30 Jul 2010

1000 Bas Datang Sekalipun, TGNA Akan Jawab: NTBL

Penyatuan Melayu: NGO digesa hantar 50 bas rayu Nik Aziz

Sebuah pertubuhan bukan kerajan (NGO) mengadakan forum penyatuan Melayu malam tadi dengan salah seorang panel penceramah meminta agar rombongan rakyat biasa dihantar merayu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima idea kerjasama perpaduan orang Melayu Islam.

“Saya mencadangkan pelan tindakan rakyat, usaha membabitkan rakyat jelata dengan menghantar 50 buah bas ke Pulau Melaka, bertemu dengan Datuk Nik Aziz, bertemu dengan beliau di masjid, merayu kepada beliau supaya terima idea kerjasama penyatuan orang Melayu,” kata blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider.

Kediaman bukan rasmi Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan terletak di Pulau Melaka, kira-kira 10 minit perjalanan dari Kota Baru.

Menurut Syed Azidi, pelan tindakan itu hanya melibatkan pembabitan rakyat biasa atas alasan rakyat jelata sahaja yang boleh menggerakkan usaha sedemikan.

“Rakyat tidak boleh lagi mengharapkan ahli-ahli politik akan membawa perubahan dalam soal ini, sebaliknya rakyat perlu membawa perubahan dengan menentukan masa depan mereka (ahli-ahli politik),” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan dengan tepat bila rombongan itu, dijangka membabitkan kira-kira 2,000 orang, akan dihantar ke Kelantan.

Kira-kira 100 orang menghadiri sesi bicara “Melayu Berpecah: Apa Tindakan Kita?” yang diadakan secara tertutup di Ampang dengan 10 orang berucap.

Pihak penganjur tidak membenarkan nama NGO menjadi nadi kepada usaha mereka itu didedahkan. Antara yang hadir ialah budayawan, ahli-ahli akademik dan pengamal media.

Syed Azidi berkata, beliau juga ada mencadangkan agar setiap orang yang menghadiri sesi malam tadi mengadakan pertemuan dengan rangkaian 10 orang mulai hari ini bagi menyebarkan idea dan matlamat yang dibincangkan.

“Jika 100 orang yang hadir malam tadi menyebarkan idea ini kepada 10 orang bermakna kita sudah ada 1,000 orang dan kemudian 10,000 sehingga kita mencapai sasaran akhir.

“Kami mahu pendekatan ini digunakan selepas mendapati tidak lagi boleh meletakkan harapan pada ahli-ahli politik dalam usaha menyatukan orang Melayu,” kata beliau dipercayai merujuk kepada idea ini yang berulang kali dibangkitkan selepas prestasi pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Setakat ini Umno berulang kali membangkitkan idea kerjasama perpaduan dan kerjasama politik dengan PAS tetapi PAS bertegas akan kekal bersama Pakatan Rakyat.

Dua tindakan lain disyorkan Syed Azidi, yang sehingga akhir tahun lalu berkhidmat dengan agensi kerajaan negeri Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), ialah menghantar memorandum minta campur tangan raja-raja Melayu dan kemuncaknya kepada Yang di-Pertuan Agong kelak.

“Kita hendak dan perlu bergerak dengan rakyat, mengadakan pertemuan-pertemuan kecil mulai sekarang... Umno dan PAS tidak terlibat dalam usaha kami ini,” kata beliau ketika ditanya mengenai pembabitan parti-parti politik.

Ketika ditemui malam tadi, Syed Azidi berkata kegagalan kerjasama Umno-PAS berpunca daripada sikap Nik Aziz yang tidak mahukan perpaduan Melayu tercapai.

Syed Azidi berkata, kegagalan dalam mencapai kerjasama dua parti Melayu itu bukan berpunca daripada Umno tetapi PAS.

“Saya tidak lihat ia berpunca daripada Umno kerana parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan PAS,” katanya.

