25 Ogo 2012

MCA Hina & Tentang Undang-undang Islam, Kenapa UMNO Senyap?


AMK Selangor selar MCA, cabar Umno bersuara

PETALING JAYA: AMK Selangor menyelar dan mempertikaikan kenyataan Pengerusi MCA negeri, Datuk Donald Lim Siang Chai yang menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor kepada ahli-ahli MCA pada satu konvensyen MCA Negeri Selangor.

“AMK Selangor begitu kesal kerana Donald Lim yang juga Timbalan Menteri Kewangan sepatutnya bertindak lebih waras dan tidak biadap dengan memainkan sentimen agama yang sempit semata-mata terdesak untuk merebut kembali Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat ketika ini.

Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, rakyat Selangor memilih untuk mengubah kerajaan pada tahun 2008 dengan berpaksikan kematangan dan melangkaui sentimen politik melampau dengan memilih gabungan parti politik yang jauh lebih baik dan terbukti berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan lebih sistematik dan telus.

“Justeru, kenyataan Donald Lim dilihat lebih kepada kenyataan seorang pemimpin parti yang ketinggalan zaman dan terdesak, serta tidak berdaya lagi untuk bersaing secara lebih kompetitif dalam melaksanakan demokrasi dengan lebih adil.

“Tindakan menghina Islam secara terang-terangan ini mencerminkan kebodohan diri sendiri yang akhirnya akan merugikan MCA sendiri”, katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Azmizam, sudah tiba waktu Umno menyatakan pendirian mereka pada isu yang kritikal ini demi menjaga kemuliaan agama Islam yang telah berkali-kali diperlekehkan oleh parti komponen MCA.

Umno sebagai tunjang komponen BN juga sudah sepatutnya mengkaji kedudukan MCA bersama mereka, kata beliau lagi.

Dwi standard

AMK Selangor katanya, menyelar sikap dwi standard Umno yang bersikap tidak konsisten dalam isu menjaga kedaulatan agama Islam ini apabila dengan lantang menyerang DAP tetapi takut kepada MCA, hingga mencetuskan tanda tanya siapa sebenarnya ‘ abang besar’ dalam BN.

“Oleh yang demikian usahlah Umno bermimpi untuk merampas kembali Selangor kalau sikap mereka begitu mengelirukan dalam isu ini. Kebaculan Umno begitu terserlah dan layaklah mereka dipinggirkan dari terus mentadbir negeri Selangor ini. Umno langsung tidak menghormati Sultan Selangor sebagai ketua rasmi agama Islam di negeri ini”, kata beliau.

Beliau menambah, justeru apa lagi yang dapat rakyat terutamanya orang Islam dapat berharap kepada parti lemah ini.

Umum telah tahu bahawa Umno memang tidak pernah berhasrat memartabatkan Islam sebagai salah satu rujukan pentadbiran namun sikap membisu apabila agama Islam dan semangatnya diinjak adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

Menurutnya lagi, AMK Selangor juga memberi amaran keras kepada MCA terutama pemimpinnya supaya tidak lagi menjadikan agama Islam sebagai satu modal politik murahan mereka dan mula menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat adalah alternatif unggul untuk menggantikan peranan mereka dalam masyarakat.

“AMK Selangor menolak politik sentimen dan kebencian dan yakin bahawa rakyat kini adalah mereka yang matang serta memiliki pengetahuan di hujung jari. Maklumat adalah satu keistimewaan bagi rakyat, dan mereka akan pantas mengetahui politik mainan MCA/BN ini adalah politik murahan yang dimainkan oleh mereka yang mempunyai pemikiran kurang bijak,” tambah Asmizam. -FMT

Ulasan GB

UMNO dan pencacainya mengkafir harbikan Karpal Singh dan DAP, sekarang kenapa tak kafirharbikan MCA apabila MCA dengan jelas menentang undang-undang Islam?

Mana Abdullah Samaah? Mana Nasruddin Mat Isa? Mana Hassan Ali? Mana pencacai-pencacai UMNO? Mana Utusan Peniup? Mana TV Tiga Suku? Mana PERKASA? Mana JATI? Mana UG?

24 Ogo 2012

[HOT] Azwan Ali: Umi Hafilda Bukan Adikku Lagi!

Heret ibu ke kancah politik, Umi Hafilda bukan adik saya lagi – Azwan Ali

Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga.

Beliau enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda yang sebelum ini dikatakan pernah memfitnah selebriti yang terkenal dengan ungkapan ‘Amboi, Amboi, Amboi’ melalui catatan surat arwah bapa mereka bertarikh 18 Oktober 1998.


“Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.


Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.

Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri.

Azwan percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya.

“Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti,” katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.

Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.

Enggan menyatakan parti mana yang disokongannya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.

“Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’ (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN,” katanya. -KD

Ugutan Mahathir Bukti UMNO/BN Bakal Tumbang Menyembah Bumi

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kenyataan Tun Mahathir Mohamad kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah sebesar-besar bahaya membuktikan mantan Perdana Menteri akur dan mengakui trend sokongan rakyat pada PRU-13 akan menyebabkan Umno/BN tumbang menyembah bumi.

SAMM percaya rakyat akan meneruskan fasa kebangkitan tsunami 2008 yang menyaksikan lima negeri BN tumbang pada PRU-12 dan kebangkitan rakyat di PRU-13 akan menyebabkan regim BN hilang kuasa sebagai pemerintah.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, bukan omong kosong, namun dengan pelbagai isu dan skandal rasuah, penyelewengan serta salahguna kuasa, salahguna hari kemerdekaan dan termasuklah kebangkitan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi ‘fixed deposit’ BN, faktor jelas ini menguatkan lagi hujah betapa Umno/BN bakal kehilangan kuasa pada PRU-13.

“Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi.

“Mungkin Mahathir terlupa maka SAMM ingin mengingatkan bahawa lima kerajaan negeri telah berubah pada Mac 2008 di mana salah satu kerajaan negeri bukan BN telah bertahan sejak 1990. Peralihan kuasa kerajaan negeri ini berlaku dengan aman, tiada kucar-kacir.

”Jika ada pun kucar-kacir, ia hanya berlaku pada malam kemenangan Barisan Rakyat (kini Pakatan Rakyat) di mana staf kerajaan negeri yang tiba-tiba bertugas pada malam tersebut bertungkus lumus melupuskan dokumen ‘rahsia’ ke dalam mesin shredder.

“Tidak cukup dengan itu, dokumen yang telah terkirai itu dibakar pula bagi menghilangkan ‘bukti’. Kejadian seumpama ini mungkin berlaku pada malam pengiraan undi PRU-13 dengan lebih panik kucar-kacirnya di Putrajaya sekiranya BN tumbang”, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Negeri Pakatan diiktiraf

Tambahnya lagi, SAMM juga telah membuat sedikit kajian dan pemantauan mendapati perubahan yang berlaku di lima buah negeri (sekarang empat yang dikuasai Pakatan Rakyat menunjukkan tanda positif dari pelbagai sudut khususnya dalam soal pengurusan, penjimatan, kadar FDI masuk yang tinggi dan juga kebajikan rakyat.

“Semua negeri Pakatan Rakyat juga diiktiraf akan ketelusan dalam pentadbiran. Polisi kebajikan yang diamalkan oleh kerajaan negeri PR juga tidak menyebabkan negeri bankrap malah keuntungan berganda dalam banyak sektor hasil dari amalan berjimat dan perbelanjaan berhemah.

“Dalam keadaan kerajaan pusat yang menekan, menyerang dan pengagihan hasil bumi yang tidak adil, kerajaan negeri tetap stabil dan bertahan. Rata-rata rakyat menerima Pakatan Rakyat sebagai peneraju kerajaan negeri dan bersedia untuk giliran menukar kerajaan pusat”,katanya.

“Maka di atas kejayaan pentadbiran sepenggal Pakatan Rakyat di beberapa kerajaan negeri, di manakah bahaya dan bahana yang disebut Mahathir? Ataupun sebenarnya ada sesuatu yang amat ditakuti oleh bekas PM ini jika kerajaan pusat berubah tangan?

Dalam blognya, Mahathir juga cuba menyamakan Datuk Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang menjanjikan ‘perubahan’ dalam kempen pilihanraya masing-masing.

Perbandingan seperti ini adalah tidak relevan kerana latar belakang dan polisi perubahan yang berbeza. Namun SAMM melihat persamaan yang lebih relevan seperti yang dimaksudkan Mahathir ialah antara Obama dengan janji perubahannya dan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan transformasi palsu serta janji yang tidak pernah ditepatinya (Janji BERSIH Pilihanraya).

Salah satu para kenyataan Mahathir begitu mencuit hati kononnya “tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan” – seolah-olah Mahathir sedang bercakap di depan cermin, kerana apa yang disebut itu adalah resam regim Umno BN, dan di atas resam sebegini jugalah menjadi faktor penting mengapa rakyat perlu menolak BN dan mengundi ‘Asalkan Bukan Umno’.

‘Syaitan dan malaikat’

Di para terakhir kenyataan Mahathir begitu mengejutkan dan juga agak menakutkan yang berbunyi “Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal”.

Edy berkata, SAMM sebagai anak muda progresif menghadapi sedikit kesukaran mentafsir, namun akhirnya tafsiran paling sesuai untuk kenyataan ini ialah Mahathir menyeru agar lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali” dalam BN dari mengundi “Malaikat yang belum pasti” dalam Pakatan Rakyat. Tafsiran yang menyamakan BN dengan syaitan ini tidaklah begitu pelik kerana Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.

“Nyata sekali kenyataan Mahathir kononnya bahaya menukar kerajaan pusat adalah umpama ugutan dari ular sawa lumpuh kekenyangan yang dihimpit usia dan tidak perlu ditakuti oleh rakyat yang kian celik membuat perhitungan.

“Rakyat hari ini tidak mudah dipengaruhi sentiment hasutan dan ugutan. Madu di tangan kanan dan racun di tangan kiri, rakyat sudah bijak membuat pilihan antara madu (PR) dan racun (BN)”, jelas beliau.

“Akhir sekali SAMM menyeru kepada semua untuk bersama merintis perubahan, kita harus percaya dengan perubahan ini dan tuhan bersama orang yang ingin kepada perubahan (kebaikkan).

“SAMM juga turut mendoakan supaya Mahathir panjang umur untuk menjadi saksi hidup tumbangnya sebuah regim penyambung legasi penjajah,” tambah beliau.

Anak Muda Yang Berbangga Dengan Perjuangan Islam Ni Walaupun Berada Nun Jauh Di Perantuan..PAS Di Musim Salji..


Respons TGNA Terhadap Kenyataan Dr.Asri: Perbetulkan Bukan Halang

Hudud: Umno kritik tapi tak positif, kata Nik Aziz

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hudud yang dibentangkan Pas Kelantan sudah menjangkaui 19 tahun sedangkan Umno pula tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi parti itu yang dikatakan adil.

“Umno khususnya bekas Presidennya (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang sudah bersara, tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi Umno, tempoh 19 tahun, satu huruf pun hudud ala Umno masih belum wujud.

“Jika manusia belajar selama 19 tahun, tetapi sedikitpun tidak mengerti, apa gelaran yang akan diberi? Mengaku sahaja Umno tidak berminat untuk melaksanakan hudud," kata beliau sambil menegaskan "apa yang dibisingkan hari ini hanya sekadar nyanyian politik semata-mata."

"Tangan menuding kepada orang lain, diri sendiri berkudis seribu,” kata beliau menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Beliau yang sedang berehat di HUSM atas nasihat doktor berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang dipetik sebagai berkata bahawa Pas telah memberi gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

Di akhir kenyataan yang diposkan menerusi laman sosial Facebook, Nik Aziz juga sertakan satu foto menunjukkan beliau dikunjungi Asri. Tetapi tidak pasti bila Asri mengunjungi beliau, tetapi difahamkan ia pertemuan lama.

Mengulas teguran Asri itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, digubal mengikut pakar perlembagaan dan undang-undang negara.

Katanya, antara mereka termasuk pakar undang-undang seperti Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim dan Datuk Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman. Kedua-dua ini pada masa itu dianggap sebagai rujukan utama di dalam undang-undang syariah.

Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Datuk Hasbullah Mohd Hassan, H Wan Mutalib Embong, Datuk Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad.


"Saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa enakmen tersebut telah sempurna tanpa sebarang kecacatan, namun untuk menyatakan bahawa ia digubal sambil lewa amatlah tidak benar sama sekali,” katanya.

Nik Aziz berkata, beliau berterima kasih dengan teguran Asri dan menegaskan, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan.

Dalam masa yang sama, beliau menyokong kenyataan Asri yang menyebut bahawa ada golongan yang mengkritik hudud sudah rosak akidahnya. -SH


HUDUD - GAMBARAN SALAH : PERBETULKAN BUKAN HALANG - TOK GURU NIK ABDUL AZIZ

Di wad HUSM, saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini 6 Syawwal 1433H bersamaan 24 Ogos 2012M berhubung isu hudud yang sedang dijadikan 'modal politik' oleh UMNO dan Barisan Nasional hari ini. Di dalam kenyataan tersebut, Dr Mohd Asri dipetik sebagai berkata bahawa Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

Barangkali kenyataan beliau dipetik separuh atau sebahagian kecil, wallahualam. Bagaimanapun saya berterima kasih kepada Dr Mohd Asri yang saya yakin berniat ikhlas di dalam membuat teguran. Pada saya, para ilmuan seperti beliau berhak untuk membahaskan isu dengan secara ilmiah dan bukannya membiarkan orang-orang jahil melontarkan pandangan dengan tujuan bukan untuk menimbulkan kefahaman bahkan menambahkan kekeliruan. Apapun, saya ingin memberikan respon terhadap kenyataan beliau yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian tersebut.

Apabila Dr Mohd Asri menyatakan bahawa Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini, ingin saya nyatakan enakmen tersebut digubal pada masa itu mengambil kira pandangan pakar-pakar perlembagaan dan undang-undang seperti Al-Marhum Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim dan Almarhum Dato Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman. Kedua-dua ini pada masa itu dianggap sebagai rujukan utama di dalam undang-undang syariah. Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Alamrhum Dato' Hasbullah Mohd Hassan, Haji Wan Mutalib Embong, Dato' Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Dato' Daud Muhamad. Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar pada masa itu, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

Saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa enakmen tersebut telah sempurna tanpa sebarang kecacatan, namun untuk menyatakan bahawa ia digubal sambil lewa amatlah tidak benar sama sekali. Kerajaan Kelantan telah mengambil inisiatif sebaik mungkin untuk mengumpul pandangan pakar-pakar bagi menjadikan enakmen ini satu kenyataan. Saya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan. Datangkanlah alrtenatif dan buatlah pembetulan terhadap kelemahan. Jika ingin dibincang sekalipun, silakan. Para penggubal ada lagi yang masih hidup alhamdulillah, pintu perbincangan masih terbuka. Namun menghantar surat menghalang pelaksanaan hudud bukan merupakan cara seorang muslim! Ia lebih mirip kepada gerak langkah politik jahat yang tidak berminat kepada hukum Allah SWT. Sesuai sangatlah apabila individu ini menulis, "better the devil you know than the angel you don’t..."(lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal).

Sudah 19 tahun ia dibentangkan, tempoh yang cukup panjang ini jika dinisbahkan kepada seorang manusia yang belajar, umur ini sudah menjejakkan kaki di universiti. Namun UMNO khususnya bekas presidennya yang sudah bersara tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi UMNO yang dikatakan adil itu! Tempoh 19 tahun, satu hurufpun hudud ala UMNO masih belum wujud, jika manusia belajar selama 19 tahun, tetapi sedikitpun tidak mengerti, apa gelaran yang akan diberi? Mengaku sahaja UMNO tidak berminat untuk melaksanakan hudud, apa yang dibisingkan hari ini hanya sekadar nyanyian politik semata-mata. Tangan menuding kepada orang lain, diri sendiri berkudis seribu.

Justeru, saya menyokong kenyataan Dr Mohd Asri yang menyebut bahawa ada golongan yang mengkritik hudud sudah rosak akidahnya. Rosak akidah inilah penyakit merbahaya dalam masyarakat. Ia lebih merbahaya dari sebarang virus di dunia. Walau apapun bangsa di dunia ; Arab, Melayu, Cina atau India sekalipun, kerosakan akidah ini padahnya ialah azab Allah SWT.

Semoga Allah SWT memberikan kejayaan kepada perjuangan menegakkan agamaNya di dunia ini Insya-Allah.

Sekian....

Salam dari saya,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
6 Syawwal 1433H / 24 Ogos 2012M


Sumber : FB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS.




Manipulasi Kadar Jenayah, KDN & KPN Perlu Jelaskan

KDN diminta perjelas manipulasi kadar jenayah

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menberi penjelasan berhubung dakwaan manipulasi data jenayah.

Mereka merujuk kepada satu surat daripada "Sumun Osram" yang mengaku sebagai pegawai polis yang tidak mahu dikenali yang mendedahkan wujudnya manipulasi data jenayah bagi menampakkan kadar jenayah menurun.

Surat tersebut mendakwa terdapat percubaan sistematik untuk menurunkan perangkaan jenayah dengan cara menukarkan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks.

Penukaran tersebut dilakukan ketika laporan polis dibuat di mana klasifikasi 'jenayah indeks' akan direkodkan dalam sistem laporan polis sebagai 'bukan-indeks' bagi tujuan perangkaan.

Dalam satu kenyataan bersama oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Dr. Hatta Ramli (Kuala Krai), Liew Chin Tong (Bukit Bendera) hari ini, mereka mahu pihak kerajaan memberi penjelasan segera berhubung dakwaan surat tersebut.

"Dakwaan tersebut sangat serius kerana ia menimbulkan keraguan kepada integriti perangkaan rasmi, dan seterusnya integriti Menteri Dalam Negeri, Pemandu dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)," kata mereka.

Mengikut surat 'Sumun Osram', jenayah yang dimanipulasi termasuk:

(A) Kes-kes kecurian diklasifikasikan sebagai Jenayah Indeks di bawah Akta Jenayah. Laporan mengenai jenayah ini akan diklasifikasi di bawah seksyen 382 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 382 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

(B) Samun di bawah Seksyen 457 Akta Jenayah merupakan jenayah indeks. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

(C) Menyebabkan kecederaan adalah jenayah Indeks di bawah seksyen 324 dan 326 Akta Jenayah. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 148 Akta Jenayah. Oleh kerana Seksyen 148 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

Perangkaan rasmi hanya mengandungi jenayah indeks sahaja iaitu jenayah yang dilaporkan pada kadar kekerapan yang signifikan.

Jenayah bukan Indeks pula merupakan kes-kes kecil yang tidak berlaku secara kerap.

"Pakatan Rakyat meminta agar Hishammuddin dan Idris Jala untuk mendedahkan perangkaan kes-kes yang diklasifikasikan di bawah seksyen-seksyen 148, 382, 452 dan 453 Akta Jenayah selepas perlaksanaan NKRA sehingga ke hari ini dan tiga tahun sebelum perlaksanaan NKRA bagi membuktikan kebenaran," tegas mereka. -HD

KANTOI! Bagaimana Indeks Jenayah Dimanipulasikan??

Pakatan Rakyat menuntut menteri dalam negeri dan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) supaya memberi penjelasan keatas dakwaan manipulasi data jenayah seperti yang ditimbulkan seorang individu yang mendakwa sebagai anggota polis.

Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat – Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Liew Chin Tong (Bukit Bendera) – turut menggesa menteri dalam negeri mendedahkan perangkaan sebenar bagi kes yang tidak diklasifikasikan itu.

"Dakwaan tersebut sangat serius kerana ia menimbulkan keraguan kepada integriti perangkaan rasmi dan seterusnya integriti menteri dalam negeri," kenyataan itu dipetik.

Dakwaan berkenaan, seperti disiarkan di laman Malaysiakini hari ini, menyebut bahawa manipulasi "sistematik" itu dilakukan dengan menukar kategori jenayah tertentu supaya tidak direkodkan dalam perangkaan.

