2 Mei 2013

Bukti Mengapa Ku Nan & UMNO Wajib Ditolak!


Alahai lagi parah....bagaimana dikatakan mahu menjaga aqidah umat Islam kalau tidak mahu menggunakan walau sepotong pun ayat Al-Quran sebagai panduan? Bukankan al-Quran dan As-Sunnah itu adalah panduan kepada umat Islam termasuk kepada parti Islam dan orang-orang Islam?

Kalau begitulah rupa dan gayanya Umno dalam kerja buat politiknya maka tidak peliklah selama ini Umno sentiasa membuat kerja yang mengarut, melampau, sesat barat yang banyak menyalahi hukum-hakam Islam dalam mentadbir negara!

Nampaknya Setiausaha Agung Umno ini masih berbelit dan dibelit oleh pegangan "Politik Suku Agama Suku" partinya lagi! Kesian!

Ulasan GB

Maaf cakap ler, rata-rata pemimpin UMNO ini buta AL-Quran.

Itu sebab mengapa apabila bercakap bab agama, terserlah kejahilan masing-masing.

Kemudian bagaimana mahu memimpin umat?

Bagitahu Muhyiddin Yang Sibuk Tentang K'tan: Johor Dah Nak Tumbang!


Rangkuman gambar ceramah Pakatan Rakyat di sekitar Johor, negeri kelahiran UMNO.

Sambutan diberikan amat menggerunkan UMNO sekali, kerana Johor sudah dilihat bukan lagi negeri selamat dan paling kuat untuk UMNO.

Mood rakyat ialah Johor sebagai salah satu penyumbang besar kepada kejatuhan kerajaan korup UMNO/BN pimpinan Najib Razak diperingkat pusat.

Ramalan para pemimpin UMNO/BN yang UMNO/BN akan menang di Johor dengan penuh bergaya sudah tidak lagi boleh dipercaya.

Tidak mustahil dan menghairankan jika Pakatan Rakyat memerintah Johor jika mood rakyat ini diambil kira..

Ayuh!!! rakyat Johor bersama-sama dengan rakyat mau melakukan perubahan...PRU 13 ini adalah peluang terbaik...Peluang terbaik bukan datang selalu.

INI KALI LAH TUKAR.....JOM UBAH....SELAMATKAN MALAYSIA. -omakkau

Lautan manusia terus hadiri ceramah Pakatan di Johor


Cuti Hari Buruh semalam memberi peluang kepada Pakatan Rakyat mengambil peluang keemasan itu dengan menganjurkan beberapa ceramah raksasa di Johor, yang dihadiri selautan manusia bagi menyokong momentum berterusan anti-BN di Selatan.

Ceramah di kawasan parkir sebuah pusat membeli belah di Gelang Patah berjaya menghimpunkan 70,000 hadirin yang majoritinya berbangsa Cina, memecahkan rekod 60,000 di tempat sama pada malam sebelumnya.

Selain kehadiran luar biasa itu, kutipan derma juga sebanyak RM263,328.80 - lebih suku juta ringgit - dengan RM173,328.80 dikutip daripada ceramah dan RM90,000 lagi daripada beberapa siri acara sepanjang hari di kawasan parkir itu.

Kehadiran itu dilihat petanda jelas sokongan hebat pengundi Cina di Selatan Johor, yang kebanyakannya datang daripada Kulai, Johor Bahru, Pasir Gudang dan Pulai - kawasan sasaran Pakatan dalam pilihan raya umum kali ini.

Ceramah lain yang mensasarkan pengundi Melayu pula dilangsungkan di kawasan parkir Stadium an Sri Dato Haji Hassan Yunos di Johor Bahru yang menarik kehadiran seramai 10,000 - ceramah untuk masyarakat Melayu paling ramai dihadiri sejak penamaan calon 20 April lalu.
-mk

5 Mei Undi, 6 Mei Bentuk Kerajaan, 7 Mei Turun Harga Minyak!


Rakyat Malaysia bakal merasai penurunan harga minyak kenderaan dalam masa lima hari lagi dari sekarang jika Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah Malaysia kata, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifudin Nasution Ismail.

