14 Jun 2011

Lagi Isu "Perang Jihad" Nazri Turut Kata Tiada Tindakan Diambil Ke Atas Ibrahim Ali

Tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ibrahim Ali atas tindakannya sebelum ini yang mengisytiharkan 'jihad' kepada masyarakat Kristian sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz berkata tindakan tidak akan diambil berikutan Ibrahim tidak mengeluarkan kata- kata yang bercanggah dengan undang- undang negara.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng di Parlimen hari ini.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) sebelum ini mengisytiharkan perang jihad kepada masyarakat Kristian selepas tersebar fitnah kononnya terdapat usaha untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara.

Pendedahan palsu itu dilaporkan dimuka surat depan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia, berjudul 'Kristian Agama Rasmi'.

Apa yang mengejutkan, pendedahan itu diceduk 100 peratus daripada blogger pro- UMNO, BigDog dan MarahKu, bukannya dibongkar oleh wartawan Utusan sendiri.

Kontroversi itu bingkas disanggah Persekutuan Kristian Malaysia dalam pertemuannya bersama Perdana Menteri, Najib Razak bagi merungkai permasalahan yang timbul.

Dakwaan itu juga dinafikan pelbagai pihak termasuk Ketua Paderi Malaysia dan Paderi Besar Pulau Pinang.

Nazri sebelum ini dibidas pimpinan Pakatan Rakyat apabila menyifatkan "usaha" menggantikan Islam sebagai agama rasmi adalah gerakan yang "meletakkan seluruh negara dalam bahaya".

Nazri sebaliknya didesak menyiasat blogger yang bertanggungjawab mencetuskan kontroversi itu dan bukannya menunding jari kearah komuniti Kristian dalam isu tersebut. -tvsnews



Ulasan GB

GB sudah ulas awal pagi ini. Petikan:


Apa yang nyata ialah sikap "double standard" KDN di mana orang yang mengeluarkan kenyataan yang terang-terangan mengancam keselamatan negara tidak dikenakan tindakan.

Ini bererti sesiapa pun nanti boleh mengeluarkan kenyataan di atas nama "melancarkan perang jihad" kepada pihak lain secara terbuka untuk mewujudkan suasana tegang. Bagaimana jika satu hari Ibrahim Ali atau sesiapa, jika tidak berpuashati dengan KDN dan kemudian mengeluarkan kenyataan, lancarkan perang jihad ke atas KDN sendiri? Masa itu baru tersentak dan baru akan mengambil tindakan?



Siswi Pulang Bercuti Melencong Pergi Khalwat

Georgetown: Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor sepatutnya pulang ke rumah keluarganya di Kedah, tetapi ‘melencong’ ke Butterworth untuk memadu kasih bersama teman lelakinya sebelum ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel, Jumaat lalu.

Dalam operasi penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 11.30 malam itu, penuntut berusia 22 tahun terbabit berada di bilik air dengan berbaju tidur bertali halus tanpa pakaian dalam dan berseluar jeans manakala teman lelakinya berusia 20-an, berpakaian lengkap.

Ketika disoal sepasukan pegawai penguat kuasa JHEAIPP, gadis itu mengaku sudah bekerja sebelum helahnya terbongkar apabila keluarganya yang datang untuk menjamin memberitahu pegawai penguat kuasa dia masih menuntut di sebuah IPTA.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata pihaknya curiga dengan tindakan gadis itu yang berdolak-dalik memberi pelbagai alasan sebelum dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk dibuat laporan tangkapan.

“Ketika di balai polis itu, keluarganya datang sebelum memberitahu pegawai agama dia masih menuntut di sebuah IPTA.

“Tindakannya itu mengecewakan selain memalukan keluarganya dengan tidur di hotel sedangkan dia sepatutnya pulang bercuti bertemu keluarga sebaliknya teman lelaki diutamakan,” katanya.

Hasil pemeriksaan, kedua-duanya gagal membuktikan sebarang hubungan muhrim selain mengaku pasangan kekasih.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. -hm


Keengganan KDN Bertindak Ke Atas Ibrahim Ali Undang Kemarahan Rakyat

KDN: Tiada tindakan ke atas Ibrahlim Ali isytihar Kristian ‘jihad’

KUALA LUMPUR, 13 Jun — Kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali yang mengisytiharkan “perang jihad” ke atas komuniti Kristian, yang didakwa media Umno baru-baru ini mahu mengambil alih status Islam sebagai agama persekutuan.

“Tindakan hanya akan diambil jika siasatan menunjukkan kata-kata yang dikeluarkan bercanggah dengan undang-undang negara,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (Segambut-DAP).

Lim mengemukakan soalan meminta kementerian menyatakan mengapa tiada tindakan diambil ke atas pihak yang mengisytiharkan “jihad” atas nama kaum dan agama.

“Saya mahu kesemua pihak berhati-hati dalam membuat dakwaan sedangkan kesahihannya belum dapat dibuktikan,” kata Hishammuddin.

Dalam satu ceramah awal bulan lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Bagaimanapun beberapa pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat membantah tegas terhadap kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

Ketika itu, Hishammuddin berkata apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin DAP dan pemimpin Kristian telah menafikannya. -TMI

Ulasan GB

Kesahihan apa yang dimaksudkan oleh Hishamuddin Tun Hussein?

Kesahihan tentang kenyataan Ibrahim Ali yang telah berkata bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini?

Jika itu yang dimaksudkan maka ia telah terbukti sahih. Kerana Ibrahim Ali sendiri yang membuat pengakuan bahawa kononnya beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Apa yang nyata ialah sikap "double standard" KDN di mana orang yang mengeluarkan kenyataan yang terang-terangan mengancam keselamatan negara tidak dikenakan tindakan.

