nanti agar mereka mengetahui dan merasai sendiri apakah akta itu zalim atau tidak.

Islam amat menentang penahanan tanpa bicara dan di atas dasar itu, kita bersama dengan pihak yang menentang kerajaan dan pihak yang mendokong akta berkenaan.



Kredibilit Saiful Hanyir, Kes Liwat 2 Wajar Digugurkan.

Kes ditangguh, Anwar mohon batal pertuduhan

Perbicaraan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan berikutan permohonan ketua pembangkang itu untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya dengan alasan seorang timbalan pendakwa raya dalam pasukan pendakwaan dikatakan mempunyai hubungan dengan saksi utama kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 9 Ogos depan untuk mendengar permohonan itu.

Peguam utama Anwar -- Karpal Singh -- yang sebelum ini cuti sakit selama 15 hari sehingga menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan sementara, hadir hari ini.

Katanya, timbalan pendakwa raya itu, Farah Azlina Latif dan pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan "seharusnya mengemukakan afidavit berasingan" bagi menjawab dakwaan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. yang mereka mempunyai 'hubungan romantis”.

"Pihak pendakwaan tidak mengesahkan hubungan itu mahupun menafikannya. Berdasarkan ini, kami yakin wujudnya hubungan dan terpulang kepada mereka untuk menafikan dakwaan itu,” katanya di luar mahkamah.

Menurut Karpal, seluruh imej pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, kini tercemar kerana dakwaan itu.

Karpal berkata Farah Azlina telah melanggar Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi manakala Mohd Saiful pula telah melanggar Seksyen 8(2) akta yang sama.

Walaupun mengikut jadual, Dr Mohd Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur sepatutnya memberi keterangan dan disoal balas, namun 'hubungan romantis' berkenaan mencuri tumpuan.

Peguam Anwar mendesak hakim supaya membuang kes ini berdasarkan dakwaan hubungan berkenaan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail Isnin lalu memutuskan Farah Azlina digugurkan dari pasukan pendakwaan agar 'hubungan romantisnya' tidak akan menjejaskan kes itu.

Faraf Azlina juga telah dipindahkan dari bahagian pendakwaan, pejabat peguam negara.

Perbicaraan hari ini dimulakan dengan Karpal memfail permohonan supaya pendakwaan terhadap ketua pembangkang itu digugurkan.

Bagaimanapun, ketua pendakwa raya membantah permohonan berkenaan tetapi bersetuju supaya kes itu ditangguh seketika.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju untuk mendengar permohonan Karpal tetapi disebabkan peguam belum bersedia, perbicaraan ditangguh seketika.

Selepas perbicaraan ditangguhkan, Anwar membuat laporan polis terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful di bit polis, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur ini.

Kedua-dua mereka didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972.

Kehadiran Anwar di mahkamah pada jam 9 pagi ini diiringi oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin PKR termasuk, Saifuddin Nasution dan Dr Xavier Jeyakumar.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat. -mk


Anwar buat aduan polis terhadap Saiful, Farah langgar OSA

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan tuduhan liwat, pagi ini membuat laporan polis terhadap saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan dan juga Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif, yang didakwa menjalani hubungan romantis, di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Dalam laporan yang dibuat di balai polis Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini pukul 11 pagi tadi, Anwar mendakwa Saiful dan Farah Azlina telah melanggari Seksyen 8(1) dan Seksyen 8(2) akta itu. -TMI


Ulasan GB

Sepertimana yang GB ulaskan sebelum ini, kes liwat 2 ini perlu dibatalkan kerana saksi utama kes, Saiful, telah hilang kredibilitinya sebagai saksi.

Beliau tidak layak untuk berdiri sebagai saksi lantaran maruahnya tercemar serta kredibilitinya tercampak ke tong najis.

Hukuman Mati Ke Atas Perogol Kanak-Kanak Adalah Sebahagian Hukum Hudud

Isu Rogol Kanak-Kanak, Presiden MCA Senada Dengan Karpal

Kerajaan diminta meminda undang-undang sedia ada berhubung hukuman kepada pesalah rogol membabitkan kanak-kanak dengan mengenakan hukuman yang lebih berat, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata kerajaan juga tidak boleh bertolak ansur dengan pelaku jenayah itu, isu ini tidak wajar dipandang ringan dan masyarakat juga mengecam jenayah rogol membabitkan kanak-kanak.

Semalam, Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Dr Chua, yang ditemui pemberita selepas merasmikan konvensyen MCA Pulau Pinang di sini hari ini, berkata cadangan Karpal Singh itu baik tetapi perlu diteliti terlebih dahulu sebelum dikuatkuasakan bagi menggantikan hukuman yang sedia ada . -TVS


Karpal syor hukum mati perogol kanak-kanak

Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Karpal berkata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukumn mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.

“Ini boleh memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan kesalahan bahawa undang-undang tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Karpal berkata kes terbaru bahawa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun didakwa telah dirogol oleh pemandu bas sekolah yang dinaikinya, menuntut perhatian khusus tentang perlunya hukuman sedia ada bagi perbuatan itu, dikaji semula.

Semalam, polis mendapat kebenaran mahkamah untuk melanjutkan enam hari lagi tempoh tahanan reman ke atas pemandu van sekolah tersebut.

Isnin lepas, lelaki yang mempunyai anak berusia antara sembilan hingga 20 tahun itu ditangkap orang ramai yang ternampak bas itu diparkir di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan, kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Sekurang-kurangnya tiga murid perempuan sekolah rendah di Petaling Jaya telah dikenal pasti menjadi mangsa rogol pemandu bas sekolah yang ditahan itu.

Kata Karpal, mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Beliau berkata memang tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan tertuduh perlu dibuktikan melebihi keraguan munasabah, tetapi dalam kes di mana tertuduh didapati melakukan perbuatan demikian secara terang-terangn serta disokong oleh saksi berwibawa yang melihat perbuatan itu dilakukan, maka tiada masalah untuk membuktikan kes berkenaan di luar keraguan munasabah.

“Saya sedar tentang bahaya kemungkinan seseorang yang tidak bersalah, dikenakan hukuman. Pelaksanaan hukuman mati tidak boleh diubah kembali. Kesengsaraan yang dialami seseorang insan yang tidak bersalah, tetapi dikenakan hukuman mati, memang tidak dapat digambarkan,” katanya.

Bagaimanapun Karpal memberitahu, perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak berdosa di hadapan orang lain, menuntut agar undang-undang sedia ada, dibuat pindaan.

Kelmarin di Kota Baru, Mohd. Roslan Ali, bapa kepada pelajar tingkatan tiga yang diculik di Besut bersyukur kerana dia tidak dirogol dan dapat ditemui semula.

Anaknya diculik dilarikan oleh penjenayah dengan menaiki sebuah Perodua Kenari. -TMI


Ulasan GB

Samada disedari ataupun tidak, cadangan Karpal yang disokong oleh Chua Soi Lek agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati adalah termasuk di dalam Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Kemungkinan selama ini kedua-dua pemimpin bukan-Islam berkenaan menentang hukum hudud, namun penentangan mereka adalah kerana mereka tidak memahami apakah hukum hudud itu yang hikmahnya yang sebenar.