"5 Mei kita mengundi, 6 Mei kita tubuh kerajaan baru, 7 Mei kita dapat harga minyak yang baru, insya Allah," kata Saifudin.

Masa sudah tiba ujarnya, untuk rakyat buat perubahan ke arah yang lebih bebas tidak terkongkong dengan bebanan kenaikan harga barangan selepas ini terutamanya harga petrolium yang makin meninggi.

"Pakatan Rakyat tak janji kosong. Dah tak sampai seminggu ia akan jadi kenyataan. Berilah sokongan padu untuk melihat segala-galanya," jelasnya yang juga calon Parlimen Kulim Bandar Baru, Kedah.

Tegas beliau lagi, selepas sahaja diistiharkan Pakatan Rakyat menang keesokan bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengunjungi Istana Negara bertemu Yang Dipertuan Agung kemudian balik ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk berucap sebagai Perdana Menteri yang ke tujuh serta mengumumkan penurunan harga minyak serta merta.

Kepada sesiapa yang hendak menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah itu di Kuala Lumpur, masih kena bayar tol seperti biasa bila ke Kuala Lumpur.

Selang beberapa hari selepas pembentukan kabinet kerajaan Pakatan Rakyat barulah apa yang dijanjikan termasuk tol lebuhraya, Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya akan diumumkan.

"Selepas itu rakyat barulah merasai keamanan, kebebasan dan keharmonian hidup dalam sebuah negara yang merdeka," katanya.

Menyentuh mengenai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail yang melebelkan dirinya sendiri sebagai calon paling bersih diposternya Saifudin menyifatkan, ia mengambaran keangkuhan sedangkan para ulamak yang muktabar pun masih merendah diri tidak sombong dan angkuh.

Adakah calon paling bersih itu jika menang berani tegur pimpinan Umno dan BN atau duduk diam membisu.

"Calon BN angap dirinya bersih..masuk bakul angkat sendiri. Bila sudah berada dalam 'tong najis' mana boleh bersih lagi melainkan mandi, sabun dan tukar pakaian baru jadi bersih sebersih bersihnya," terang beliau.

[GEMPAR] Blogger Milo Suam Ditahan Kerana Laporkan Maklumat FB PDRM Sendiri!


Seorang bloger PR, Milo Suam dilaporkan telah ditahan pihak polis malam tadi dan kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Polis berkata blog Milo Suam memfitnah pegawainya pasal mengundi 23 March lalu..

Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata pemilik blog Milo Suam didapati menyebar maklumat tidak benar dengan mendakwa anggota PDRM mengundi lebih awal.

Syed Ismail Syed Azizan berkata unit RMP-IMAP bekerjasama dengan semua jabatan di PDRM untuk menangkis dakwaan yang boleh mencemarkan imej PDRM mempunyai anggota yang bertugas 24 jam bagi memantau dan mengesan maklumat tidak benar yang disebar di Internet.

Jap jap Datuk.. Milosuam mendedahkan pasal Anggota Polis mengundi 23 April lalu. So rasanya sama la dengan PENGAKUAN yg tertulis dalam facebook rasmi PDRM sendiri kan? Bukan nak backup Milosuam x tentu pasal tapi ini FAKTA yang PDRM keluarkan sendiri..

Datuk check tak laman facebook rasmi PDRM juga mengesahkan bahawa anggota polis telah mula mengundi pada 23 April 2013. Lihat printscreen tu. Taknak soal siasat sekali ke ADMIN FACEBOOK RASMI PDRM tu? Printscreen ini diambil pada 1.38am (baru kejap tadi)


Klik untuk lebih jelas

Adakah penahanan Blogger Milosuam sebenarnya berunsur politik? Jika benar dia melakukan kesalahan menyebar fitnah, bagaimana pula dengan PapaGomo dan rakan2 blogger pro UMNO? Jangan ketepikan amanah tugas demi melindungi kebathilan, balasan Allah berat.. -orenji


Blogger Milo Suam ditahan polis kerana dedah penipuan SPR?



