13 Feb 2009

6 Ribu Sambut Nizar

6 ribu rakyat menyertai perhimpunan tanda sokongan kepada Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin di Dewan Chin Woo, Perak dan mengutuk rampasan kuasa oleh jentera UMNO di Perak

Datuk Seri Nizar yang menyifatkan rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO bertujuan mengguling Pakatan Rakyat untuk kembali berkuasa di Perak supaya mereka dapat menjalankan aktiviti rasuah yang telah menjadi budaya mereka sebelum ini.

Usaha untuk memporak-perandakan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak telah bermula semenjak bulan Jun/Julai tahun lagi.

ADUN PELABUHAN KELANG CADANG UNTUK SAMAN TV3 DAN AGENDADAILY

Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdul sedang berbincang dengan panel peguam dan penasihat undang-undang parti (KeADILan) untuk mengambil tindakan terhadap TV3 dan Agendaily yang membuat laporan palsu kononnya beliau mempunyai hasrat untuk lompat parti.

"Saya masih menjalankan tugas sebagai Adun Pelabuhan Klang seperti biasa. Komitmen saya masih teguh dan tidak berbelah bagi kepada parti KeADILan dan kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor," tegas beliau.

Menurutnya, berita yang dilaporkan oleh media TV3 dan Agenda Daily itu adalah berniat jahat dan tidak benar sama sekali.

NIZAR AKAN FAILKAN SAMAN DI MAHKAMAH TINGGI HARI INI

Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi hari ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Dato' Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar dan berkata beliau akan melakukannya di dalam tempoh 10 hari lagi.

Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut dan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry.

NOTA : Dato Seri menyatakan bahawa walaupun beliau keluar dari kediaman dan mengembalikan kenderaan Rasmi Kerajaan Negeri namun ia bukan bermakna Kerajaan Pakatan Rakyat telah Tewas mahupun Kalah tetapi hanya mematuhi undang-undang.

DAP PERAK MENGENAKAN PEMBALUT HITAM SEBAGAI PROTES

Para pemimpin DAP telah mengenakan pembalut hitam di lengan baju masing-masing sebagai memprotes terhadap penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan haram BN di Perak.

Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak dari UMNO Zambry Abd Kadir hari ini.

Laporan tersebut dibuat di Ipoh oleh pemimpin DAP yang menuduh menteri besar itu menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.

Menurut Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM240,000 setahun.

Jumlah tersebut termasuk gaji bulanan RM15,000, elauan percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjatapi.

Bagi jumlah keseluruhannya, kerajaan negeri akan berbelanja sebanyak RM720,000 setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun tiga penasihat tersebut.

LIM GUAN ENG PERCAYA BN GUNA JAWATAN EXCO SEBAGAI UMPAN TARIK ADUN PR

Setiausaha Agong DAP, Sdra Lim Guan Eng percaya bahawa keengganan pucuk pimpinan BN untuk mengisi 4 kekosongan kerusi Exco hanya membuktikan kerajaan BN pimpinan Dr. Zambry Abdul Kadir tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat.

Lim Guan Eng menyatakan perlantikan 6 orang exco bukanlah untuk menggerakkan ekonomi negeri Perak tetapi hanyalah semata-mata satu habuan politik untuk mengukuhkan kedudukan BN di Perak. Lebih banyak ADUN untuk lompat masuk ke BN, mereka tawarkan 4 jawatan exco yang kosong kepada mereka yang melompat nanti ke dalam BN.


12 Feb 2009

Ulasan Berita Hangat 12 Feb 2009

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar dari kediaman rasmi menteri besar 10 hari lagi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman tersebut.

Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut.

Beliau juga mengumumkan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry.

Menurut Nizar beliau akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok.

ADUN PELABUHAN KLANG NAFI KELUAR PKR

Demam spekulasi lompat parti" merebak ke Selangor dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini menafikan yang beliau akan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Bercakap pada sidang media petang ini, Badrul Hisham berkata, beliau akan tetap bersama PKR dan menyokong kepimpinan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penjelasan beliau tersebut menamatkan spekulasi dan deas-desus yang beliau akan melompat dan sekaligus mendiamkan ahli-ahli UMNO yang telah hampir berteriak keriangan yang kononnya akan berlaku teori domino untuk kes lompatan PKR ke BN.

Beliau bercadang untuk mengambil tindakan kepada lamanweb agendadaily.com dan siaran television TV3 yang menyebarkan fitnah mengenai beliau.

ZAMBRY DIDAKWA SALAHGUNAKAN KUASA, LAPORAN KE SPRM

DAP Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung keputusan Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir melantik tiga penasihat kepada Menteri Besar yang didakwa oleh parti itu sebagai salah guna kuasa.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, berkata pelantikan itu dibuat tanpa kelulusan exco kerajaan Perak dan juga melanggar peruntukan undang-undang tubuh negeri.