Surat daripada individu yang enggan dinamakan itu, seperti dipetik dalam kenyataan tersebut, menjelaskan bahawa usaha tersebut dilakukan dengan "menukar jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks".

"Klasifikasi jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks akan direkodkan dalam sistem laporan polis sebagai 'bukan indeks' bagi tujuan perangkaan.

"Mengurangkan jumlah jenayah indeks akan menunjukkan kadar jenayah sebagai menurun," kenyataan itu dipetik.

Penulis surat yang enggan dikenali berkenaan mendakwa ia antara lainnya melibatkan jenayah samun yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 457 Akta Jenayah, tetapi laporan berkenaan diklasifikasi mengkikut Seksyen 452 dan Seksyen 453 yang bukan merupakan jenayah indeks.

Begitu juga bagi kesalahan menyebabkan kecederaan mengikut Seksyen 457 Akta Jenayah, tetapi diklasifikasi di bawah Seksyen 148 akta berkenaan yang bukan jenayah indeks.

"Surat tersebut mendakwa manipulasi klasifikasi jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks mencecah ke angka ribuan kes. Tentunya, menghilangkannya dari statistik jenayah akan menunjukkan kadar jenayah di negara ini menurun," kenyataan Pakatan dipetik.

Kenyataan tersebut seterusnya menuntut Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris anak Jala supaya mendedahkan perangkaan kes mengikut klasifikasi yang dinyatakan penulis surat terbabit, bagi membuktikan kebenaran.

Pakatan mencabar supaya kerajaan mendedahkan perangkaan melibatkan klasifikasi kes mengikut Seksyen 148, 382, 452 dan 453 Akta Jenayah selepas pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA = Najib Kerja Rosmah Arah) dan tiga tahun sebelum pelaksanaannya.

Bagaimana statistik jenayah dipinda?

Baru-baru ini, CPI menerbitkan penjelasan dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebagai tindak balas kepada kebimbangan awam mengenai jenayah yang semakin meningkat di negara ini dan statistik rasmi yang memberikan satu gambaran yang bertentangan dengan trend dalam tempoh tiga tahun lepas (lihat pertukaran dalam IHP antara Dr Lim Teck Ghee dan ACP Ramli Mohamed Yusuf).

Kami yang kini menyiarkan satu surat dari pembaca (menurut suratnya, dia adalah polis dengan lebih 30 tahun perkhidmatan) mempertikaikan dakwaan PDRM ini bahawa "persoalan angka doctored tidak timbul sama sekali" dan bahawa "statistik jenayah yang dikeluarkan oleh PDRM angka sebenar kes-kes jenayah yang dilaporkan dan disiasat oleh jabatan polis [dan] tiada pengubahan atau pelarasan kepada angka boleh dilakukan, dalam usaha untuk menggambarkan gambaran baik situasi jenayah seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu. "

Surat ini sangat bernilai bukan sahaja dalam menunjukkan bagaimana statistik rasmi telah dipinda untuk memenuhi sasaran pengurangan jenayah Barisan Nasional seperti yang dinyatakan dalam GTP tetapi juga dalam cadangan yang berguna dan konkrit untuk membanteras jenayah di negara ini.

CPI mengesyorkan bahawa kandungan surat itu berhati-hati dinilai oleh PDRM dan orang awam untuk membantu dalam memerangi jenayah.

Surat tersebut telah diedit minimum untuk kesilapan kecil ejaan dan lain-lain tatabahasa tetapi kandungan asalnya telah dikekalkan.

Statistik jenayah - Mari Beritahu Kebenarannya!

Tanpa Nama

Apakah kadar jenayah turun? Ya, bergantung kepada statistik yang disediakan oleh pihak polis dan Pemandu. Adalah bahawa gambaran sebenar keadaan jenayah? Jawapannya sudah pasti tertulis dengan huruf besar 'TIDAK'.

Jenayah pada asasnya terbahagi kepada dua kategori. Satu adalah 'Jenayah Indeks' dan satu lagi 'Jenayah Bukan Indeks'. Statistik yang disediakan oleh pihak polis adalah hanya kes-kes yang datang di bawah kategori 'jenayah indeks'.

'Jenayah Indeks' ditakrifkan sebagai jenayah yang dilaporkan dengan kekerapan yang mencukupi dan dengan kepentingan yang mencukupi untuk menjadi lebih bermakna sebagai indeks kepada keadaan jenayah.

Pada asasnya, ia bermakna indeks adalah kayu pengukur untuk mengukur keadaan jenayah tempat tertentu, daerah, negeri atau seluruh negara. Statistik jenayah indeks akan menunjukkan sama ada jenayah telah meningkat, menurun atau bergerak sentiasa.

'Bukan indeks jenayah' dianggap sebagai kes kecil dalam keadaan alam semula jadi dan tidak berlaku amuk itu dengan segaja untuk mewajarkan kemasukan ke statistik jenayah atau sebagai penanda aras untuk menentukan keadaan jenayah.

'Jenayah Indeks' terdiri daripada dua kategori. Satu adalah 'Jenayah kekerasan' dan yang lain adalah 'Jenayah Harta Benda'.

'Jenayah kekerasan' terdiri daripada pembunuhan; rogol; rompakan bersenjata dengan rakan sejenayah; rompakan dengan rakan sejenayah; rompakan bersenjata; rompakan dan menyebabkan kecederaan.

'Jenayah harta benda' Sementara itu terdiri daripada kecurian, kecurian kereta, kecurian motosikal, kecurian kenderaan berat; ragut; dan pecah rumah. Ini adalah jenayah yang digunakan sebagai statistik untuk menggambarkan keadaan jenayah.

Pada tahun 2009, kerajaan tampil dengan 'Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan' jenayah 'adalah antara 'Bidang Keberhasilan Utama Negara' (NKRA). Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan bagi polis pada 27 Julai 2009 di bawah NKRA adalah untuk mengurangkan kadar jenayah sebanyak 20%.

Bahawa perintah yang tinggi untuk mengurangkan kadar jenayah sebanyak 20% adalah dilema bagi anggota polis. Polis tahu bahawa permintaan kerajaan adalah idealistik tetapi tidak layak untuk dicapai. Mana-mana pakar jenayah akan memberitahu bahawa jenayah adalah produk faktor sosio-ekonomi dan polis menjadi sebahagian daripada sistem keadilan jenayah sahaja tidak boleh menangani isu ini.

Walau bagaimanapun, dalam usaha menegakkan maruah dan imej, polis tunduk kepada tekanan politik dalam bersetuju untuk mencapai sasaran KPI yang ditetapkan di bawah NKRA. Dengan standard semasa kepolisan dan amalan, polis mungkin dapat membendung keadaan jenayah sehingga ke tahap tertentu, tetapi untuk mengurangkan sebanyak 20% adalah benar-benar mustahil. Jadi, pada masa-masa terdesak, langkah-langkah terdesak diambil.

Pihak polis kemudian datang dengan cara yang bijak mencapai sasaran. Prinsip di sebalik rancangan itu adalah, baik, jika ini adalah apa politik 'tuan mahu, maka kita hendaklah memberi kepada mereka cara mereka mahu.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, statistik jenayah terdiri daripada hanya jenayah indeks. Oleh itu, mereka secara beransur-ansur menurunkan statistik jenayah dengan mengalihkan jenayah indeks jenayah bukan indeks. Peralihan dilakukan pada masa laporan polis dikemukakan.

Klasifikasi jenayah dari indeks indeks bukan akan ditangkap dalam sistem polis melaporkan sebagai 'bukan indeks' dan itu tidak mendaftar sebagai jenayah indeks bagi tujuan statistik. Mengurangkan jenayah indeks akan menunjukkan bahawa jenayah tertentu adalah menurun.

Terdapat beberapa jenis jenayah mana klasifikasi boleh dimanipulasi dari indeks bukan indeks. Muslihat ini bermula di peringkat daerah polis yang menerima laporan dan kemudiannya dihantar ke Ibu Pejabat Polis Negeri dan Ibu Pejabat Polis Persekutuan.

Jenayah yang telah dimanipulasikan adalah:

a. Kes rompakan di bawah Kanun Keseksaan diklasifikasikan sebagai jenayah indeks. Kesalahan ini akan diklasifikasikan sebagai bukan indeks di bawah seksyen 382 Kanun Keseksaan. Sejak itu, seksyen 382 Kanun Keseksaan adalah satu jenayah bukan indeks, oleh itu tidak akan dapat dilihat dalam statistik jenayah.

b. Pecahan di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan adalah satu jenayah indeks. Kesalahan ini akan diklasifikasikan sebagai bukan indeks di bawah seksyen 452 atau 453 Kanun Keseksaan. Sejak itu, seksyen 452 dan 453 Kanun Keseksaan adalah jenayah bukan indeks itu tidak akan dapat dilihat dalam statistik jenayah.

c. Menyebabkan kecederaan di bawah seksyen 324 dan 326 adalah jenayah indeks. Kesalahan-kesalahan ini akan diklasifikasikan di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan. Sejak itu, seksyen 148 Kanun Keseksaan adalah satu jenayah bukan indeks itu tidak akan dapat dilihat dalam statistik jenayah.

Pengelasan di bawah jenayah indeks jenayah bukan indeks berlarutan hingga ke beberapa ribu kes. Sudah tentu, dengan membuang kes ini dari statistik jenayah akan mencerminkan bahawa jenayah telah turun.

Satu cara mudah menentukan takat kes-kes yang diambil kira dari kategori jenayah indeks bagi tujuan mengurangkan statistik jenayah adalah dengan meminta polis untuk menyediakan statistik kes diklasifikasikan di bawah seksyen 148, 382, ​​452 dan 453 Kanun Keseksaan kerana pelaksanaan NKRA untuk tarikh.

Kemudian perbandingan perlu dibuat dengan statistik kes-kes di bawah seksyen berkata dalam tempoh tiga tahun terakhir sebelum NKRA. Anda akan menemui kenaikan secara tiba-tiba dalam bilangan kes-kes di bawah seksyen itu selepas pengenalan KPI. Angka ini maka seharusnya dibandingkan dengan angka seksyen yang sama untuk tiga tahun sebelum NKRA.