KUALA LUMPUR 2 MEI: Blogger, Milo Suam yang baru-baru ini mendedahkan kemungkinan penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam blognya, ditahan polis malam ini di Setia Alam sebelum dibawa ke Bukit Aman.

Ia dinyatakan dalam laman facebook rasmi KEADILAN lewat malam ini yang turut menyebut, sepasukan polis juga datang ke ibu pejabat KEADILAN di Merchant Square di Petaling Jaya.

“Blogger Milo Suam ditahan polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square,” kenyataan itu dipetik.

Sebelum ini, beberapa laporan polis dibuat terhadap Milo Suam yang pernah menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota polis mengundi lebih awal dari tarikh sebenar.

Blog itu memaparkan kekeliruan yang didakwanya ditimbulkan SPR berkaitan undi pos dan undi awal.

Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan SPR.

Ironinya, blogger pro-Umno, Papagomo yang kerap memapar kandungan video fitnah lucah tidak pula ditangkap walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat orang awam walaupun kesalahannya terang-terang menyalahi peruntukan undang-undang.
-KD

[BERGAMBAR] Seluruh Negara Mengharapkan Detik Bersejarah 05.05.13



Pakatan tak cukup wang untuk mendirikan khemah, memberi makan free dan elaun untuk datang ke ceramah. Tetapi gambar-gambar seperti inilah, yang memberi kita harapan... INI KALILAH!

RAKYAT : kami bukan nak makan, elaun, dan NAIK bas free, kami mahukan pemimpin yang boleh menyelamat kan rakyat dan Negara....

5 Mei 2013 .... Pakatan Rakyat bakal mencipta sejarah baru di Malaysia, menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan baru. Itulah harapan rakyat Malaysia.

INI KALILAH, TUKAR!!!!













1 Mei 2013

[BERGAMBAR] Ali Rustam Dikhianati Penyokong Sendiri, Lepas Makan Orang Cabut Lari


Rupa-rupanya rakyat Melaka datang ke ceramah anjuran UMNO/BN sekadar nak makan free jer... lepas makan akan terus cabut lari tinggalkan majlis.

Insiden ini berlaku menimpa juga keatas Ali Rustam apabila beliau dikatakan terlambat datang ke-satu tempat ceramah yang beliau di jadualkan memberikan ucapan di Taman Ozana Impian, Melaka malam tadi.

Ikut aturcara program beliau sepatutnya hadir jam 9.00 mlm namun setelah menunggu hampir 1 jam para hadirin yang kelaparan terus menjamu selera yang disediakan di bahagian belakang khemah.

Selesai saja makan, mereka terus angkat kaki balik kerumah.

Apabila Ali Rustam tiba lebih kurang 20 minit kemudiannya, khemah sudah hampir kosong.. Beliau hanya berikan ucapan tak sampai pun 5 minit kerana sudah hilang semangat.

Sudah pasti dirinya terasa bahawa sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Melaka selama ini kepada dirinya dan kerajaan UMNO/BN adalah palsu belaka.

Masih nak mendabik dada kata Melaka adalah kubu terkuat UMNO? -omakkau

Gambar Terbaik: Hubungan Sultan & MB Kelantan Yang Akrab


Tuanku al-Sultan Kelantan melawat Menteri Besar Kelantan dirumah beliau, Pulau Melaka Kota Bharu.

Jika 20 tahun dulu, ramai golongan anti-Kelantan yang mempersoal kenapa negeri Kelantan perlu digelar Negeri Serambi Mekah. Mungkin gambar ini boleh menjelaskan kenapa Kelantan perlu dicemburui oleh sesiapa sahaja. Baik dari segi rakyatnya, pemimpinya mahupun Sultannya.