Ini bererti sesiapa pun nanti boleh mengeluarkan kenyataan di atas nama "melancarkan perang jihad" kepada pihak lain secara terbuka untuk mewujudkan suasana tegang. Bagaimana jika satu hari Ibrahim Ali atau sesiapa, jika tidak berpuashati dengan KDN dan kemudian mengeluarkan kenyataan, lancarkan perang jihad ke atas KDN sendiri? Masa itu baru tersentak dan baru akan mengambil tindakan?

Kerana sikap donble standardnya itu, Hishamuddin perlu meletakkan jawatannya.

Jika tidak, seluruh rakyat menjadi saksi bahawa kejatuhan UMNO BN nanti adalah kerana sikap KDN yang berat sebelah, pilih-kasih dan diskriminasi itu.


Tony Blair Baca Quran Setiap Hari

Semasa menjawat jawatan Perdana Menteri Britain dan tinggal di Downing Street, Tony Blair dikenal sebagai seorang yang enggan berbicara tentang agama. Namun, sejak bersara pada tahun 2007, Blair menjadi lebih terbuka dalam soal agama dan mengakui kepentingan agama.

Beliau yang memeluk Katolik beberapa bulan sebelum meninggalkan kediaman rasmi Perdana Menteri, kini mengaku membaca al-Quran setiap hari. Menurut Blair, dengan membaca kitab suci Islam -yang diyakini orang Islam sebagai kata-kata yang benar daripada Tuhan (Allah SWT) - memastikan bahawa beliau sentiasa celik-agama.

Dalam sebuah wawancara dengan majalah Observer, yang disiarkan semalam, Blair berkata, "Menjadi celik-agama adalah sesuatu yang penting dalam dunia yang semakin global, itu yang saya yakini," katanya, seperti tersiar dalam DM.

"Saya baca al-Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami beberapa hal yang terjadi di dunia, namun faktor utama kerana kitab itu (al-Quran) sangat instruktif."

Mantan pemimpin Parti Buruh itu yakin pengetahuannya tentang agama yang ada di dunia akan menguatkan peranan baharunya sebagai utusan Timur Tengah bagi PBB, Amerika Syarikat, Eropah, dan Rusia. Peranan Blair ini bertujuan mencari penyelesaian konflik antara Palestine dengan Israel.

Blair sebelum ini memuji Islam sebagai agama yang 'indah' dan menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah 'penguasa yang beradab'. Pada tahun 2006, beliau memuji al-Quran sebagai 'kitab reformasi', inklusif, meninggikan ilmu pengetahuan dan membenci tahyul. Kitab ini juga mengandungi petunjuk secara praktikal tentang menjalankan urusan perkahwinan dan pemerintahan.

Sebelum ini tersiar cerita tentang adik iparnya, Lauren Booth yang mengejutkan dunia dengan pengumumannya memeluk Islam setelah mengalami 'pengalaman spiritual' ketika melawat sebuah tempat suci di Iran. -VIVAnews


I read the Koran every day, says former prime minister Tony Blair who claims it keeps him 'faith-literate'

By Ian Drury

He was notoriously reluctant to discuss religion while Prime Minister, with his chief spin doctor Alastair Campbell famously commenting: ‘We don’t do God.’

But since leaving Downing Street in 2007, Tony Blair has become increasingly open about the importance of religion.

Mr Blair, who converted to Catholicism months after leaving Number 10, has now spoken of how he reads the Koran every day.

Reading the Islamic religion’s holy book - considered by Muslims to be the exact words of God - ensured he remained ‘faith-literate’, the former Labour leader said.

In an interview with the Observer magazine, published yesterday he said: ‘To be faith-literate is crucial in a globalised world, I believe.

‘I read the Qur’an [Koran] every day. Partly to understand some of the things happening in the world, but mainly just because it is immensely instructive.’

Mr Blair believes that a knowledge of the faith informs his current role as Middle East envoy for the Quartet of the United Nations, United States, European Union and Russia.

The former PM’s work, which has cost British taxpayers more than £2million, aims to help resolve the Israeli-Palestinian conflict.

Mr Blair has previously praised the Muslim faith as ‘beautiful’ and said the Prophet Mohammed had been ‘an enormously civilizing force’.

In 2006 he said the Koran was a ‘reforming book, it is inclusive. It extols science and knowledge and abhors superstition. It is practical and way ahead of its time in attitudes to marriage, women and governance’.

But Mr Blair has also faced the devastation wreaked by violent jihadists who interpret the Koran as a call to arms.

Mr Blair said reading the Islamic religion's holy book - considered by Muslims to be the exact words of God - ensured he remained 'faith-literate'

Mr Blair said reading the Islamic religion's holy book - considered by Muslims to be the exact words of God - ensured he remained 'faith-literate'

He was Prime Minister when the July 7 suicide bombers attacked London in 2005, murdering 52 innocent people.

Not only does reading the Koran support his peace envoy role, it also gives him something in common with sister-in-law Lauren Booth.

Journalist Miss Booth - Cherie Blair’s half sister - raised eyebrows after announcing last October that she had converted to Islam after what she described as a ‘holy experience’ during a visit to a shrine in Iran.

Mr Blair also used the Observer interview to dismiss claims he was on a Christian ‘crusade’ when taking Britain into the highly divisive war in Iraq.

His former constituency agent John Burton said two years ago that Mr Blair ‘believed strongly at the time, that intervention in Kosovo, Sierra Leone – Iraq too – was all part of the Christian battle; good should triumph over evil, making lives better.’

But the ex-Premier said: ‘People still ask me if military decisions in Iraq or Afghanistan were based on some kind of divine instruction. It’s rubbish.

‘Of course not. Just as I couldn’t go into a corner and pray to ask God what the minimum wage should be.’ -dailymail


Ulasan GB

Itu Tony Blair, PM Britain dan beragama Katholik.

Bagaimana dengan PM Malaysia dan para menterinya yang beragama Islam?