Hasilnya akan mengesahkan bahawa bagi tempoh tiga tahun sebelum kepada NKRA, kes-kes yang diklasifikasikan di bawah seksyen 382, ​​452 dan 453 adalah hampir sifar dan di bawah seksyen 148 boleh mempunyai hanya beberapa kes yang dilaporkan. Bilangan kes-kes yang direkodkan di bawah empat bahagian untuk tiga tahun selepas NKRA tolak bilangan kes-kes yang direkodkan bagi tempoh tiga tahun sebelum NKRA akan menjadi tokoh yang telah dimanipulasi.

Faktor-faktor lain yang menyekat statistik jenayah dalam tempoh NKRA adalah:

Terdapat banyak kes di bawah kategori jenayah indeks yang tidak dibuka untuk siasatan dan telah ditutup dengan tiada tindakan lanjut (NFA). Kes-kes ini melibatkan rompakan, curi ragut dan kecurian. Polis tidak mengambil tindakan lanjut atas sebab-sebab tiada alasan yang mencukupi untuk meneruskan dengan perkara itu jika suspek tidak dapat dikenal pasti, kehilangan adalah minimum atau tiada petunjuk untuk meneruskan siasatan lagi. Terdapat beribu-ribu kes-kes seperti ini dan sejak kes ini tidak dibuka untuk siasatan, oleh itu, tidak akan dapat dilihat dalam statistik jenayah. Tiada Pemprofilan dilakukan ke atas kes-kes ini, tetapi semata-mata terus disapu di bawah karpet. Tanpa profil maka trend, corak, kawasan sasaran dan suspek yang mungkin tidak boleh dikaji untuk menangani berulangnya insiden-insiden ini.

Terdapat juga kes pendek berubah untuk mencapai KPI. Berkata, sebagai contoh, dalam satu hari tertentu terdapat 10 kes kecurian yang dilaporkan di kawasan perumahan tertentu. Hanya satu kes akan dibuka untuk siasatan dan sembilan kes lain akan merentas dirujuk kepada satu kes yang telah dibuka. Bagi 10 kes kecurian, statistik perlu menjadi 10 kes jenayah indeks. Sejak itu, hanya ada satu kes yang telah dibuka untuk siasatan itu sembilan kes lain tidak akan dapat dilihat dalam statistik jenayah indeks.

Angka Gelap (jenayah tidak dilaporkan) tidak difaktorkan ke dalam statistik jenayah.

Terdapat teori bahawa untuk setiap 10 kes yang dilaporkan akan ada satu kes yang tidak dilaporkan. Orang tidak melaporkan jenayah apabila mereka telah hilang kepercayaan kepada polis. Kekurangan iman mungkin timbul apabila orang mempunyai tanggapan bahawa polis tidak akan merawat serius laporan penyiasatan tidak berkesan kerana ketidakcekapan; mengamalkan double standard; tidak percaya polis dapat menyelesaikan kes itu atau membawa keadilan kepada mangsa atau boleh memulihkan hilang barangan; penyiasatan diskriminatif berdasarkan latar belakang, pengaruh orang itu, atau status dalam masyarakat; trauma kecil atau kerugian yang dirawat dengan hina; kes boleh boleh dikompromi oleh suspek semakin jauh melalui rasuah, mempengaruhi ia dalam arena politik dan sosial berdiri; menyeluruh dalam pergi kepada polis stesen dan laporan penginapan; dan lepas tetapi tidak kurangnya adalah kesangsian dan syak wasangka tentang polis.

Secara keseluruhan, jenayah sesungguhnya telah naik.

Terdapat banyak kelemahan dalam statistik yang keluar kepada orang awam. Statistik telah direka untuk mewajarkan KPI dan menenangkan kuasa yang menjadi. Ia adalah lebih baik untuk polis untuk memberitahu kebenaran dan malu syaitan.

Dalam respons kepada Dr Lim Teck Ghee, polis berkata, "statistik Jenayah yang dikeluarkan oleh PDRM adalah angka sebenar kes-kes jenayah yang dilaporkan dan disiasat oleh jabatan polis. Angka-angka ini auto-dijana oleh sistem komputer jabatan iaitu Sistem Pelaporan Polis (PRS). Dengan cara ini, tiada pengubahan atau pelarasan kepada angka boleh dilakukan, untuk menggambarkan gambaran cerah keadaan jenayah seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu. "

Rasionalisasi sistem komputer (PRS) untuk mengesahkan angka-angka jenayah adalah alasan yang cacat. Sistem memungut hanya apa yang telah dimasukkan ke dalam ia. PRS sistem tidak mengawal klasifikasi kes. Untuk menunjukkan bahawa GTP, NKRA dan KPI adalah satu kejayaan, klasifikasi kes doctored dan dimasukkan ke dalam sistem yang pasti akan menghasilkan hasil yang diingini.

Polis membuat dakwaan lain, "Semua data jenayah dan statistik yang dihasilkan dalam sistem PDRM telah diaudit dan disahkan oleh Pricewaterhouse Coopers Malaysia."

Adakah anda mengharapkan akauntan untuk mengaudit dan mengesahkan klasifikasi kes? Adakah mereka akan melalui semua laporan polis untuk memastikan sifat jenayah yang dilakukan, mengkategorikan seksyen yang betul kesalahan itu di bawah undang-undang, dan klasifikasi kes itu sebagai indeks atau indeks bukan?

Benar mengenai peranan mereka yang hanya terhad untuk mengira angka-angka yang diberikan oleh pihak polis. Malah, ia adalah satu pembaziran dana awam menyewa akauntan doktor haiwan hanya angka jika hanya polis yang jujur ​​di tempat pertama.

Akhirnya perhubungan awam (PR) diberi latihan untuk memadamkan perasaan takut terhadap jenayah. Berhenti memperbodohkan orang ramai dengan program PR, seperti 'berprofil tinggi kepolisan', 'rondaan penglihatan tinggi', 'walkabout', 'berhenti dan bercakap,' meet and greet ', dan' menyanyi di pusat membeli-belah ', yang tidak akan berfungsi apabila penjenayah masih pengilangan sekitar.

Perbelanjaan perunding pengambilan wang yang besar dengan latar belakang tidak atau kepakaran dalam bidang jenayah untuk menasihati pihak polis adalah kesilapan terbesar.

Adalah teramat malu bagi organisasi polis yang sudah 205 tahun, mempunyai pegawai-pegawai polis yang lebih daripada 30 tahun dalam perkhidmatan dan pengalaman dengan latar belakang pendidikan dari SPM hingga PHD, tidak mampu untuk menangani situasi jenayah.

Polis tidak melihat perspektif yang betul dalam menangani jenayah. Mangsa jenayah pergi kepada polis untuk apa? Untuk membetulkan!

Penyiasatan adalah kawasan di mana kebanyakan orang yang kecewa, mencurigakan dan keyakinan kekurangan dalam keupayaan polis untuk menangkap suspek dan menyelesaikan kes itu. Ini adalah punca utama rasa tidak puas hati dan persepsi negatif terhadap polis.

Penyiasatan dan kegiatan miskin membawa kepada penjenayah yang lebih di jalan-jalan dan jenayah yang semakin berleluasa dan meluas. Salah satu cara untuk mengurangkan jenayah adalah dengan membuang sebagai penjenayah banyak yang mungkin daripada masyarakat dan menghantar mereka di belakang bar.

Memecah dilema pegawai penyiasat. Meningkatkan kakitangan penyiasat dalam semua jabatan yang terlibat dalam siasatan dan pegawai-pegawai kanan untuk menerajui jabatan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. Sebagai peringatan, menamatkan sekali gus penyelewengan semasa KPI menyelesaikan kadar jenayahvdan kadar pendakwaan sebelum ia berkembang menjadi kontroversi lain.

Satu lagi isu adalah pencegahan jenayah. Daripada membuang tenaga dan masa pada latihan PR, terbukti dicuba dan diuji kaedah mesti menyegarkan. Rondaan mudah alih dan menewaskan dan sekatan jalan mesti diperkukuhkan dan bertenaga. Perancangan miskin, mentaliti kakitangan, kekurangan pengetahuan dan kemahiran adalah masalah utama yang melanda kawasan ini. Langkah-langkah ad-hoc pencegahan jenayah adalah tidak berkesan dan menjadi satu perkara yang telah lapuk. Pencegahan jenayah melalui rondaan mudah alih dan menewaskan harus berterusan dan meluas dengan kehadiran polis yang mencukupi, penguatkuasaan yang berkesan dan berorientasikan hasil.

Ia memerlukan pencuri untuk menangkap pencuri. Terdapat masa apabila detektif sangat pintar dalam perhimpunan risikan dan mempunyai keupayaan untuk menentukan pelakunya hanya dengan menganalisis modus operandi. Mereka semua-bulat dan seperti kucing boleh bau tikus batu jauhnya.

Baik, berkebolehan dan minda menyelesaikan sesuatu detektif telah digantikan dengan pekerjaan meja yang tidak ketara. Jabatan siasatan kini dipenuhi dengan kakitangan yang dijangka untuk memaparkan sifat-sifat mulia dan sumber untuk maklumat dan risikan ke atas jenayah dari kuil dan gereja. Ini segmen organisasi perlu diberi kepentingan dan diubahsuai. Lebih banyak kakitangan perlu Diangkat dengan kemahiran dan ketangkasan yang diperlukan untuk mengumpul risikan ke atas kegiatan jenayah, mengesan dan menangkap penjenayah.

Langkah segera dan drastik untuk memperbaiki ketiga-tiga kawasan (penyiasatan, pencegahan jenayah dan detektif) akan menghasilkan kemajuan yang ketara dalam mengurangkan ancaman jenayah yang rakyat sedang mengalami sekarang.

Penjenayah datang dari pelbagai latar belakang etnik. Organisasi polis yang sama harus dikendalikan dengan polis yang mencukupi daripada latar belakang pelbagai etnik. Organisasi polis kini dipenuhi dengan lebih daripada 90 peratus hanya terdiri daripada satu kumpulan etnik.