Markas BN Dibakar Oleh Petugasnya Yang Berang Ditipu Duit Pasang Bendera?


Lagi markas Be End dimansuhkan dan dimusnahkan oleh pengikutnya kerana marah ditipu duit pemasangan bendera semasa proses berkempen !!!...

Kejadian berlaku di Jengka Pahang...

Take Note !!! : No Pulus, No Kerja... U Know.... :)

[ PRU13 - Jom Ubah Putrajaya ] -fb

[VIDEO] 36,000 Pengundi Ragu Diterbangkan Dari Sabah ke Selangor


Pakatan Rakyat (PR) mendakwa satu langkah agresif sedang diambil untuk membawa pengundi ragu ke Selangor melalui pengangkutan udara secara besar-besaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hujung minggu ini.

Dalam satu sidang media, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendedahkan beberapa senarai penerbangan berstatus ‘charter flights’ Malaysia Airlines (MAS) yang akan berlepas daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini.

PR percaya rancangan penerbangan khas ini akan membawa lebih 36,000 pengundi yang statusnya diragui sebagai talian hayat terakhir Umno-BN untuk merampas Selangor dan kekal berkuasa di Putrajaya.

Pengundi-pengundi tersebut termasuk mereka yang yang lahir dan bermastautin di luar Selangor tetapi berdaftar sebagai pengundi Selangor dan pengundi yang bukan warganegara Malaysia.

“Kita juga percaya terdapat pihak tertentu yang mengawasi dan mengubah beberapa penerbangan khas itu daripada terus dikesan pihak kita.

“Sebagai contoh, pada 28 April, kita telah memantau di KLIA setelah menerima maklumat penerbangan tempahan khas MH 8601 akan mendarat pada pukul 6 pagi namun penantian sehingga jam 11.

30 pagi tidak mendapati sebarang pendaratan.

“Pemberi maklumat dalaman kemudian memberitahu bahawa jadual penerbangan itu telah ditunda kepada tarikh lain iaitu pada 1 Mei nanti,” jelas Jaafar.

Dalam pada itu, beliau berkata pasukan risikan PR akan terus memantau lapangan terbang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Sepang, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi serta Lapangan Terbang Subang di Subang.

Mereka kini juga sedang dalam pemerhatian untuk mengenal pasti tempat kediaman penumpang-penumpang penerbangan ini.

Selain itu, PR turut melahirkan kebimbangan dengan operasi membawa pulang anggota tentera Semenanjung daripada operasi keselamatan di Lahad Datu yang kini sudah memasuki hari ke-empat di KLIA.

“Ini jarang berlaku lebih-lebih lagi dalam jumlah yang besar dan kita bimbang jika operasi ini turut digunakan untuk mengangkut pengundi bukan warganegara untuk dijadikan pengundi kerana ini merupakan cara yang paling lancar dan mudah,” tambah Jaafar.

Sehubungan itu, PR meminta kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan tiada masa tambahan mengundi dibenarkan pada 5 Mei nanti.

SPR juga digesa untuk menggunakan daftar pemilih yang sudah diwartakan dan diberikan kepada parti-parti politik, bukan daftar yang lain.

“Kita sudah berbincang dengan SPR dan mereka telah berjanji untuk mengekalkan apa yang telah dipersetujui ini dan kita harapkan agar SPR tidak mungkiri perkara-perkara ini,” tegas Jaafar. -HD


[VIDEO & GAMBAR] INI KALILAH : UMNO BN Nazak, 20K Banjiri Bandar Ampangan Seremban!


Paling kurang 20,000 rakyat Seremban, Negeri Sembilan dari pelbagai kaum, tua dan muda telah turun berhimpun di Betaria Business Centre, Jalan Siamang Gagap Seremban, Negeri Sembilan, malam tadi 30hb April 2013.