Bekas ahli exco Pakatan, Nga Kor Ming berkata, pelantikan keempat-empat mereka adalah tidak sah di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan akan melibatkan kos RM960,000 setahun.

Semalam, Dr Zambry mengumumkan pelantikan tiga penasihat kepada Menteri Besar iaitu Naib Presiden MIC, Datuk Dr Veerasingam; Pengerusi Gerakan negeri, Chang Ko Youn dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias al-Hafiz.

Sementara itu, ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri bukan berstatus exco tetapi diberi kemudahan exco.

PILIHANRAYA KECIL DI DUA BUKIT MUNGKIN SERENTAK

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah diadakan serentak.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata keputusan mengenai perkara itu akan dibuat pada mesyuarat khas esok, selepas pihaknya meneliti serta membincangkan dokumen berkaitan kekosongan keduakedua kerusi itu.

Katanya mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil hanya boleh diadakan jika SPR dapat memastikan bahawa adanya kekosongan pada satu-satu kerusi Parlimen atau DUN berkenaan.

SPR sebelum ini telah dikatakan bertindak melampaui bidangkuasanya apabila menolak untuk mengadakan pilihanraya apabila tidak mengendahkan writ kekosongan kerus DUN yang dikemukakan oleh Speaker DUN Perak.



74% Mahu DUN Perak Dibubar

Hampir 74% mahukan DUN Perak dibubarkan manakala 76% pengundi juga ingin melihat "pilihan raya menerusi rakyat" diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.

Demikian satu kajian yang telah dikeluarkan oleh Merdeka Center, sebuah firma penyelidikan bebas yang beribupejabat di Bandar Baru Bangi hari ini.

Ini menunjukkan juga hampir dua pertiga pengundi Perak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan di negeri itu ekoran krisis politik sejak penghujung bulan lalu.

Hanya 21 peratus responden mengatakan bahawa pihak istana mempunyai "hak" untuk menentukan kerajaan bagi rakyat jelata.

"Malah, 62% lagi responden merasakan bahawa peranan istana dalam kes ini (perubahan kerajaan) tidak mencerminkan kehendak rakyat negeri Perak," kata kenyataan yang dikeluarkan tersebut.

Hanya 29% dari responden yang mengatakan peranan istana menggambarkan kehendak rakyat.

Keputusan ini hampir menyami keputusan undian yang dibuat oleh malaysiakini sebelum ini yang mendapati hampir 88% tidak bersetuju dengan tindakan Sultan Azlan yang memperkenan Barisan Nasional yang didokongi UMNO membentuk kerajaan di perak.

Pendapat umum itu dikendalikan oleh firma tersebut antara 6 dan 8 Februari lalu untuk mengukur persepsi pandangan orang ramai berhubung perkembangan politik di Perak.

Dan 76% menyatakan bahawa rakyat, melalui sistem pilihanraya yang lebih berhak untuk menentukan kerajaan yang dibentuk di Perak dan cuma 21% menyatakan pihak istana manakal 3% lagi menjawab tidak tahu.

Seramai 507 pengundi berdaftar di Perak dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian tersebut.

Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, berusia 11 bulan, telah tumbang apabila tiga wakil rakyatnya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk bertindak sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Kini Pakatan Rakyat dan BN mempunyai anggota sama rata iaitu 28 orang.Menteri Besar Perak yang baru mengangkat sumpah Jumaat lalu manakala barisan exconya pula Selasa lalu.

Mengenai penyelesaikan kepada krisis politik ini, seramai 33 peratus responden mahu pilihan raya yang baru dilangsungkan, 35 peratus lagi mengatakan pilihan raya kecil wajar diadakan di kawasan yang ADUNnya keluar parti manakala 28 peratus mahu kerajaan baru dibenarkan terus memimpin negeri itu.

Keputusan kajian-kajian yang dilakukan JELAS menunjukkan bahawa rakyat Perak tidak menerima keputusan pihak Istana yang memperkenankan kerajaan Barisan Nasional / UMNO membentuk kerajaan melalui rampasan kuasa minggu lalu.


UMNO Yang Mula-mula DERHAKA..

Hampir setiap hari kini kita mendengar media massa yang dikongkong oleh Umno menuduh Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Laporan polis juga telah dilaporkan dibuat ke atas Nizar.

Inilah politik kotor yang dimainkan oleh parti kotor seperti Umno.Baik dulu, kini dan selamanya Umno sering terjebak dalam politik kotor.Politik orang yang tidak bertamadun dan parti yang tidak bermaruah

Jika Umno tidak diserang penyakit ‘amnesia” (penyakit mudah lupa) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini.Kerana apa? Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai penderhaka “par excellence” (penderhaka agung).

Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah “kepala” penderhaka apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja.

Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru bagi menggantikan Sultan Kelantan? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno.Umno ingat ganti sultan macam ganti jawatan JKK.

Ingat gambar Annuar Musa menyembah Raja baru yang beliau tabal di Ketereh dahulu. Dan rakyat masih ingat betapa ianya telah digunakan untuk mencetuskan huru hara di Kelantan bagi tujuan Mageran.

Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat. Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang DiPertuan Agung enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (pindaan) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.

Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin Kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja di pandangan hina di kalangan masyarakat awam.

Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983 Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihanraya Umum pada tahun 1990.Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja melayu.

Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah (APU).Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti tuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya (lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m/s 13).

Semasa krisis tersebut juga media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997 (Tan Sri Ghazali Jawi yang enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak pada masa itu yang mengakibatkan Sultan enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan) dan di Pahang pada tahun 1979 (Datuk Rahim Abu Bakar).

Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993. Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum media-media massa yang dikawal oleh Umno, beberapa orang Menteri dan agensi Kerajaan dengan tidak bersopan dan beradab membuat kenyataan dan mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat di raja tertentu.Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja sepertimana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.

Bersandarkan bukti-bukti di atas kini sipenderhaka Umno yang sama dengan tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka. Ya, memang benar Nizar mengakui telah “menyembah sembah derhaka” semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan “hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka”. “Sembah derhaka” bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar saya difahamkan dipanggil “hamba tua”. Ini bahasa istana nak buat macam mana.

Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap nizar sebagai derhaka apabila memohon “menyembah sembah derhaka”. Naif dan ceteknya pemikiran Umno.

Nizar memohon menyembah derhaka kepada Yang Mulia Tuanku Sultan kerana beliau berpandangan Sultan tidak mempunyai kuasa memecatnya. Ini kerana berdasarkan Perkara 16 (7) Perlembagaan Negeri Perak secara jelas memperuntukkan bahawa tidak sepertimana ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dengan kerelaan sultan (at his pleasure) yang membolehkan para exco boleh dilantik dan di pecat oleh Sultan pada bila-bila masa, jawatan Menteri besar adalah berbeza dengan jawatan exco. Dengan lain perkataan jawatan Menteri Besar tidak dipegang di atas keredaan sultan.

Menteri Besar seperti Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan (ceases command of confidence) kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak sepertimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 16 (6) Perlembagaan Negeri Perak. Persoalannya bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang Menteri Besar itu telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menurut perpektif undang-undang?

Apa yang berlaku pada kes Nizar ini samalah seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966 dahulu.Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli (1966) 2 MLJ 187 Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak (sama seperti Perlembagaan Negeri Perak) "lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri" (kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri (sama seperti Dewan Undangan Negeri)

Oleh itu Nizar mempunyai sebab yang kukuh untuk enggan meletakkan jawatan.Di dalam kes di Perak kekuatan BN dan Pakatan Rakyat sama iaitu 28 kerusi masing-masing. Ketiga-tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat hanya menjadi ADUN bebas dan bukannya ADUN BN. Maka isu sama ada ketiga-tiga ADUN berkenaan dikatakan menyokong BN mestilah dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam sidang DUN.

Terdapat keraguan sepertimana yang diakui oleh SPR sama ada ketiga-tiga ADUN ini masih boleh dianggap sebagai ADUN kerana terdapat bukti yang kukuh mereka telah meletakkan jawatan sebagai ADUN sepertimana surat mereka yang telah ditandatangani mereka dan dialamatkan kepada Tuan Speaker.

Berdasarkan Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak surat perletakkan jawatan ketiga-tiga ADUN tersebut adalah sah. Hatta jika terdapat keraguan sekalipun sama ada ketiga-tiga ADUN tersebut masih boleh dikira ADUN atau tidak, badan yang boleh menentukan kelayakan ketiga-tiga ADUN tersebut hanyalah DUN Perak sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 33 (1) Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas menyatakan “ jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli DUN itu tekah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad”.

Jelas DUN Negeri Perak dan bukannya SPR yang berhak menentukan sama ada ketiga-tiga ADUN tersebut masih layak sebagai ADUN atau tidak dan keputusan DUN tersebut adalah muktamad. Apa yang malang tatkala Y.M Sultan melantik Menteri Besar yang baru, DUN Perak masih belum lagi memutuskan tentang status kelayakan ketiga-tiga ADUN tersebut. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan yang munasabah sama ada Nizar telah dikatakan hilang keyakinan majoriti ahli-ahli DUN Perak.

