24 Mac 2008

Ahmad mula bertugas esok

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, akan memulakan khidmatnya esok sebagai menteri besar baru Terengganu, katanya dalam ucapan di kediamannya di Telok Kalong, Kemaman hari ini.

Beliau sebelum itu menerima sambutan meriah lebih 2,000 penyokongnya yang berkenderaan sejauh kira-kira 10 kilometer bermula dari sempadan Kuantan-Kemaman sehingga ke rumahnya lebih kurang 5.30 petang tadi.

Dalam ucapan kira-kira 20 minit, Ahmad mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan rakyat kerana sedia bersamanya.

"Tidak ada orang yang boleh mempertikaikan saya sebagai menteri besar.

"Saya tidak pernah bermimpi hendak menjadi pemimpin Terengganu. Ini semua kehendak Allah," katanya, yang juga ketua bahagian Kemaman, di depan penyokongnya.

"Saya akan bekerja (sebagai menteri besar) sebaik mungkin."

Menurut sumber-sumber yang hadir di majlis itu, Ahmad juga berkata beliau akan ke pejabat menteri besar esok di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Ahmad diiringi oleh kawalan ketat polis, termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan unit udara, sumber-sumber itu memberitahu Malaysiakini.

Bercakap kepada media, beliau berkata tidak berniat menderhaka kepada Umno dan meminta pucuk pimpinan parti itu supaya tidak terburu-buru membuat keputusan.

"Pelantikan menteri besar bukan atas kehendak saya," katanya.

Sebelum ini Umno memberi amaran akan mengambil tindakan disiplin terhadap Ahmad dan beliau harus "menanggung akibat" jika menerima pelantikan jawatan tersebut.

Selain bacaan doa selamat, para penyokong Ahmad juga berselawat. Beberapa ratus penyokong masih lagi berada di luar kediaman Ahmad, kata sumber.

Tengah hari tadi, Ahmad menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan, yang juga Sultan Terengganu, di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Difahamkan, Tuanku Mizan memberikan sokongan kepada pelantikan Ahmad - yang telah menerima watikah pelantikan daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja pagi semalam.

Malaysiakini juga difahamkan, lebih 10 Adun BN yang awalnya menyokong Idris kini mengalihkan sokongan kepada Ahmad.

Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan rasmi tentang perkara itu.

Krisis pelantikan menteri besar Terengganu berlarutan sejak majlis angkat sumpah Datuk Seri Idris Jusoh di Istana Maziah, Kuala Terengganu pada 10 Mac ditangguhkan.

Nama Ahmad bersama dua lagi bekas exco negeri disebut-sebut sebagai pengganti Idris.

Bagaimanapun desas-desus itu tergantung 14 hari sehingga pejabat Sultan Terengganu mengumumkan nama Ahmad pada petang Sabtu lalu - seterusnya mengundang pemulauan 23 Adun BN yang diketuai oleh setiausaha badan perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid.

Kumpulan wakil rakyat BN itu, seperti juga Perdana Menteri dan juga pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menegaskan Idris sebagai pengerusi BN dan juga ketua badan perhubungan Umno negeri satu-satunya calon untuk jawatan tersebut.

Bongkar: Kerajaan 3 Beranak Campur 1


Mengapakah Abdullah Ahmad Badawi benar-benar mahu Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu sehingga "memaksa" kesemua 22 ADUN UMNO untuk menanda tangani satu perjanjian berkanun untuk terus berdiri memberikan sokongan kepada Idris Jusoh?

Kerajaan 3 Beranak Pak Lah - Kamaluddin - Khairy dan jangan dilupakan Patrick Lim atau dikalangan ahli keluarga, dia dikenali sebagai Patrick Badawi. Patrick inilah yang menjadi Menteri Kewangan yang memikul tanggungjawab tugas-tugas khas.

Tugas-tugas khas ialah untuk mengurus tadbir duit ikhsan minyak yang dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada Terengganu yang berjumlah Rm1.2 billion setahun (RM1,200,00,00.00).

Patrick Badawi adalah Ketua Jurutera F1 bagi Ferrari dan dimasa lapangnya dia gemar ke Seri Perdana untuk berpelisiran dengan PM dan juga gemar pergi bercuti sambil belajar menangkap ikan dengan PM di Australia

Jadi siapakah Patrick Lim ini? Patrick Lim adalah bapa saudara kepada Azrene Abdullah, isteri kepada Kamaluddin, anak PM Malaysia. Jadi Patrick Lim adalah bapa saudara kepada menantu Pak Lah yang bernama Azrene.

Patrick Lim juga mempunyai hubungan erat dengan seorang lagi menantu Pak Lah iaitu Khairi Jamaluddin.

Tugas utama Patrick Lim adalah sebagai Menteri Kewangan ke 3 yang mengendali hal ehwal wang ehsan untuk rakyat Terengganu yang berjumlah Rm1.2 billion setahun.

Patrick Lim lah orang yang bertanggungjawab membawa Monsoon Cup dan Taman Islam Hadhari di Terengganu atas alasan membangunkan Terengganu walau pada halnya, untuk mengaut keuntungan kepada Kerajaan Tiga Beranak. Patrick Lim juga bertanggungjwb membawa segala bentuk keraian,hiburan dan maksiat ke Seri Perdana supaya Kerajaan tiga Beranak sentiasa gembira.

Maka itu sebabnya mengapa Pak Lah berhempas pulas inginkan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu, dan masih memegang jawatan Perdana Menteri disamping mengekalkan Menteri Kewangan di tangannya - untuk Patrick Badawi.

Hanya satu yang mampu mengubah, Ahli Parlimen perlu "menurunkan" beliau dengan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri itu di persidangan parlimen yang akan datang. Kerana beliau yang mengajarkan begitu kepada 22 orang ADUN jika Datuk Ahmad Said menjadi menteri Besar Terengganu.

Jika tidak saksikanlah lebih banyak harta negara di punggah oleh Patrick Badawi ini dengan dibantu oleh petualang negara dari sebuah keluarga Ahmad Badawi serta mereka yang seramai 23 orang ADUN di Terengganu tersebut.