13 Jun 2011

Kes Khir Toyo: Khir Bagitahu "Tak Payah Pakai Resit" - Saksi

Saya Diarah Beli Banglo RM6.5 Juta - Syamsuddin

SHAH ALAM: Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, bahawa beliau tidak mempunyai pilihan selain mematuhi arahan bekas Menteri Besar (MB) Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo agar membeli dua lot tanah dan rumah di Seksyen 7, di sini pada tahun 2004.

Gambar: Saksi ketiga, Nasir Ismail (tengah) berjalan keluar dari mahkamah sambil dikawal oleh pengawal peribadi selepas hadir perbicaraan kes pemilikan dua lot tanah dan banglo milik bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, hari ini.

Menurut beliau yang juga bekas rakan subahat Mohamad Khir yang dibebaskan dari pertuduhan tersebut, suruhan itu diutarakan oleh bekas menteri besar terbabit dalam satu perbincangan yang turut disertai oleh seorang ahli perniagaan, Datuk Sumadi Ismail.

"Saya setuju untuk beli kerana saya seorang ahli perniagaan dan mempunyai projek di Selangor manakala beliau pula seorang MB. Seorang MB minta saya beli rumah, pada saya, saya tiada pilihan. Patut diteruskan," katanya yang menyambung keterangannya yang terhenti pada Rabu lalu.

Saksi pendakwaan kedua itu seterusnya memberitahu, Mohamad Khir pada awalnya meminta agar Sumadi membeli rumah tersebut, tetapi permintaan itu ditolak oleh Sumadi atas alasan beliau mempunyai komitmen lain.

"Mohamad Khir suruh saya pula yang beli. Waktu itu pemahaman saya adalah beliau berminat dengan rumah itu dan mungkin satu hari, beliau mahu membeli rumah tersebut daripada saya," tambahnya.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed, Shamsuddin, 55, memberitahu pemilik asal hartanah tersebut, Saiful Aznir Shahabudin, 51, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kebangsaan Berhad, menawarkan harga RM7 juta sebelum dipersetujui kedua-dua pihak kepada RM6.5 juta.

Tambahnya, pembayaran pendahuluan hartanah itu sebanyak 10 peratus, iaitu RM650,000 dibuat secara tunai, sementara bakinya dibuat secara tunai dan cek, termasuk wang yang dipinjamnya sebanyak RM3,010,000.

Shamsuddin dan Saiful Aznir menandatangani perjanjian jual beli pada 23 Disember 2004.

Pada keterangan lain, Shamsuddin memberitahu, Mohamad Khir telah melantik pereka laman bebas, Nasir Ismail, 55, untuk melakukan pengubahsuaian kepada rumah itu dan saksi ada membuat pembayaran berjumlah RM1.5 juta secara tunai kepada Nasir.

"Setiap kali saya buat pembayaran, saya akan maklumkan kepada Mohamad Khir. Beliau tidak akan cakap apa-apa. Sepatutnya beliau yang bayar," katanya dan menambah, tidak pernah menerima semula wang yang dibayarnya.

Shamsuddin juga memberitahu, hartanah tersebut yang dibelinya di atas nama Ditamas Sdn Bhd telah dijual dan dipindah milik kepada Mohamad Khir dan isteri, Zahrah Kechik pada tahun 2007.

"Perbincangan berlaku antara saya dan Mohamad Khir. Dia mahu penjualan pada harga RM3.5 juta. Saya sebenarnya tidak bersetuju kepada harga itu terlalu rendah dan saya nyatakan sekurang-kurangnya RM5 juta hingga RM5.5 juta.

"Waktu saya beli harga RM5 juta, tambah ubahsuai RM1.5 juta, jadi harganya sudah naik menjadi RM6.5 juta. Saya nak bagi diskaun sedikit, sebab itu saya letak RM5.5," katanya.

Beliau seterusnya menambah, Mohamad Khir memaklumkan bahawa beliau hanya boleh membeli rumah tersebut pada harga RM3.5 juta, yang kemudiannya dipersetujui oleh saksi.

Semasa diminta menjelaskan mengapa beliau bersetuju untuk menjual pada harga yang rendah, Shamsuddin berkata:

"Setelah berbincang dengan orang rumah saya (isteri), saya ada projek di Selangor dan seorang MB mahu rumah saya dengan harga RM3.5 juta. Saya setuju kerana khuatir dengan kedudukan saya sebagai seorang ahli perniagaan di Selangor dan projek saya tergugat."

Katanya lagi, perjanjian jual beli antara beliau dan Mohamad Khir serta Zahrah Kechik ditandatangani pada 29 Mei 2007.

Saksi seterusnya menerima deposit RM500,000 menerusi cek bertarikh 28 Mei 2007 yang ditandatangani oleh Mohamad Khir manakala bakinya RM3 juta dibayar menerusi cek kepada Ditamas bertarikh 16 Ogos 2007.

Perbicaraan hari ketiga pada Isnin ditangguhkan kepada Selasa, ekoran permohonan peguam M. Athimulan yang mengetuai barisan pembelaan Mohamad Khir mengemukakan hasrat mereka untuk mencabar kredibiliti Shamsuddin.

Athimulan memberitahu, pihaknya mahu membuat permohonan agar mahkamah memerintakan pihak pendakwaan untuk mengemukakan rakaman percakapan saksi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pembelaan yang akan digunakan untuk tujuan tersebut.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membenarkan perbicaraan ditangguhkan atas alasan 'demi keadilan' dan permohonan tersebut dijadualkan didengar pada Selasa.

Mohamad Khir, 45, dibicarakan atas tuduhan mendapatkan bagi dirinya dan Zahrah, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Syarikat Ditamas Sdn Bhd, melalui pengarahnya Shamsuddin, pada harga yang murah.

Hartanah tersebut yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi MB Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -mstar


Khir Toyo Arah Catat Nilai Ubah Suai Banglo RM600,000 Sahaja - Saksi

SHAH ALAM: Pereka lamab, Nasir Ismail memberitahu, bahwa dia hanya menuruti permintaan Dr Mohamad Khir Toyo untuk menyediakan surat yang menyatakan nilai pengubahsuaian rumah di Seksyen 7, di sini ialah RM600,000 walaupun mendakwa nilai keseluruhannya adalah melebihi RM6juta.

