Beza pandangan bukan bermakna lawan presiden, kata perwakilan PAS
Berbeza pendapat dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bermakna ahli parti Islam itu ingin menjatuhkan beliau, kata perwakilan PAS Kuala Krai.
Zulkifli Mohamad ketika meluluskan minit mesyuarat muktamar lepas di sesi Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor hari ini berkata, setiap lapisan kepimpinan seharusnya dihormati ahli PAS.
"Adakah di kalangan kita yang berhasrat menjatuhkan presiden? Bangun! Ada atau tidak?" katanya.
"Kalau tiada kenapa tulis di belakang, kami menyokong presiden, kami menyokong Majlis Syura Ulama?" katanya lagi mengulas dakwaan insiden keluar dewan ketika perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi pada Selasa oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
"Berlainan pandangan dengan presiden bukan bermakna kita lawan presiden."
Perwakilan itu berkata, insiden berkenaan harus disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin PAS dan sekiranya benar, tindakan tegas perlu diambil.
"Saya mahu Lembaga Pemerkasaan parti melihat adakah berlakunya sabotaj semasa muktamar pemuda. Kalau benar, kita ambil tindakan.
"Ada kata nak pergi ambil wuduk, sembahyang. Ya Allah, alimnya. Ini jawapan politik.
"Bukan saya nak sokong Mohamad Sabu, tapi hormatlah beliau. Banyak jasa dia. Siapa kamu nak dibandingkan dengan Mat Sabu?" katanya merujuk kepada panggilan mesra Mohamad.
Zulkifli berkata, tanpa mengira kedudukan, kepimpinan PAS seharusnya dihormati.
"Adakah sebab kesalahan sedikit jadi alasan untuk kita lakukan tindakan sedemikian?
"Adab seperti ini hendaklah dibuang daripada adik-adik kita," katanya.
Sementara itu, perwakilan PAS Perak Noh Ahmad turut membangkitkan perkara sama dan menegur kepimpinan parti yang sering mendedahkan krisis dalaman kepada pihak luar.
"Masing-masing tidak dapat kawal disiplin, pantang disua mikrofon. kami di bawah ini menjadi masalah dan susah hati.
"Gajah sama gajah bergaduh, kami pelanduk di sini khuatir, bijak mana pun susah nak elak," katanya.
"Kami sayang gajah-gajah ini," katanya merujuk kepada krisis dalaman berkenaan pertelingkahan kumpulan penyokong Hadi dan kumpulan penyokong professional PAS yang bersama Pakatan Rakyat (PR).
"Kami menyokong penuh presiden dan ulama serta kesemua pimpinan PAS yang dipilih tahun lalu," tambahnya. -TMI
Perwakilan tuntut insiden boikot Mat Sabu disiasat
Perwakilan Kuala Krai Zulkifli Yacob mahu Jawatankuasa Pemerkasaan Parti supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sekumpulan perwakilan Pemuda yang memboikot ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dua hari lalu.
"Jika benar ia berlaku, ambil tindakan (terhadap) Pemuda negeri (yang terlibat).
"Diberi alasan ambil wuduk (untuk solat asar), wah, alimnya mereka! Itu jawapan politik. Tidak pernah berlaku dalam parti.
"Jangan jadi isu-isu (tertentu) untuk melaga-lagakan pemimpin kita. Tak kira ulama atau profesional kerana mereka adalah pemimpin kita," kata Zulkifli ketika mempersoalkan berhubung laporan tahunan Muktamar PAS 2013.
Tindakan beliau itu mengundang campur tangan Pengerusi Tetap Hussein Ismail yang meminta beliau tidak mengulas panjang memandangkan sesi itu berkaitan perkara teknikal yang berbangkit dalam laporan tahunan.
'Siapa kamu nak boikot Mat Sabu?'
Bagaimanapun, Zulkifli memohon tempoh selama dua minit untuk beliau menghabiskan ucapan dan pertanyaannya.
"Jangan setengah pemimpin kita wala' (setia), dan pemimpin lain kita tak wala'. Saya tidak ada kepentingan apa-apa dengan beliau, tapi saya sokong beliau atas dasar beliau pemimpin kita.
"Beliau banyak jasa, siapa kamu (untuk boikot beliau)," kata Zulkifli.
Pada Muktamar Pemuda PAS dua hari lalu, dipercayai perwakilan Pemuda antaranya daripada Pahang, Terengganu dan Selangor keluar Dewan Chon Moi sewaktu Mohamad memulakan ucapan perasmian sayap parti itu.
Ada antara mereka memakai baju rompi hitam yang bertulis : "Kami bersama presiden dan Majlis Syura Ulama".
Tindakan kumpulan itu dipercayai keputusan Mohamad yang tidak dilihat mempertahankan Abdul Hadi.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kemudiannya menjelaskan bahawa perkara itu adakan dijawab oleh pengerusi jawatankuasa yang terlibat - Salahudin Ayub - dalam ucapan penggulungan. -mk
Muktamar: Nak ganti Umno tapi ambil perangai Umno
BATU PAHAT: Perwakilan Perak menggesa Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah PAS Pusat merangka pendekatan baru untuk mentarbiyyah ahli parti itu yang sesuai dengan tuntutan semasa.
Menurut Noh Ahmad, perkembangan terkini dalam parti itu dilihat mempunyai dua kumpulan pemikiran dan tindakan sehingga disiplin mereka sukar lagi dikawal.
"Adik-adik kita kurang jati diri, dulu bertengkar tapi tidak keluar dewan. Adik-adik kita tengkar tapi keluar dewan. Ini jejaskan parti," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar PAS Tahunan PAS ke-60 hari ini.
Namun katanya, pihak pucuk pimpinan tidak boleh berdiam diri dalam hal ini kerana ia akan menjejaskan imej parti dan kepimpinan parti akan dipandang rendah.
"Kita ganti Umno dari segi kepimpinan tetapi kita pada hari ini kita ambil perangai Umno," katanya.
Justeru beliau meminta para perwakilan muktamar agar berlapang dada dalam menangani perbezaan pendapat.
"Percanggahan pemikiran dan perbezaan pendapat akan merosakkan kita," katanya. -HD
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI































