23 Ogo 2012

Alasan "Bangsat" Seorang Menteri Kekalkan Seksyen 114A

Nazri: Seksyen 114A Akta Keterangan kekal

KUALA KANGSAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Seksyen 114A Akta Keterangan, yang menjadi kontroversi baru-baru ini, akan kekal.

Nazri berkata, keputusan itu dibuat berikutan pembangkang sendiri dilihat tidak menunjukkan kesungguhan untuk menentang pindaan berkenaan.

"Kita akan terus kekalkan akta ini, lagipun mereka (pembangkang) tidak bersungguh-sungguh (dalam usaha) untuk membuat sebarang perubahan," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.B

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan agar isu pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan tidak dijadikan satu polemik atau isu politik sehingga boleh mengaburi keseluruhan transformasi politik yang sedang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Awal minggu lalu, Najib telah meminta Kabinet meneliti peruntukan tersebut ekoran bantahan banyak pihak, dari kedua-dua sebelah Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Pindaan membabitkan akta itu diluluskan oleh Parlimen April lalu dan dikuatkuasakan dua bulan kemudian. -SH

Ulasan GB

Itulah "bangsat" namanya apabila menegekalkan Seksyen 114A Akta Keterangan beralasan kononnya pembangkang dilihat tidak menunjukkan kesungguhan untuk menentang pindaan berkenaan. Keras kritikan GB, tetapi itulah bahasa paling sesuai yang dapat menerangkan alasan yang digunakan oleh Nazri.

Tentangan yang bagaimanakah Nazri maksudkan sehingga kerajaan baru akur dengan tuntutan?

Mahu rakyat lakukan demonstrasi seperti BERSIH? Itu pun kamu tidak akur dan tidak laksanakan 8 tuntutan yang didesak oleh rakyat.

Hanya satu jawapan: WAJIB turunkan UMNO BN di dalam PRU13 nanti.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Akta bengong ini satu hari nanti akan jadi senjata makan tuan pada umno be end.biarkan luncai dan labunya,biarkan pandir dgn "cerdik"nya....

1 Malaysia berkata...

la ni depa tengah dok berkuasa, depa sombong dan lupa diri. Apa kata kalau PR menang dalam PRU 13 ni, bukankah akta ni boleh diguna oleh PR? Pada waktu tu, barulah naka cakap PR tak adil. La ni pun kita dah nampak banyak akta yang dibuat untuk melindungi depa dah mula makan diri tuannya sendiri.
Hai Nazri, jangan sombong dan bongkak. Yang boleh sombong dan bongkak ni, hanya ALLAH swt sahaja, itupun kalau Allah swt nak tunjuk kesombonganNya. Lihat keliling dan serantau dunia, maka dapat dapatlah kamu lihat betapa Hebatnya kesombongan Allah swt. Itupun terhadap manusia yang sombong saja.
Sedarlah diri sebelum terlambat. Saya peringatkan hang sebab hang ni saudara seagama dengan saya. Yang kedua, hang ni insan @ manusia, bukan haiwan yang tiada akal walaupun ada otak. Yang ketiga, kau ni pemimpin negara ni. Takkan pemimpin kita nampak bodoh dan sombong pulak.

Tanpa Nama berkata...

Banyak dah kerajaan yang zalim dan kejam tumbang, insyaallah tumbangkan BN

Tanpa Nama berkata...

haha..bace alasan tu....dalam kepala aku dok pk...

"apesal la nazri ni jadi menteri?sape la lantik die...ade gak menteri berfikiran longkang cam gini"

Tanpa Nama berkata...

Berani kerana benar, takut kerana salah. Rakyat tidak takut kepada undang-undang. Tetapi yang rakyat takut adalah kepada orang yang menggunakan undang-undang tersebut (seperti seksyen 114A Akta Keterangan 1950) dan agensi-agensi kerajaan untuk menutup mulut rakyat dan pembangkang daripada mendedahkan pelakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa demi untuk menjaga rahsia kejahatan diri dan kroni terdedah.

Ini membuat pemberi maklumat takut untuk memberi maklumat dan dokumen. Contohnya bermacam cara dibuat untuk membanteras rasuah. Usaha ini tidak akan berjaya jika maklumat diserahkan terus kepada SPRM/PDRM kerana ia akan diperap jika terkena batang hidung sendiri/kroni. Inilah sebabnya rakyat terus beri maklumat kepada NGO atau parti politik pembangkang supaya dapat mendesak kerajaan menyiasat dan mendedahkan hasil siasatan.