Bukan saja DAP, MCA atau MIC, malah UMNO sendiri menentang hudud. UMNO pergi lebih jauh dari itu, bukan sekadar menentang tetapi menghina, mencaci hukum hudud dngan harapan mereka yang bukan Islam merasa gerun dan takut terhadap hudud. UMNO melakukannya agar masyarakat bukan Islam menjauhi PAS yang selama ini tegar dan tegas memperjuangkan hukum Allah berkenaan. Ditimbulkan persepsi negatif seperti hukum hudud ketinggalan zaman, hukum hudud akan memaksa bukan Islam menyertai Islam, hukum hudud akan mengkhatankan bukan Islam dan nada-nada yang seumpama itu - demi menakut-nakutkan bukan Islam terhadap PAS.

Adalah menjadi fitrah manusia, tanpa mengira agama, benci terhadap kezaliman dan jenayah yang dilakukan oleh sesama manusia, justeru Allah selaku pencipta tentulah lebih mengerti hukuman yang diperlukan oleh manusia demi mewujudkan "salam" (kesejahteraan) di atas mukabumi. Hukum Allah yang terpancar melalui hukum hudud adalah satu hukuman yang juga bertujuan memberikan pengajaran kepada umat manusia seluruhnya untuk menolak kezaliman dan jenayah dari terus berlaku yang mengakibatkan tirani dan porak peranda di dalam masyarakat.

Sesungguhnya hudud Islam sesuai untuk semua manusia di semua zaman. Kemungkinan ada yang menentangnya, namun akhirnya hati manusia tetap mengakui kebenaran, keadilan dan kebaikannya sekalipun tidak mengetahui yang disuarakan itulah hudud namanya.



1 Ogo 2010

Kezaliman Polis Petanda UMNO BN Bakal Hancur

Kebiadapan Polis Terhadap Rakyat Percepatkan Kejatuhan Umno-BN

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng menganggap Malaysia sebagai sebuah negara polis, apabila bertindak ganas dengan memukul dan menahan dengan kasar orang ramai termasuk peniaga semasa program ceramah anjuran KEADILAN di Markas PAS Kawasan Batu Pahat di Kampung Sungai Tongkang, di sini semalam.

Chua berkata tindakan tidak demokratik pihal polis hanya membuka mata dam menyedarkan lagi rakyat khususnya di Johor bahawa Umno-Barisan Nasional perlu ditumbangkan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Peristiwa ini menunjukkan dengan jelas bahawa, rakyat telah faham yang Umno dan Barisan Nasional di Johor sudah takut dan putus asa sehingga terpaksa menyalahgunakan institusi polis untuk menghalang proses politik dan demokrasi di negara ini.

"Ini akan menambah keazaman dan keinginan kita untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN di Johor dan menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Ini adalah program pertama saya di Johor selepas dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri. Memang benar seperti apa yang pernah dikatakan, halangan akan dikenakan kepada mana-mana bekas pemimpin Barisan Nasional seperti saya dan Datuk Seri (Anwar Ibrahim). Jadi kata Tun Dr Mahathir, 'Malaysia Negara Polis' satu ketika dulu, memang benar," komen Chua kepada Suara Keadilan ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Rengit untuk memberikan sokongan kepada mereka yang ditahan semalam.

Turut hadir beberapa pemimpin KEADILAN termasuk Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Penerangan, Latheefa Koya, Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali dan tokoh parti serta peguam, Hassan Karim.

Dalam serbuan yang dilakukan pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas lokasi ceramah di Rengit semalam, seramai tujuh orang ditahan iaitu, Shukri Yusof, 32, Khairul Nurrashid, 26, Sheikh Hussin Abdullah, 43, Radzi Kasim, Ahmad Ariff, 29, Raden NohKamaruzzaman, 22, dan Mohd Hussin Ismail, 19.

Mereka dilepaskan kira-kira pada pukul 4 pagi selepas mendapat jaminan lisan daripada pihak polis.

Tiga daripada mereka yang ditahan iaitu Shukri Yusof, Khairul Nurrashid, Sheikh Hussin Abdullah diminta untuk kembali ke Balai Polis Rengit pada 1 September depan untuk diambil keterangan manakala empat yang lain dikehendaki ke balai polis yang sama pada 13 September.

Sementara itu Ahmad Ariff dan Raden Noh Kamaruzzaman mendakwa mereka telah dikasari oleh anggota FRU yang dikatakan memukul dan memijak mereka sehingga menyebabkan kecederaan.

Kedua mereka dijangkakan akan membuat laporan polis pada hari ini.

Seorang petugas Unit Amal berkata pihak polis dan FRU turut merampas peralatan audio seperti mikrofom dan sistem pembesar suara selain merosakkan beberapa peralatan elektrik dalam tindakan serbuan mereka.

FRU turut melepaskan sejenis gas yang menyebabkan mereka pedih mata dan sakit dada.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Azlan Ishak mendesak pihak polis memberikan penjelasan berkenaan kekasaran yang dilakukan terhadap orang ramai dalam program malam tadi.

Beliau menganggap tindakan tersebut menyalahi jaminan yang termaktub dalam Perlembagaan yang membenarkan orang ramai untuk berhimpun dan berekspresi.

"Kita bercadang untuk failkan perkara ini ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Perbuatan (menyerbu) ini menyalahi undang-undang.

"Program ini diadakan di dalam premis persendirian dan kita telah patuhi. Permit yang dipohon sebenarnya telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), namun ditarik semula atas tekanan politik. Inikah negara demokrasi?" tanya Azlan. -SK

Ulasan GB

PDRM bersama UMNO BN tidak pernah belajar dari sejarah. Pada PRU 1999, mencatatkan keputusan pilihanraya terbutuk buat UMNO BN setelah berlakunya kezaliman polis terhadap isu Anwar. Sekalipun Barisan Alternatif ketika itu BN hanya tinggal sebanyak 148 jatuh 8.6% berbanding 162 kerusi yang diperoleh pada tahun 1995.

Pada PRU 2008, setelah polis melakukan pelbagai kezaliman, sekali lagi UMNO BN hampir terdampar ke lurah jahanam, di mana kali ini Pakatan Rakyat berjaya menghapuskan majoriti dua pertiga UMNO BN di Parlimen.

Tetapi polis masih begitu, kekal dengan fe'el lama mereka terus melakukan kezaliman ke atas rakyat.

Nah, kita tunggukan saja nanti pada pilihanraya umum akan datang, UMNO BN PAS tercampak keluar dari Putrajaya dan ketika itu PDRMlah yang merupakan penyebab utama kebencian rakyat terhadap UMNO BN.

Percaya atau tidak, terpulanglah, tapi itulah realitinya.

Muhyiddin Ibarat Ketam Yang Menyuruh Anaknya Berjalan Lurus

Ketepikan semangat perkauman – Muhyiddin

Semua rakyat perlu mengetepikan semangat perkauman jika mahu lihat Malaysia kekal membangun dalam semua aspek, demikian menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sebagai negara yang berhadapan cabaran berikutan mempunyai komposisi pelbagai kaum dan etnik, aspek perkauman perlu diketepikan bagi mengekalkan keamanan negara.

