28 Jan 2010

UMNO Pelawa Zul Kulim Sertai Parti Itu

UMNO sedia membuka pintu untuk Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyertai parti itu sekiranya beliau dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pendiriannya tentang penggunaan kalimah Allah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, UMNO bersifat terbuka mengenai perkara tersebut selagi beliau boleh menerima asas dan matlamat perjuangan parti itu yang cukup jelas iaitu untuk menegakkan dan mempertahankan Islam.

“Pada masa sama, UMNO mempunyai kerukunan hidup rakyat Malaysia dan tidak ekstrem, lebih mengutamakan permuafakatan dan mengutamakan keadilan kepada semua pihak.

“Sebab itulah hubungan baik UMNO dengan parti komponen dapat dipertahankan.

“Oleh itu, kita terbuka sekiranya Zulkifli ada hasrat untuk menyertai UMNO dan kita mengalu-alukannya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke projek pembinaan asrama terbengkalai Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (SMKKKB) di sini semalam.

Mohd Puad berkata, UMNO tidak mengambil kesempatan atas kecelaruan berlaku terhadap parti itu ketika ini.

Menurutnya, beliau menghormati pendirian Zulkifli di atas keberanian beliau mengatakan bahawa sanggup dikenakan sebarang tindakan di atas pendirian beliau mengenai isu kalimah Allah.

Katanya, beliau melihat apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah seolah-olah bahawa mereka tidak ada mekanisme untuk mengendalikan perbezaan pendapat dan ia antara penyebab Pakatan Rakyat tidak didaftarkan sebagai satu pertubuhan yang sah berbanding dengan Barisan Nasional (BN) sehingga ke hari ini.

Beliau juga bersetuju dengan pendapat sikap diktator penasihat pasti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca kenapa perkara itu berlaku sehingga Zulkifli terpaksa menggunakan blog menyatakan pandangan dan pendiriannya.

“Dan akhirnya Zulkifli terpaksa membuat laporan polis untuk beliau mempertahankan pendirian tersebut.

“Ini cukup jelas, sebab saya bila lihat Anwar memanggil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam seperti Angkatan Belia Islam (ABIM) dan juga Gerakan Islamiah Malaysia (GIM) untuk mempertahankan pendiriannya.

“Pertemuan itu sebenarnya pada saya bukan diskusi atau dialog, tetapi dia mengharapkan mereka menyokong pendirian beliau dengan kalimah Allah,” katanya.

Menurutnya, sikap Anwar itulah menyebabkan ramai dalam kalangan pemimpin PKR yang keluar dari parti ataupun menjadi ahli politik bebas.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan wujudnya tuduhan terhadap UMNO memberikan habuan kepada Zulkifli untuk mengambil keputusan meninggalkan PR, Puad berkata ia adalah satu tuduhan biasa.

“Itu memang tuduhan yang akan dibuat oleh Anwar Ibrahim sebab dalam isu kalimah Allah yang mengatakan UMNO yang merancang, begitu juga apabila ramai ahli jawatan kuasa PKR Kuala Selangor meletak jawatan mereka kata UMNO.

“Apa kena mengena perkara tersebut dengan UMNO?” katanya.

Beliau berkata, UMNO sudah memahami perkara tersebut kerana apa yang berlaku di dalam PKR sudah sememangnya dipalingkan kepada UMNO. -SH


Dakwaan firaun kecil tidak akan dilayan

SHAH ALAM- “Kita tidak mahu layan kenyataan wujudnya firaun kecil dalam parti,” kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin semalam.

Menurutnya, Zulkifli tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kerana sedang disiasat lembaga disiplin parti.

“Ketua Umum (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkali-kali mengingatkan kepada beliau melalui email dan khidmat pesanan ringkas (SMS) supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, tetapi beliau tidak patuh.

“Dia boleh cakap apa pun (sekarang), tetapi kita tidak mahu layan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, kes Zulkifli akan selesai dalam tempoh terdekat.

“Kita tunggu dan lihat sajalah nanti apa tindakan yang bakal dikenakan,” katanya.

Sebelum ini, Zulkifli berkata, ada firaun kecil yang cuba menjatuhkan beliau melalui media sedangkan beliau belum menerima notis untuk menghadiri prosiding jawatankuasa disiplin mahupun biro politik.

Zulkifli menegaskan dalam isu penyalahgunaan kalimah Allah, beliau tidak akan berkompromi walaupun sedikit dan bersedia hadapi sebarang kemungkinan.

Kelmarin, Setiausaha Agung parti itu, Saifudin Nasution, memberi amaran kepada Zulkifli berikutan tindakannnya yang dianggap mempunyai elemen membelakangkan saluran dalaman parti.