Menurut Nasir, surat tersebut disediakan selepas Mohamad Khir memerlukan surat bagi tujuan formaliti kerana berhasrat untuk membeli rumah tersebut dan dua lot tanah itu daripada syarikat Ditamas Sdn. Bhd.

Kata saksi lagi, jumlah RM600,000 itu juga dicadangkan oleh Mohamad Khir.

"Waktu itu dia adalah MB (Menteri Besar) Selangor, apa dia suruh saya buat," katanya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.

Semasa disoal balas oleh peguam M. Athimulan yang mewakili Mohamad Khir, saksi tidak bersetuju bahawa surat itu adalah satu perjanjian kerana menurut saksi, dia tidak boleh menandatangani sebarang perjanjian ekoran status dirinya yang bankrap.

Merujuk kepada surat tersebut, Nasir seterusnya berkata, dia menerima pembayaran sebanyak RM100,000 menerusi sekeping cek bertarikh 4 Jun2007, namun tidak dapat mengingati jika dia ada menerima dua lagi keping cek bernilai RM100,000 (bertarikh 8 Ogos 2007) dan RM200,000 (10 September 2007).

Pada keterangan lain, Nasir, 55, menafikan dakwaan Athimulan yang mengatakan berlaku pergaduhan antara dia dengan Mohamad Khir yang didakwa berpunca apabila Mohamad Khir tidak menjelaskan bakinya sebanyak RM200,000.

Sebaliknya, saksi menjelaskan pergaduhan tersebut berlaku antara dia dengan isteri Mohamad Khir, Zahrah Kechik yang dikatakan tidak menggemari konsep Bali yang dibuatnya.

Nasir yang memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ketiga juga mempertahankan keterangannya bahawa nilai pengubahsuaian rumah tersebut melebihi RM6 juta dan bukannya antara RM600,000 hingga RM1.5juta seperti yang dicadangkan oleh Athimulan.

Selain itu, Nasir juga mengakui bahawa dia tidak menyimpan sebarang dokumen seperti resit menyebabkan dia tidak dapat mengingati dengan jelas semasa ditanya oleh Athimulan berhubung pembayaran cek-cek bagikerja-kerja pengubahsuaian.

Athimulan: Kamu tidak ingat atau tidak mahu ingat? Wang penting bukan?

Nasir: Saya lebih tumpukan pada kerja. Pasal akaun saya tidak berapa ingat kerana saya orang seni. Saya tumpukan pada kerja-kerja untuk mencantikkan rumah. Duit penting juga.

Saksi seterusnya berkata, dia tidak dapat mengingati dengan tepattarikh setiap kali Mohamad Khir didakwa menyerahkan wang kepadanya, melainkan mengatakan ia diberikan secara tunai.

"RM500,000 diserahkan di dalam sebuah beg. Wang diserahkan di kediaman rasmi MB Selangor dan waktu itu hanya ada saya dan Mohamad Khir," tambahnya.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud, dia tidak menyediakan resit atau menyimpan dokumen penyerahan wang kerana Mohamad Khir beritahu 'tak payah pakai resit'.

Mohamad Khir, 45, dibicarakan atas tuduhan mendapatkan bagi dirinyadan Zahrah, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuahrumah daripada Syarikat Ditamas Sdn Bhd, melalui pengarahnyaShamsuddin, pada harga yang murah.

Hartanah tersebut yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L,Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan iadibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukankesalahan itu di kediaman rasmi MB Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda ataukedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung Selasa. -mstar



Harga Ikan Naik 30% Ekoran Nelayan Mogok

Harga ikan dan makanan laut naik kira-kira 30 peratus sejak nelayan laut dalam dan pengusaha bot pukat tunda C2 mogok dua hari lalu, dakwa ahli parlimen DAP Nga Kor Ming, yang juga membidas kerajaan kerana gagal menyelesaikan isu berkenaan.

Nga (DAP-Taiping) berkata kerajaan sepatutnya membantu pihak yang terjejas itu dan bukannya mengeluarkan amaran dan ancaman terhadap mereka yang mogok itu.

Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda engan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini.

Nga tidak ada sebab bagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengugut untuk menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C berkenaan.

“Pendirian Pakatan adalah jumpa dan bincang segera dengan nelayan kelas C2 berhubung mogok itu,” kata Nga.

“Sejak mogok bermula, terdapat pengurangan kira-kira 30 peratus bekalan ikan dan tambahan 30 peartus harga ikan,” dakwanya.

Pemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai.

Hanya pengusaha bot pukat tunda terbabit dengan keputusan pemotongan subsidi.

Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun lalu. -mk




Ulasan GB

GB sudah jangka hal ini akan berlaku. Tetapi kerajaan yang ada tidak peduli dan tidak perihatin terhadap nasib rakyat. Itu pun mereka mendabik dada menyatakan mereka juga telah melaksanakan agenda negara berkebajikan.



"Keluar Kelambu Jatuh Talak"

Pendang - Gara-gara terdengar ‘kalau keluar kelambu, jatuh talak’, seorang isteri memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah Pendang untuk mengetahui kedudukannya sama ada jatuh talak atau tidak setelah melanggar arahan itu untuk pergi ke tandas.

Masra Abdul Khalid berkata, dia terdengar kata-kata itu daripada mulut suaminya, Mahammad Khir Md Zain tetapi terpaksa meneruskan hajatnya kerana perlu ke tandas.

“Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai perkataan yang diucapkan suami pada malam itu.

“Pada malam itu, kami gaduh dan dia cakap kalau keluar kelambu, jatuh talak. Saya keluar dari kelambu kerana mahu ke tandas,” katanya ketika memberi keterangan di mahkamah, semalan.

Masra mengemukakan permohonan untuk pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Masra berkata, dia yakin dan jelas mendengar perkataan yang diucapkan suaminya.

Ditanya Hakim Rendah Syarie, Sheikh Shahmi Awang kenapa masih meneruskan hajatnya walaupun mendengar kata-kata itu, Masra menjelaskan perlu ke tandas tetapi tidak memaklumkan kepada suaminya.

Pasangan itu bernikah pada 1996 dan bercerai dengan talak satu pada 2008 sebelum merujuk kembali.

Sebaik selesai keterangan itu, Sheikh Shahmi bertanya kepada Mahammad Khir sama ada bersetuju dengan maklumat dan keterangan isterinya itu.

Bagaimanapun, dia tidak bersetuju dengan alasan tidak pernah menyebut perkataan talak dan tidak bermaksud untuk menceraikan isterinya.

“Apabila balik ke rumah pada malam itu dan masuk ke bilik, saya lihat isteri bawa bantal nak tidur di luar.

“Saya tidak menyebut perkataan talak, tetapi hanya menyebut ‘kalau keluar kelambu putus’,” katanya.

Dia turut menafikan keterangan isterinya itu sambil berkata ‘itu dia yang kata’.

Sheikh Shahmi menegur sikap Mahammad Khir yang hanya mendiamkan diri sebelum itu.

“Sepatutnya kamu bertanya atau membantah selepas isteri kamu memberi keterangan,” katanya.

Sheikh Shahmi kemudian bertanya sama ada kata-katanya pada malam itu bermaksud menjatuhkan talak tetapi Muhammad Khir tidak dapat memberi kepastian.

Berikutan itu, hakim menangguhkan kes berkenaan kepada 22 Jun ini. -SH

Lipas Mungkin Punca Asma Di Kalangan Kanak-kanak

New York: Lipas dikenal pasti sebagai kemungkinan punca peningkatan kadar asma di kalangan kanak-kanak Bandaraya New York.

Di kebanyakan kejiranan di bandaraya itu, 19 peratus atau hampir seorang daripada lima kanak-kanak mengalami asma manakala kadar di tempat lain adalah serendah tiga peratus.

Sebelum ini, kesibukan trafik, insinerator perindustrian dan sumber pencemaran udara luar lain dikatakan punca penyakit itu.

Namun penyelidik di Universiti Columbia mendapati kanak-kanak yang tinggal di kejiranan dengan kadar tinggi asma adalah dua kali ganda berkemunkinan membawa antibodi terhadap protin lipas dalam darah mereka, petunjuk bahawa mereka terdedah dan alah kepada serangga perosak itu.

Malah, kediaman di kejiranan dengan kadar tinggi asma mengandungi lebih alergen yang dihasilkan lipas dalam habuk rumah. - Reuters

Pilihanraya Turki : Parti AKP Pimpinan Erdogan Menang Selesa

Ankara — Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) Turki pimpinan Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan memperolehi kemenangan selesa buat kali ketiga berturut-turut tetapi perlu mendapatkan konsensus parti pembangkang untuk meminda perlembagaan negara itu.

Gambar: Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan dengan ditemani isterinya Emine Erdogan melambai ke arah penyokong mereka di ibu pejabat Parti AK, Ankara, semalam. — Foto Reuters

Erdogan, yang menjadikan Turki Muslim sebagai antara negara yang sedang melalui pertumbuhan pesat di dunia dan mengakhiri kitaran penggulingan kuasa tentera, memperoleh 50 peratus undi di Parlimen dalam pilihan raya yang diadakan semalam.

Keputusan itu, yang dijangka merangsang pasaran kewangan hari ini, bermakna Parti AK perlu berganding dengan parti-parti lain bagi meminda perlembagaan yang telah ditulis 30 tahun lalu ketika pemerintahan tentera.

“Perlembagaan baru memerlukan konsensus dan dialog dengan parti-parti lain dan juga keseluruhan masyarakat,” kata Cengiz Aktar, seorang profesor di Universiti Bahcesehir di Istanbul, kepada Reuters.

“Kita akan lihat sama ada Erdogan bersedia untuk yang ini dengan majoriti yang diperolehnya atau akan pergi sendiri untuk meletakkan pandangannya ke atas Turki - dalam keadaan di mana kita akan ada satu situasi yang sukar,” kata beliau.

Keputusan semalam adalah yang terbaik sejak Parti AK berkuasa sejak 2002 tetapi tidak cukup dua pertiga untuk memanggil referendum berhubung perlembagaan baru.

Keputusan awal dengan mengambil kira 99.8 peratus undi yang sudah dihitung, Parti AK memperoleh 49.9 peratus undi atau 325 kerusi, kurang lima kerusi daripada jumlah yang diperlukan untuk memanggil plebisit.

Pada Parlimen lalu, ia menguasai 331 daripada 550 kerusi yang diperuntukkan.

Pengkritik bimbang Erdogan, yang terkenal dengan reputasinya tidak suka pertentangan pendapat, kemungkinan akan menggunakan kemenangan bagi memperkukuhkan kedudukan beliau, membataskan kebebasan dan mendakwa penentangnya.

Tetapi dalam ucapan kemenangan di Ankara beliau berjanji akan bekerjasama dengan pesaing politiknya.

“Rakyat memberikan kami mesej untuk membina perlembagaan baru menerusi konsensus dan perundingan.

“Kami akan membincangkan soal perlembagaan baru dengan parti-parti pembangkang. Perlembagaan baru ini akan memenuhi tuntutan keamanan dan keadilan,” kata beliau. — Reuters

Berkenalan Dengan PJ PAS Selangor: Hajat Sembelih Kambing Tak Sampai

Dr Rani hargai kepercayaan, anggap pikul amanah berat

SHAH ALAM - Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abd Rani Osman menyifatkan pelantikannya sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor yang baru sebagai satu amanah berat untuk dipikul.