Malah jika sesuatu kaum tetap berdegil mahu mempertahankannya tanpa melihat sesuatu perkara dengan lebih meluas, ia mampu mengundang respon yang berbentuk perseturuan dan menimbulkan ketegangan antara kaum.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Barisan Nasional berkata, "saya ingin mengingatkan para pemimpin muda bahawa mengurus negara yang mengandungi pelbagai etnik memerlukan banyak hikmah.

"Kami harus selalu mengimbangi di antara berkhidmat untuk kepentingan semua kaum dan memenuhi keperluan negara," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Para Pemimpin Pelajar Malaysia Tahunan ke 4 di sini semalam.

Menurut beliau, "kadangkala tuntutan yang melampau oleh sesuatu golongan etnik menyebabkan respon yang negatif dari komuniti yang lain.

"Apabila kaum-kaum saling membuat tuntutan masing-masing dan respon yang negatif akan menyebabkan ketegangan di antara etnik dan meletak keselamatan negara dalam bahaya," katanya

Muhyiddin berkata, semangat perkauman juga boleh diketepikan melalui perubahan sistem demokrasi pendidikan yang berkualiti.

Prejudis perkauman

"Maka tidak timbul nanti, prejudis perkauman atau rasa terpinggir kerana semua anak Malaysia mempunyai hak yang sama rata untuk mendapat pendidikan berkualiti.

Ujar beliau, "oleh sebab pengasingan dari sudut sosial dan ekonomi akan membawa kepada prejudis perkauman dan konflik etnik yang berpanjangan maka usaha meningkatkan kualiti pendidikan sekarang ini, saya yakin, akan menghapuskan semua punca konflik."

Katanya, "melalui perubahan sistem pendidikan sejak Laporan Razak 1956 dan juga Dasar Baru Ekonomi, jurang antara kaum juga dapat dikurangkan. Usaha memupuk perpaduan kaum juga dapat dimanifestasikan melalui beberapa dasar polisi yang diperkenalkan kerajaan.

"Setakat hari ini, kerajaan bertekad untuk membantu semua etnik supaya mempunyai akses kepada pendidikan yang lebih baik melalui peruntukan biasiswa dan perkembangan pendidikan tinggi."

Beliau menegaskan, "bahasa Mandarin and Tamil, dua bahasa ibunda utama di negara ini sebagai mata pelajaran elektif telah pun diperkenalkan.

"Ini termasuk program sekolah yang komprehensif yang telah direncanakan di bawah Bidang Keputusan Utama Nasional (NKRA)," tambahnya.

Ulasan GB

Umum mengetahui bahawa Muhyiddin inilah orangnya yang paling perkauman di dalam kabinet Najib. Buktinya:

Kenyataan Muhyiddin tidak bijaksana, Pemuda Gerakan

Setiausaha Pemuda Gerakan Dominic Lau Hoe Chai tidak menyetujui kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang melihat dirinya sebagai "Melayu terlebih dahulu, dan warga Malaysia kemudiannya".

Dalam satu kenyataan medianya, Dominic Lau (gambar kiri) menganggap hujah ini tidak bijaksana, malah tidak mempertimbangkan perasaan seluruh rakyat kerana jelas membela kaum tertentu.

"Selaku TPM, Muhyiddin harus menjadi TPM untuk seluruh rakyat Malaysia, dan bukannya TPM untuk Melayu. Beliau harus menyedari realiti bahawa Malaysia sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama. Saling hormat-menghormati, layanan yang saksama adalah lebih penting, dan bukannya dominasi satu pihak."

Di samping itu, ketika mengulas pertikaian dan kritikan pembangkang berhubung isu ini, Pemuda Gerakan menyeru agar TPM berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan, terutamanya selepas tsunami politik 8 Mac 2008, yang memberi pengajaran kepada BN agar jangan melewati sensiviti kaum. Apa yang rakyat tuntut adalah kerajaan untuk semua, bukannya kerajaan untuk satu-satu kaum.

*Kenyataan media oleh Dominic Lau Hoe Chai, selaku Setiausaha Pemuda Gerakan. Diterjemahkan daripada kenyataan asal yang ditulis dalam bahasa Cina. -MR



Pemuda MCA kepada Muhyiddin: Hujah anda telah menjadi senjata musuh

Setiausaha Pemuda MCA, Chai Kim Sen menyeru Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin agar berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan. Malah, Pemuda MCA menasihatkan TPM agar tidak mengeluarkan hujah yang akan mencungkil ketidakpuasan kaum lain, semata-mata untuk mengambil hati sesetengah pihak.

Chai Kim Sen berkata, masyarakat umumnya menyetujui penubuhan Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi Perundingan Antara Agama yang diluluskan oleh kabinet, bahkan menaruh harapan agar konflik dan salah faham antara agama akan diselesaikan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas tersebut.

“Biarpun kuasa Mesyuarat Jawatankuasa Khas ini mungkin tidak sebesar mana, tetapi tidak harus disifatkan sebagai ‘peranan kecil’, atau ‘tidak penting’ dalam mulut TPM. Walau bagaimanapun, Mesyuarat Jawatankuasa Khas akan mengkaji isu yang berkenaan dengan agama, dan mempunyai peranannya,” kata Chai Kim Sen.

Menurut kenyataan media Chai Kim Sen, TPM seharusnya menggalakkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas ini untuk merapatkan jurang antara agama di negara kita, terutamanya isu-isu yang berkenaan dengan agama, seperti pertukaran agama, penggunaan kalimah agama dan sebagainya.

Tiada orang yang menganggap bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Khas ini akan mengancam kedudukan Islam sebagai agama kebangsaaan. Jadi, tidak perlulah TPM memperkecilkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas ini untuk meredakan golongan ektremis yang berang tanpa sebab, kata Chai Kim Sen.

Chai Kim Sen mengingatkan Muhyiddin Yassin (gambar kanan) bahawa hujah beliau telah menjadi senjata kepada musuh politik. Seandainya keadaan ini tidak dibaiki, maka persepsi rakyat terhadap Muhyiddin akan menjadi semakin negatif.

*Kenyataan media oleh Chai Kim Sen selaku Setiausaha Pemuda MCA. -FMT


Badan Dunia Desak Kerajaan Malaysia Serah Dokumen, Bahan Bukti Kepada Anwat

HRW Desak Kerajaan Malaysia Serah Dokumen, Bahan Bukti Kepada Anwar Segera

Badan pemantau hak asasi manusia antarabangsa, Human Rights Watch (HRW) berkata pihak pendakwa raya dalam kes perbicaraan Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya menyerahkan dokumen dan bahan bukti berkaitan kes tersebut kepada pasukan pembelaan sebelum prosiding bersambung Isnin depan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jumaat lepas HRW menegaskan tindakan daripada pihak pendakwa raya adalah perlu bagi menjamin perbicaraan tersebut berjalan secara adil dan telus.

Sambil membidas undang-undang warisan era kolonial yang digunakan dalam pendakwaan terhadap Anwar yang membawa hukuman 20 tahun penjara dan sebatan jika sabit kesalahan, badan antarabangsa yang dihormati itu berkata tokoh politik yang disegani itu juga berhadapan disekat daripada bertanding di dalam pilihan raya walaupun dihukum penjara sehari atau didenda RM2,000.

