Kuala Lumpur – Lebih 1,000 nelayan laut dalam di tiga negeri melancarkan mogok mulai semalam sekali gus bakal menjejaskan bekalan ikan negara jika tindakan tersebut berlarutan.
Mogok diketuai oleh hampir 200 pengusaha bot itu diadakan secara serentak di jeti-jeti nelayan di Kuantan, Pahang; Endau di Mersing, Johor dan Kangar, Perlis.
Mogok berpunca daripada tindakan kerajaan memansuhkan subsidi diesel yang menyebabkan pemilik bot terpaksa membeli bahan api itu pada harga RM1.80 seliter berbanding RM1.25 seliter sebelum ini.
Pemansuhan subsidi itu menyebabkan para pemilik bot terpaksa menanggung kenaikan kos melebihi RM20,000 sebulan berbanding RM7,000 sebulan sebelum ini. -kosmo
Mogok diketuai oleh hampir 200 pengusaha bot itu diadakan secara serentak di jeti-jeti nelayan di Kuantan, Pahang; Endau di Mersing, Johor dan Kangar, Perlis.
Mogok berpunca daripada tindakan kerajaan memansuhkan subsidi diesel yang menyebabkan pemilik bot terpaksa membeli bahan api itu pada harga RM1.80 seliter berbanding RM1.25 seliter sebelum ini.
Pemansuhan subsidi itu menyebabkan para pemilik bot terpaksa menanggung kenaikan kos melebihi RM20,000 sebulan berbanding RM7,000 sebulan sebelum ini. -kosmo
Nelayan, Pengusaha Bot Pukat Mogok Di Kuantan
Kuantan: Lebih 500 nelayan dan pengusaha bot pukat tunda melancarkan mogok di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang di sini dan meminta kerajaan menimbang pemberian subsidi super diesel kepada mereka.
Pengerusi Persatuan Perikanan Kuantan, Chia Hee Juak, berkata nelayan dan pengusaha bot terbabit terpaksa membeli diesel pada harga RM1.80 seliter sedangkan hasil laut yang diperoleh tidak setimpal dengan kos ditanggung mereka.
"Tambahan mereka terpaksa menanggung ansuran bulanan bot pukat tunda dan pukat tarik yang berharga sekitar RM500,000 hingga RM1 juta," katanya ketika ditemui hari ini.
Beliau berkata, mogok itu diadakan selama tiga hari mula hari ini dan diteruskan jika tindakan segera tidak diambil pihak berkenaan.
Seorang pengusaha bot, Hing Hua Kow, berkata ada di kalangan mereka merancang menjual bot yang digunakan untuk mencari rezeki selama ini kerana tidak mampu menanggung kerugian tinggi.
Kerajaan sebelum ini memutuskan pengusaha bot berkenaan perlu membeli diesel pada kadar RM1.80 seliter dan bukan pada harga subsidi super RM1.25 seliter yang layak mereka nikmati sebelum ini. - BERNAMA
9 ulasan:
ini negara kebajikan yg dilaungkan najib dan umno!
negara kebajikan umno khusus untuk anak pinak pemimpin2 umno,kroni2 rapat, ketua2 cawangan hatta ketua bahagian...rakyat kebanyakan x termasuk yea dlm istilah negara kebajikan umno...sokong lah lagi...bengongggg
Najib dan menteri-menteri UMNO tak makan ikan,depa makan ayam dan daging aje.Itu pun selalu makan free tak kena bayar sebab atas jemputan.Yang ramai makan ikan ni rakyat marhein,yang hanya makan daging setahun sekali waktu ada acara Qurban.
TAHNIAH NELAYAN!!!!, KERAJAAN BN MEMANG TINDAS RAKYAT, NANTI IKUT PERHIMPUNAN BERSIH PULA
Pemimpin UMNO bukan makan ikan, tapi makan rasuah
sokong lagi UMNO, bukan ikan saja mampus, rakyat pun ikut mampus sama
Negara Kebajikan BN, makan rakyat, pemimpin BN yang kenyang
nelayan malaysia jangan undi BN, rakyat yang makan ikan juga tolak BN, biar pemimpin UMNO makan tulang ikan
rakyat rumah panjang sarawak yg mengundi bn baru-baru ini tentu menyokong penuh negara kebajikan versi umno ini. kalau boleh mereka nak memohon kilang lynas yg beradioaktif itu didirikan bersebelahan rumah panjang mereka sebab senang nak cuci baju hasil sisa kumbahan air berasid yg byk dikeluarkan. baju nampk cerah dan bersih bila dicuci dgn air asid beradioaktif.
Catat Ulasan