Atas dasar itulah Nizar mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang untuk memohon kepada Tuanku Y.M Sultan untuk “memohon menyembah sembah derhaka” untuk enggan meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Malangnya “sembah derhaka” tersebut difahami oleh si penderhaka UMNO sebagai derhaka.

Oleh HANIFA MAIDIN.






88% Tidak Bersetuju Dengan Langkah Sultan

Menilai daripada protes rakyat dan bantahan dengan apa yang disifatkan sebagai rampasan kuasa di Perak, dapat diandaikan kini bahawa majoriti rakyat di negara ini kurang senang dengan apa yang berlaku di negeri Perak.

Satu kajian bebas mendapati majoriti besar rakyat tidak bersetuju dengan langkah Sultan Azlan Shah memperkenankan Barisan Nasional yang didokongi oleh UMNO membentuk kerajaan di negeri Perak.

Pihak istana telah meneruskan perkenan itu tanpa memanggil satu pilihanraya negeri atau atau persidangan khas Dewan Undangan Negeri supaya isu tersebut dapat dilakukan secara undian.

Dari satu kajian selama empat hari oleh Malaysiakini, sejumlah 34,617 daripada 39,411 repsonden, atau 87.8% menyatakan mereka tidak bersetuju dengan keputusan Sultan.



Sultan telah menolak permohonan kerajaan negeri untuk membubarkan dewan undangan negeri setelah empat dari ADUNnya melompat parti.

Akibat dari lompatan itu – yang dikatakan didalangi oleh Najib Razak dengan pelbagai umpanan – kedua-dua Barisan dan Pakatan terikat dengan 28 kerusi di dewan undangan negeri.

Sultan Azlan, bekas Ketua Hakim, sebaliknya telah menitahkan Mohd Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Nizar menyatakan beliau masih Menteri Besar mengikut peruntukan Perelmbagaan Negeri.

Sultan terus dengan menerima dan memperkenankan Zambry Kadir dari UMNO sebagai Menteri Besar baru Jumaat lalu, sehingga mengheret negeri Perak di dalam satu krisis perlembagaan yang mungkin akan diputuskan oleh pihak mahkamah selepas ini.

Seramai 3,862 (9.8%) dari responden bersetuju dengan keputusan Sultan manakala 932 (2.4%) menjawab "Tidak Tahu".

Perlantikan Zambry Diadukan Kepada SPRM

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zamby Abd Kadir hari ini.

Laporan tersebut dibuat di Ipoh pada jam 11 pagi tadi, oleh pemimpin DAP yang menuduh menteri besar itu menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.

Menurut Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM250,000 setahun.

Turut hadir ialah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan kira-kira 20 orang penyokong parti itu.

Dr Zambry telah melantik tiga orang penasihat dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri. Keempat-empat mereka akan mendapat imbuhan sama seperti ahli exco kerajaan negeri yang lain.

Mereka terdiri daripada Datuk Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Datuk Chang Ko Youn (penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan Datuk S Veerasingam (penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Datuk Hamdi Abu Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.

Datuk Hamdi Abu Bakar merupakan salah seorang dari dua orang lelaki yang dikatakan telah "melarikan" Datuk Nasaruddin dari rumahnya untuk beliau kembali kepada UMNO setelah menyertai PKR selama 2 minggu.

Banyak pihak masih meragui samada aduan kepada SPRM ini boleh mendatangkan apa-apa kesan kerana SPRM dilihat selama ini masih dilihat belum benar-benar bebas dari tekanan pihak tertentu.


Halang Ceramah, Rampas Akhbar - Itukah Penyelesaiannya?

Arahan Ketua Polis Negara, Musa Hassan semula agar semua permit ceramah dibekukan bagi negeri Perak sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan memberikan sekurang-kurang dua "signal" jelas

1) Polis tidak profesyenal di dalam ertikata lain telah mengambil sikap berpihak di dalam melaksanakan tugas mereka,
2) Kerajaan Haram BN Perak kini di dalam suasana tertekan yang mesti dibantu dengan tindakan tegas polis untuk mereka terus mempertahankan kuasa yang tidak sah.

Tidak cukup dengan tindakan mereka membelasah rakyat dan menembak gas pemedih mata selepas solat Jumaat minggu lalu dan kemudiannya melakukan rampasan terhadap akhbar dwimingguan Harakah dan Suara Keadilan, kini mereka mengikat mulut rakyat agar tidak berceramah supaya hanya maklumat dari media arus perdana sahaja yang boleh disuapkan ke minda rakyat khususnya di Perak.

Alasan polis mudah. Untuk meredakan ketegangan yang memuncak di Perak kini.