Idris Jusoh, Abdulah & Patrick Badawi

Idris Jusoh, Abdullah dan Patrick Badawi ada tiga serangkai yang saling perlu-memerlukan. Gambar-gambar berikut mendedahkan kenapa Abdullah beriya-iya membela dan ingin pastikan Idris Jusoh kembali ke "takhta" Menteri Besar Terengganu. Atas arahan siapa kalau bukan Patrick Badawi!

a

b

d

g

foto-foto ikhsan kickdefella

Senarai Penuh Exco Selangor Diumumkan

Shah Alam, 24 Mac - Ahli-ahli Exco Negeri Selangor diumumkan sebentar tadi oleh pejabat Menteri Besar. Dari 10 kerusi exco, KeADILan diperuntukkan 4, DAP 3 dan PAS 3. Berikutan adalah senarai penuh:

1. YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahimtski.jpg

Dato’ Menteri Besar

Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri , Belia & Sukan

YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim lahir pada tahun 1946 di Jeram, Selangor dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975. YAB Tan Sri pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan di Permodalan Nasional Berhad termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan dan sehingga 2003 merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad. Beliau juga merupakan Pengerusi Highlands and Lowlands dan Guthrie Ropel. Antara tanggungjawab yang disandang oleh YAB Tan Sri termasuklah anggota Jawatankuasa Eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum Bank Pembangunan Islam, Jeddah disamping anggota gantian Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC). Beliau juga berada di dalam lembaga Pusat Produktiviti Kebangsaan dan Lembaga Amanah Institut Kajiselidik Ekonomi Malaysia. Di dalam Parti Keadilan Rakyat, YAB Tan Sri memegang jawatan Setiausaha Agung. YAB Tan Sri Dato’ Khalid telahpun berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata.

2. YB Teresa Kok Suh Simteresakok1.jpg

Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan

YB Teresa Kok, 43 tahun turut memegang jawatan Ahli Parlimen Seputeh sejak 1999. Beliau memperoleh Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia, Sarjana Muda Sains Politik serta Sarjana Falsafah dari Universiti Malaya. Beliau merupakan Setiausaha Kaukus Myanmar Antara Parlimen ASEAN dan aktif di dalam kegiatan hak asasi manusia. Beliau turut menganggotai Jawatankuasa Terpilih Semakan Kod Penal dan Prosedur Jenayah di Parlimen. Pada masa yang sama beliau memegang jawatan Setiausaha Publisiti DAP dan Setiausaha Nasional Wanita DAP.

3. YB Dato’ Dr. Hassan bin Mohamed Alihasan-ali12.jpg

Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

YB Dato’ Dr. Hassan Ali lahir pada 1947 di Selangor. Beliau mendapat Sarjana Muda Sastera Kepujian dari Universiti Malaya, Sarjana Sains Perancangan Bandar dari University of Pittsburgh, Amerika Syarikat dan Doktor Falsafah dari University of Wisconsin, Amerika Syarikat. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Sabha Group Sdn. Bhd. Dan Akademi Keluarga Bahagia. Kini beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sg. Burong pada penggal 1999-2004. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak.

4. YB Yaakob bin Sapariyaakobsapari.JPG

Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan

YB Yaakob bin Sapari berusia 47 tahun, tinggal di Seri Kembangan, Selangor. Lulusan Sarjana Muda Sains di dalam Perniagaan Tani dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Universiti Putra Malaysia, serta Diploma Pengajian Islam dan Siswazah Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini merupakan Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Agama Hulu Langat. Di dalam Keadilan beliau merupakan Timbalan Pengerusi Selangor dan Ketua Bahagian Puchong. Beliau sudah berkahwin dan dianugerahkan 8 orang cahaya mata.

5. YB Rodziah binti Ismailrodziah-ismail.jpg

Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi

YB Rodziah binti Ismail, 43 tahun, tinggal di Shah Alam, Selangor bersama suami dan tiga orang anaknya. Beliau memperoleh Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia, Higher National Certificate in Childhood Education and Development dari Scotland dan Diploma Pendidikan Islam, Al Quran dan As Sunnah. Aktif di dalam masyarakat termasuk Persatuan Pengasih Berdaftar Malaysia, Persatuan Taska Selangor, Jawatankuasa Pencegahan Juvana dan Jemaah Islah Malaysia. Beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Wanita Keadilan Pusat.

6. YB Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandamposter-pic-dr-x.jpg

Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin


YB Dr. Xavier Jayakumar, 55 tahun, tinggal di Klang, Selangor bersama isteri dan tiga orang anaknya. Beliau memperoleh Sarjana Muda Pembedahan Pergigian. Beliau merupakan Setiausaha Persatuan Doktor-Doktor Pergigian Malaysia dan Presiden Kelab Rotari Klang. Di samping itu beliau aktif di dalam Persatuan Hemodialisis Klang dan Education Welfare Reach Foundation. Kini beliau memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung Keadilan serta Ketua Bahagian Kota Raja.

7. YB Dr. Halimah binti Alidr-halimah-ali.jpg

Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

YB Dr. Halimah Ali, 47 tahun , tinggal di Klang, Selangor bersama suami dan 6 orang anak. Beliau memperoleh Ijazah Perubatan dari Universiti Tasmania, Australia dan berkhidmat sebagai doktor di Hospital Klang. Beliau merupakan Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia. Kini beliau memegang jawatan Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.

8. YB Iskandar bin Abdul Samadiskandar-samad.jpg

Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan

YB Iskandar Abdul Samad, 47 tahun, berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Beliau merupakan lulusan Ijazah Arkitek dari Humberside, United Kingdom dan pernah menjadi Pensyarah Senibina di Universiti Teknologi MARA. Kini beliau merupakan Timbalan Persuruhjaya 3 PAS Negeri Selangor dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan.

9 . YB Ronnie Liu Tian Khiewpic_ronnie.jpg

Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan

YB Ronnie Liu, 50 tahun, tinggal di Petaling Jaya, Selangor. Beliau memperoleh Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan kemudian berkecimpung di dalam bidang pengiklanan. Beliau aktif di dalam Jawatankuasa Bertindak Menara Transmisi Rawang, Jawatankuasa Bertindak Menentang Insinerator Broga, Kempen Anti Penswastaan Air dan Kempen Anti Penswastaan Hospital Awam. Beliau kini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

10. YB Wong Keat Ping @ Elizabeth Wongeli wong

Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar

YB Elizabeth Wong berusia 38 tahun, tinggal di Petaling Jaya, Selangor. Lulusan Sarjana Muda Sastera University of Sidney dan aktif di dalam NGO seperti Suara Rakyat Malaysia, Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia dan SOS Selangor. Beliau kini merupakan Ketua Penerangan Wanita Keadilan dan Ketua Penerangan Keadilan Bahagian Petaling Jaya Utara.

11. YB Eam Yong Hian Wah

Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Harampic_ean_yong.jpg

YB Ean Yong Hian Wah, 29 tahun, lahir di Kajang, Selangor. Beliau memperoleh Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dari Universiti Bradford, United Kingdom. Penglibatan kemasyarakatan beliau termasuklah sebagai Pengerusi Persatuan Alumni Kolej New Era, Ahli Lembaga Pengelola Kolej New Era dan Gabungan Persatuan-Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor. Beliau kini merupakan Pengerusi DAP Selangor dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP.

sumber: suarakeadilan

PERLANTIKAN MUKTAMAD: Adun BN Boleh Kemukakan UNDI TAK PERCAYA! - DR AZIZ BARI

APA yang perlu dilakukan oleh semua pihak di Terengganu sekarang ialah akur dan menghormati keputusan MPPR yang melantik Dato Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru.

Menurut, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang kemelut politik di Terengganu yang kian panas dan membingungkan, "betul atau salah sudah tidak penting lagi kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan."

"Keputusan MPPR adalah berdasarkan kuasa budibicara dan ini ada elemen yang subjektif. Ia tidak boleh dipersoalkan.

" Lagipun Sultan tidak boleh dibawa ke mahkamah: Mahkamah Khas Raja-Raja cuma menangani tindakan peribadi. Perlantikan Menteri Besar adalah tugas rasmi".

Dr. Abdul Aziz berkata sebab itulah pihak-pihak yang tidak puas hati perlu diam dan jangan membuat hal-hal yang sia-sia.

"Menganjurkan tunjuk perasaan membantah tidak akan mendatangkan apa-apa. Mereka perlu menunggu dewan bersidang dan mengusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad untuk menjatuhkannya", kata Pensyarah Undang-Undang UIAM itu lagi.

Beliau menambah komen dan kutukan Perdana Menteri juga tidak berguna kerana beliau tidak ada kena mengena dalam soal perlantikan di peringkat negeri.

Dr. Abdul Aziz menambah sekiranya Ahmad berjaya dijatuhkan melalui undi tidak percaya maka MPPR perlu melantik ADUN lain yang dirasakan mempunyai sokongan majoriti.

"Atau pun terus membubarkan dewan supaya pilihan raya boleh diadakan agar rakyat dapat membuat keputusan!"

Pakar Perlembagaan dari UIAM itu berkata dalam Perlembagaan Negeri – dan juga Persekutuan – ada peruntukan di mana ketua negeri boleh "memprorog atau membubarkan dewan.

"Peruntukan ini dinyatakan tanpa ada permintaan dari kerajaan yang ada. Saya fikir ini boleh digunakan oleh Sultan atau MPPR dalam keadaan seperti yang wujud di Terengganu sekarang".

Dr. Abdul Aziz menyatakan bahawa senario di Terengganu tidak pernah berlaku. Beliau menyalahkan ahli-ahli politik yang cuba menipu dan mengelat dalam pilihan raya.
"Ini menyebabkan timbul keraguan sama ada orang yang dikatakan disokong itu benar-benar menang dengan cara yang sah".

Sebelum ini timbul dakwaan yang pihak istana tidak senang dengan tragedi di Batu Burok dan kekecohan di Marang pada hari mengundi.

"Sebab itu saya fikir adalah wajar jika pilihan raya diadakan semula supaya satu proses yang bersih dapat diadakan dan keputusan itu nanti akan menjernihkan keadaan yang berlaku di Terengganu" tegas Dr. Abdul Aziz lagi.

ditulis oleh Tarmizi Mohd Jam

23 Mac 2008

Ahmad Said terima watikah perisytiharan MB

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, hari ini menerima watikah pengisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru dalam satu upacara di Istana Terengganu, di sini.

Watikah pengisytiharan diserahkan kepada beliau oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman pada pukul 8.28 pagi ini.

Bagaimanapun, tarikh upacara angkat sumpah belum ditentukan lagi.

Langkah Terdesak: UMNO Gunakan MAFIA

Kerajaan UMNO-BN yang menerima kekalahan teruk di dalam PRU yang lepas kali ini begitu terdesak sehingga terpaksa melantik Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menolong Pak lah yang terlalu lemah itu sebagai Setiausaha Agong UMNO.

Di dalam perkembangan terbaru Setiausaha Agong itu telah mengugut Datuk Ahmad Said untuk dikenakan tindakan disiplin Umno dan "menanggung akibat" jika beliau tetap bersedia menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar Terengganu esok.

Itu adalah tindakan terdesak UMNO untuk memulihkan imej Presidennya yang telah yang telah punah dan hancur binasa setelah gagal di dalam "pertarungannya" menaikkan Shahidan Kasim di Perlis dan kini di Terengan pula.

Datuk Seri Abdullah yang kewibawaan dan maruahnya sebagai Presiden UMNO telah begitu hanyir dan busuk laksana tong najis akibat tindakan-tindakan bebalnya serta kangkuhannya dan kedegilannya untuk berundur dari jawatan Perdana Menteri mengambil keputusan menggugurkan Radzi Sheikh Ahmad dari kabinet yang dikatakan bertanggungjawab "mengusulkan" nama Mat Isa Sabu sebagai Mentri Besar Perlis sehinggakan "watikah perlantikan" PM sudah tidak laku dan tidak dihormati lansung oleh Rja, pemimpin, rakyat UMNO Perlis.

Penguguran Radzi adalah satu usaha untuk menepisnya keluar dari kerus Setiausaha Agong dan apabila sahaja Radzi meletakkan jawatannya, Pak Lah mendapatkan khidmat MAFIA UMNO bernama Tengku Adnan tengku Mansor untuk mengatur strategi memulihkan keyakinan ahli dan pemimpin UMNO kepada Presidennya.

Umum mengetahui Tengku Adnan Tengku Mansor adalah orang yang selama in mengaturkan badan kehakiman negara (didedahkan di dalam kes pita video Lingam) dan mempunyai rantaian mafia-mafia dari kalangan tokoh korporat dan gangster untuk "melaksanakan" sesuatu agendanya.

Selai dari ugutan kepada Ahmad Said supaya jangan menerima perlantikan dari pihak Istana atau terpaksa berhadapan dengan risiko aalah taktik mafia yang pernah digunakan erhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim satu ketika dulu.

Di dalam perkembangan berasingan, Setiausaha Agong UMNO yang baru ini juga telah menggunakan taktik yang sama untuk memberikan tekanan kepada Ahli parlimen Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe dan ahli parlimen Serian, Richard Riot supaya membuat kenyataan "menafikan keluar parti" jika tidak mahu berhdapan dengan tindakan-tindakan diambil.