"Sifat asas perbicaraan yang adil memerlukan pihak pendakwa raya menyerahkan dokumen dan bukti supaya Anwar mampu mempertahankan diri beliau.

"Malangnya pihak pendakwa raya di Malaysia telah tidak berlaku adil kepada Anwar dengan menafikannya dokumen penting yang diperlukan oleh pasukan pembelaan beliau," kata Phil Robertson, timbalan pengarah HRW Asia.

Ujar HWR lagi, kerajaan Malaysia masih belum menunaikan janji yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang berkata, 'hak pengadu dan yang tertuduh akan dihormati dalam perbicaraan Anwar'.

Kenyataan itu menambah sejak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ditahn pada 16 Julai 2008, kes tersebut telah mempamerkan beberapa keputusan pihak mahkamah yang menafikan Anwar untuk mendapatkan dokumen dan bahan bukti setiap kali permohonan dibuat.

"Mahkamah telah menafikan skses kepada senarai saksi pihak pendakwa raya dan kenyataan mereka yang dicatat termasuk kenyataan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Mahkamah juga telah menyekat akses kepada rakaman video keselamatan daripada kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

"Anwar juga terus dinafikan untuk mendapatkan nota perubatan dan catatan lain, laporan, material dan juga spesimen berkaitan pemerikasaan perubatan ke atas Saiful oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang dilakukan pada 28 Jun 2008, dua hari selepas dakwaan liwat berlaku," tegas HRW lagi.

Badan itu berkata Anwar terus dinafikan untuk mendapatkan laporan penuh perubatan Saiful, dokumen berkenaan kelayakan doktor dan pengalaman mereka, dan peralatan yang digunakan dalam pemeriksaan serangan seksual.

"Pakar forensik yang dipanggil oleh pihak pembelaan mengadu beliau tidak mampu membantu dalam sesi soal balas terhadap tiga doktor HKL sekiranya tidak dibekalkan dengan bahan-bahan bukti tersebut," kata HRW.

Dalam perkembangan mutakhir, Mahkamah Rayuan telah menetapkan 6 Ogos untuk mendengar rayuan terhadap permohonan untuk mendapatkan akses kepada laporan perubatan, beberapa hari selepas tiga doktor HKL dijadual disoalbalas oleh pihak pembelaan.

HRW berkata amalan biasa di Malaysia ialah pihak pendakwa raya akan membekalkan semua bahan bukti dan dokumen kepada pihak pembelaan semasa tempoh pra perbicaraan.

Dalam kes yang melibatkan Anwar, mahkamah memutuskan pihak pembelaan dibenarkan membuat permohonan tersebut semasa prosiding sedang berjalan.

Walau bagaimanapun ketika perbicaraan bermula pada 2 Februari lalu, pihak pembelaan telah membuat permohonan berkaitan namum mahkamah memutuskan ia terhalang oleh keputusan sebelumnya ketika pra perbicaraan.

Akibatnya satu-satu sumber maklumat yang mampu diperolehi pihak pembelaan ialah keterangan yang diberikan oleh saksi pihak pendakwa raya dalam mahkamah.

"Pasukan peguam Anwar terpaksa membela anak guam mereka dengan satu tangan diikat dibelakang.

"Dengan menafikan bahan bukti yang kritikal dalam kes ini, tindakan mahkamah dan pendakwa raya ini akan hanya menimbulkan keraguan terhadap keadilan dalam perbicaraan ini dan seterusnya membuktikan dakwaan terhadap Anwar adalah bermotifkan politik," kata Robertson.

HRW berkata prosiding dilihat bercanggah dengan Seksyen 51A, satu pindaan yang dibuat pada Mac 2006 untuk membuka ruang yang lebih luas bagi pihak pembelaan untuk mendapatkan bahan bukti dalam sesuatu perbicaraan.

Seksyen ini mempunyai peruntukan bahawa pihak pendakwa raya seharusnya membekalkan "apa-apa" dokumen yang boleh digunakan sebagai bukti dan juga kenyataan fakta yang menyebelahi pihak pembelaan kecuali yang bertentangan dengan kepentingan awam.

"Kerajaan Malaysia meminta masyarakat antarabangsa menghormati sistem demokrasi dan komitmennya terhadap prinsip negara hukum tetapi terdapat perbezaan besar antara retorik semata-mata dan realiti.

"Sekiranya kerajaan ikhlas untuk menjamin perbicaraan yang adil maka amat perlu pihak pendakwa raya menyerahkan semua dokumen dan bahan bukti kepada pasukan pembelaan dengan segera," tegas Robertson lagi. -SK

Ulasan GB

Pertama kita jadi hairan mengapa pihak pendakwa dan mahkamah enggan untuk menyerahkan dokumen dan bahan bukti kepada defendan (DSAI). Alasan mahkamah mudah, tidak ada peruntukan untuk mewajibkan pendakwa menyerahkan bahan bukti. Sementara pendakwa pula menyatakan penyerahan dokumen dan bahan bukti mendedahkan saksi diganggu oleh pihak defendan.

Setelah sekalian ribu kes berjalan di mahkamah di negara ini, telah menjadi satu teladan untuk pihak pendakwa menyediakan dokumen dan bahan bukti kepada defendan demi untuk keadilan dan ketelusan penghakiman, tetapi kekecualian ini berlaku di dalam kes liwat2.

Keadaan tersebut menjadikan persepsi masyarakat bahawa kes liwat 2 itu adalah KONSPIRASI PERINGKAT TERTINGGI kerajaan UMNO BN di bawah Najib terhadap bekas Tim Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menjadi semakin benar.

Malah dengan prosiding kes sejak pertama menunjukkan bahawa hakim telah bertindak secara berat sebelah dimana tuntutan-tuntutan defendan tertolak, manakala tuntutan plaintiff sentiasa diberikan laluan. Ia perulangan kepada kes liwat 1 dimana demikianlah cara hakim Augustine Paul menghakimi kes berkenaan.

Terdapat seperti "tangan ghaib" di belakang skrip. Siapa lagi jika bukan Peguam Negera bernama Gani Patail, pengarah keseluruhan skrip bersama Ketua Polis Negara, Musa Hassan, untuk menempatkan masing-masing di hati Najib.

KEBENARAN DAN KEADILAN SUDAH MATI DI BAWAH UMNO BN!

31 Jul 2010

DAP Bertindak Pantas Pecat Ahli Majlis MPK

Dakwaan rasuah: DAP pecat ahli majlis MPK

DAP hari ini memecat ahli Majis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock ekoran dakwaan amalan rasuah memperoleh kontrak RM1 juta daripada pihak berkuasa tempatan itu dengan menggunakan surat sokongan Exco Kerajaan Negeri.

Tee sebelum ini diminta mengambil cuti oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Tan Kok Wai selepas kes itu dilaporkan oleh akhbar awal minggu ini.

Pada sidang media di sini petang ini, Tan berkata parti mendapati ada asas yang kukuh terhadap dakwaan ke atas Tee (gambar).