Membelasah rakyat yang tidak berpuashati, merampas akhbar Pakatan Rakyat dan mengharamkan ceramah adalah kaedah dan tindakan "barbaric" seumpama menyapu sampah ke bawah karpet - untuk meredakan suasana dalam waktu yang singkat sedangkan gelojak kemarahan rakyat akan tetap berpusar menunggu masa untuk ia "meletup".

Sikap polis yang "double standard" jelas dilihat apabila mereka mendakwa 9 orang yang menyertai perhimpunan di Masjid Ubudiah tetapi dalam waktu yang sama "membiarkan" Pemuda UMNO dengan gelagat Sang Menantu yang berhimpun secara haram.

Terlepas dari hasrat untuk saya menyokong atau membantah tindakan Karpal Singh yang hendak membuat laporan terhadap Sultan Perak namun kenyataannya

"Demonstrasi (Pemuda UMNO) semalam adalah melanggar undang-undang. Kenapa mereka tidak didakwa di mahkamah kerana mengadakan perhimpunan haram, kenapa berlaku berat sebelah apabila membabitkan kami"

adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian.

Imej Polis yang telah tercemar sekian lama apabila membiarkan diri mereka menjadi "kuda tunggangan" kepada parti kerajaan dan sikap mereka yang tidak professional di dalam menjalankan tugas amat dikesalkan dan merupakan satu "pengkhianatan" terhadap bidang kuasa dan professionalisme mereka yang perlu mengutamakan prinsip keadilan dan kesaksamaan tanpa berpihak kepada mana-mana parti politik, pemerintah atau pembangkang.

Sepatutnya di saat dunia kini sedang membicarakan mengenai gelombang "knowledge-based world" polis di Malaysia perlu mempersiapkan diri dengan kaedah-kaedah psikologi disamping memperlengkap diri dengan teknik dan taktik yang mesra-rakyat bukan dengan mengambil sikap seperti binatang-binatang buas yang menerkam mangsa dengan mengikut telunjuk dan arahan tuan-tuan yang mentalitinya dicelup dari acuan zaman kolonial - yang digunakan untuk menangani masalah di zaman serba moden ini.

Kita masih ingat peristiwa yang menimpa kepada insan ini:-



Kemudian akhirnya, maruah polis menjadi sehina tong najis apabila rakyat mengangkat orang yang dizalimi polis itu menjadi seorang penggubal undang-undang negara di Parlimen bergelar Yang Berhormat! Sedangkan polis yang menzalimi beliau dahulu masih dengan keadaan seperti itu - mengenyangkan perut dengan mengampu pemerintah dan menzalimi rakyat tak sudah-sudah.



Kes A.Kugan adalah endorsement nyata terhadap kezaliman polis, yang hingga kini pois masih gagal menunaikan akauntabilitinya kepada rakyat dengan hasil siasatan yang sepatutnya telah diumumkan. Kita tak tahu rakyat yang mana lagi yang akan dikugankan oleh pihak polis selepas ini semata-mata untuk menekan dan menindas suara rakyat semata-mata kerana bersalahan pandangan mereka dengan pihak kerajaan.

Kerajaan yang berpegang kepada teknik dan taktik memperkuda dan memperalat pihak polis untuk terus berkuasa apatah lagi untuk mempertahankan kerajaan yang dinaikkan melalui rampasan kuasa dan bukan sistem pilihanraya yang adil dan telus adalah sebenarnya sebuah kerajaan yang lemah dan menunggu masa untuk menerima hukuman rakyat di dalam pilihanraya yang akan datang.

Menghalang ceramah, merampas akhbar pembangkang bukanlah penyelesaian untuk meredakan suasana yang tegang sedangkan kemarahan rakyat tidak mungkin boleh dibendung dengan menyapu sampah ke bawah karpet. Jika Polis boleh memberi signal kepada Najib untuk tidak turun ke Perak kerana keselamatannya terancam beberapa hari lalu, saya kira polis boleh menasihatkan kerajaan supaya terima kehendak rakyat yang mahu pilihanraya dijalankan di seluruh Perak - itu sahaja yang dapat mententeramkan suasana haru biru di negeri itu sekarang ini.








Najib Penyebab Negara Menjadi Huru Hara

P emimpin Pakatan Rakyat sepakat menyatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bertanggungjawab yang menyebabkan negara khususnya Perak berada di dalam keadaan huru-hara dan haru biru.

Setiap yang berlaku kini nama Najib tidak akan tertinggal untuk dikaitkan sekalipun beliau "mengarahkan" mereka untuk membuat kenyataan bahawa kononnya "Najib tidak terlibat".