Jenayah tidak mempunyai sempadan atau halangan bangsa. Komposisi polis harus mencerminkan masyarakat yang mereka berurusan dengan. Pihak polis tidak seperti sebuah organisasi yang tidak berurusan atau berinteraksi dengan orang ramai. Bagaimana anda mengharapkan anggota polis dari satu etnik untuk berkomunikasi dengan berkesan, sumber maklumat, berurusan dengan penjenayah, dan menangani isu-isu perkauman, dengan orang budaya yang berbeza, adat resam, bahasa dan latar belakang dengan cara yang berkesan dan praktikal?

Ini bukan isu perkauman, tetapi disuarakan dengan niat yang mulia demi kepentingan semua rakyat Malaysia.

Polis diupah untuk memupuk keamanan dan keselamatan. Polis tidak perlu membuang terlalu banyak masa, tenaga dan tenaga kerja untuk mengajar agama dan terlibat dalam aktiviti keagamaan. Terdapat terlalu banyak aktiviti keagamaan dalam pasukan polis sekarang.

Semua anggota polis melanggan kepada agama pada masa pekerjaan dan tidak ada sebab untuk mereka pergi sesat dengan disiplin tenaga di tempat. Terdapat satu unit yang dipanggil 'Biro Agama dan Kaunselling' (BAKA) ditubuhkan di semua daerah, negeri dan peringkat persekutuan untuk mengatur fungsi, aktiviti dan khutbah agama.

Ini seharusnya dibiarkan kepada pakar dalam agama dan kaunseling. Mereka boleh turut membantu dalam atau diupah untuk menyediakan agama dan perkhidmatan kaunseling dan bukannya menggunakan begitu banyak tenaga polis yang terlatih dalam memerangi jenayah.

Polis bertanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan perintah. Mereka bertanggungjawab kepada undang-undang dan undang-undang sahaja. Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai urusan menggunakan dua tingkat bangunan pejabat di Bukit Aman. Tempat beliau yang sesuai adalah di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Peranan beliau harus terhad kepada dasar sahaja dan tidak terlibat dalam, mengarah, atau menyelia operasi sehari-hari polis.

Tiada jaminan bahawa dia tidak akan berada di bawah penyiasatan jika dia melampaui batas undang-undang. KPN tidak perlu dimasukkan ke dalam kedudukan yang terdiri daripada harus konflik isu timbul melibatkan Menteri Dalam Negeri.

Seorang pegawai kanan polis dengan kedudukan Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) diberi jawatan khusus sebagai 'penyeri gadis' Menteri Dalam Negeri. Ramai pegawai-pegawai yang lebih kanan dan lelaki diberikan kepadanya dalam nama NKRA. Ini adalah satu pembaziran semata-mata tenaga kerja, wang pembayar cukai dan penyalahgunaan kuasa, yang mana orang-orang ini perlu akur kepada undang-undang sedia ada.

Untuk memerangi jenayah, anda perlu mengambil lembu jantan oleh tanduknya. Polis tidak perlu pun cuba di tempat awam, tersenyum; ketawa; berjabat tangan, berhenti dan bercakap dan bertemu dan menyambut, untuk mengatasi ketakutan jenayah atau persepsi negatif. Itu hanya penampilan kosmetik apabila rungutan sebenar adalah tidak dapat diselesaikan dan dijaga.

Pihak polis adalah satu jenayah yang membawa penguatkuasaan badan dan tidak berada dalam industri pelancongan atau ditugaskan dengan fungsi perhubungan awam. Pihak polis mesti kelihatan serius dan tegas sambil melaksanakan tugas mereka. Sumpah dipertikaikan mereka melindungi rakyat dan harta mesti dihormati.

Mesti ada perasaan takut dan hormat ke arah anggota polis. Takut mesti datang dari orang yang zalim dan orang-orang yang berniat untuk melanggar undang-undang. Berkenaan adalah dari orang-orang yang merasa aman apabila melihat lelaki dengan warna biru. Adakah polis melakukan perkara yang betul untuk layak mendapat penghormatan itu?

Orang berasa tidak selamat dengan keadaan jenayah dan takut menjadi mangsa terus meningkat. Ironinya, sebilangan polis pun mempunyai sentimen yang sama.

Memanipulasikan perangkaan jenayah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Bersikap jujur ​​dan memberitahu kebenaran.


Penulis adalah seorang anggota polis dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam perkhidmatan yang ingin kekal tanpa nama. -jalanpulang


[VIDEO] PKR: Syor Dr M Sokong 'Syaitan Dikenali' Perkembangan Baik

Petaling Jaya: PKR menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa adalah "lebih baik (menyokong) syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang tidak kita kenali" sebagai satu perkembangan yang baik.

Menurut naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, kenyataan Dr Mahathir itu membuktikan dirinya mengakui semakin ramai yang tertarik dengan perjuangan Pakatan Rakyat dewasa ini.

"Ia perkembangan baik. Trendnya menuju ke arah kita. Tapi saya kecewa bahawa beliau mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'devil' (syaitan)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang turut hadir pada sidang media itu pula berkata, kenyataan Tun Mahathir itu mencerminkan gaya seorang diktator.

"Kenyataan Dr Mahathir itu adalah kenyataan yang biasa dibuat diktator walaupun mereka tidak lagi berkuasa.

"Ia mencerminkan personaliti dan juga sikapnya terhadap kuasa.

"Ia juga secara asasnya menunjukkan beliau bukan seorang demokrat, tidak menghormati demokrasi dan tidak menghormati hasrat rakyat," katanya.

Kedua-dua pemimpin itu mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang menyeru supaya sokongan terus diberi kepada BN dan bukannya kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, katanya pemimpin Pakatan suka menabur janji-janji yang belum tentu mampu ditunaikan mereka.

Sebaliknya, kata Dr Mahathir BN mendengar keluhan rakyat dan mengubah banyak undang-undang dan dasar dan apa yang rakyat perlu lakukan adalah menggesa BN melaksanakan apa sahaja perubahan yang diingini.

Justeru, kata beliau adalah "lebih baik (menyokong) syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang tidak kita kenali". -antarapos




Kenyataan Dr M adalah rayuan orang terdesak, kata Pakatan

Ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyatakan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, “lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali”, dalam blognya semalam jelas menunjukkan pengakuan bekas perdana menteri diatas kesalahan semasa memerintah negara selama 22 tahun.

Ahli parlimen PR Nurul Izzah Anwar (foto fail), anak perempuan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengatakan bahawa musuh ketat bapanya itu terdesak untuk terus relevan.

Nurul, naib presiden PKR, berkata kata-kata Dr Mahathir adalah satu cubaan terdesak disaat akhir untuk meyakinkan rakyat Malaysia untuk mengundi bagi Barisan Nasional (BN), walaupun ia seperti memberikan undi kepada “syaitan”.

Dr Mahathir sudah sangat terdesak ibarat, “lelaki tua yang mahu terus kekal relevan”, katanya.

“Malangnya, suaranya adalah tidak relevan, dan sebab itu dia bersuara bagi mendapatkan sokongan kepada Umno-BN.

“Pengaruh beliau, jika ada, hanya di kawasan luar bandar, dimana tanpa diragui beliau akan berjaya pengaruhi,” kata ahli parlimen Lembah Pantai kepada The Malaysian Insider.

“Sekali lagi ... tidak lebih daripada percubaan seorang lelaki tua untuk dilihat relevan.”

Dalam tulisan blog semalam, Dr Mahathir memberitahu rakyat Malaysia adalah lebih baik “syaitan [mereka] tahu” dalam BN daripada kerajaan persekutuan PR, yang beliau kata akan membangkrapkan negara dengan janji-janji populis.

BN telah mendengar rakyat menukar banyak undang-undang dan dasar. Apa yang rakyat perlu lakukan adalah untuk mendesak BN menjalankan apa sahaja perubahan yang diinginkan.

“Lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat anda tidak kenal,” tulis bekas perdana menteri itu.

Ahli parlimen PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pengakuan Dr Mahathir BN sebagai “syaitan” tidak akan memberikan apa-apa kebaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan BN akan tetapi memburukkan keyakinan awam terhadap kerajaan semasa.

“Jika apa-apa, ia menyukarkan mereka (BN) lagi, dan memberikan persepsi buruk terhadap BN dikalangan pengundi atas pagar,” kata ahli parlimen Kuala Selangor itu kepada The Malaysian Insider.

“Yang Najib berjaya tarik dan dia dan BN adalah selari, kalau dimusnahkan oleh perkataan Dr Mahathir.

“Beliau hanya menambah penghinaan kepada kecederaan.”

Bersetuju dengan kenyataan ahli parlimen Kuala Selangor itu, Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke, mengatakan, perdana menteri yang paling lama berkhidmat, dikatakan masih mempunyai pengaruh kuat dalam Umno, takut “kesalahan masa lalu” beliau akan didedahkan jikalau PR memimpin negara.

Dr Mahathir sedang “panic”, ahli parlimen Rasah itu menambah, dan bersedia untuk menggambarkan BN sebagai “syaitan” dan PR sebagai “malaikat yang tidak dikenali” hanya untuk menanamkan rasa takut kepada pengundi.

Seorang lagi ahli parlimen PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, menyatakan, kenyataan Dr Mahathir tentang PR akan menjadi lebih autoritarian daripada BN adalah tidak berasas oleh kerana PR masih lagi belum memerintah Malaysia.

Beliau berkata Dr Mahathir boleh melihat rekod PR dalam mentadbir empat negeri — Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan — yang beliau dakwa ditadbir dengan baik.

“Lihatlah di empat negeri PR ... Semuanya berdasarkan tender terbuka, kita mendedahkan dokumen OSA (Akta Rahsia Rasmi) supaya orang ramai boleh akses ... Apakah ini yang dinamakan autoritarian?” kata beliau ketika dihubungi.

Dalam blognya semalam, Dr Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.

“Dalam kempennya untuk menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan,” tulis beliau.

“Beliau berjanji untuk menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya.”

Menurutnya lagi, pembangkang di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.