“Sementara nilai kontrak belum ditentukan, kami dimaklumkan oleh jawatankuasa negeri Selangor bahawa salah satu syarikat yang anda berikan surat sokongan dikaitkan dengan anggota keluarga anda dan dilakukan tanpa kelulusan YB Ronnie Liu,” kata parti dalam surat pemecatan kepada Tee.

Tan memberitahu pemberita bahawa jawatankuasa disiplin sebulat bersetuju bahawa wujud elemen konflik kepentingan di mana Tee menyalahgunakan pejabat Liu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor bagi kepentingan diri.

Beliau menambah perbuatan Tee boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah dan telah menjejaskan imej parti.

Jawatankuasa disiplin juga telah mengarahkan Liu supaya membuat aduan polis.

Tan berkata DAP akan meminta agar Tee disingkirkan sebagai ahli majlis MPK dengan segera.

Jawatankuasa disiplin juga akan mengadakan sesi pendengaran kedua untuk menentukan dakwaan bahawa Liu telah mengarahkan salah satu surat sokongan dikeluarkan.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Tee telah diarahkan bercuti sementara siasatan dilakukan ke atas dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyalahgunaan kepala surat dan cap rasmi Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kontrak MPK.

Tee bercuti bermula semalam sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

“Tee sendiri telah maklum dengan perkara ini dan beliau bersetuju dengan rela hati untuk bercuti buat sementara waktu,” kata Khalid.

Kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyiasat dakwaan seorang ahli majlis MPK telah menyalahgunakan kepala surat dan cap rasmi Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.

Tee, ahli majlis penggal ketiga itu telah menafikan dakwaan itu sambil meminta MPK membentuk pasukan petugas khas untuk menentukan kebenaran.

Liu juga menafikan kepala surat beliau telah disalahgunakan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, DAP juga mengecam tindakan pengeluaran surat sokongan bagi tujuan perniagaan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) dan pegawai-pegawai mereka yang tidak dipilih.

“Kesemua pegawai PR termasuk agensi-agensi negeri harus mengetepikan surat sokongan perniagaan yang dikeluarkan bagi memastikan kesemua urusan komersial mengikut aturan dan juga bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat tentang wujudnya salah guna kuasa atau pilih kasih,” kata DAP. -TMI

Jabatan Perdana Menteri Boroskan Wang Rakyat

Penjimatan kira-kira RM750 juta ekoran pemotongan subsidi untuk petrol, gas, diesel dan gula terlalu kecil berbanding RM12 bilion yang dibelanjakan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Perbelanjaan yang begitu besar dalam tempuh setahun sahaja oleh pentadbiran Najib Tun Razak untuk membiayai seramai 43,554 kakitangannya hanya membazirkan wang rakyat.

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan sukar dipercayai! Gembar gembur bahawa subsidi yang besar membebankan ekonomi adalah karut belaka.

Menurut "The Nut Graph", kajian oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mendedahkan Malaysia mempunyai nisbah kakitangan awam dengan jumlah penduduk tertinggi di Asia Pasifik.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata nisbah kakitangan awam ini sangat ketara kerana Malaysia mempunyai 4.68%, berbanding Indonesia 1.79%, Korea Selatan 1.85% dan Thailand 2.06%.

"Kesemua negara-negara tersebut mempunyai kurang dari separuh dari nisbah negara kita," kata beliau yang juga ketua ekonomis dan setiausaha publisiti DAP kebangsaan.

Minggu sudah, Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong mendedahkan dalam blognya bahawa peruntukan untuk JPM berjumlah RM12 bilion dan bukan RM4 bilion sepertimana yang dianggap oleh orang ramai.

"Ini merupakan satu jumlah wang besar! Seperti majoriti rakyat Malaysia, saya hairan kenapa Jabatan itu tidak berusaha untuk berjimat cermat sepertimana kita semua disuruh berjimat cermat ekoran pemotongan subsidi dan bahaya Malaysia menghadapi kebangkrapan menjelang tahun 2019," katanya.

Berdasarkan blog Liew, saya merumuskan beberapa fakta yang menakjubkan:

Pada tahun 1981, ketika dibawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, JPM mempunyai kakitangan seramai 4,414 orang

Pada 2001 (20 tahun kemudian), ketika dibawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, JPM mempunyai kakitangan seramai 9,673 orang (peningkatan sebanyak 119.1%)

Pada 2003, ketika dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, JPM mempunyai kakitangan seramai 21,045 orang (peningkatan sebanyak 117.6% dalam masa dua tahun)

Pada tahun 2009, ketika dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, JPM mempunyai kakitangan seramai 25,332 orang (peningkatan sebanyak 20.4% dalam enam tahun)

Pada 2010, ketika dibawah pentadbiran Najib Tun Razak, JPM mempunyai kakitangan seramai 43,544 orang (peningkatan sebanyak 71.9% dalam tempuh setahun)

Bajet Rumah Puteh

Selepas membuat perkiraan ini, saya membandingkan bajet PM kita dengan Presiden Amerika Syarikat, PM Singapura dan Permaisuri Elizabeth, England. Saya terpegun dengan maklumat yang sedia ditemui dalam internet.

Permohonan bajet Rumah Puteh untuk 2011 berjumlah AS$394 juta (RM1.3 bilion) dan tidak termasuk program berbanding bajet untuk JPM berjumlah AS$1.25 bilion (RM4 bilion).

Pada 2010, staf Rumah Puteh adalah seramai 1,888 orang – sangat jauh kurang jumlahnya berbanding 43,554 orang dalam JPM. Dalam bahasa mudah, Rumah Puteh hanya 4.3% dari jumlah kakitangan JPM. Menakjubkan.

Saya tidak begitu pandai dalam mathematik dan statistik tapi angka-angka ini menunjukkan kosnya adalah tiga kali ganda untuk mentadbir JPM berbanding keseluruhan Pejabat Eksekutif Presiden Amerika Syarikat.

Sesuatu yang tidak kena di sini. Mari kita lihat Singapura. Sejumlah S$290.4 juta (RM681.2 juta) diperuntukan untuk Pejabat Perdana Menteri dalam tahun 2010 untuk mencapai misi ini.

Menurut Wikipedia, Singapura mampu berbelanja sejumlah ini memandangkan jumlah penduduknya ialah 5.1 juta atau 3.2 juta jika ditolak rakyat asing dan mempunyai pendapatan per kapita lebih AS$37,293 (RM118,964). Berbanding Malaysia yang mempunyai penduduk seramai 27 juta dan pendapatan per kapita AS$6,897 (RM22,000)dan Amerika Syarikat AS$46,381 (RM147,955).

Ini bermakna pendapatan per kapita Singapura 5.4 kali ganda lebih tinggi dari Malaysia walaupun Malaysia mempunyai penduduk lima kali ganda dari Singapura.

Secara perbandingan, kita boleh memahami jika bajet JPM melebihi dari Singapura berdasarkan saiz penduduk dan kawasan. Tetapi bagaimana dengan peruntukan bajet kita melebihi dari Pejabat Presiden Amerika Syarikat? -FMT

Kehilangan 81% FDI: Mustapa Cuba Membodohkan Rakyat

Malaysia di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional diramalkan bakal terperangkap dalam kawah ekonomi yang paling dalam disebabkan pelaburan langsung luar negara (FDI) yang menjunam kepada paras terendah di kalangan negara Asia Tenggara.