Malah di dalam kes rampasan kuasa di Perak sehingga terbentuknya kerajaan haram Barisan Nasional yang tidak mendapat mandat rakyat melalui proses pilihanraya membuktikan bahawa Najib sebenarnya seorang pemimpin yang dayus untuk berdepan dengan rakyat setalah tewas di dalam mengendalikan kempen UMNO/BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Sekalipun kerajaan Pakatan Rakyat dirampas dengan sogokan dan rasuah "membeli" wakil-wakil rakyat PR supaya meninggalkan PR, apakah Najib mengira bahawa rakyat di Perak terlalu bodoh sehingga boleh disuapkan dengan pembohongan dan penipuan sepanjang masa?

Umno kini dibelenggu pelbagai persepsi negatif yang dilontarkan terhadap parti itu semenjak tewas di dalam siri pilihanraya yang lalu mencari jalan mudah untuk mendapatkan kekuasaan. Malah mereka tidak segan-silu kini untuk menggunakan taktik ala MAFIA, menyembunyi dan memaksa wakil-wakil rakyat menyokong mereka.

Sekalipun pemimpin tertinggi UMNO cuba berhelah dan menafikan, namun KEBENARAN itu tidak mungkin dapat mereka padamkan.

Mereka sedar orang ramai sudah jelik, meluat dan bosan dengan tindak-tanduk, perangai dan tingkah laku mereka.

Mohd Ayob Abd Razid, Ketua Unit Komunikasi Media, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan di dalam tulisannya sebelum pilihanraya kecil Kuala Terengganu berlansung menyatakan:

Apapun senario, keputusan pilihan raya itu nanti (PRK Kuala Terengganu) akan menjadi pengukur sama ada kekuatan Umno semakin pudar atau sebaliknya. Ia penting buat Umno dan BN seperti kata Datuk Seri Najib Razak iaitu 'pilihan raya kecil Kuala Terengganu sangat besar ertinya dan signifikan kepada Umno dan BN, bukan saja dalam konteks Terengganu, malah dalam konteks negara. Ia juga besar ertinya kepada masa depan Umno dan BN.'

Itulah yang sebenarnya sedang dialami oleh UMNO dan BN - jalan menuju kegagalan dan kehancuran.

Abdul Rahman Sulaiman bekas Ketua Pengarang Bernama pula menulis :

"Walaupun pelbagai tafsiran dibuat terhadap kekalahan itu sehingga ada analisis nakal yang cuba mengaitkannya dengan populariti Najib sebagai bakal Perdana Menteri, satu hakikat yang perlu diterima ialah Najib dan Muhyiddin sudah memahami kehendak serta aspirasi terkini rakyat."

Benarkah begitu? Apakah Najib dan Muhyiddin sudah memahami kehendak serta aspirasi terkini rakyat sehingga mereka (terutama Najib) terpaksa menggunakan taktik tidak bermaruah untuk berkuasa di Perak?

Episod Perak akan tetap segar di dalam sejarah. Rampasan kuasa yang berlaku menghitam nama Najib sehitam-hitamnya. Dengan mengheret institusi raja di dalam kemelut politik di negeri tersebut memburukkan lagi keadaan.

Kini, Najib sendiri sebagai bakal Perdana Menteri terhalang untuk menjejakkan kakinya di bumi Perak (berdasarkan laporan sebelum ini yang menyatakan Najib gagal menghadiri satu sambutan Tahun Baru Cina di Perak di atas sebab-sebab keselamatan yang diberikan nasihat oleh pihak polis).

Itulah nasib orang yang tidak berlaku benar di dalam tindak-tanduk berpolitiknya kerana disangkanya segala-segalanya boleh dilakukan dengan harta kekayaan yang dimilikinya dan Malaysia akan memliki seorang Perdana Menteri yang akan tetap diingati oleh rakyatnya tentang imej MAFIAnya!



11 Feb 2009

Ulasan Berita Hangat 11 Feb 2009

Tarif elektrik akan diturunkan purata 3.7 peratus kepada 31.31 sen sekilowat jam (kwj) daripada 32.5 sen sekwj mulai 1 Mac ini.

Para pengguna domestik akan mengalami penurunan tarif elektrik secara purata sebanyak 2.54 peratus manakala para pengguna komersil sebanyak 2.7 peratus, dan pengguna industri 5.0 peratus.

Kerajaan telah menaikkan tarif eletrik pada 6 Jun 2008 yang lalu sebanyak 18%. Penurunan purata 3.7% tidak akan mengurangkan beban rakyat.

KERAJAAN SELANGOR SEDIA SRRUKTUR SEMULA INDUSTRI AIR

Kerajaan negeri sudah bersedia membuat tawaran sebutharga untuk mengambil alih aset dan ekuiti yang dimiliki empat syarikat konsesi air bagi melaksanakan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan surat kepada empat syarikat berkenaan; Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Pengeluaran Air Selangor Holdings Berhad (SPLASH) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam masa dua hari.

