Jawatankuasa disiplin PAS menggantung Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada jawatan partinya selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli EXCO kerajaan Negeri Datuk Hassan Ali pula diberi amaran bertulis.
Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Hasan.
Khalid digantung daripada menjadi Yang diPertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.
Dr Hasan juga didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.
Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.
Ulasan GB
Seperti yang GB ulaskan sebelum ini bukan sahaja keputusan itu boleh dicabar, malah kesahihan keseluruhan Jaawatankuasa Disiplin itu boleh dicabar.
Pembentukan Jawatankuasa Disiplin tidak mengikut kehendak Perlembagaan Parti.
Juga, Jawatankuasa yang dibentuk juga lansung tidak menunjukkan integriti apabila Ketua Jawatankuasa Disiplinnya sentiasa menunjukkan siap bias di dalam kenyataan-kenyataannya.
Kesan kesalahan Khalid adalah di dalam lingkungan parti kerana mendedahkan minit mesyuarat parti sedangkan kesan keslaahan Hassan Ali lebih besar, ia menyentuh rakan-rakan Pakatan Rakyat, kerana mengkritik SELCAT.
Tetapi J/K Perwakilan yang bias menyebabkan keputusan menjadi apa yang ada pada hari ini.
Saya yakin keputusan J/K Disiplin itu ditentang oleh majoriti ahli PAS seluruh negara, bukan sekadar di Shah Alam.
Kita juga mencabar ahli-ahli Jawatankuasa Disiplin membuktikan bahawa perlantikan mereka di Jawatankuasa Disiplin parti adalah sah. Kita juga ingin tahu Perlembagaan PAS mana yang mereka gunakan, atau sekadar menggunakan "deraf" Perlembagaan yang belum diluluskan oleh Muktamar dan ROS?
PAS boleh diheret ke Mahkamah lantarannya.
