Ulasan GB

So, Zul, jangan malu-malu nak sambut pelawaan. Time laku.

p/s bila kita panggil orang dengan satu-satu panggilan, maka ianya berbalik kepada kita. Demikianlah. Zul Kulim kini dah jadi "Firaun Kecil".

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB ZULKIFLI.. .
pergilah.inie je jalan terbaik untuk YB meneruskan perjuangan yang YB mahukan.. .hanye UMENO saje yang boleh menerima pakai perjuangan yang YB mahukan.. .
"janganlah kite lupe asal usul dan siapa diri kite sebelom itu"
SALAM PERJUANGAN BUAT YB.. .wassalam

dulukini berkata...

YB ZUL...

sekiranya anda rasa diri anda lebih Islam dari orang lain pergilah menjadi bebas. Skiranya anda melompat ke BN saya rasa anda akan tetap tersilap langkah.

Bagi saya anda tidak boleh bergerak sebagai satu pasukan oleh yang demikian pergilah menjadi bebas. pikirlah sendiri.

saya amat menyesal menyokong anda sebelum ini.

Samdol berkata...

apa tunggu lagi zul oiii..belah la cepat. Lagi capat lagi bagus. Pimpinan tak sakit kepala nak pikiaq kat hang sorang....lpas ni hang tau la langit tinggi rendah bila jadi kupang tembaga. Rakyat kulim dok sumpah seranah hang la ni.....Lpas ni tak payah pakai kepiah dah.... Lapang kepala hang...

pemerhati berkata...

Sekarang apa yang disembunyikan sudah terkeluar dan jelas dipandang... ada lambaian dari UMNO.

Tindakan Zulkifli Nordin menghuru-harakan parti PKR/Pakatan Rakyat mempunyai muslihat tertentu walaupun sanggup menjahanamkan ahli dalam jemaah. Sikap yang jelas dilihat diraut wajah Zulkifli Nordin adalah ingin membalas dendam....

Apa khabar ahli kumpulan Datok Dr. Hassan Ali..?

Hidup seorang ahli politik memang berliku, lebih banyak onak dan duri akan menjadi penghalang lalauan jika bersendirian.

Kalau pun berkumpulan, jika ketuanya ketagih arak maka pengikutnya akan mabok keling.... jika ketuanya kencing berdiri maka pengikutnya akan kencing berlari...
Kalau ketuanya perasuah, maka pengikutnya akan jadi penyamun. Kalau ketuanya beriman maka pengikutnya akan wala'

Jika Zulkifli masuk UMNO, apakah perjuangan yang dilaungkan ketika ini (...)? akan terus diperjuangkan..? Atau jadi penyamun seperti mereka-mereka itu...?

Kita tunggu dan lihat.... apakah Zulkifli Nordin ada persamaan dengan Ibrahim Ali...?

Tanpa Nama berkata...

Saya kurang faham dengan tindakan YB zul.Berbincang lah dahulu dengan rakan2 yg lain dalam pakatan sebelum buat tindakan.Jika dia mempunyai pendirian tidak mahu bersama parti dari awal awal lagi jangan jadi ahli parti jadilah ahli bebas spt saya yg tidak berparti dan bebas menyuarakan pendirian peribadi tentang sebarang isu.

Tanpa Nama berkata...

Bagus benar kalau duri ni menyertai UMNO. Biar dia jadi duri di sana pula. Mudah-mudahan dia akan jadi anak emas UMNO. Heh!!

Tanpa Nama berkata...

tu la... nak sgt calon yg proposoal.. nak sebut pun nak terkolap lidah aku.. sekarang ape dah jadi? jadi lah problem... atu pro belit..

Martoiriat berkata...

Lambaian UMNO utk YB Zul sudah pun
bermula. Jadi tunggu apa lagi.
Jika YB Zul menyertai UMNO bolehlah
berkawan dgm Ezam Sesumpah atau Ezam kotak.
Semoga dalam UMNO nanti, buatlah yg
terbaik utk UMNO..dan UMNO jugak lebeh islamik berbanding dgn PKR.
Tapi YB jangan lupa, daripada mana
asal usul YB Zul sepuluh tahun yg
lalu sehingga dipanggil YB..

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat UMNO kini dah terdesak. Rakyat dah meluat dengan perangai dia sehingga ramai yang dulu ibu bapa mereka sangat menyanjungnya kini dah mula tak mau sokong dia setelah melihat bermacam penyelewengan berlaku setelah berkuasa lebih 5 dekad. Alahai sedihnya nasib UMNO yang bakal jadi sejarah.