Menyedari penstrukturan semula itu melibatkan kepentingan rakyat, Abdul Khalid berkata Pejabat Menteri Besar akan mengadakan satu taklimat kepada orang ramai pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

KERAJAAN HARAM BN PERAK UMUM EXCO DAN PENASIHAT

Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan empat lantikan baru termasuk tiga penasihat kepada Menteri Besar berstatus exco dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri yang kini diterajui Barisan Nasional (BN).

Tiga daripada mereka yang dilantik sebagai penasihat kepada Menteri Besar adalah Naib Presiden MIC, Datuk Dr Veerasingam; Pengerusi Gerakan negeri, Chang Ko Youn dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias al-Hafiz.

Sementara itu, ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri bukan berstatus exco tetapi diberi kemudahan exco.

Zambry kelihatan tidak jujur tatkala cuba mengelak untuk menjawab soalan pemberita apakah hanya 6 orang exco sahaja yang dilantik. Malah terhadap satu solan lain, beliau juga cuba memperlekehkan peribadi Menteri Besar yang sah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamalauddin tatkala menyatakan "people will judge". Sedangkan rakyat Perak amat mengenali Datuk Seri Nizar sebagai seorang Menteri Besar yang telah bekerja bersungguh-sungguh untuk memaju dan mensejahterakan rakyat Perak.

PAKATAN RAKYAT FAIL SAMAN ZAMBRY ESOK

Pakatan Rakyat menangguhkan buat kali kedua hasrat menyaman Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahakamah Tinggi di sini, hari ini.

Pengerusi DAP perak, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata pihaknya akan menfailkan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini, pagi esok.

UMNO DAN MIC BEREBUT KERUSI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU

Bukit Selambau kini menjadi rebutan UMNO dan MIC ekoran pilihanraya kecil yang bakal di adakan tidak lama lagi dengan perletakan jawatan V.Arumugam.

Masing-masing mendakwa kerusi itu patut ditandingi oleh mereka berdasarkan peratus pengundi yang besar bagi kaum Melayu dan India di situ.

Di Bukit Gantang pula Ketua Bahagian UMNO Bkt Gantang Datuk Rosli Husin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal tersebut kerana sudah bersabar selama 23 tahun apabila terpaksa menerima `orang luar’ sebagai calon di kerusi tersebut.



Siapa Yang Cemas Di Dua Bukit?

Detik yang ditakuti tiba-tiba menjadi kenyataan. Pemimpin BN sebolehnya tidak ingin menemui rakyat sejak berlakunya kemelut politik di Perak, namun takdir Allah menentukan bahawa mereka tidak boleh lari dan terpaksa juga berdepan dengan rakyat.

Apatah lagi belum pun reda kesedihan yang menimpa ekoran kekalahan di PRK Kuala Terengganu bulan lepas, Barisan Nasional terpaksa pula berdepan dua pilihanraya kecil serentak dengan terllau banyak isu kontroversi yang melanda. Pilihanraya kecil yang mengejut di Perak dan Kedah akan berlaku di kawasan di mana pengundi bukan-Melayu mempunyai bilangan yang agak sginifikan sekalipun tidak majoriti.

“Undi bukan Melayu akan menjadi penentu di dalam kedua-dua pilihanraya kecil ini,” kata penganalisis pilihanraya Ong Kian Ming seperti yang tersiar di malaysianinsider.

Ia bukan satu berita yang baik untuk BN.

BN seboleh-bolehnya tidak mahu berdepan dengan pengundi di saat sentimen pro-pembangkang masih bergelojak. Namun kali ini mereka tiada pilihan kerana peruntukan undang-undang menetapkan pilihanraya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari kerusi dikosongkan.

Kerusi parlimen Bukit Gantang di Perak diisytiharkan kosong dengan kematian wakil PAS Ust Roslan Shaharum kerana serangan sakit jantung pada hari Isnin yang lalu.

Manakala dewan undangan negeri Bukit Selambau di Kedah kosong apabila ADUN PKR V. Arumugam meletakkan jawatannya setelah beliau mendakwa diugut untuk menyertai BN. Beliau masih lagi "hilang" namun Menteri Besar kedah Datuk Azizan Abdul Razak telah mengumumkan perletakan jawatannya. Sehingga ini belum ada sebarang perubahan terhadap keputusan itu.

Sekalipun di dua negeri yang berbeza kedua-dua kerusi memperlihatkan bilangan pengundi bukan Melayu yang agak ramai menjadikan sukar bagi BN untuk merebutnya dari tangan Pakatan Rakyat.

“Mood yang ada hari ini berarah menyongsang dengan status quo, terutama di kalangan pengundi bukan-Melayu dan juga golongan muda,” kata Professor Agus Yusoff, seorang penganalisis politik.