Pak Lah kini bergantung harap kepada Tengk Adnan Tengku Mansor yang umum mengetahui bahawa beliau selama ini berperanan sebagai gangster di dalam UMNO. Beliau akan menggunakan tektik "mengugut dan menekan dengan pelbagai cara untuk pastikan misinya tecapai".

Malah semasa sebelum pencalonan lagi, apabila nama Tengku Adnan Tengku Mansor diura-urakan tidak bertanding di dalam pilihanraya, Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengugut Presiden UMNO yang lemah itu dengan membuat kenyataan bahawa masyarakat Putrajaya bebas untuk memiih PAS, satu bentuk ugutan kepada Presiden UMNO berkenaan sehingga akirnya Pak Lah terpaksa akur malah melantik Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agong UMNO.

Jadi kini seberarnya terpaparlah UMNO yang sudah semakin terdesak, yang sudah semakin pupus.

Siapa Tengku Adnan ini?

from malaysiatomorrow

So who is this guy anyway? Dato’ Adnan was born in Malacca on 20th December 1950 at 610h, birth certificate no. 100502. Name at birth was Adnan bin Mansor. On 20th December 1962, Dato’ Adnan was 12 and a proud owner of an IC (IC no. 4079409). However, on 3rd October 1972, Dato’ Adnan had changed his name to Tengku Adnan bin Tengku Mansor. He also changed his dad’s IC name to Tengku Mansor bin Tengku Baba. Claims to be Malacca’s 3rd generation Sultanate heritage.

Dato’ Adnan was once Tun M’s Setiausaha Kerja UMNO. Dato’ Adnan, a businessman, was known to be Tan Sri Vincent Tan’s favorite go-to guy for projects. Word on the street is that Dato’ Adnan has 3.5million shares in Berjaya Sports Toto via his SPV, Cimsec Nominees Sdn Bhd. Sports Toto has a total of 681 outlets nationwide and 2 overseas operations, one in Phillipines and the other in Ghana. Once upon a time, Dato’ Adnan, Tan Sri Vincent and Pahang State Govt through an SPV called PASDEC Holding Berhad used to own Bukit Tinggi Resort. After fierce pressure from the public, he relinquished his shares on 23rd May 2003.

22 Mac 2008

Surat khabar lama! YB dan Mentri lama!

Oleh maverickysm
terjemahan GB

aBayiSingh melakukan kajian PhD terhadap kehidupan Yang Berhormat dari Malaysia selepas hari-hari politiknya.

Dia diterima masuk ke Oxcel di bidang Sains Politik; sebuah universiti yang mirip Oxford, kedengaran serupa macam Oxford dan mungkin juga ianya Oxford.

Kajian pertamanya ialah mengenalpasti dimana bekas-bekas YB ini?



a

2

c

d

e

g

u

t

t

a

t

e

y

u

i

Kisah Sebenar Melayu Pulau Pinang: Umno Tunjuk Hero (Konon)

Sambutan Maulidur Rasul Terengganu tanpa kehadiran istana

Majlis sambutan Maulidur Rasul di Terengganu tahun ini agak berbeza apabila ia dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Idris Jusoh dan bukannya sultan sebagaimana kebiasaan.

Malah, Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raka (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman yang dijemput merasmikan majlis tersebut di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man malam kelmarin juga tidak hadir.

Idris tiba bersama isteri, Toh Puan Seri Che Kamariah Zakaria di Dewan Konvensyen TTI kira-kira pukul 9 malam selepas solat Isyak di Masjid Kristal.

Buletinonline menganggap ketidak hadiran istana di dalam satu majlis yang besar sperti sambutan Mauludir-Rasul kelmarin adalah satu mesej yang cukup ‘kuat’ kepada Idris dan UMNO Terengganu

Idris wajib berundur dan UMNO Perhubungan Terengganu mesti membuat satu keputusan mengorbankan Idris dengan mencadangkan nama lain kepada pihak Istana Terengganu sekiranya UMNO benar-benar mengambil kira kepentingan rakyat, tegas laman tersebut.

21 Mac 2008

Kemelut berlarutan, Perantau cadang adakan semula pilihan raya di Terengganu

Ikatan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) mencadangkan satu pilihan raya baru yang bersih, adil dan telus dapat diadakan segera dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan pilihan raya yang lalu, supaya sebuah kerajaan negeri baru dapat diterima semua demi kepentingan rakyat.

Menurut Setiausahanya, Suhaimie Embong jika kemelut perlantikan Menteri Besar Terengganu yang baru tidak berjaya diselesaikan, Perantau menggesa supaya diadakan semula pilihan raya bagi memuktamadkan keputusan sebenar yang lebih diyakini semua.

"Ia adalah suatu cadangan untuk memulihkan kembali suasana politik di Terengganu, kerana ia adalah satu-satunya negeri yang masih belum mempunyai Menteri Besar.

"Ini amat memalukan dan kami sangat kesal dengan keadaan sekarang ini akibat pergolakan dalaman politik di Terengganu," ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu ujarnya, Perantau menaruh harapan yang tinggi kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi BN agar mengutamakan kepentingan rakyat Terengganu dengan menamakan calon Menteri Besar baru yang dapat diterima oleh Sultan Terengganu demi memelihara martabat dan kedaulatan kesultanan Negeri sebagai payung kepada rakyat bernaung.

Menyentuh mengenai isu tersebut yang turut mendapat campur tangan daripada peguam negara, Suhaimi menegaskan tindakan tersebut adalah wajar serta menggambarkan sikap sebenar beliau yang tidak menghormati penasihat undang-undang negeri itu.

"Kami kesal dengan kenyataan Peguam Negara, Dato� Abdul Gani Patail yang mencampuri urusan negeri Terengganu dengan mengatakan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak berhak campor tangan dalam urusan perlantikan Menteri Besar," katanya.

Hal tersebut adalah kerana Perantau yakin pihak istana telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang tubuh negeri Terengganu dan semua pihak hendaklah akur peruntukan kuasa yang diberikan.

Sementara itu, beliau turut menyatakan bahawa pengalaman pergolakan politik yang berlaku di Perlis dan Perak selepas pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini adalah pengajaran kepada semua pihak bahawa institusi kesultanan kekal relevan sebagai formula kepada penyelesaian kekalutan politik yang berlaku di setiap negeri..