“Punca utama adalah kerana halangan daripada Nik Aziz, padahal beliau sebenarnya tidak ada kuasa eksekutif untuk membuat keputusan,” katanya.

Syed Azidi mendakwa apabila Nik Aziz bersuara tiada pemimpin lain yang berani membantah keputusan itu.

“Sebenarnya dalam PAS majoriti pemimpinnya mahukan kerjasama dengan Umno tetapi dihalang oleh kumpulan menentang cadangan itu.

“Malah saya percaya kumpulan ini yang menekan Nik Aziz supaya menolak cadangan kerjasama itu kerana beliau mempunyai pengaruh besar dalam PAS,” kata beliau yang dipecat sebagai pegawai perhubungan awam PMBK tahun lalu.

Agensi itu diketuai oleh menantu Nik Aziz.

Sebelum ini Nik Aziz tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

“Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).

“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya di Kuala Terengganu Sabtu lalu.

Selain itu, pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak mahu bercakap mengenai isu berkenaan dengan ada yang menganggap bab perbincangan parti itu dengan Umno “sudah ditutup.”

Syed Azidi yang seringkali menulis isu-isu berkaitan perkembangan politik Kelantan dan penyatuan Melayu menambah, mengikut keadaan politik semasa, sekarang adalah masa terbaik untuk Umno dan PAS bekerjasama demi penyatuan orang Melayu di negara ini.

“Sekarang adalah masa terbaik untuk kedua-dua parti itu bekerjasama demi mempertahankan hak dan perpaduan orang Melayu yang dilihat berpecah.

“Tidak ada perpaduan yang boleh dicapai dengan masing-masing masih memegang kris kerana perpaduan itu boleh berjaya apabila berjabat tangan dan saling menghormati,” katanya.

Oleh itu kata Syed Azidi, Umno dan PAS perlu meletakkan senjata dan bertenang sebelum berunding.

“Ia mungkin boleh berjaya,” katanya.

Ulasan GB

GB yakin sekalipun 1000 bas ke Pulau Melaka Kelantan untuk memujuk Nik Aziz bagi perpaduan Melayu (UMNO-PAS), Nik Aziz akan tetap dengan pendiriannya: NTBL - No time bo layan.

Nik Aziz bukan seperti pemimpin PAS yang lain. Ada juga pemimpin PAS, walau tak der 1 basikal yg datang pun, dia pula terhegeh-hegeh masuk ke dalam kelambu UMNO.. kalau tak pun duduk sepentas bersanding dengan UMNO, pun cukuplah.

Itulah keistimewaan Nik Aziz dan itu rahsia mengapa PAS Kelantan tidak dapat dikalahkan oleh UMNO BN selama ini.

18 ulasan:

Matketor berkata...

Memang banyak faedahnya jika PAS & UMNgOk bersatu...tapi faedah hanya pada UMNgOklah..PAS memang telah lama teguh dan tidak perlu penyatuan...Janganlah terpedaya dengan juak juak UBN ni..mereka ini dahlah busuk malah akan membusukkan orang lain sekiranya diberi peluang..bubarkan aje UMNgOk...lompat aje ke Pakatan Rakyat..tinggalkan MCA dan MIC yang menjadi liabiliti dalm UBN dan sepak keluar Najib Altantuya yang cabut lari ikut bini.. Che Det tak keluar kenyataan ke?..

Tanpa Nama berkata...

sebagai ahli dan penyokong parti islam semalaysia kita tetap tegoh dengan pendirian bahawa penyatuan umno dan pas tak akan berlaku kecuali umno mengubah dasarnya sekarang kepada dasar islam,kita rasa heran kenapa umno yg kununya memperjuangkan agama islam dalam masa yg sama seolah2 rasa meluat dan benci sangat dengan dasar islam pada hal mereka juga mendirikan solat,berpuasa,pergi haji dan umrah berulang kali adakah mereka mengira islam hanya sekadar itu sahaja.