Ini ditambah pula dengan sikap Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dianggap bodoh kerana memberi alasan tolol berhubung kejatuhan teruk FDI.

Mustapa memberi kenyataaan tidak masuk akal apabila berkata kejatuhan FDI sebanyak 81 peratus adalah kerana kerajaan memilih pelaburan asing yang berkualiti sahaja.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang membidas sikap Mustapa berkata negara sebenarnya berada dalam kedudukan yang paling membimbangkan apabila Laporan Pelaburan Dunia 2010 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan Malaysia kehilangan 81 peratus FDI pada tahun lepas.

"Mustapa memperbodohkan dirinya sendiri apabila takut memberikan fakta sebenar negara yang akan mengakibatkan terkubur Umno-Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kerajaan Umno-BN cuba menyelewengkan fakta tetapi malangnya 30 peratus rakyat Malaysia sudah mengetahui apa itu FDI. 30 tahun yang lalu, kita boleh bermegah dan dianggap harimau ekonomi di Asia Tenggara tetapi malangnya Malaysia kini tidak lagi menjadi pilihan pelabur asing," tegas Azan ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurut beliau, Malaysia pada satu masa dahulu menjadi destinasi dan syurga pelaburan asing tetapi semenjak tahun 1999 selepas tragedi pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, situasi ekonomi menjadi bertambah buruk apabila buat pertama kalinya negara mencatatkan belanjawan defisit.

"Ini merupakan kesilapan dasar dan polisi yang diamalkan kerajaan Umno-BN semasa itu yang menyebabkan ekonomi Malaysia menjadi parah. Selepas itu, satu demi satu negara menarik keluar pelaburan mereka kerana tidak lagi yakin dengan sistem yang diamalkan oleh parti memerintah semasa itu," jelas beliau lagi.

Apa yang memburukkan keadaan katanya, kenyataan bekas Ketua Polis Negara yang berkata 41 peratus anggota polis terlibat dengan rasuah serta Umno-BN menganugerahkan projek sehingga individu tidak layak sekali pun mampu menjadi kaya-raya dengan merampas hak rakyat.

"Apa yang kita alami sekarang adalah keadaan di mana ekonomi mengalami kejatuhan yang paling teruk yang dipanggil sebagai 'spiral downward'. Malaysia akan mengalami keadaan ekonomi yang paling tenat jika perkara ini berlaku," ujar beliau.

Dalam pada itu, Azan juga menyelar sikap Mustapa yang mengambil mudah isu kejatuhan teruk FDI dan menyifatkan kebodohan menteri itu sebagai kebodohan kelas satu.

"Pada masa beliau cuba menyelamatkan bosnya demi kepentingan politik dan kroninya, beliau sepatutnya tidak perlu berselindung pada hal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula ketika ini dikhabarkan akan pergi bercuti akibat tidak mampu berdepan dengan tekanan," Azan.

Sebelum itu, Mustapa dilihat cuba menutup kelemahan kerajaan Umno-BN dengan mempertahankan fenomena aliran masuk FDI yang tidak kondusif di Malaysia berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Vietnam, Myanmar dan Filipina. -SK

30 Jul 2010

1000 Bas Datang Sekalipun, TGNA Akan Jawab: NTBL

Penyatuan Melayu: NGO digesa hantar 50 bas rayu Nik Aziz

Sebuah pertubuhan bukan kerajan (NGO) mengadakan forum penyatuan Melayu malam tadi dengan salah seorang panel penceramah meminta agar rombongan rakyat biasa dihantar merayu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima idea kerjasama perpaduan orang Melayu Islam.

“Saya mencadangkan pelan tindakan rakyat, usaha membabitkan rakyat jelata dengan menghantar 50 buah bas ke Pulau Melaka, bertemu dengan Datuk Nik Aziz, bertemu dengan beliau di masjid, merayu kepada beliau supaya terima idea kerjasama penyatuan orang Melayu,” kata blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider.

Kediaman bukan rasmi Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan terletak di Pulau Melaka, kira-kira 10 minit perjalanan dari Kota Baru.

Menurut Syed Azidi, pelan tindakan itu hanya melibatkan pembabitan rakyat biasa atas alasan rakyat jelata sahaja yang boleh menggerakkan usaha sedemikan.

“Rakyat tidak boleh lagi mengharapkan ahli-ahli politik akan membawa perubahan dalam soal ini, sebaliknya rakyat perlu membawa perubahan dengan menentukan masa depan mereka (ahli-ahli politik),” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan dengan tepat bila rombongan itu, dijangka membabitkan kira-kira 2,000 orang, akan dihantar ke Kelantan.

Kira-kira 100 orang menghadiri sesi bicara “Melayu Berpecah: Apa Tindakan Kita?” yang diadakan secara tertutup di Ampang dengan 10 orang berucap.

Pihak penganjur tidak membenarkan nama NGO menjadi nadi kepada usaha mereka itu didedahkan. Antara yang hadir ialah budayawan, ahli-ahli akademik dan pengamal media.

Syed Azidi berkata, beliau juga ada mencadangkan agar setiap orang yang menghadiri sesi malam tadi mengadakan pertemuan dengan rangkaian 10 orang mulai hari ini bagi menyebarkan idea dan matlamat yang dibincangkan.

“Jika 100 orang yang hadir malam tadi menyebarkan idea ini kepada 10 orang bermakna kita sudah ada 1,000 orang dan kemudian 10,000 sehingga kita mencapai sasaran akhir.

“Kami mahu pendekatan ini digunakan selepas mendapati tidak lagi boleh meletakkan harapan pada ahli-ahli politik dalam usaha menyatukan orang Melayu,” kata beliau dipercayai merujuk kepada idea ini yang berulang kali dibangkitkan selepas prestasi pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Setakat ini Umno berulang kali membangkitkan idea kerjasama perpaduan dan kerjasama politik dengan PAS tetapi PAS bertegas akan kekal bersama Pakatan Rakyat.

Dua tindakan lain disyorkan Syed Azidi, yang sehingga akhir tahun lalu berkhidmat dengan agensi kerajaan negeri Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), ialah menghantar memorandum minta campur tangan raja-raja Melayu dan kemuncaknya kepada Yang di-Pertuan Agong kelak.

“Kita hendak dan perlu bergerak dengan rakyat, mengadakan pertemuan-pertemuan kecil mulai sekarang... Umno dan PAS tidak terlibat dalam usaha kami ini,” kata beliau ketika ditanya mengenai pembabitan parti-parti politik.

Ketika ditemui malam tadi, Syed Azidi berkata kegagalan kerjasama Umno-PAS berpunca daripada sikap Nik Aziz yang tidak mahukan perpaduan Melayu tercapai.

Syed Azidi berkata, kegagalan dalam mencapai kerjasama dua parti Melayu itu bukan berpunca daripada Umno tetapi PAS.

“Saya tidak lihat ia berpunca daripada Umno kerana parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan PAS,” katanya.