Menurutnya, beliau sebelum ini telah menolak tawaran untuk menggantikan Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan bernazar jika tidak pilih.

Namun menurutnya, beliau terpaksa memikirkan semula tawaran tersebut setelah beberapa ulama parti menasihati beliau untuk menerima jawatan jika telah dipilih sebulat suara oleh pimpinan pusat.

”Saya sendiri telah bernazar untuk sembelih kambing jika tidak dipilih sebagai pesuruhjaya Pas negeri, kerana saya melihat ia sebagai satu amanah berat untuk dipikul.

”Namun, kini semua terpulang kepada pucuk pimpinan parti, saya akan menunggu surat rasmi pelantikan tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, sekiranya dipilih menjadi pesuruhjaya negeri, beliau akan memastikan misi utama mengekalkan Negeri Selangor di tangan Pakatan Rakyat (PR) tercapai.

Menurutnya, beliau akan berbincang dan bekerjasama dengan kesemua pemimpin Pas negeri khusus dalam persediaan pilihan raya kali ini.

”Saya menganggap salah satu tugas yang berat untuk dipikul adalah untuk membawa Pas Selangor menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

”Namun, saya berpendapat kesemua keputusan berhubung pilihan raya, perlu diputuskan oleh kesemua ahli jawatankuasa negeri termasuklah timbalan pesuruhjaya negeri, setiausaha, bendahari dan lain-lain,” katanya. -SH


BIODATA DR. ABD. RANI BIN OSMAN

UMUR : 50 TAHUN
ASAL : PELABUHAN KLANG
MENETAP : KAPAR, KLANG
KELAYAKAN AKADEMIK : IJAZAH PERUBATAN, UNIVERSITY TANTA, MESIR
PEKERJAAN : DOKTOR
PENGALAMAN KERJAYA : HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR
JAWATAN DI DALAM PARTI : YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KAPAR, NAIB PRESIDEN YAYASAN AMAL MALAYSIA

Tuan Dr. Haji Abdul Rani bin Osman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi DUN N42 Meru, Selangor.

Pilihan Raya Umum 2008

Pada pilihan raya umum yang lepas, beliau telah bertanding di atas tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melawan calon dari Barisan Nasional (BN) Md. Ghazali Md Amin. Keputusan pilihan raya tersebut telah memihak kepada beliau :-

* Dr. Abdul Rani Osman (PAS) (14,826)
* Md. Ghazali Md. Amin (BN) (9,313)
* Majoriti : (5,513)
* Jumlah Undi : (24,478)
* Peratus Mengundi : (82.29%)
* Undi Rosak : (339)

Kerjaya

Sebelum beliau turun ke kancah politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru iaitu Klinik Fitrah. Beliau yang berkelulusan M.B.CH.B (Ijazah dalam bidang Perubatan) dari Tanta Universiti Republik Arab, Mesir telah membuka klinik tersebut semenjak sekian lamanya dan bertempat di Batu 6 1/2, Pekan Meru, Klang, Selangor.

Perkhidmatan yang beliau sumbangkan amat dirasai dan dihargai penduduk Meru. Kini, klinik beliau diselia oleh beberapa orang doktor gantian dan pelatih justeru beliau kini merupakan seorang wakil rakyat.

Mesra rakyat

Selain mendekatkan diri beliau dengan penduduk Meru, Selangor melalui perkhidmatan perubatan, beliau juga merupakan seorang imam di Masjid Asy-Syarif, Meru. Kerap kali dalam beberapa minggu, akan kedengaran suara beliau membaca khutbah Jumaat di masjid dan mengimamkan solat tersebut. Beliau juga sering mengikuti program-program anjuran masjid yang mana secara tidak langsung menjadi seorang tokoh yang islamik dan sistematik.

Beliau juga kerap memenuhi jemputan penduduk untuk memeriahkan majlis kenduri mahupun perkahwinan tanpa mengira agama dan bangsa. Kelibat beliau juga sering dilihat memberi bantuan kepada penduduk Meru yang memerlukan. Rata-rata penduduk Meru amat berpuas hati dengan kepimpinan beliau tanpa mengira parti yang beliau naungi.



Wanita Kebas Bag Tangan Di Dalam Surau

Wanita curi dalam surau

MELAKA: Keji apabila seorang wanita bertudung tergamak menjadikan surau di pusat beli-belah di Jalan Tun Razak sebagai tempat mencari ‘rezeki terlarang’.

Wanita berusia 39 tahun itu dipercayai berpura-pura berada di situ untuk mengerjakan solat sebelum mengambil kesempatan melarikan beg tangan dan barang berharga mangsa.

Namun, perbuatan wanita terbabit berakhir jam 7 malam Rabu lalu apabila diberkas seorang wanita selepas melarikan beg tangan mangsanya beberapa jam sebelum itu.

Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini Noryuhani Ramli, 29, berkata, ketika kejadian dia dan rakannya, Nor Azzren Bazid, 26, pergi menunaikan solat di surau pusat beli-belah berkenaan.

“Ketika masuk ke dalam surau, terdapat seorang wanita berada di situ, namun kami tidak mempedulikannya.

“Bagaimanapun, selepas mengambil wuduk dan rakan saya pergi ke tandas, wanita itu hilang bersama beg Nor Azzren lalu kami mencarinya di lokasi kejadian, namun gagal,” katanya.

Beliau berkata, rakannya membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru sejurus selepas kejadian.

Katanya, ketika dalam perjalanan pulang, dia menghubungi rakannya bertanyakan hal berkenaan dan diberitahu kad kredit yang dilarikan bersama beg tangannya itu digunakan di pusat beli-belah di Ayer Keroh.

“Saya kebetulan berada di sekitar lokasi berkenaan ke pusat beli-belah terbabit dan terserempak dengan wanita yang dicam berada di surau beberapa jam sebelum menghampirinya.