Tanpa Nama berkata...

seribu bas upahan UMNO pun boleh sedia, tapi tak ikhlas, hanya nak jaga kuasa ketuanan UMNO

Tanpa Nama berkata...

sedang saja kalau UMNO ikhlas, bubar saja UMNO dan semua masuk PAS for all

Tanpa Nama berkata...

Kick (tendang)defella. Jangan mu mimpi nak jadi hero pencacai umngok. aku tahu asalusulmu tu. Mu tubek dari rimbunan sampahsarap busuk banga umnngok. Silap-silap ribuan yang dihantar tu nanti akan mengisi borang keahlian PAS setelah mendengar ucapan TGNA. Apa yang sibuk2 sangat dengan penyatuan Melayu nih.Orang2 PAS tak perlukan penyatuan dengan orang2 umngok. Sejarah silam mendidik orang2 PAS untuk tidak dipatuk 2X ditempat yang sama. Tanda2 umngok terkena major stroke. Adios kick(tendang)defella. Mapuh mu.

Tanpa Nama berkata...

memanglah umnongok ni tak paham bahasa agaknya ya... muka tembok, tak tahu malu langsong... dah dikutok2 nya PAS dan pakatan rakyat kemudian nak dijilat balik air lior yang penoh dengan kebusokan tu... apa jenis manusialah ya! INILAH TANDANYA ALLAH TELAH CAMPAKKAN KEHINAAN KEPADA NAJIB DAN KUNCO2NYA... BIARKAN DIA ORANG JILAT TAPAK KAKI TGNA SEKALIPUN TGNA TAK AKAN LEMBUAT HATI... KAMI RAKYAT DAN AHLI2 PAS TAK AKAN MENGALAH DENGAN PUJOK RAYU UMNONGOK TU... KITA HIDUP BERSANDARKAN HADITH DAN AL QURAN. TAPI PUAK2 UMNO HIDUP BERSANDAR DUIT (RASUAH) POOORAAH.... NAJIB TAKUTBIN...

Tanpa Nama berkata...

bas tok cukup lagi lah,kapal sele,jet,lori taik,pungoh belako g jupo tok guru,ingat tok guru po tok mung..hahhah nate kalu de hile kuaso jadi gilo lah dio..nok saing nge pas.dale mu dok gilo ko pas ado jgok ore umno kato pas pati sesat..pah nok saing guano kalu sesat..kalu de dasar umno gilo..hok turut nge sokong umno pong gilo sekali la...

Tanpa Nama berkata...

betul2.... dah selesa ditendangnye..... dah merudum mencari..... klu bersatu confirm kene punyer...... x caye...... buatla....... aku ahli umno pun tau mentaliti juak2 umno yg ada kepentingn

Rakyat Untuk Rakyat berkata...

Pas tidak perlu bersatu dengan Umno demi orang melayu. Kenapa Umno beriya-iya benar untuk menyatukan melayu dengan Pas? Masalah sekarang, melayu bukan tidak bersatu, cuma mereka berpindah parti dan menyokong Pas. Apakah Pas bukan parti melayu? Pas juga parti melayu sebagaimana Umno. Yang membezakan Pas/Umno hanyalah dasar perjuangannya. Dasar Pas ialah Islam dan Umno pula mengikut dasar yang ditinggalkan penjajah. Itulah realitinya.
Datanglah bebarapa banyak bus sekali pun, Tuan Guru Nik Aziz tetap berpegang pada prinsip perjuanganya bahawa bersatu mengikut islam bukan bersatu demi bangsa.
Aku yakin Tuan Guru Nik Aziz tetap menolak cadangan yang diilhamkan oleh Kickdefella seorang penulis blog upahan.
Bagi pandangan aku, perpaduan ala Umno untuk menyatukan melayu hanya lah donggeng dan sandiwara semata-mata. Segala-galanya untuk kepentinan politik mereka yang kian terhakis dan akan ke liang lahat.