“Punca utama adalah kerana halangan daripada Nik Aziz, padahal beliau sebenarnya tidak ada kuasa eksekutif untuk membuat keputusan,” katanya.

Syed Azidi mendakwa apabila Nik Aziz bersuara tiada pemimpin lain yang berani membantah keputusan itu.

“Sebenarnya dalam PAS majoriti pemimpinnya mahukan kerjasama dengan Umno tetapi dihalang oleh kumpulan menentang cadangan itu.

“Malah saya percaya kumpulan ini yang menekan Nik Aziz supaya menolak cadangan kerjasama itu kerana beliau mempunyai pengaruh besar dalam PAS,” kata beliau yang dipecat sebagai pegawai perhubungan awam PMBK tahun lalu.

Agensi itu diketuai oleh menantu Nik Aziz.

Sebelum ini Nik Aziz tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

“Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).

“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya di Kuala Terengganu Sabtu lalu.

Selain itu, pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak mahu bercakap mengenai isu berkenaan dengan ada yang menganggap bab perbincangan parti itu dengan Umno “sudah ditutup.”

Syed Azidi yang seringkali menulis isu-isu berkaitan perkembangan politik Kelantan dan penyatuan Melayu menambah, mengikut keadaan politik semasa, sekarang adalah masa terbaik untuk Umno dan PAS bekerjasama demi penyatuan orang Melayu di negara ini.

“Sekarang adalah masa terbaik untuk kedua-dua parti itu bekerjasama demi mempertahankan hak dan perpaduan orang Melayu yang dilihat berpecah.

“Tidak ada perpaduan yang boleh dicapai dengan masing-masing masih memegang kris kerana perpaduan itu boleh berjaya apabila berjabat tangan dan saling menghormati,” katanya.

Oleh itu kata Syed Azidi, Umno dan PAS perlu meletakkan senjata dan bertenang sebelum berunding.

“Ia mungkin boleh berjaya,” katanya.

Ulasan GB

GB yakin sekalipun 1000 bas ke Pulau Melaka Kelantan untuk memujuk Nik Aziz bagi perpaduan Melayu (UMNO-PAS), Nik Aziz akan tetap dengan pendiriannya: NTBL - No time bo layan.

Nik Aziz bukan seperti pemimpin PAS yang lain. Ada juga pemimpin PAS, walau tak der 1 basikal yg datang pun, dia pula terhegeh-hegeh masuk ke dalam kelambu UMNO.. kalau tak pun duduk sepentas bersanding dengan UMNO, pun cukuplah.

Itulah keistimewaan Nik Aziz dan itu rahsia mengapa PAS Kelantan tidak dapat dikalahkan oleh UMNO BN selama ini.

Bau Busuk Nepostisma Menghapak Di Putrajaya

Bau busuk keluar lagi dari amalan nepotisma yang menyerapi pintu masuk Putrajaya berikutan adik Perdana Menteri Najib Tun Razak membuat kenyataan "salah kira-kira" mengenai kejatuhan nilai pelaburan langsung asing (DFI).

Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar berkata, "saya mesti mengucap tahniah kepada Nazir kerana menjadi jurucakap kabinet Najib. Kenyataan Nazir membuktikan amalan nepotisma masih berleluasa di Putrajaya.

Beliau berkata, Nazir, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, memberi komen mengenai DFI yang jelas mengingatkan rakyat Malaysia bahawa budaya nepotisma yang diamalkan oleh pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, di mana melibatkan anak-anak mereka, masih hidup segar.

Ketika era Mahathir dan Badawi, kita lihat anak-anak mereka terlibat. Mungkin kita boleh menyifatkan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) sekarang ini sebagai pentadbiran adik beradik," katanya.

Sambil menyifatkan kepimpinan Umno-BN bagaikan "burung-burung unta yang menyembunyikan kepala mereka", Mahfuz berkata, "hanya masa akan menentukan bila rakyat akan menendang mereka keluar."

Bagaimanapun beliau memuji Nazir kerana mengakui kerajaan merasa sakit akibat kejatuhan DFI itu.

Semalam, ketika bercakap kepada pemberita, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui kebenaran data yang dikeluarkan oleh Laporan Pelaburan Asing Dunia (WIR) oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada awal minggu, Bernama melaporkan Nazir sebagai berkata, kejatuhan FDI tidak semestinya negatif.

Beliau berkata "tidak semestinya perkara itu tidak baik" untuk menerima kemasukan DFI yang rendah kerana apa yang penting ialah kualiti pelaburan.

Sebaliknya Nazir mendesak supaya kejatuhan DFI pada 2009 dikaji dengan teliti sebelum membuat kesimpulan.

Bukan lagi destinasi pelaburan

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun berpendapat sebaliknya. Beliau berkata kejatuhan DFI tidak menolak hakikat bahawa Malaysia bukan lagi menjadi destinasi pelaburan.

"Walaupun saya memahami tentang maksud "pelaburan berkualiti" dan "masa yang sesuai", bagaimanapun komennya tidak dapat mengikis fakta bahawa Malaysia bukan lagi menjadi hab pelaburan, tidak berada di bawah radar, baik pelabur tempatan maupun asing," katanya.

Beliau menyifatkan komen Nazir yang "tidak tentu haluan" itu hanya bertujuan untuk mempertahankan abangnya, Najib.

Dr Dzulkefly berkata data-data Bangsa-Bangsa Bersatu itu sangat jelas dan tidak perlu kepada keterangan lanjut.

"Kekurangan minat di kalangan para pelabur asing telah menyumbang kepada kemerosotan teruk DFI dari AS$2.56 bilion pada 2004 dan AS$1.09 bilion (2005) kepada negatif AS$0.02 bilion (2006), negatif AS$2.7 bilion (2007) dan negatif AS$7.67 bilion pada 2008.

"Keadaan ini diburukkan lagi dengan hakikat bahawa pengaliran pelaburan oleh pelabur tempatan ke luar negara adalan sangat tinggi. Ketidakseimbangan ini mempunyai kesan buruk kepada ekonomi," ujar beliau.

"Pertama, ia akan memberi kesan kepada pertumbuhan. Oleh kerana kekurangan dana untuk menjana aktiviti-aktiviti ekonomi dan pelaburan dalam pelbagai sektor seperti pembuatan dan industri perkhidmatan, sasaran pertumbuhan 6% tidak boleh dicapai.

"Apabila permintaan global jatuh, keadaan akan menjadi lebih buruk kerana memberi kesan kepada faktor eksport dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya ketika ditemui selepas Dialog Bajet Selangor 2011.

Beliau memberi amaran Malaysia tidak mampu untuk berbelanja lagi kerana kini negara dibebani dengan defisit belanjawan yang luas, bersamaan 52% dari KDNK. -FMT

Kes Ling Liong Sek : Real Atau Sandiwara?

Bekas menteri pengangkutan dan presiden MCA Tan Sri Dr Ling Liong Sik didakwa di mahkamah berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) hari ini.

Ling, 67, bekas doktor perubatan menjadi ahli politik tiba di Mahkamah Sesyen Kajang, dekat sini, jam 4.45 petang dan kelihatan tenang apabila dikerumuni oleh para wartawan dan jurugambar.