Para penganjur memaklumkan bahawa pihaknya telah cuba nak menempah Padang MPS tetapi pihak Majlis Perbandaran Seremban enggan sewakan, begitu juga dengan Stadium Negeri Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, pun tidak dibenarkan, maka tiada pilihan terpaksa juga cari tempat kosong yang berkedudukan dalam DUN Ampangan.

Punyalah sesak dan padat dilokasi ceramah sehingga melimpah kedua belah jalan.

Kenderaan terpaksa diletakkan 1km dari kedua arah... Laungan reformasi.. Ini kalilah.. Ubah.. lawan tetap lawan, sering dilaungan... Cukup meriah dan bersemangat sekali... Memperlihatkan kesungguhan rakyat Negeri Sembilan secara keseluruhannya mau melakukan perubahan... Mood perubahan cukup tebal dan pekat sekali. -omakkau

Apa yang pasti perhimpunan malam tadi sudah cukup membuat Najib dan seluruh pimpinan UMNO/BN gusar dan tidak bermaya...HARI UMNO UNTUK MENJADI PEMBANGKANG SUDAH HAMPIR TIBA,






Hapuskan TOL Yang Merompak Rakyat Untuk Suap Kroni!


Di Malaysia, projek pembinaan lebuhraya merupakan satu lapangan perniagaan yang berisiko rendah dan sangat menguntungkan syarikat konsesi. Akan tetapi, projek sebegini dikhususkan untuk kroni-kroni BN sahaja.

Contohnya, syarikat PLUS yang membelanjakan RM 5.9 bilion untuk membina Lebuhraya Utara-Selatan, namun sehingga 31 Disember 2010, telah mengutip tol sebanyak RM18.3billion. Bagi setiap ringgit yang dikutip, syarikat konsesi memperoleh untung bersih sebanyak 52 sen!

Tambahan pula, kadar tol akan dinaikkan sebanyak 5% setiap 3 tahun bermula 2016. Mengikut terma konsesi, bayaran tol akan dikutip sehingga 2038 - ini bukan saja membebankan kita tetapi juga anak cucu kita.

Ceritanya sama dengan syarikat-syarikat konsesi yang lain seperti Lebuharaya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Port Dickson, Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Karak.

Di bawah BN, tol akan diteruskan di lebuhraya-lebuhraya yang baru seperti Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru (EDL) dan Lebuhraya Pantai Barat Taiping - Banting (WCE). Masing-masing akan mengutip tol untuk tempoh 34 dan 60 tahun.

Hakikatnya, jika rasuah dan penyelewengan dikurangkan, kerajaan boleh membeli balik lebuhraya, menghentikan syarikat konsesi daripada mengaut keuntungan yang melampau, dan memansuhkan tol dalam jangka masa yang paling singkat.

Ini adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. Jika PR berjaya mengambil alih kuasa di Putrajaya, rakyat akan menikmati perkhidmatan lebuhraya percuma!

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

30 Apr 2013

[VIDEO] Lagi Kes-kes Dakwat Kekal Hilang Apabila Dibasuh...


Dakwat jari pengundi awal boleh hilang

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan hari ini mendedahkan bahawa dakwat yang dicalit pada jari pengundi awal iaitu anggota tentera boleh dicuci dan hilang selepas lebih kurang 20 minit mengundi.

Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Mohamad Hassan Tamby yang menghubungi FMT sebentar tadi berkata pihaknya mempunyai bukti bergambar bahawa dakwat yang dicalit di jari seorang anggota tentera di sebuah kem tentera di Telok Kemang, telah hilang apabila dicuci, hanya selepas 20 minit anggota tentera itu selesai mengundi.

Dakwat tersebut berwarna ungu/pink (purple with pinkish).

“Pagi tadi calon-calon telah pergi ke tempat mengundi awal di Telok Kemang untuk memantau proses mengundi awal dan ianya berjalan lancar.

