2 Mei 2013

5 Mei Undi, 6 Mei Bentuk Kerajaan, 7 Mei Turun Harga Minyak!


Rakyat Malaysia bakal merasai penurunan harga minyak kenderaan dalam masa lima hari lagi dari sekarang jika Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah Malaysia kata, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifudin Nasution Ismail.

"5 Mei kita mengundi, 6 Mei kita tubuh kerajaan baru, 7 Mei kita dapat harga minyak yang baru, insya Allah," kata Saifudin.

Masa sudah tiba ujarnya, untuk rakyat buat perubahan ke arah yang lebih bebas tidak terkongkong dengan bebanan kenaikan harga barangan selepas ini terutamanya harga petrolium yang makin meninggi.

"Pakatan Rakyat tak janji kosong. Dah tak sampai seminggu ia akan jadi kenyataan. Berilah sokongan padu untuk melihat segala-galanya," jelasnya yang juga calon Parlimen Kulim Bandar Baru, Kedah.

Tegas beliau lagi, selepas sahaja diistiharkan Pakatan Rakyat menang keesokan bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengunjungi Istana Negara bertemu Yang Dipertuan Agung kemudian balik ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk berucap sebagai Perdana Menteri yang ke tujuh serta mengumumkan penurunan harga minyak serta merta.

Kepada sesiapa yang hendak menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah itu di Kuala Lumpur, masih kena bayar tol seperti biasa bila ke Kuala Lumpur.

Selang beberapa hari selepas pembentukan kabinet kerajaan Pakatan Rakyat barulah apa yang dijanjikan termasuk tol lebuhraya, Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya akan diumumkan.

"Selepas itu rakyat barulah merasai keamanan, kebebasan dan keharmonian hidup dalam sebuah negara yang merdeka," katanya.

Menyentuh mengenai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail yang melebelkan dirinya sendiri sebagai calon paling bersih diposternya Saifudin menyifatkan, ia mengambaran keangkuhan sedangkan para ulamak yang muktabar pun masih merendah diri tidak sombong dan angkuh.

Adakah calon paling bersih itu jika menang berani tegur pimpinan Umno dan BN atau duduk diam membisu.

"Calon BN angap dirinya bersih..masuk bakul angkat sendiri. Bila sudah berada dalam 'tong najis' mana boleh bersih lagi melainkan mandi, sabun dan tukar pakaian baru jadi bersih sebersih bersihnya," terang beliau.

5 ulasan:

armal berkata...

Tak sabar rasanya menunggu pengisytiharaan kemenangan PR pada malam 5 Mei ini demi untuk rakyat merasai keadilan yang dijanjikan. Ya ALLAH kau berikanlah kemenangan kepada PR.......aameeeen.

Tanpa Nama berkata...

kita dah sgt maklum akan penipuan yg berbagai drp amno dan spr, walaupun sokongan kpd PR sgt kuat tapi kalau tipu undi hidup2 macam tu, takut sgt2 keputusan tak memihak kpd kita.

saya harap PAS dan keadilan buatlah solat hajat besar2an spt KO BN macam hari tu, somebody please suggest to the leaders, buat lah cepat2 tiap2 mlm sebelum p/raya, kita mohon pd Allah, kita serah pd Allah dlm hal2 yg kita tak terdaya melawan, kita tiada tempat lain nak mengadu hanya pd Allah.

solat kali ni biarlah lebih khusus pd menolak penipuan dan rancangan jahat amno dan spr, mereka merancang berbagai penipuan, mudah2an Allah menolong kita dlm keadaan kita sgt berharap pd pertolongan Allah.

bak kata DSAI, kali ini bukan perang antara 2 parti/pihak tapi adalah perang antara rakyat dan penguasa. bangunlah wahai rakyat yg tertindas, jgn sia2kan peluang ini, ini kalilah!!!!

Tanpa Nama berkata...

Satu prkara ni yg mmg bn xnk buat sbb harga minyak konfem akn naik stiap kali lps bn memerintah lps plhnraya.. INI KALI LAAHHH!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!

Rakyat sudah pun memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru... Cukuplah si setan setan menghisap darah keringat rakyat.

Mari lah bersatu melawan hantu hantu yang ber keliaran siang malam , sesungguhnya kejadian Iblis dan Setan dan Hantu adalah benar.

Tanpa Nama berkata...

kalau pemimpin makan rasuah, tak sholat, sekongkol judi dan arak dan hanya ingat kemewahan dunia, bagaimana non muslim nak respect.Tengok keluarga sudah, tah ada ciri ciri Islam, mneyesal kalau pilih mereka. Di akhirat nanti anda akan jadi buta apabila subahat dengan pemerintah tak ikut suruhan Allah.Ingat lah manusia siksaan Allah itu amat keras dan dasyhat.Mewah didunia tak mesti nya mewah akhirat kerena kemewahan di dunia selalu nya melupakan kurnian Allah.