10 sebab mengapa Idris tidak wajar direstui jadi MB

Kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, mengenai kedudukan dan peranan Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu bagaikan menjawab teka-teki mengenainya yang kini bersarang di benak rakyat negara ini.

Dalam kenyataan disiarkan kebanyakan media semalam (Rabu, 19 Mac), Abdul Gani menjelaskan Tuanku Mizan yang juga Sultan Terengganu tidak mempunyai apa-apa peranan mengikut undang-undang dalam pelantikan itu.

Menurutnya, urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya kepada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu.

"Yang diPertuan Agong menyedari sepenuhnya mengenai peruntukan itu dan Baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar," akhbar melaporkan kenyataan Abdul Gani.

Penjelasan Abdul Gani adalah ekoran spekulasi yang bertiup kencang mengenai kedudukan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar yang tidak disenangi pihak istana.

"Mengikut Perkara 34 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang diPertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsi Baginda sebagai Raja Negeri Terengganu kecuali sebagai Ketua Agama Islam," jelas Abdul Gani lagi.

Kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu kini sudah masuk hari ke 12. Tidak dapat dipastikan bilakah ianya bakal berakhir, selagi punca atau sebab-musabab kepada kemelut itu tidak dileraikan.

Ekoran keadaan tidak menyenangkan itu, timbul berbagai tanggapan dan spekulasi mengenai hubungan Idris dengan pihak istana. Meski pun perkara itu sukar dipastikan, kenyataan Abdul Gani tadi bagaikan mengesahkan perkara itu.

Jika tidak demikian, apa perlunya seorang Peguam Negara membuat penjelasan mengenai peranan dan kedudukan Yang diPertuan Agong dalam pelantikan seorang Menteri Besar di negeri Baginda?

Bahkan, kenyataan Abdul Gani yang menyebut, "Baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar" seolah-olah meletakkan batas sempadan kuasa terhadap Baginda dalam perkara ini.

Ekoran penjelasan Abdul Gani itu, yang turut menjelaskan spekulasi selama ini, berbagai pihak mahu tahu lebih mendalam apa sebenarnya yang telah dilakukan Idris sepanjang sepenggal menjadi Menteri Besar sebelum ini sehingga menyebabkan pihak istana dikatakan tersangat tidak senang dengan beliau.

Berdasarkan tinjau pendapat dan maklumbalas yang dikumpul daripada beberapa rakan di Terengganu, beserta beberapa maklumat yang telah sedia diketahui, berikut disenaraikan beberapa kemungkinan yang barangkali menjadi sebab-musabab kepada keadaan tersebut. Ia tidak semestinya tepat, tetapi boleh dijadikan sandaran hujah.

Pertama, Idris telah membuktikan dirinya sebagai pemecah-belah rakyat Terengganu. Kehidupan rakyat diporak-perandakan hingga ke akar umbi. Rakyat dipisahkan secara nyata menerusi garisan politik.

Pilih kasih dan penindasan berlaku, terutama kepada golongan penyokong pembangkang dalam hampir setiap aspek kehidupan. Tiada lagi kehidupan harmoni, saling sayang-menyayang atau berbaik sangka, terutama apabila dikaitkan dengan kecenderungan politik masing-masing.

Permusuhan tidak terbatas kepada parti berlawanan saja, malah Idris turut menyemarakkan perpecahan di kalangan para pemimpin dan ahli partinya sendiri. Pertelagahan kepimpinan di antara puak-puak bersengketa di Terengganu bukan saja gagal diselesaikan Idris, malah semakin diparahkannya.

Idris secara terang-terangan mencantas musuh-musuh politiknya, atau sesiapa saja yang dilihat boleh menggugat kedudukan politik anak-anak buahnya. Permusuhan makin membarah di dalam batang tubuh Umno sendiri.

"Sebagai payung tempat rakyat bernaung, apakah Tuanku Sultan akan selesa apabila rakyat Baginda hidup berpuak-puak dan bermusuhan? Siapa lagi paling bertanggungjawab menyuburkan perpecahan itu, jika tidak Idris?", tanya seorang rakan di Batu Enam, Kuala Terengganu.

Kedua, pemerintahan Idris dipenuhi aksi-aksi zalim dan rakus terhadap rakyat. Perkara ini telah penulis sebut dua hari lalu, tapi perlu diulangsebut semula. Idris merampas tanah dianugerahkan kerajaan PAS kepada rakyat, merobohkan rumah-rumah yang sedang mereka dirikan. Tidak sedikit air mata rakyat tumpah kerana kezaliman itu.

Paling melukakan hati umat Islam ialah apabila Idris tergamak merobohkan sebuah masjid di Bujal, Kemaman. Serakah politik beliau telah menutup sebarang penyelesaian lebih rasional, walau pun melibatkan tempat suci agama itu.

Amaran Allah dalam al-Quran bab zalim ni sangat keras. Jangan dikatakan untuk menzalimi orang, untuk berbaik-baik dan menyokong orang yang zalim saja pun dah layak disentuh api neraka, ulas seorang ustaz di Besut pula.

Baginya, tidak mustahil maksud ayat al-Quran ini dihayati Tuanku Sultan sehingga menyebabkan Baginda tidak merestui Idris meneruskan kuasanya di Terengganu. Baginda mungkin tidak rela dipertanggungjawabkan di sisi Allah kerana memberikan kuasa kepada seorang yang zalim.

Ketiga, pemerintahan Barisan Nasional pimpinan Idris macam kumpulan mafia atau samseng. Kongkongan dan pengawasan terlalu ketat terhadap pegawai dan kakitangan awam.

"Berbagai peraturan dan intipan dikenakan ke atas kakitangan. Mereka sangat tertekan dan jiwa terkongkong. Berkhidmat dalam keadaan sentiasa bimbang disalaherti atau dipandang serong oleh kerajaan", ulas Amdang, seorang penulis blog dari Setiu.

Para pengintip ada di mana-mana. Rakyat tidak berani membuka mulut mengenai rasa tidka puas hati mereka terhadap kerajaan.

Dalam keadaan lain, orang-orang politik sangat berkuasa. Jangan dikatakan wakil rakyat, seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang hanya lulus SRP pun berani menepuk meja dan mengherdik pegawai tinggi kerajaan yang tidak sedia mengikut kehendak mereka.

"Pegawai kerajaan dibuat macam kuli batak, kena ikut telunjuk puak-puak samseng ni," kata seorang kakitangan kerajaan di Kuala Terengganu.