“Lebih kurang pukul 9.30 pagi ada di antara kumpulan pengundi awal (first batch) sudah selesai mengundi dan keluar dari pusat mengundi.

“Secara tak sengaja calon kita telah terjumpa dengan seorang anggota tentera yang baru sahaja bersihkan tangan dengan mencuci tangan di sinki dan didapati dakwat yang dicalit pada jari beliau sebelum mengundi telah hilang.

“Kita sengaja mengambil foto menampakkan badan dia untuk menampakkan pakaian seragam tentera beliau.

“Di dalam kem tentera itu sahaja calon kita berjaya mengesan dua kes dakwat yang dicalit di jari hilang atau boleh dibasuh.

“Kalau dakwat yang hilang dalam 10 peratus masih tidak mengapa, tetapi daripada kes yang kami lihat, boleh dikatakan 95 peratus dakwat sudah hilang dan seolah-olah seperti tiada lagi kesan dakwat pada jari anggota tentera itu.

“Saya juga mendapat satu panggilan daripada sebuah nombor telefon yang tidak dikenali (private number) yang mana beliau mengaku sebagai anggota tentera, turut mendakwa dakwat di jari beliau sudah separuh hilang lebih kurang tiga jam selepas beliau mengundi.

Invividu tersebut mendakwa beliau mencuci tangannya sebelum makan tengahari,” jelas Mohamad Hassan.

Mohamad Hassan kini mempertikaikan ketelusan dan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam isu dakwat yang dicalit di jari mudah hilng apabila dibasuh atau terkena air.

“Ini bermakna Pakatan Rakyat sebelum ini yang bimbang dakwat jari akan hilang selepas tiga hari terbukti benar, kerana bukan tiga hari, tetapi dalam masa beberapa jam sahaja dakwat sudah hilang.

“Sedangkan SPR sebelum ini memberi jaminan dakwat di jari akan bertahan selama seminggu.

Malah SPR pada mulanya pernah berkata pengundian awal akan diadakan tiga hari sebelum tarikh mengundi, kini telah mengadakan pengundian awal lima hari sebelum tarikh mengundi.

“Apakah ini perancangan pihak tertentu termasuk SPR untuk menggagalkan kebangkitan rakyat menyokong Pakatan Rakyat?

“SPR harus memberi penjelasan berhubung perkara ini agar rakyat tidak meragui kredibiliti dan ketelusan SPR,” kata Mohamad Hassan. -FMT


Dakwat kekal hilang, surirumah buat laporan polis



KLUANG: Ekoraan, dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.



Dakwat kekal... tidak kekal



Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.

Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus.

Seorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya.

"Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana.

"Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS.

Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusog ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat.

"Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan," jelasnya.
-mk




Dakwat Kekal Pembohong, Hilang Dengan Basuhan Air Sabun (?)


PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.

“Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini,” jelas beliau lagi.

Pada hari ini, pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera dan saya telah menerima aduan berkaitan 2 isu:

1. Isu dakwat kekal hilang

menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun. Oleh itu, petugas parti khususnya paca yang bertugas jika mendapati kejadian ini berlaku di tempat tuan/puan, sila buat laporan polis segera. Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis. Laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.

2. Isu mencatat nama pengundi awal selepas mengundi

Saya juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi. Sila ambil perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei nanti.

oleh itu, amalan menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi.

Peguam kami di Sabah telah membuat bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai nama itu telah dikoyakkan. Masalahnya, kami difahamkan bahawa amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh negara.

Justeru, saya memohon agar para petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera. Jika SPR enggan maka suatu laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah dibuat. Sila berhubung dengan peguam di parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut.
-fb paspusat

Kertas Undi Keluar Dua Kali, PAS Lapor Polis...