Beliau mengakui bahawa BN telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai rekod yang baik.

“Lima tahun sebagai tempoh percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan.

“Walaupun kita lihat beliau yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang mengkritiknya.

“Kuasa dalam bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpinnya,” kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-TMI



Inikah Minit Mesyuarat PKR Pulau Pinang Yang Bocor Itu?

Ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman kecewa apabila mendapati minit mesyuarat strategik parti itu berhubung persiapan untuk pilihan raya umum ke-13 dibocorkan di Internet.

Mansor yang juga timbalan ketua menteri 1 berkata beliau maklum dengan kebocoran tersebut dan kecewa kerana ia disiarkan bulat-bulat di satu blog yang tidak dikenali.

Beliau yang juga ADUN Penanti bagaimanapun berkata, kandungan maklumat itu – berhubung isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya akan datang, serta jawapan yang disediakannya – merupakan isu yang benar-benar diambil berat olehnya.

Beliau ketika ditemui di majlis rumah terbuka di Guar Perahu berkata, beliau tidak dapat menerima kebocoran tersebut dan memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara itu.

Blog bertajuk ‘Gelagat Anwar’ itu antara lainnya turut menyenaraikan individu yang hadir serta perbincangan mengenai agihan kerusi dan masalah yang dihadapi PKR di Pulau Pinang. –mk

——————————————————

Berikut adalah petikan dalam blog http://gelagatanwar.wordpress.com, mungkinkah ini ‘kebocoran’ yang dimaksudkan oleh Mansor?

Minit Mesyuarat Strategik PKR PP – Siri 3

Dr Mansor:
Kita menang putra jaya..ada thousands of jobs.. i tak payah la…i nak jadi duta china ok la..hahahaha
Duta saje berapa ratus..nak isi untuk siapa kalau bukan org mcam kita..agencies in govt..beratus…
U want to put BN guys ka..penang port..risda, felda..felcra
Thousands of them..and gaji more than YB..so why nak jadi setakat YB..
If u win putrajaya, duta.. foreign affairs beratus jobs for us…
U think u want to retain umno guy …no way…
Senator?
Makan angin sahaja kita..tak pikir masalah banjir…
These are the things ..putrajaya can open flood gates for us…
Mansor:
Seats i agree…
Cume seng kiat tolong talk to haji rashid…i have already called him..
I punya problem…tasek gelugor punya cabang…johari kassim…mintak duit..
Kalau bukan sebab election..i will kick these people out…
I might give that seat to pas..sebb pas mintak one more seat sangat..
Mokhtar…boss nak turun sg acheh..die suruh orang boikot sbab tak go thru cabang die..
And he is the s/usaha phubungan negeri
Tulis surat sume jkkk ..and u imagine surat dapat kat umno…
Bila umno dapat..ayoyo…mampuih kita
Die punya argument…sebab tak discuss dgn die..juz like that…
Ini big boss punya programm..see the kind of problem we are dealing..
Tu la..jadi duta cukup la…
Now our job we kick umno..we have to swallow everything..we must not give an inch to umno..cannot make mistake..mistake mcam ni lah…
During election time, u all must come to malay areas..sg lembu, kg cross..u divide among urself…


Minit Mesyuarat Strategik PKR Pulau Pinang – Siri 2

Question:
What if they threaten a 3-corner fight if we dont bow to their their (dap) demand?
Mansor replied “ “We will fight ..thats y i asked to preapare another list..like sg pinang, jawi… I have asked Lau to prepare..kite tak mau bising but we have to get ready for possibility.”
“Must have names in potential seats..seri delima…sg pinang…you must prepare a number of extra candidates.not only 5…this election you must hv at least 10 chinese candidates..
Politics is the art of possibilities..macam2..but we hope not to believe in all our members
Prepare some extra names….get more young people..
Mansor : Machang bubok ada resentlment..(problem) he (incumbent) might not get it..
Question:
Resistant from where?
Mansor replied: Dalam kawasan pun ada,,,
Die (hock leong) pun ada history sikit tak brapa (turn kawasan)…kita tak mau kata..i sayang la die..we were together.. i was chairman and he was timbalan…u kene cakap hock leong..nanti i tak mau die bertanding bebas..
Mansor : Pusat might throw in kai loon (for machang bubok)…he is from penang what.. Others in meeting objected..
Mansor said : He is from Bukit Mertajam you know..permatang pauh..
Question:
What is our strategy in getting more seat from DAP in future?
Mansor: Where? In Penang? We prepare ghost areas lah.. get prepared.. die orang lawan satu u orang lawan la..
Statement:
The watihah will be issue if there is 3-corner fight..
Mansor:
We hope not happen..kita pun tau dap tak strong..
Guan eng macam tokong u know..to the chinese…
U cannot deny that..he is just like a tokong…
Itu yg buat die org sombng,,,very2 angkuh and arrogant..
Get ourselves stronger..
Every seat kita target nak bertanding..kene ada orang
Stock ready candidates for areas nak bertanding
I have already asked Lau to identify areas for pkr to stand
Die lawan kacau tampat kita, kite kene lawan


Minit Mesyuarat Perancangan Strategik PKR Pulau Pinang – Siri 1

PKR (PP) Strategic Meeting On Preparations for PRU13

ATTENDEES:-

Dr Mansor Othman – PKR Vice President, PKR State Liaison Committee Chairman and Penang Deputy Chief Minister Felix Ooi – MPPP Councilor and Timb Ketua Bhgn PKR Bkt Bendera Tan Seng Keat – MPPP Councillor and Timb Ketua Bhg Bayan Baru Raymond Ong – Bekas calon DUN Batu Uban Jason Ong – Adun Kebun Bunga n Ketua Bhgn Bkt Bendera Ng Cheng Siang- MPPP Councillor and Ketua Pemuda Bhgn Tanjung Cheah Peng Guan – Ketua Caw Batu Uban Law Choo Kiang- State eco and Timb Ketua Phubungan Negeri And John Ooi (the operative)

POINT 1
Mansor said – Penang scenario quite different with DAP’s drive now (DAP adalah dictator dalam pentadbiran negeri PP) The incumbent chinese would stay (for PKR In the next PRU) Lau will be there Hock Leong (ADUN Machang Bubuk) would be changed (he would be replaced in next PRU)
All incumbents except hock leong, i think u people have to convince him (convince hock leong not to stab in next PRU) We have to put a young candidate (to replace hock leong)..bukan we dont like him as he has done a good job You as a group (attendees at this meeting) have to think..must prepare names and leave to pusat to decide To put young candidate.. You orang ada opinion..i will listen
Mansor said : On seats and candidacy..i leave it to pusat Thats why i said 5+ 1 (five state seats and 1 parliament to be contested by PKR) We are considering hj razali to replace him there I look at the winning factor..maybe we have to look chinese who have more chance than malay in pantai jerejak (to win pantai jerejak)..decision is still pusat lah…
I have talked to felix and ready to stand there (Pantai jerejak) but up to pusat Whatever pusat finalised we will support

Question: Datuk what about DAP..die orang ada mintak dr kita ka?
Mansor replied : “I will not budge in..die mintak apapun. Because chinese candidate to them is ancaman la.. Orang kita yang entice to go there…(DAP sees PKR Chinese candidates as threat as they (PKR) can win. DAP despite being part of PR wants to kill off PKR in next PRU and control power in Penang by themselve)
Statement: But i think this time there will no fight (for seats between dap and pkr) and remain status quo
To this Mansor replied: “Tak tentu.. belom finalised. Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy. Now more arogant. Because die (guan eng) menang banyak. They (DAP) are sure of winning 19 and they want more. Because by two more they can form their own govt and they can any tw from us (PKR) to be on their side and abandon us (PKR).”


Ulasan GB

Pertama : BOCOR. Satu kelemahan serisu yang tidak sepatutnya berlaku. Ia tanda kelemahan PKR P.Pinang khususnya.

Kedua : Lebih serius ialah "TIKAM BELAKANG". Ahli mesyuarat PKR sendiri mendedahkan minit dan Mansor Othman yang menikam KM Lim Guan Eng. Menunjukkan dia tidak/belum boleh bekerja di dalam satu teamwork.

Sungguh memalukan dan menjelekkan.

[VIDEO] Panas! Pendedahan Dana Rakyat RM2.7 Billion Untuk Isi Kantong Umno Selangor


RM2.7 bilion ringgit diambil dari rakyat Malaysia ( Kerajaan Pusat )dan diserahkan kepada Umno Selangor setiap tahun.

Jika disalurkan melalui saluran betul, RM2.7 bilion barangkali lebih dari cukup untuk menaik taraf bantuan kesihatan dan pendidikan untuk 27 juta rakyat Malaysia.

Sebaliknya PM Najib Abdul Razak mengagihkan wang tersebut kepada ketua-ketua negeri, bahagian dan cawangan Umno.




23 Ogo 2012

Alasan "Bangsat" Seorang Menteri Kekalkan Seksyen 114A

Nazri: Seksyen 114A Akta Keterangan kekal

KUALA KANGSAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Seksyen 114A Akta Keterangan, yang menjadi kontroversi baru-baru ini, akan kekal.

Nazri berkata, keputusan itu dibuat berikutan pembangkang sendiri dilihat tidak menunjukkan kesungguhan untuk menentang pindaan berkenaan.

"Kita akan terus kekalkan akta ini, lagipun mereka (pembangkang) tidak bersungguh-sungguh (dalam usaha) untuk membuat sebarang perubahan," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.B

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan agar isu pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan tidak dijadikan satu polemik atau isu politik sehingga boleh mengaburi keseluruhan transformasi politik yang sedang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Awal minggu lalu, Najib telah meminta Kabinet meneliti peruntukan tersebut ekoran bantahan banyak pihak, dari kedua-dua sebelah Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Pindaan membabitkan akta itu diluluskan oleh Parlimen April lalu dan dikuatkuasakan dua bulan kemudian. -SH

Ulasan GB

Itulah "bangsat" namanya apabila menegekalkan Seksyen 114A Akta Keterangan beralasan kononnya pembangkang dilihat tidak menunjukkan kesungguhan untuk menentang pindaan berkenaan. Keras kritikan GB, tetapi itulah bahasa paling sesuai yang dapat menerangkan alasan yang digunakan oleh Nazri.