Keempat, Idris seorang pemimpin yang boros. Dia akan buat apa juga projek yang terlintas di fikirannya, tanpa mengira berapa kosnya. Dia seolah-olah tidak pernah fikir tentang bagaimana mendapatkan wang. Yang dia tahu hanya bagaimana membelanjakannya.

Jaminan kerajaan Pusat menghulurkan bantuan kepada Terengganu ditumpukannya kepada projek-projek mega dan mewah. Berbilion ringgit duit negara dihabiskannya atas projek besar yang hanya sedikit memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat tempatan.

"RM300 juta di Pulau Duyong, RM270 juta di Pulau Wan Man, ratusan juta lagi di stadium, apa rakyat Terengganu dapat?," tanya seorang rakan, anak jati Pulau Duyong.

Bagi beliau, projek-projek besar itu lebih menjurus kepada pembaziran. Sedangkan, kata beliau, orang yang suka membazir disifatkan Allah di dalam al-Quran sebagai "kawan syaitan".

"Layakkah 'kawan syaitan' dipilih Tuanku Sultan menjadi pemimpin rakyat Baginda?", tanyanya lagi.

Kelima, Idris seorang pemimpin yang tamak dan terlalu gelojoh. Dia suka membolot segala peluang, terutama dalam menghabiskan peruntukan di bawah Wang Ehsan diberikan kerajaan Pusat.

Pihak paling beruntung dalam hal ini ialah kroni Idris. Sama ada kroni itu dari luar atau dari daerahnya Besut, pokoknya para kontraktor dan usahawan lain di Terengganu sendiri sekadar berputih mata.

Bayangkan sebesar projek di dua pulau (Pulau Duyong dan Pulau Wan Man), apa yang kontraktor Terengganu dapat? Bayangkan pula projek di Kemaman pun dibolot kontraktor dari Besut juga!

Keenam, Idris gagal menghormati dan menjaga kemuliaan Institusi Raja. Maaf cakap, dalam hal ini sesiapa pun yang mengenali Idris dan biasa bersamanya dalam mana-mana majlis rasmi pasti akan mengakui Idris memang jenis yang tidak menghiraukan protokol.

Sebuah siaran yang disebarluas di Terengganu dua minggu lalu memetik kata seorang yang dikatakan sering mengiringi Tuanku Sultan dalam majlis-majlis bersama Idris. Beliau terkejut mendengar cara Idris berbahasa dengan Tuanku Sultan.

"Saya pelik dan terkejut apabila mendengar Dato' Idris menggunakan bahasa "I" "You" apabila bercakap dengan Tuanku.... saya tak pernah dengar cara perbualan seperti itu. Malah Dato' Seri Haji Hadi yang warak dan disanjung-sanjung sebagai Tuan Guru serta dihormati oleh Tuanku pun membahasakan dirinya "patik" dan membahasakan Tuanku Sultan sebagai "Tuanku�. Ini Dato' Idris bercakap dengan Tuanku "I" "You", "I" "You"... Ini sungguh biadap," siaran itu memetik kata orang tersebut.

Idris juga mencemarkan kemuliaan istana apabila sewenang-wenangnya menggunakan Logo DiRaja Tangkai Padi pada logo baru Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Dikatakan perbuatan biadap itu mendapat teguran Tuanku Sultan.

Tangkai Padi dianggap personal emblem (lambang peribadi) DiRaja dan bukan boleh digunapakai sewenangnya. MBKT akhirnya menukarkan Tangkai Padi itu dengan Bunga Tulip pada logo barunya.

Ada juga maklumat menyebut Tuanku Sultan makin jauh hati dengan Idris apabila hanya diundang merasmikan Masjid Kristal yang menjadi sebahagian Taman Tamadun Islam (TTI). Sedangkan TTI itu sendiri dirasmikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi. Nampak sangat Idris ni tak tahu protokol, bukan?

Ketujuh, Idris sangat suka bercakap bohong. Didakwanya Terengganu juara UPSR tujuh tahun berturut-turut, sedangkan semua orang tahu fakta itu tidak betul.

Idris mendakwa sejak BN perintah, rakyat Terengganu hidup senang-lenang. Sedangkan ada rakyat yang sangat merempat, hidup dengan mencari rezeki di pusat pelupusan sampah, hidup dengan memakan ubi rebus, lempeng dan biskut. Ada rakyat menjadi pengemis di tangga tokong Cina.

Banyak lagi fakta bohong disebut Idris. Paling melukakan rakyat ialah apabila Idris tergamak berbohong kepada Tuanku Sultan mengenai budak-budak enam tahun khatam al-Quran. Lebih 2,000 orang didakwa dah khatam. Tuanku Sultan dipaksa percaya fakta itu dan diminta menyempurnakan majlis khatam itu, sedangkan Idris tipu hidup-hidup. Mana ada sampai 2,000 budak tu yang khatam?

Kelapan, pemerintahan Idris banyak membawa dan menyuburkan maksiat di bumi Terengganu. Konsert artis, pertandingan karaoke, pertumbuhan pub dan diskodut sangat rancak sejak BN memerintah.

Pembangunan Pulau Duyong juga membawa sama pesta maksiat ke bumi Tok Sheikh Duyong, seorang ulama tersohor di Nusantara zaman dulu.

Kesuburan maksiat sekaligus menghilangkan keberkatan hidup yang sangat didambakan rakyat dewasa ini.

Kesembilan, Idris mengabaikan kedaulatan agama. Masjid tandus, selain dipecah-belahkan atas sentimen politik. Elaun penceramah agama tidak diambil berat sehingga ada penceramah mogok dan tidak datang bertugas apabila elaun mereka dilewatkan.

Teguran ikhlas Tuanku Sultan mengenai kekurangan imam dan bilal di seluruh negeri gagal diselesaikan pentadbiran Idris. Mungkin Idris sengaja tidak mengendahkan teguran Baginda. Idris mungkin meluat apabila Baginda dalam membuat teguran itu turut menasihati kerajaan Idris mencontohi apa yang pernah dibuat kerajaan PAS dalam melahirkan tenaga imam dan bilal pelapis.

Jika pun atas sebab-musabab lain, Peguam Negara kata Tuanku Sultan tiada hak mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar, sebagai Ketua Agama Islam, Baginda boleh berhujah bahawa Baginda hilang kepercayaan Idris dapat menjamin kedudukan dan kedaulatan agama di negeri Baginda.

Kesepuluh, ada puluhan sebab-musabab lain yang masih boleh disenaraikan sebagai kemungkinan kepada kemelut Idris-Istana ini. Penulis pulangkan perbincangan lanjut itu kepada semua pembaca.