Temerloh: PAS Kawasan Temerloh hari ini membuat laporan polis berikutan berlaku pengeluaran kertas undi dua kali kepada tujuh pengundi pos yang merupakan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Temerloh, Hassan Omar berkata, akibat pertindihan nama daripada senarai pemilih undi pos itu, pihaknya mengsyaki boleh berlaku manipulasi termasuk di kawasan-kawasan lain seluruh negara.

Beliau yang ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Temerloh berkata, PAS Temerloh membuat laporan polis mengenai ‘penipuan’ tersebut mendesak satu siasatan rapi kerana jika dibiarkan akan menyebabkan pengundian berganda bagi seseorang pengundi.

“Kejadian ini disedari agen calon PAS bagi Parlimen Temerloh, Roslan Ahmad, pada tengahari 23 April lalu semasa terlibat menjadi wakil calon ketika proses pengeluaran kertas undi pos.

“Roslan seorang yang berpengalaman dan berjaya mengesan pertindihan nama tujuh pemilih dan mendesak supaya dibatalkan tujuh nama tersebut daripada menerima kertas undi pos kedua,” ujarnya.

Hassan berkata, PAS juga mendesak polis menyiasat sistem pengkalan data SPR yang mungkin terdapat percubaan untuk menipu dan pecah amanah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 ini.

Beliau juga mendesak, supaya sistem undi pos dikaji semula dan dihapuskan sama seperti tuntutan NGO Bersih, kerana wujudnya ruang-ruang tidak adil, boleh dimanipulasi dan berat sebelah dalam sistem demokrasi

[VIDEO] Anwar Dedahkan Lokasi Rahsia Peti Undi Disorokkan


PKR semalam mendedahkan gambar lokasi rahsia Sungai Chua, Kajang, yang didakwa digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyimpan peti undi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menampilkan dokumen dan sampul undi pos yang diperoleh dari lokasi rahsia itu.

“Dengan bukti-bukti ini, Anwar menggesa SPR menjawab mengapa dan untuk apa undi pos rasmi di simpan di tempat yang mencurigakan dan bukan di ibu pejabat SPR.

“Munasabah sangatkah bangunan seburuk ini menjadi tempat simpanan rasmi rahsia SPR sepertimana yang disebut SPR dan begini kedududukannya kawasan perindustrian, Sg Chua, Kajang.”

Gambar tersebut menunjukkan premis yang menjadi tempat menyorokkan undi pos itu adalah sebuah rumah kedai.

Turut dikesan adalah kereta pacuan empat roda yang dipercayai digunakan untuk mengangkut undi pos tersebut.

Minggu lepas, Anwar mendedahkan bagaimana kereta tersebut tidak ke ibupejabat Putrajaya sebaliknya dilencongkan ke lokasi misteri itu.

“Bagaimana dokumen yang begini rahsia dan penting didapati di sebuah kedai yang tidak didaftar langsung sebagai milik SPR yang kenderaan sepatutnya dibawa ke Putrajaya. ”

Dilaporkan pada Apr 25 bahawa SPR berkata penghantaran logistik seperti peti undi dan peralatan lain adalah bagi memenuhi keperluan pusat pengundian untuk memastikan pelancaran hari pengundian nanti.


Ulasan GB

Itu baru satu. Mungkin terdapat lebih banyak "stor" tidak rasmi SPR di seluruh negara.

GB berharap jika terdapat kes seperti di atas, petugas-petugas PR membuat laporan polis dan dapat menyalurkan maklumat tersebut seberapa segera kepada pimpinan parti supaya ianya dapat didedahkan untuk pengetahuan umum.

Sebarang penyelewengan, penipuan dan ketidak-telusan perlu disekat dan dihalang dan mereka yang terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan.

Kita berdoa kepada Allah supaya segala rancangan penipuan (jika ada) oleh pihak SPR dan agensi-agensi yang terbabit itu gagal dan semua yang terlibat dihukum dengan seadil-adilnya olehNya.

أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
(Bukankah Allah Hakim yang seadil - adilnya)