Beliau yang memakai baju belang, diiringi isteri Toh Puan Ena Ling dan dua anak lelaki Hee Leong dan Hee Keat yang hadir di mahkamah.

Ling mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu. Jika didapati bersalah, Ling akan menghadapi hukuman penjara.

Ling didakwa di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan kerana ‘mengelirukan’ kabinet di antara 25 September dan 6 November 2002 supaya bersetuju dengan pembelian 999.5 ekar tanah di Pulau Indah untuk sebuah projek, yang kini dikenali sebagai PKFZ.

Tanah itu dibeli dengan harga RM25 satu kaki persegi dengan kaedah bayaran tertangguh untuk tempuh selama 25 tahun pada kadar faedah 7.5%.

Bayaran kumulatif faedah berjumlah RM720 juta pada akhir tempuh bayaran balik.

Beliau juga ditawarkan dengan pendakwaan alternatif di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan untuk kesalahan yang sama.

Menurut kertas dakwaan, Kementerian Kewangan telah pun membuat penilaian terhadap tanah tersebut pada harga RM25 satu kaki persegi termasuk faedah terkumpul (compounded) dan fakta ini disimpan dari pengetahuan kabinet oleh tertuduh.

Ikat jamin RM1 juta

Terdahulu Peguam Negara Abdul Gani Patail berkata, beliau mahu kes ini ditangguhkan kerana waktu sudah 4.30 petang.

"Sudah 4.30 petang dan saya memohon penangguhan selepas ikat jamin dibuat dan ditetapkan tarikh perbicaraan," katanya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dan pendengaran ditetapkan pada 3 September depan.

Ling yang memerlukan masa untuk ikat jamin, telah dibebaskan atas bon peribadi. Beliau akan membayar sejumlah itu di Mahkamah Sesyen esok.

Ditanya sama ada beliau yakin untuk memenangi kes beliau menjawab, "Dalam Mahkamah Keadilan, anda mesti merasa yakin."

Ling juga diwakili oleh peguam bela RR Sethu.

Terdahulu, Peguam Negara Abdul Gani Patail dan tiga Timbalan Pendakwaraya (DPP) termasuk ketua pendakwaan Tun Majid Hamzah tiba di mahkamah pada jam 4.00 petang tetapi enggan bercakap kepada beberapa wartawan yang berkemah sejak awal pagi setelah mendapat isyarat seorang VIP akan didakwa.

Dua DPP lain ialah Manoj Kurup dan Dzulkifli Ahmad.

Ling, menteri kabinet yang telah lama berkhidmat, merupakan kawan rapat bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau dilantik sebagai ahli parlimen Mata Kuching pada 1974. Beliau berjaya mempertahankan jawatannya pada 1978 dan 1982.

Pada 1986, beliau dilantik sebagai ahli parlimen Labis dan berjaya mempertahankan kerusi itu dalam tiga pilihan raya umum berikutnya.

Ling menjawat Presiden MCA selama 17 tahun sehingga beliau bersara pada 2003.

Pada 1986, beliau dilantik sebagai menteri pengangkutan. Sebelum itu, beliau memegang jawatan setiausaha parlimen kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, timbalan menteri penerangan, timbalan menteri kewangan dan timbalan menteri pelajaran.

Ling merupakan seorang tokoh berprofil tinggi dihadapkan ke mahkamah dalam tempuh beberapa tahun. -FMT

Ulasan GB

Ada beberapa perkara yang meragukan.

1) Segala-galanya di tangan Peguam Negara sehinggakan permohonan penangguhan kes pun dilakukan oleh Peguam Negara kerana waktu sudah 4.30 petang selepas ikat jamin dibuat dan ditetapkan tarikh perbicaraan.

Persoalan : Apakah sengaja pendakwaan dilakukan pada waktu tersebut supaya kes terus saja ditangguhkan?

2) Wang ikatjamin RM1 juta.

Persoalan: Hakim seperti telah diberikan skrip untuk menentukan wang ikat jamin berkenaan dan ia tidak dibantah oleh peguambela. Boleh diganti dengan bon peribadi dan wang dibayar esok.

3) Kes berprofail tinggi ini telah tersebar luas terlebih awal. Ramai wartawan dalam dan luar negara telah berkumpul.

Persoalan : Dari mana berita tersebut diperolehi dan siapa penyebarnya? Apakah ianya disebarkan terlebih awal untuk meningkatkan integriti pejabat Peguam Negara yang kini telah banyak dipersoalkan?

4) Kes Ling Liong Sik ini hanya secebis dari keseluruhan kes rasuah PKFZ.

Persoalan: Bagaimana yang lain? Terutama pemimpin UMNO yang turut terlibat?


“(Antaranya) membabitkan Dato’ Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor/Umno) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.”

“Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan 8 kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut.”

”Bekas Bendahari Umno (Tan Sri) Abdul Azim Mohamad Zabidi merupakan orang kepercayaan kepada (Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN) Dato’ Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) pada KDSB. Azim Zabidi ini sebenarnya Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat pada KDSB.”

“Timbalan CEO pada KDSB ini (iaitu) Tuan Hj. Faizal Abdullah dahulunya merupakan Ketua Pemuda Umno; dan sekarang ini merupaka Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kapar. Saya difahamkan sekarang ini Faizal menjawat jawatan Bendahari Barisan Nasional Selangor.”


Dan yang terakhir..... ending kes ini seperti sudah dapat diramalkan. Ia satu perulangan kes bekas pengarah urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia Eng Hock, dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan pecah amanah melibatkan RM76.4 juta.


29 Jul 2010

Kempen Antisaman Ekor Bermula Isnin

PAS lancar Kempen Antisaman Ekor Isnin ini

PAS akan melancarkan Kempen Antisaman Ekor Isnin ini bagi membela pemandu dan pemilik kenderaan yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana mendakwa tindakan pihak berkuasa itu bertentangan dengan perlembagaan negara.

Jawatankuasa kempen itu yang diketuai oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berharap dalam membantu mereka yang teraniaya kerana sistem saman ekor.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mahfuz berkata jawatankuasa itu ditubuhan untuk memastikan halangan pemilik yang disenarai hitam itu boleh diselesaikan mengikut undang-undang yang sah.

“Ini kerana kita melihat tindakan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kerana mempunyai saman ekor amat bertentangan, malah kita akan kemukakan bukti bersama nanti,” katanya.

Beliau berkata kesalahan-kesalahan mengatakan pemilik kenderaan bersalah tidak wajar kerana tiada bukti yang kukuh.

“Tidak semestinya pemilik kenderaan bersalah apabila kenderaannya disaman oleh polis atau JPJ, mungkin orang lain yang menaiki kenderaan tersebut.

“Jadi ia tidak ada bukti jelas dan JPJ juga sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan mereka.

“Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak sokong pemandu yang memandu tanpa etika, cuma kita mahu JPJ bertindak adil kepada pemilik kenderaan,” katanya.

Difahamkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh Polis Diraja Malaysia.

“Kita akan merangka tindakan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak boleh beritahu sekarang, kena tunggu sidang media minggu depan,” kata Mahfuz. -TMI