“Saya bertanya mengenai kehilangan beg berkenaan, namun wanita itu menafikanya dan mengancam menjerit. Saya minta orang ramai menahannya dan wanita itu mengaku mengambil beg rakan saya,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan menyerahkan semua barangan yang dilarikan sambil merayu dilepaskan. -hm

Ulasan GB

Moralnya: Jangan tinggal apa-apa barang berharga termasuk bag tangan walaupun sekejap di mana ppun jua sebelum ia lesap selama-lamanya.


Jangan Sekat BERSIH 2.0, Jika Enggan Tragedi Mesir Dan Tunisia Berlaku Di Negara Ini

Himpunan Bersih tetap diteruskan, kata Ambiga dan PAS

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Datuk Ambiga Sreenavesan dan pemimpin PAS menegaskan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan tetap diteruskan walaupun dibantah banyak pihak termasuk dari Barisan Nasional (BN).

Utusan Malaysia, akhbar milik Umno hari ini menggesa rakyat agar memboikot perhimpunan itu dan memetik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memberi amaran bahawa “boleh mengakibatkan huru-hara apabila berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang demonstrasi jalanan.

“Pembangkang adalah normal. Ini adalah negara demokratik,” kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 Ambiga kepada The Malaysian Insider.

“Dalam pemerhatian saya ramai menuntut kami agar mengadakannya. Terdapat banyak rasa tidak puas hati... seperti ketika (pilihan raya) Sarawak, tidak gembira tentang rasuah dan tidak gembira mengenai institusi-institusi yang tidak bebas,” katanya.

Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, menyifatkan perhimpunan itu sebagai “himpunan aman rakyat.”

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Bersih 2.0 akan dikenakan tindakan keras dari polis, Ambiga berkata “rancangan ini belum muktamad lagi . . . kami mahu mendesak pihak berkuasa mengubah pandangan terhadap himpunan.”

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata rakyat akan menyokong himpunan Bersih selagi kerajaan tidak memenuhi tuntutan NGO itu semasa kali pertama pada 2007.

Himpunan Bersih pertama yang disertai parti-parti politik beberapa bulan sebelum pilihan raya umum 2008.

“Apabila pilihan raya diadakan dengan tidak adil, ia akan jadi seperti yang berlaku di Timur Tengah. Saya tidak mahu apa yang berlaku di Timur Tengah terjadi di sini,” kata Mohamad.

Protes besar-besaran berlaku di negara-negara Timur Tengah yang telah berjaya menjatuhkan kerajaan autokratik di Mesir dan Tunisia yang dituduh mengamalkan rasuah.

“Perubahan berlaku di Singamura . . . mereka (pembangkang) dapat akses dengan media,” kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” merujuk pilihan raya Singapura baru-baru ini.

Pakatan Rakyat dan aktivis-aktivis parti bersedia menggerakkan himpunan itu pada bulan depan, kali pertama diadakan pada 2007 difahamkan kira-kira 50,000 orang telah berkumpul di ibu negara, bagaimanapun disuraikan dengan gas pemedih mata dan meriam air oleh polis.

Menurut Mohamad, PAS akan menggerakkan ratusan ribu orang pada himpunan kali ini sebelum pilihan raya diadakan dijangkakan dalam tempoh terdekat.

Pada himpunan Bersih 2007, rekod perubahan berlaku apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan lima negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa berkata laporan muka depan Utusan Malaysia itu adalah “liputan terbaik”, menunjukkan lebih ramai rakyat akan menyokong himpunan itu. -TMI

Rais Habiskan Bajet Setengah Tahun Dalam 1 Hari Untuk Hari Seniman Yang Tak Dapat Sambutan

Hari Seniman: 'Rais habiskan bajet setengah tahun dalam 1 hari'

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam Datuk Rais Yatim kerana menghabiskan RM100 juta, atau separuh bajet tahunan untuk projek kreatif untuk acara sehari sambutan Hari Seniman 2011 yang disifatkan oleh penggiat seni tempatan sebagai "projek mee segera".

Lim berkata, secebis daripada jumlah itu, atau RM2 juta, boleh digunakan untuk membiayai festival warisan George Town selama sebulan di Pulau Pinang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Rais Yatim mesti menjelaskan rasional pembaziran RM100 juta untuk Hari Seniman 2011 pada 29 Mei yang mendapat sambutan hambar penggiat seni.

“DAP dikejutkan oleh suatu laporan Bernama bahawa RM100 juta diperuntukkan untuk acara yang telah dikritik oleh penggiat seni itu,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Bernama, pada tahun lepas, kerajaan membantu industri seni maju selangkah lagi dengan memperuntukkan RM200 juta sewaktu pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pembentangan tersebut, Najib menerangkan bahawa peruntukan tersebut adalah untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

Lim mempersoalkan sama ada laporan Bernama itu tepat dalam memetik jumlah sebesar itu yang dibelanjakan untuk acara berkenaan.

“DAP mengesyaki laporan Bernama itu palsu dan Rais harus menjelaskan jumlah sebenar yang dibelanjakan.

“Adalah sukar untuk mempercayai kerajaan boleh memperuntukkan RM100 juta untuk Hari seniman 2011 apabila 27 juta rakyat biasa Malaysia menanggung kenaikan harga kerana potongan subsidi kerajaan BN," tambahnya. -mk


Bernama : 29 Mei 2011 : Rais Tegur Penggiat Seni Tidak Hargai Hari Seniman 2011

Selebriti tanah air memperagakan busana masing-masing dalam acara Peraga Busana Seni Kraftangan Malaysia pada Majlis Sepetang Bersama Seniman sempena Sambutan Hari Seniman 2011 yang dirasmikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim di Kompleks Kraftangan.

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menegur pengamal dan penggiat seni yang tidak menghargai usaha kerajaan mengiktiraf penglibatan mereka melalui sambutan Hari Seniman yang diadakan Ahad.

Beliau berkata pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kementerian dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) termasuk menyediakan kertas kerja untuk memastikan kerajaan mengiktraf sambutan Hari Seniman yang disambut pada 29 Mei setiap tahun bermula 2005.