Seperti yang disebutkan, apa yang disenaraikan tadi tidak semestinya betul seratus-peratus, tetapi tidak juga wajar ditolak atau diabaikan sepenuhnya. - mr

Kenyataan Ghani Patail tidak wajar
Oleh Intan Abdullah


KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail mengeluarkan kenyataan seolah-olah menegur Yang Di-Pertuan Agong mengenai perlantikan Menteri Besar Terengganu dianggap tidak wajar.

Pensyarah Kuliyyah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari (foto) berkata Abdul Ghani tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut secara terbuka kepada umum.

"Dia telah membuat kesimpulan mengenai apa yang berlaku, lantaran kelewatan proses perlantikan Menteri Besar Terengganu dengan mendakwa terdapat campurtangan dalam hal tersebut oleh Yang Di-Pertuan Agong, ia adalah tindakan yang tidak wajar.

"Kenapa dia perlu buat kenyataan terbuka mengenai hal tersebut sedangkan beliau boleh menyelesaikannya secara prosedur yang lebih sesuai," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Aziz juga mempertikaikan mengenai tindakan campurtangan Peguam Negara itu yang menimbulkan persoalan berkaitan bidang kuasa beliau.

"Sebagai Peguam Negara, beliau adalah penasihat undang-undang Persekutuan, sedangkan Penasihat Undang-undang Negeri tidak memberikan apa-apa komen.

"Ini jelas menunjukkan beliau telah melanggar bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dan ini adalah suatu perkara yang tidak betul," katanya.

Abdul Ghani telah mengeluarkan kenyataan rasmi jam 11.45 malam tadi.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Abd Ghani Patail:

Pelantikan Menteri Besar Terengganu dibuat oleh Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja menurut Perkara 14(2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu. Dalam hal ini, calon yang layak dilantik sebagai Menteri Besar hendaklah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu yang pada fikiran Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja boleh mendapat kepercayaan kebanyakan ahli Dewan tersebut.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyedari sepenuhnya tentang peruntukan tersebut dan bahawa Baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar. Ini adalah kerana menurut perkara 34(1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsi Baginda sebagai Raja Negeri Terengganu kecuali fungsi sebagai Ketua Agama Islam.

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon Baginda sendiri bagi jawatan Menteri Besar. Baginda menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja, dan baginda tidak mempunyai apa-apa peranan di bawah undang-undang dalam pelantikan tersebut.

Dalam soal pemilihan Menteri Besar, Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja adalah terikat dengan peruntukan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan sesiapa jua daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu yang pada fikiran Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja mendapat kepercayaan kebanyakan ahli Dewan tersebut hendaklah dilantik.

Dalam hal yang sedemikian, mana-mana orang yang dilantik sebagai Menteri Besar bukanlah calon Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja atau sesiapa jua tetapi seorang yang dilantik menurut Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.

Oleh kerana itu dalam hal pelantikan Menteri Besar, tidak berbangkit isu perebutan antara Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja pada satu pihak dengan Kerajaan Negeri pada satu pihak lain.

Proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh Undang-Undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.- tajdid

19 Mac 2008

Menteri Penerangan Ahmad Sabbery Chik

Ahmad Sabbery Chik telah dinamakan oleh Perdana Menteri sebagai Menteri Penerangan yang baru menggantikan Zainuddin Maidin yang telah tewas di dalam pilihanraya yang lalu. Ahamd Sabbery ialah seorang bekas pimpinan pelajar Universiti Malaysia pada awal 80an dan kini merupakan ahli parlimen Kemaman. Beliau ialah bekas Ketua Penerangan Parti Semangat 46 sebelum menyertai UMNO bersama-sama pimpinan S46 yang lain termasuklah Presidennya Tengku Razaleigh Hamzah, Rais Yatim, Radzi Sheikh Ahmad dan lain-lain.

Apakah akan ada perubahan dasar Kementerian Penerangan dibawah kendaliannya nanti yang selama ini bersikap offensif terhadap parti pembangkang serta para bloggers? Mungkin terlalu awal untuk kita melakukan penilaian namun berikut disiarkan rakamn klip video temuramah ringkas dengannya.

Undi Tidak Percaya Perlu Kepada Pak Lah

Oleh kerana kedegilan tahap gabannya untuk mendengar suara rakyat yang meminta beliau meletakkan jawatannya sebaga Perdana Menteri, maka adalah wajar untuk barisan pembangkang seramai 82 orang di Parlimen nanti mengemukakan usul UNDI TIDAK PERCAYA kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dengan keangkuhannya dan kerana masih beranggapan beliau masih diberikan "mandat yang besar" oleh rakyat untuk memimpin UMNO dan menjadi Perdana Menteri, hinga ke saat ini beliau enggan berundur sekaligus melepaskan jawatannya sekalipun telah didesak oleh banyak pihak supaya beliau berbuat demikian.

Pilihanraya Umum ke 12 yang lepas menyaksikan rakyat telah pun memberikan signalnya yang jelas iaitu UMNO-MCA-MIC-Gerakan (BN) sudah tidak relevan lagi. Hanya menunggu masa untuk digantikan sengan satu barisan baru - Barisan Alternatif atau Barisan Rakyat - sebutlah apa namanya namun yang pasti bukan lagi Barisan Nasional.

Barisan Nasional adalah seumpama sebuah kapal titanic usang yang telah bocor, tidak akan mampu untuk dipulihkan dan hanya menunggu masa untuk karam dan tenggelam ke dasar lautan.

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam ulasannya berkata penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah "memusnahkan" BN selepas keputusan teruk dalam pilihanraya umum yang lalu.

Beliau mencadangkan Abdullah meletakkan jawatan, dan menambah beliau telah tersilap melantik presiden Umno itu sebagai perdana menteri."Saya fikir beliau harus menerima tanggungjawab atas (kekalahan) ini. Beliau mesti menerima tanggungjawab 100 peratus," katanya."Saya minta maaf tetapi saya memang telah membuat pilihan yang salah (melantik Abdullah)."

"Saya fikir orang ramai mesti rasa sangat-sangat marah, semua kaum, Cina, Melayu dan India," tambah Mahathir.

"Masalahnya kita (kerajaan) telah menjadi terlalu bongkak. Kita tindas sebarang pendapat yang kita tidak suka dan mereka mula percaya pada laporan sendiri yang tidak selalunya tekal dengan apa yang sebenarnya sedang terjadi dalam negara ini."

Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (PROWARIS) di dalam satu kenyataannya menyatakan berdasarkan kekalahan teruk BN dan UMNO dalam Pilihanraya Ke-12 ini juga, YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi adalah merupakan PEMIMPIN MELAYU PALING LEMAH DALAM TEMPOH 50 TAHUN.

Kegagalan merampas kembali Kelantan buat penggal Ke-5 dan kehilangan banyak kerusi Parlimen di Kuala Lumpur telah gagal dihidu oleh BN jelas menunjukkan kelemahan kepimpinan Pak Lah selaku Pengerusi BN dalam mengemudikan jentera-jentera BN.

Menurut pengamatan ProWaris dalam Media-Media Alternatif, jentera-jentera UMNO dan BN telah melakukan sehabis baik mungkin untuk memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Ke-12 milik BN namun ISU KEPERIBADIAN PAK LAH DALAM MEMIMPIN, ISU KHAIRY JAMALUDIN MEMPENGARUHI KEPUTUSAN PAK LAH, ISU SCOMI MENGAUT KEBANYAKAN KONTRAK KERAJAAN SERTA PERILAKU TIDAK SENONOH BEBERAPA ORANG PEMIMPIN UMNO DAN BN adalah PUNCA UTAMA PROTES RAKYAT MALAYSIA TERHADAP BN DAN UMNO.

Perkembangan negatif ini amat menggusarkan UMNO dan orang Melayu di seluruh tanah air kerana semenjak kemenangan pilihanraya 2004, Pak Lah telah banyak menunjukkan tanda-tanda kelemahan yang ketara di dalam struktur pentadbiran yang akhirnya dibuktikan dengan kekalahan teruk UMNO dan BN pada pilihanraya 2008 baru-baru ini.

KEGAGALAN PAK LAH MEMPAMERKAN CONTOH MORAL POSITIF ISLAM HADHARI, MENANGANI ISU HARGA MINYAK, ISU KENAIKAN HARGA BARANG, PENINGKATAN PERATUSAN JENAYAH YANG MENDADAK, ISU DADAH YANG SEMAKIN KRITIKAL, ISU MURTAD, KELEMBAPAN EKONOMI NEGARA DAN PELBAGAI LAGI MASALAH LAIN telah menyebabkan PAK LAH DILIHAT SEBAGAI SEORANG PERDANA MENTERI YANG CUAI DAN LALAI sekaligus GAGAL MENJALANKAN TANGGUNG JAWAB YANG TELAH DIAMANAHKAN OLEH RAKYAT dengan penuh cekap dan berkesan.

ProWaris juga sedar bahawa hubungan Pak Lah di peringkat antarabangsa juga telah menunjukkan peranan yang tidak berkesan malahan dilihat sebagai PEMIMPIN YANG HANYA MENCUKUPKAN KORUM lantas gagal menaikkan nama Malaysia di mata dunia terutamanya di mata negara-negara Islam.

Atas rasa tanggung jawab dan demi maruah orang Melayu, kami PROWARIS DENGAN SEPENUH SUARA MENDESAK DAN MENUNTUT PAK LAH MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN JUGA PRESIDEN UMNO DI DALAM MASA YANG TERDEKAT.

Percayalah bahawa Pak Lah akan terus dibuai dan dikaburi oleh kepimpinan atasan serta orang sekeliling Pak Lah atas sebab-sebab tertentu walhal begitu banyak sepanduk, surat dan kenyataan yang mendesak Pak Lah berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO berselerakan di seluruh tanahair. ProWaris khuatir PROTES RAKYAT MALAYSIA ini akan berpanjangan sekaligus menyemarakkan gerakan REVOLUSI AKAR UMBI terhadap kepimpinan tertinggi UMNO dan BN yang akhirnya akan memberikan KESAN NEGATIF TERHADAP PRODUKTIVITI NEGARA SEKIRANYA PAK LAH TERUS MEMANDANG REMEH TERHADAP KEHENDAK RAKYAT MALAYSIA.

PROWARIS sangat yakin dan berpendapat bahawa kini telah tiba masanya untuk orang Melayu bebas memilih pemimpin mereka dan menentukan masa depan mereka sendiri. ORANG MELAYU TIDAK LAGI BOLEH TUNDUK KEPADA KELEMAHAN DAN KEALPAAN PEMIMPIN MEREKA YANG TERUS-TERUSAN MENGUGUT DAN MENUNTUT KESETIAAN ORANG MELAYU SEMATA-MATA DEMI “SURVIVAL” MEREKA YANG TELAH MENGHANCURKAN AMANAH, HARAPAN DAN MARUAH BANGSA MELAYU DI BUMI TERCINTA INI.

SESUNGGUHNYA, MULAI DARI TIKA DAN SAAT INI, PROWARIS INGIN MELIHAT SEORANG PEMIMPIN MELAYU YANG TIDAK MENDERHAKA KEPADA RAKYAT DAN BENAR-BENAR MENITIK BERATKAN MASA DEPAN NEGARA DAN ORANG MELAYU KHUSUSNYA, DIBERIKAN PELUANG DAN MANDAT MENGEMBALIKAN MARUAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL UNTUK MEMACU DAN MENERAJU NEGARA KE ARAH WAWASAN 2020.

Nizar Pukau Para Hadirin Di Forum

Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS telah hadir di satu forum ”Apa Selepas Ini (What's Coming Next)” yang telah berlansung pada hari Ahad lalu (16 Mac) telah memukau masyarakat kaum Cina yang hadir di majlis tersebut apabila beliau telah bertutur dengan bahasa Mandarin, Hokkien, Kantonese, Tamil, kemudiannya Inggeris dan Melayu.

Mereka yang hadir terus tergamam yang kemudiannya telah memberikan satu tepukan gemuruh kepada pemimpin PAS tersebut

Forum berkenan telah dianjurkan oleh Guang Ming Daily, Sin Chew Daily, Eye Asia dan Sin Chew-i yang dilansungkan di Dewan Dou Mu Ipoh pada jam 2pm dan telah berjaya mengimpunkan 3000 hadirin.

Ahli Forum termasuklah Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye, Penerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong dan Ketua Editor Sin Chew Tay Tian Yan.

Mohammad Nizar, seorang jurutera bertauliah, bagaimanapun bukanlah seorang ahli di forum di majlis berkenaan tetapi telah dijemput oleh Ngeh untuk menyertainya. (Sin Chew Daily) .