Tentangan yang bagaimanakah Nazri maksudkan sehingga kerajaan baru akur dengan tuntutan?

Mahu rakyat lakukan demonstrasi seperti BERSIH? Itu pun kamu tidak akur dan tidak laksanakan 8 tuntutan yang didesak oleh rakyat.

Hanya satu jawapan: WAJIB turunkan UMNO BN di dalam PRU13 nanti.

Gambar Berbicara: Siapa Yang Empunya Lidah Bercabang Ini?


Baagaimana UMNO berbicara dengan kelompok komuniti yang berbeza untuk memburukkan PAS.

Reka Isu Bukti Umno Takut Dengan Perpaduan Pakatan – Anwar


Permatang Pauh: Kekuatan gabungan KEADILAN, PAS dan DAP menakutkan Umno BN hingga parti pemerintah itu mereka-reka isu bagi memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Menegaskan ia taktik Umno BN menjelang pilihan raya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Umno sengaja mereka-reka isu bagi melaga-laga pemimpin Pakatan.

“Jika ia terjadi, mereka akan mula menyusun strategi bagi meranapkan sokongan kuat terhadap Pakatan

“Pelbagai bentuk isu akan mereka mainkan. Ini termasuklah agihan dan kedudukan kerusi dalam pilihan raya,” kata Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata demikian pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman di Taman Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang semalam.

Hadir sama ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pimpinan PAS dan DAP.

Menyatakan keakraban perpaduan KEADILAN-PAS-DAP akan menjatuhkan Umno BN, Anwar berkata, Pakatan tidak akan mengikut tarian parti pemerintah itu.

Beliau juga mengingatkan pemimpin Pakatan supaya tidak mudah melatah dengan isu yang dimainkan Umno BN, sebaliknya memelihara kekuatan sedia ada.

“Apabila kita tidak melatah, isu yang mereka timbulkan akan mati dan berlalu begitu sahaja,” katanya. -KD

Kalau BN Adalah Parti Syaitan, Maka UMNO Mestilah Iblis - Sakmongkol


Dalam kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis. maka jika Dr Mahathir kata BN adalah syaitan, maka UMNO sebagai ketua , mestilah Iblis. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO yang kata. Oleh kerana ia datang dari Dr Mahathir, maka ianya mestilah suatu kebenaran. UMNO ialah parti Iblis.

Jumlah penduduk negara ini ialah kira2 29 juta orang. Dari jumlah tersebut, Melayu merupakan 65%, Cina 25% , India 7.5% dan lain2 sebanyak 1.3%. Dalam lain perkataan jumlah orang Melayu lebih kurang 19 juta orang.

Ahli UMNO ialah sebanyak 3.2 juta. Atau 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli UMNO. Kita ramai dari ahli UMNO. Kita ramai, mereka sedikit. Jadi tak perlu takut apa apa pada UMNO. Kalau ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jadi TIDAK BENAR kalau UMNO mati, maka orang Melayu akan hancur.

Seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi Melayu yang boleh mendukung Islam dan mendaulatkan Raja2 Melayu. Jadi TIDAK BENAR juga kalau UMNO mati, maka Islam dan Raja2 Melayu akan musnah. Yang mati Dr Mahathir. Najib. Muhyidin. Noh Omar. Melayu lain terus hidup.

Demikian juga. Kalau MCA mati, orang Cina lagi kuat hidup. Kalau MIC mati, orang India tetap hidup.

Demikian juga kita menolak hasutan UMNO. UMNO kata kalau UMNO tewas maka orang Cina akan ambil alih pemerintahan negara. Kita ada 6 orang, Cina 3 orang dan India seorang. Bolehkah 3 orang melebihi 6 orang? Kalau India dan Cina bergabung, adakah 4 orang lebih besar dari 6 orang?

Oleh kerana UMNO cakap dalam bahasa bodoh, maka kita jawablah dalam bahasa yang bodoh2. Mungkin kita kena cakap bahasa bodoh2 mulai sekarang sebab Dr Mahathir kata, ahli UMNO semua nya hampas.

Yang jadi sasaran khianat puak UMNO ialah DAP. Sebab UMNO iri hati DAP boleh bermuafakat dengan PAS. Lagi pun orang Melayu merasakan tidak ada masaalah menyokong DAP sebab mereka tetap Melayu dan tetap Islam. Kita tukar wadah, bukan tukar aqidah.

Kita ada 222 kerusi parlimen. Siapa dapat 112 kerusi, dapatlah membentuk kerajaan majority mudah. Berapa kerusi yang akan DAP tandingi? Adalah sebanyak 50 kerusi mungkin. Kalau menang semua pun, takkan boleh menubuhkan kerajaan.

Mengapalah UMNO mahu membodohkan orang Melayu?

Ingat, dari 6 orang Melayu hanya 1 sahaja ahli UMNO. Kita ramai, mereka sedikit. Mati seorang ahli UMNO, ada 5 lagi orang Melayu. Takde hal.

Kalau UMNO mati, maka agama Islam akan musnah? Kita tak perlu jawab kenyataan bodoh seperti ini. tidak semua orang Cina kristian. Lebih ramai Cina dan India bukan beragama kristian. Lebih elok orang Cina mengkristiankan orang Cina dan India terlebih dahulu daripada bercakap menegnai mengkristiankan orang Melayu.

Ramai dikalangan kita di lahirkan waktu malam. Tapi kita tidak lahir malam semalam. UMNO boleh kelentong ahli2 mereka jika mereka mahu, tapi janganlah anggap orang Melayu lain bodoh dan lahabau macam ahli UMNO.

Baru2 ini, Pemuda UMNO membuat lapuran polis kerana ada penyibaran di internet mengatakan bahawa kalau kita mahu agama Kristian jadi agama rasmi, maka undilah Pakatan. Kita tidak tahu sama ada siaran internet ini dilakukan oleh pemuda UMNO atau tidak. Tapi ada kemungkinan besar ianya kerja pemuda UMNO yang kian terdesak. Setelah mendapati menebal muka di stesyen bas, kretapi dan meng-agihkan sogokan barangan dan juadah tidak berhasil, besar kemungkinan Pemuda UMNO tukar kepada tektik jahat. Menghasut. Kalau ia disiarkan melalui internet, kita suruh lah MCMC menyiasat nya. Tentu dengan pantas mereka akan tahu, darimana mulanya penyiaran nya.

Pengalaman saya dalam UMNO mengatakan bahawa tidak mustahil kerja kotor ini dilakukan oleh UMNO. Bukankah Dr Mahathir mengakui bahawa UMNO syaitan? Dalam BN, UMNO adalah penghulu syaitan. Penghulu syaitan ialah Iblis. Boleh lah kita sebut UMNO sebagai Tun Iblis. MCA Tan Sri syaitan. Dan MIC- Dato syaitan.

Semenjak tahun 1981, UMNO dipimpin oleh seorang India. Ketika Riz Khan, pengacara temubual CNN bertanya DR Mahathir- adakah Tuan seorang India? Dr Mahathir menjawab dia by definition adalah seorang Melayu. Apalah yang susah nya nak jawab dia Melayu atau tidak? Sebab dia bukan Melayu kerana itulah dia berbelit belit nak jawab dia Melayu. Definisi Melayu amat mudah, beragama Islam bercakap Melayu dan berbudaya Melayu adalah Melayu. Maka tidak hairan lah kita bila Dr Mahathir kata pendatang haram yang masuk ke Sabah adalah melayu sebab dari definisi nya mereka telah memenuhi syarat2 seperti jugak Dr Mahathir.

Dan semenjak tahun 1981, dasar ekonomi kerajaan UMNO/BN adalah pro kaya. Pro golongan elit. UMNO pegang kuasa, menguasai kerajaan dan setiap struktur kerajaan. Dengan ada kuasa tentulah munasabah kita sangka bahawa banyak kepincangan dalam negara kita, terutama yang melibatkan kepentingan Melayu sudah dibaiki. Rupa2 nya tidak.

Jurang pendapatan dikalangan orang Melayu adalah yang terbesar. Jika kita bandingkan jurang pendapatan di kalangan cina sama cina atau india sama india. Apa pasal? Sebab dasar kerajaan seperti perbelanjaan kerajaan atau public expenditure adalah pro orang kaya.

Sebab itu saya kata, dasar UMNO ialah BumiPutera. Dalam istilah tersebut terdapat dua komponen. Bumi mewakili rakyat biasa manakala Putera mewakili Melayu elit, bangsawan, anak raja, anak pemimpin UMNO dan seumpamanya. Yang makin kaya ialah golongan Putera dan yang makin menderita ialah golongan Bumi.

Kita ambil contoh. Peneroka felda boleh kita anggap sebagai orang Melayu biasa. Ada 112, 655 keluarga Felda. Bila syarikat Felda disenaraikan, setiap keluarga dapat 800 unit. 800 unit kalau di jual dapat wang pendapatan. Isa Samad mewakili Melayu terpilih. Mengikut cerita dia dapat 180,000 unit saham. Kita terima ini sebagai benar walaupun kita tahu Isa Samad dapat juta juta unit saham FGV.

Kalau kita banding pendapatan peneroka( Melayu biasa) dengan Isa Samad( Melayu elit), bagaimana?

Katalah premium saham ialah RM1. Tanpa menolak kos pembiayaan pembelian saham, Melayu biasa dapat RM800. Melayu istmewa dan elit dapat RM180,000. Berapa kali ganda pendapatan tersebut? 225 kali lebih besar.

Jadi kita tahu dan sedar bahawa penyenaraian FGV adalah satu lagi dasar PM Najib yang pro Putera dan bangsawan daripada pro rakyat biasa.

Ini pun masih tidak disedari oleh orang Melayu. -sakmongkol


Lebih baik ‘syaitan yang dikenali’, pesan Dr M kepada pengundi

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali” dalam Barisan Nasional (BN) dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu memberikan janji.

“BN telah mendengar suara rakyat dan mengubah banyak polisi dan undang-undang,” kata bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini.