Tarikh berkenaan dipilih bagi memperingati tarikh pemergian Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, katanya.

"Teguran ini ikhlas sebab kami bersusah payah mewujudkan Hari Seniman ini. Kita sudah bantu lebih RM100 juta kepada semua pengamal seni tapi kehadiran dan kesanggupan yang ditunjukkan oleh mereka jauh berbeza dari yang disangkakan.

"Semangat ini harus dianalisis dan teguran ini diberitahu secara ikhlas kerana kalau tidak pelakon, atau pengamal dan penggiat seni yang merancakkan Hari Seniman, siapa lagi?" katanya kepada pemberita selepas program Sepetang Bersama Seniman sempena sambutan Hari Seniman 2011 di Kompleks Kraf di sini.

Dalam pada itu, Rais berharap sambutan Hari Seniman pada tahun-tahun akan datang lebih mencerminkan konsep 1Malaysia serta melibatkan gabungan tenaga lama dan baru selain meluaskan kepada cabang seni yang lain termasuk penulisan kreatif, lakonan, lawak, nyanyian, reka bentuk, ukiran, seni halus dan seni tampak.
"Hal ini penting kerana seni berupaya menyatukan masyarakat. Ia mempunyai bahasa sendiri, pendekatan sendiri dan nilai sendiri yang politik tidak boleh masuk dan cantuman sentimen lain pun tidak dapat masuk," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Rais meminta semua agensi di bawah kementerian iaitu Perbadanan Filem Nasional (Finas), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Istana Budaya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) memainkan peranan memelihara kreativiti seni dan budaya serta warisan tampak di mata masyarakat dan dunia.

Program Sepetang Bersama Seniman adalah satu pertemuan bersifat santai yang bertujuan untuk mendekati golongan seniman dengan lebih rapat di samping meningkatkan kesedaran dan penghayatan masyarakat terhadap peranan warga seni. -- BERNAMA



Kerajaan Keras Kepala, Bekalan Ikan Kurang, Harga Pasti Naik Melambung

Tuntutan nelayan tidak dilayan

TANJONG KARANG - Kerajaan tidak akan melayan tuntutan kira-kira 1,000 pengusaha bot pukat tunda di Pahang, Johor dan Perlis yang melancarkan mogok sejak kelmarin untuk menuntut pemberian subsidi super diesel kepada mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu.

"Kita bukan tarik (terus) subsidi, kerajaan masih beri subsidi kira-kira RM1 untuk satu liter dengan harga diesel biasa, jadi tidak ada sebab mereka ingin ugut kerajaan untuk boikot dan sebagainya.

"Kalau kita betul-betul tak nak beri subsidi, kita samakan mereka dengan harga industri, tetapi ini masih jauh lebih rendah daripada harga industri,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang juga Ketua UMNO bahagian itu.

Kelmarin, pengusaha bot pukat tunda berkenaan mengancam untuk mogok selama tiga hari dan akan meneruskannya selagi kerajaan tidak mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

Kerajaan sebelum ini memutuskan pengusaha bot pukat tunda berkenaan perlu membeli diesel pada kadar RM1.80 seliter, dan bukan pada harga subsidi super RM1.25 seliter yang layak mereka nikmati sebelum ini.

Ismail Sabri berkata, langkah itu diambil kerana golongan terbabit merupakan pengusaha bot laut dalam yang berpendapatan lumayan berbanding nelayan pantai atau Zon A, B dan C.

"Kalau mereka nak bincang, kita tidak ada masalah, tetapi kalau ugut dan beri tempoh tiga hari, saya kata teruskanlah (mogok), dan kita tidak berminat untuk berbincang dengan orang seperti ini,'' katanya yang tidak menolak kemungkinan terdapat campur tangan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik dalam memainkan isu berkenaan. -kosmo

Ulasan GB

Pastikan sesengat UMNO BN terutama menteri yang bernama Ismail Sabri Yaakob itu kalah di dalam pilihanraya akan datang ini. Berdoa kita bersama-sama ke hadhrat Allah s.w.t.

Keangkuhannya keterlaluan, rakyat yang menjadi mangsa kerana kenaikan harga bahan makanan.

[Bergambar] Ribuan Warga Syria Melarikan Diri Ke Turki

Sekurang-kurangnya 4.300 orang kini sudah melarikan diri dari tindakan kekerasan di Syria dan mencari perlindungan di Turki, kata seorang pegawai kanan Turki.

Jumlah yang sebenarnya orang-orang yang meninggalkan Syria kemungkian jauh lebih besar. Sebab, ramai mereka yang yang menyeberangi perbatasan tidak dapt dikesan oleh tentera Turki.

Pegawai kanan Kementerian Luar Negeri Turki, Halit Cevik, mengatakan Turki akan menangani kriris pelarian ini dengan sebaik mungkin.

Warga Syria itu kebanyakan lari dari kota Jisr al-Shughour yang menjadi sasaran penumpasan oleh tentera pemerintah.

Seorang saksi menceritakan serangan tank terhadap satu desa pada hari Jumaat pagi telah mengorbankan ramai rakyat Syria serta merosakkan tanaman utama.

Pemerintah Syria memberi alasan pasukannya memasuki kota berkenaan untuk memulihkan keamanan setelah 120 kakitangan keselamatan terbunuh.

Pemberontakan di segenap pelosok negara itu hari Jumaat telah mengorbankan sekurang-kurangnya 32 orang.

Ratusan orang terbunuh dalam pertempuran dalam minggu-minggu kebelakangan ini oleh penguasa terhadap aksi protes anti-pemerintah yang bermula bulan Mac lalu.

Sementara itu, Rumah Putih di Washington mengecam keras "penggunaan kekerasan yang berlebihan" oleh Syria terhadap penunjuk perasaan dan meminta agar tindakan kekerasan "dihentikan segera". -BBC