Tanpa Nama berkata...

Betapa hebat serangan yang diberikan terhadap PAS. Sedar @ tidak UMNO telah melancarkan perang saraf dengan mengedarkan risalah melaui pos malaysia ke alamat-alamat rakyat kelantan untuk memburukkan kerajan PAS. inilah permainan umno untuk menghancurkan kerajaan kelantan.... fikir2lah. apa yang sebenarnya umngok nakk.

Tanpa Nama berkata...

Pergi la ramai-ramai jumpa TGNA (hantar 10 ribu bas ahli UMNO pun tak pa), lagi baik kalau pergi ke rumah dia. Boleh ngok-ngok tu tengok gaya hidup TGNA, dan bandingkan dengan gaya hidup pemimpin UMNO yang paling lekeh.

Kemudian baru suruh ngok-ngok tu pertimbangkan perlu atau tidak perpaduan Melayu anjuran UMNO tu.

sb dehlawi berkata...

Umno ni dah kena sawan babi. menggelupur tergila-gilakan pas. Kick pula begitu marah aapabila aduan yang KONONNYA salah laku PAS kelantan @ TGNA tak dilayan SPRM. Pada muka kau KICK!!!. Kalau rancangan kau berjaya hantar 1000 bas jumpa TGNA, aku doakan mereka yang pergi itu akan masuk PAS. Insyaallah. Aku juga orang kota bharu, tetapi bukan seperti mu kick. Aku sayangkan kerajaan Islam@Nik Aziz. dan kau pula jadi penjenayah syarie yang cuba jatuhkan kerajaan kelantan.

Apapun, isu perpaduan ini, walaupun ada penafian oleh puak2 penjilat air liur basi UG, Pas perlu berwaspada kerana JERAT TIDAK MUNGKIN LUPAKAN PELANDOK. itulah sebab aku tetap sokong idea tok guru nik aziz supaya adakan EGM.

Tanpa Nama berkata...

Banyak sungguh personaliti yang nak jadi kosmetik UMNO yang dah teruk comot dan hodoh ni!!!

Tanpa Nama berkata...

kalau jumpa hasan ali mesti dia seronokkkkkkkk

Tanpa Nama berkata...

bagus juga pergi jumpa tok guru dengar kuliah, moga-moga balik tubuh cawangan PAS bubar UMNO...pergilah beramai-ramai

nasir berkata...

Yang aku tau KICK nie dulu dok kawan ngan orang2 tertentu dan menyerang orang2 tertentu . KICK nie juga antara pujaan GB dan TB dan seangkatan kerana konon2nya mendedahkan TaskForce la apa la itu la . ...

KICK nie juga yg serang menantu TGNA sampaikan blog2 macam PAK BAKAQ pun serang TGNA kerana konon menjaga anak dan menantu .

Last2 KICK nie juga yang serang balik PAS ..... siapa la tuan kepada dia .

Tanpa Nama berkata...

Saper yg bayar 50 bus tu? Kalau Rm1k x 2 hari sudah 100 ribu. Tak kira lagi isi2 nya. Kalau bayar isinya RM10K sebuah sudah 500 ribu. Tak kira komisen lagi. Nanti naik lagi gula minyak.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong penuh cadangan kickdefella untuk membawa 50 buah bus rakyat jumpat Tuan Guru,tapi kenapa sikit sangat? sikit tu kalau benar niat pemimpin Umno nak berbaik bawak orang orang MCA,Umno,Mic kurang kurang pun 100,000 orang lagi ramai lagi baik,tetapkan tarikh yang Tuan Guru setuju kita bagi Tuan Guru bagi penjelasan sejam dua ,barulah kita bagi memorendum.Saya sangat berharap tuan guru bersetuju berjumpa rakyat yang ingin datang,silakan dengan penuh besar hati.