“Rakyat hanya perlu mendesak BN bagi membawa perubahan yang mereka mahukan.

“Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal.”

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pilihan raya, tetapi serangan dari PR serta pendedahan skandal melibatkan pentadbirannya telah melambatkan cadangan beliau.

Pentadbiran Najib juga telah memperkenalkan beberapa polisi baru dan perubahan polisi dalam mematahkan serangan PR dana janji reformasi mereka jika mengambil alih kuasa.

Perdana Menteri juga telah menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah selepas berlaku pembelotan beberapa ahli parlimen menyokong PR.

Beliau juga berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan selain menghapuskan beberapa akta keselamatan awal tahun ini.

Tetapi PR telah berjaya membuat serangan dengan mendedahkan skandal melibatkan projek penternakan nasional serta kontrak melibatkan projek tambahan LRT.

Pembangkang juga berjanji menurunkan harga kereta lebih rendah untuk rakyat Malaysia.

Dalam blognya hari ini, Dr Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.

“Dalam kempennya untuk menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan,” katanya.

“Beliau berjanji untuk menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya.”

Menurutnya lagi, pembangkang di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.

Beliau mengakui bahawa BN telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai rekod yang baik.

“Lima tahun sebagai tempoh percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan.

“Walaupun kita lihat beliau yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang mengkritiknya.

“Kuasa dalam bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpinnya,” kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-TMI


[VIDEO] Polis Berkas 6 Anggota 'Geng Susu Kangkang'

Kuala Lumpur - Enam anggota 'Geng Susu Kangkang' yang disyaki terbabit dalam 17 kes mencuri susu tepung berjenama sejak 2010 di Lembah Klang, berjaya diberkas polis dalam serbuan pada 16 dan 17 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata turut ditahan tujuh individu bersubahat termasuk dua pemilik kedai yang membeli susu berkenaan.

Penangkapan pertama membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita di sebuah kedai serbaneka di Batu 9, Cheras ketika mereka mencuri 160 kotak susu tepung bernilai RM12,800 dari kedai berkenaan pada pukul 4.30 petang.

"Susulan penahanan itu, pada hari yang sama, membawa polis ke sebuah kedai ubat di Kuchai Lama sebelum menahan lima lelaki, dua daripadanya dipercayai pemilik kedai berkenaan yang membeli susu-susu daripada geng itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata dua wanita warga Indonesia, dipercayai pembantu kedai turut ditahan.

Keesokannya polis menahan dua lelaki dari Sabah, yang merupakan anggota geng terbabit di Klang, menjadikan tangkapan keseluruhan 13 orang, berumur antara 20 dan 48 tahun.

Ab. Rashid berkata geng itu dikesan menggunakan modus operandi sama dengan kecurian susu berjenama di Perlis dan Kedah beberapa bulan lalu, iaitu dengan memasukkan kotak-kotak susu tepung berjenama yang dicuri ke dalam jubah mereka sebelum keluar dari kedai.

"Sebahagian anggota geng akan menunggu di luar kedai dengan membawa parang, penyembur lada sulah dan batang besi yang akan digunakan sekiranya anggota geng yang berada di dalam kedai itu dihalang pekerja kedai," katanya.

Ab. Rashid berkata pekerja terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan diri terancam.

Katanya susu tepung berjenama yang berharga RM80 sekotak dijual separuh daripada harga pasaran. -Bernama



Ada "Kong KaliKong" Antara Najib Dan Ummi Hafilda? Tunggu Pendedahan Azwan!

Tiba-tiba ‘timeline’ laman sosial Twitter penulis penuh dengan ‘tweet’ Azwan Ali.

Rupa-rupanya, selebriti ‘panas’ yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Ramadhan lalu tengah ‘naik angin’ dengan sebuah stesen televisyen.

Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan Azwan menerusi Twitter miliknya, dia mengatakan stesen televisyen tersebut seperti sengaja memporak-perandakan keluarganya.

Bagi penulis, itu hak Azwan untuk memberi sebarang kenyataan kerana itu melibatkan keluarganya.

Selepas beberapa minit kemudian, ‘timeline’ penulis dikejutkan dengan tweet Azwan yang berbau sedikit berunsur politik.

Azwan seperti mempunyai agenda yang tersirat apabila dia dikatakan akan mendedahkan ‘sesuatu’ selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.

Memetik kenyataan menerusi akaun Twitter milik Azwan, dia akan mendedahkan kenyataan adiknya, Ummi Hafilda berkenaan Najib pada petang 4 Mei lalu di rumah ibu mereka, Hajah Che Tom.

Kenapa perkara tersebut perlu di canang selepas parlimen dibubarkan dan bukan sekarang?

Nampaknya, pergeseran dalaman keluarga mereka semakin ‘hangat’.

Namun, ramai yang sedia maklum bahawa Azwan merupakan artis yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan tidak menjadi pelik jika isu sebegini timbul.

Penulis sangkakan isu antara Ummi dan Azwan sudah selesai setelah mereka berdamai tempoh hari.

Rupanya tidak!

Sebelum ini, Azwan telah memohon maaf kepada Ummi pada 18 Januari 2012 setelah dia mengugut untuk membunuh dan membakar Ummi menerusi kenyataan twitter miliknya.

Apa-apa pun, penulis akan meminta maklumbalas dari Ummi Hafilda dan Azwan Ali berkenaan isu tersebut.

Jangan pula kali ini Azwan akan membuat kenyataan seperti dahulu yang mengatakan dirinya telah dihasut oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda tersirat.




- HK-74/mynewshub


Peralat ibunya untuk politik kotor, Azwan Ali kecam Umno, TV3


KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.

Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed Azmin Ali.

“Hati baik bulan? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Muhasabah diri.

“Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating,” tulisnya dalam twitter, malam semalam.

Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.

Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

“Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya,” tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu.

Namun, beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai ‘jijik’.

“Slm. Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin,” tulisnya.

Ini bukan pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ‘ Ada aku kisah?’ dan ‘Amboi amboi amboi…’, menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik.
-KD


Isu Nasharuddin: Biar Luncai Terjun Dengan Labu-labunya - Subky Latif

PAS diam saja apa Nasharudin kata

Nasihat saya kepada PAS di semua peringkat, termasuk di Bachok ialah diam saja terhadap kenyataan Nasharudin Mat Isa yang menyeru PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP menentang hudud.

PAS banyak kerja di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya dan banyak isu penting yang perlu dijelaskan. Jangan buang masa untuk melayan seruan MP Bchoknya dan bekas Timbalan Presidennya itu.

Saya tidak fikir DAP susah hati atas kenyataan Nasharudin yang meminggirkan dirinya dari PAS sejak dia dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu setahun lalu. Karana DAP pun tahu kedudukannya dalam PAS dan keupayaan politiknya.

Jika PAS diam diri dan tidak mengambil tindakan disiplin terhadapnya pun tidak mendatangkan kudis kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Tetapi kalau PAS bertindak terhadapnya, PAS boleh dilihat menyamakan busut dengan gunung. Busut itu pula bukan busut jantan.

Semua orang tahu dia sudah tiada apa-apa sejak dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan yang lalu. Mat Sabu berkali-kali kalah untuk menjadi Naib Presiden PAS dan dia pernah kalah kepada Nasharudin untuk jadi Timbalan Presiden. Tetapi dia tidak jatuh dan tidak hilang, sebaliknya dia naik.

Walaupun baru sekali dia kalah, dia letakkan diri dalam PAS lebih rendah daripada ahli jawatankuasa cawangan dan ramai ahli biasa pun lebih cerdik daripadanya. Tidak seorang yang pernah menjadi Timbalan Presiden jadi begitu jika ia berwibawa.

Apapun dia adalah ahli PAS dan bekas pemimpin penting PAS. Setiap ahli PAS ada hak untuk bersuara. Perlembagaan PAS menjamin hak itu. Sama ada suaranya itu betul atau merepak, ia bukan hujah. Hujahnya dia bersuara dan menyatakan pandangannya.

Jika PAS bertindak terhadapnya, ia seolah-olah PAS tidak membenarkan ahlinya bersuara. Dia menyuarakan apa yang perlembagaan parti benarkan. PAS bukan seperti parti komunis yang melarang ahlinya memberi pandangan bebas. Jika PAS bertindak, ia akan dilihat tidak demokratik dan parti yang tidak terbuka.

Biarkan dia bercakap, tidak kira dia diupah atau disuruh oleh budak-budak Najib. Soalnya dia bersuara tentang partinya. Dan saya fikir tiada siapa yang tertarik dengannya selain satu dua kerat pemimpin Jati, yang semuanya akan habis sebaik saja pathul Putrajaya berjaya dibebaskan nanti.

Jika PAS melenting dan bertindak terhadapnya, PAS tiada kerja lain terpaksa melayannya pula. Itulah menyeronokkan Umno yang sentiasa mencari peluang untuk menyakat PAS.

Jika PAS tidak melayannya, dia pun mati kutu dan dia akan hilang dari alam politik, apa lagilah kalau Umno dan Najib pun hilang sama selepas pembebasan Putrajaya nanti.

Soal DAP tidak menerima hudud itu bukan benda baru. Nasharudin sendiri ada penolong bidan yang menyambut kelahiran Pakatan Rakyat. Dia tahu dan sama membincangkan apa yang PAS mahu dan ia tidak mahu. Dia tahu apa yang DAP mahu dan tidak mahu. Setelah semua tahu apa yang semua mahu dan yang mereka tidak mahu barulah PAS dan DAP bersetuju membentuk Pakatan Rakyat.


Bukan semua pemimpin PAS jadi bidan untuk melahirkan Pakatan. Sebagai Timbalan Presiden dia sama memasukkan PAS dalam Pakatan. Jika ia satu keputusan yang silap, maka dia ikut sama melakukan kesilapan itu.

Tetapi PAS secara ijmak tidak mengira tindakan secara siasah syariyah yang disambil untuk bersama DAP dan PKR itu suatu yang silap.

Biarkan saja Luncai terjun dengan labu-labunya. -Subky Latif/HD