30 Apr 2013

[VIDEO] Lagi Kes-kes Dakwat Kekal Hilang Apabila Dibasuh...


Dakwat jari pengundi awal boleh hilang

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan hari ini mendedahkan bahawa dakwat yang dicalit pada jari pengundi awal iaitu anggota tentera boleh dicuci dan hilang selepas lebih kurang 20 minit mengundi.

Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Mohamad Hassan Tamby yang menghubungi FMT sebentar tadi berkata pihaknya mempunyai bukti bergambar bahawa dakwat yang dicalit di jari seorang anggota tentera di sebuah kem tentera di Telok Kemang, telah hilang apabila dicuci, hanya selepas 20 minit anggota tentera itu selesai mengundi.

Dakwat tersebut berwarna ungu/pink (purple with pinkish).

“Pagi tadi calon-calon telah pergi ke tempat mengundi awal di Telok Kemang untuk memantau proses mengundi awal dan ianya berjalan lancar.

“Lebih kurang pukul 9.30 pagi ada di antara kumpulan pengundi awal (first batch) sudah selesai mengundi dan keluar dari pusat mengundi.

“Secara tak sengaja calon kita telah terjumpa dengan seorang anggota tentera yang baru sahaja bersihkan tangan dengan mencuci tangan di sinki dan didapati dakwat yang dicalit pada jari beliau sebelum mengundi telah hilang.

“Kita sengaja mengambil foto menampakkan badan dia untuk menampakkan pakaian seragam tentera beliau.

“Di dalam kem tentera itu sahaja calon kita berjaya mengesan dua kes dakwat yang dicalit di jari hilang atau boleh dibasuh.

“Kalau dakwat yang hilang dalam 10 peratus masih tidak mengapa, tetapi daripada kes yang kami lihat, boleh dikatakan 95 peratus dakwat sudah hilang dan seolah-olah seperti tiada lagi kesan dakwat pada jari anggota tentera itu.

“Saya juga mendapat satu panggilan daripada sebuah nombor telefon yang tidak dikenali (private number) yang mana beliau mengaku sebagai anggota tentera, turut mendakwa dakwat di jari beliau sudah separuh hilang lebih kurang tiga jam selepas beliau mengundi.

Invividu tersebut mendakwa beliau mencuci tangannya sebelum makan tengahari,” jelas Mohamad Hassan.

Mohamad Hassan kini mempertikaikan ketelusan dan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam isu dakwat yang dicalit di jari mudah hilng apabila dibasuh atau terkena air.

“Ini bermakna Pakatan Rakyat sebelum ini yang bimbang dakwat jari akan hilang selepas tiga hari terbukti benar, kerana bukan tiga hari, tetapi dalam masa beberapa jam sahaja dakwat sudah hilang.

“Sedangkan SPR sebelum ini memberi jaminan dakwat di jari akan bertahan selama seminggu.

Malah SPR pada mulanya pernah berkata pengundian awal akan diadakan tiga hari sebelum tarikh mengundi, kini telah mengadakan pengundian awal lima hari sebelum tarikh mengundi.

“Apakah ini perancangan pihak tertentu termasuk SPR untuk menggagalkan kebangkitan rakyat menyokong Pakatan Rakyat?

“SPR harus memberi penjelasan berhubung perkara ini agar rakyat tidak meragui kredibiliti dan ketelusan SPR,” kata Mohamad Hassan. -FMT


Dakwat kekal hilang, surirumah buat laporan polis



KLUANG: Ekoraan, dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.



Dakwat kekal... tidak kekal



Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.

Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus.

Seorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya.

"Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana.

"Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS.

Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusog ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat.

"Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan," jelasnya.
-mk




14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah ini cubaan pihak-pihak tertentu dengan sengaja untuk mencetuskan bantahan terhadap ketelusan SPR seterusnya mencetuskan huru-hara yang kemudiannya Pakatan Rakyat akan dimangsakan oleh pihak berkenaan untuk kekal memerintah secara MAGERAN???

Tanpa Nama berkata...

ya allah,selamatkan malaysia yg tercinta ini daripada rejim bn yg maha

.inikalilh,semua rakyat malaysia,hancur dn tumbangkan rejim bn.


chuta baling berkata...

Banyakkan buat laporan polis. Minta Pengundi2 awal ni buat banyak pendedahan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak menipu bukanla SETAN namanya...

Tanpa Nama berkata...

Kena tipu lagi.Rakyat diutamakan kena tipu. Order dakwat kekal, yg dapat dakwat stamp pad.

Unknown berkata...

sah spr kuat tipu

Tanpa Nama berkata...

sapa dpt projek dakwat ni untung besar beb...

orangpencen berkata...

hanya kecelakaan saja bagi orang orang yang celaka itu orang orang yang mengkhianati amanah' menyalahgunakan kuasa dan melayu islam yang tidak takut pada dosa. sampaikan salam aku pada pengerusi spr...dan tolong tanya dia adakah umno dan najib lebih perlu ditaat berbanding dengan perintah Allah supaya keadilan ditegak dan amanah tidak dikhianati...

Tanpa Nama berkata...

Baik pakai inai je oooooi..

Tanpa Nama berkata...

Msmat ngok tu dah 55 tahun kerja menipu dah perangai setan , tak kan boleh jadi baik sekelip mata dalam 1 minggu.

Tengok muka nya dan kelibar nya semua sama macam setan , pakai kekal kantoi lah si bijan ooi....

Tanpa Nama berkata...

ini mesti anuar punya pasal....

Tanpa Nama berkata...

SALAM SEMUA.... RASA DAKWAT ITU BLH HILANG BILA KENA AIR DAN SATU LAGI DI KEMAMAN TERENGGANU, MUNGKIN TEMPAT LAIN PUN SAMA PETUGAS-PETUGAS YANG MENGUNDI AWAL TIDAK DI CALIT DENGAN DAKWAT PADA JARINYA, DAN INI BERLAKU KEPADA KAWAN SAYA... SAYA BERTANYA KENAPA... DIA JAWAB IKUT ARAHAN BOS... MINTAK TOLONG CARI LAGI BUKTI

Tanpa Nama berkata...

Pengarah SPR lu nak tunggu kami datang beramai - ramaikah dengan keadaan marah ke pejabat dan cari lu sampai ke lubang cacingkah? Tak apa, nanti ada masanya berjuta - juta orang mahu jumpa lu dengan keadaan marah i tengok you nak handle kemarahan rakyat macam mana sebab lu sudah main tipu dalam PRU.

Tanpa Nama berkata...

salam. semua mengetahui yg menipu asalnya Iblis. iblis menipu Nabi Adam, bilangnya makan buah kuldi akan kekal d syurga. iblis dan setan memang menipu daya. so bila org2 yg menipu d panggil setan jgn pula marah krn menipu itu perangai setan!!! kenapa mahatihir blh bagi istilah bn sbgai setan ? sendiri mau ingat.