29 Jul 2010

Kempen Antisaman Ekor Bermula Isnin

PAS lancar Kempen Antisaman Ekor Isnin ini

PAS akan melancarkan Kempen Antisaman Ekor Isnin ini bagi membela pemandu dan pemilik kenderaan yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana mendakwa tindakan pihak berkuasa itu bertentangan dengan perlembagaan negara.

Jawatankuasa kempen itu yang diketuai oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berharap dalam membantu mereka yang teraniaya kerana sistem saman ekor.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mahfuz berkata jawatankuasa itu ditubuhan untuk memastikan halangan pemilik yang disenarai hitam itu boleh diselesaikan mengikut undang-undang yang sah.

“Ini kerana kita melihat tindakan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kerana mempunyai saman ekor amat bertentangan, malah kita akan kemukakan bukti bersama nanti,” katanya.

Beliau berkata kesalahan-kesalahan mengatakan pemilik kenderaan bersalah tidak wajar kerana tiada bukti yang kukuh.

“Tidak semestinya pemilik kenderaan bersalah apabila kenderaannya disaman oleh polis atau JPJ, mungkin orang lain yang menaiki kenderaan tersebut.

“Jadi ia tidak ada bukti jelas dan JPJ juga sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan mereka.

“Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak sokong pemandu yang memandu tanpa etika, cuma kita mahu JPJ bertindak adil kepada pemilik kenderaan,” katanya.

Difahamkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh Polis Diraja Malaysia.

“Kita akan merangka tindakan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak boleh beritahu sekarang, kena tunggu sidang media minggu depan,” kata Mahfuz. -TMI

13 ulasan:

Awanama berkata...

Tahniah Pas dan Pakatan Rakyatlah sebenarnya juara rakyat. UMNO hanya slogan kosong

Awanama berkata...

Pas sudah kehadapan bersama pakatan rakyat menjaga kebajikan rakyat. Menangkan Pakatan Rakyat

Awanama berkata...

Ini barulah pemimpin yang menjaga rakyat, bukan macam hasan ali

Awanama berkata...

Tahniah PAS kami sokong 100%

Awanama berkata...

lebih banyak pemimpin Pas begini yang diperlukan bukan macam ketua pemuda yang dayus

Matketor berkata...

Saman ekor...namanyapun begitu mudah difahami..dah tentulah ekor yang akan kena..macamana dengan kepala dan badan???..tak terlibat sama ke?.begitulah realiti sistem perundangan negara..kepala dan badan tak akan kena apa apa..tapi ekor jugak yang dikambinghitamkan..syabas PAKATAN RAKYAT..lepas ni kita demo pasai nombor ekor pulak..

blogenstarz berkata...

GB.
Buat bantahan juga terhadap instutsi yang sewenagwenangya menghantar nama individu kepada pentadbiran CTOS dan CCRIS.
Hutang dah bereh tapi tak boleh buat LOAN !
Yang ini lagi ada UMPHHHHH.Pasti Dato Mahfuz Omar akan dijulang !

Awanama berkata...

dulu duit kopi, sekarang saman di kedai kopi? MELAYU SOKONG LAGI UMNO!!

Awanama berkata...

Tahniah akhirnya Pemimpin PAS mendahulukan rakyat, UMNO hanya slogan kosong, tapi tindas rakyat

Awanama berkata...

Ini baru perjuangan namanya, bukan nak fikir perpaduan nak jaga ketuanan UMNO

Awanama berkata...

dulu rakyat miskin dibantu kerajaan, sekarang kerajaan jadi miskin mula tindas rakyat

Awanama berkata...

khairy buat lawak bodoh, UMNO yang laksana saman ekor, dia nak buat bantahan, dah banyak kali perbodoh rakyat, ada lagi melayu yang nak percaya?

Awanama berkata...

pemimpin PAS boleh memimpin malaysia kerana mula menampakkan sikap membantu rakyat, bukan menindas rakyat macam UMNO