Pecahan pengundi di parlimen Bukit Gantang ialah 63.5% Melayu, 27.1% Cina dan 9.1% India. Untuk Bukit Selambau Kedah, 50.2% Melayu, 19.3% China dan 29.5% India.

Dua isu besar kini masih menghantui BN.

Pertama rampasan kuasa terhadap kerajaan di Perak minggu lalu. Ia telah menimbulkan kemarahan para pengundi, dan akan merupakan isu yang akan mendominasi kempen pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang.

P59 BUKIT GANTANG (55,471)
Melayu: 63.48% Cina: 26.77% India: 9.71% Lain: 0.04%
M.Murganan (Bebas)
Azmi Mohd Zabidi (BN-UMNO)
Roslan Shaharum (PAS)

Roslan Shaharum (Menang)
Jumlah Undi: 20,015
Azmi Mohd Zabidi Jumlah Undi: 18,449
M.Murganan Jumlah Undi: 872
Majoriti : 1,566
Jumlah Undi Dikeluarkan: 40,301
Jumlah Undi : 39,315
Undi Diterima : 38,464
Undi Ditolak (Rosak) : 851
Undi Tidak Dikembali : 114
% mengundi : 72.65%
2004: Tan Lian Hoe (BN-Gerakan)
Majoriti 6,702

N13 Kuala Sepetang
See Tean Seng (BN) 6721
Tai Sing Ng (PKR) 7285
....Majoriti 564

N14 Changkat Jering
Datuk Mat Isa Ismail (BN) 8309
Mohd. Osman Mohd Jailu (PKR) 9411
....Majoriti 1102

N15 Trong
Nor Azli Musa (PAS) 3296
Datuk Rosli Husin (BN) 4212
....Majoriti 916

Jika melihat kepada pecahan di atas, kemenangan Ust Roslan Shahrum adalah berasaskan kekuatan PKR di Changkat Jering dan di DUN Kuala Sepetang dimana Pakatan Rakyat menang di kedua-dua DUN tersebut. Pakatan Rakyat cuma tewas di DUN Trong.

Berdasarkan kepada senario politik semasa, ditambah pula dengan kebencian yang meluap kepada bakal Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang kini menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang merupakan orang yang bertanggungjawab di dalam isu rampasan kuasa di negeri tersebut, "swing" pengundi masyarakat bukan-Melayu akan berlaku sekitar 60%-75% kepada Pakatan Rakyat (PR) yang bererti PR akan dijangka dapat menambahkan majoritinya sekitar 2,000 undi lagi.

Di DUN Bukit Selambau Kedah pula

Melayu : 50.20% Cina : 19.25% India : 29.53% Lain : 1.02%

1. S Krisnan (BN) ........ 10,863
2. V Arumugam (Bebas) .... 13,225
Majoriti : 2,362
Undi Rosak : 1,694
Jumlah Undi : 25,782
Mengundi : 73.76 %

PKR telah mengumumkan akan menurunkan calon keturunan India di Bukit Selambau berdasarkan pengundi India membentuk hampir 30% di DUN tersebut.

Dengan isu semasa yang ada, seperti tahanan ISA kepada golongan Hindraf yang masih belum dibebaskan dan tempias kemelut politik di negeri jirannya Perak, maka kemungkinan "swing" akan berlaku sekitar 10%-15% iaitu tambahan sekitar 200 hingga 500 undi kepada Pakatan Rakyat.

Apa-apa pun ia bergantung kepada banyak faktor lain dan PR tidak boleh terlalu yakin.

Fakta di atas dibentangkan hanya sebagai motivasi untuk kita terus bekerja dan berusaha agar ia menjadi realiti.

Kesungguhan petugas pilihanraya di dalam menggerakkan semula momentum kebangkitan rakyat, pemilihan calon yang diterima oleh rakyat tempatan, jentera penerangan yang teratur, pendedahan terhadap penyelewengan dan rasuah BN yang berterusan, pemastian kawalan terhadap kewujudan pengundi hantu disamping penyusunan strategi yang effektif dan effisyen tidak boleh diabaikan.

Media arus perdana telah pun memulakan kempen secara tidak rasminya bagi kedua-dua kerusi berkenaan bagi pihak BN, justeru Pakatan Rakyat perlu menyusun strategi bermula SEKARANG jika masih ingin terus mengekalkan kedua-dua kerusi berkenaan.


96% Menyatakan Kemelut Perak Bakal Jejaskan BN

Sang Menantu PM, Khairy Jamaluddin semasa bercakap di perhimpunan haram Pemuda BN mahu polis menahan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar kerana menderhaka dan mempertikai titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Itu tanggapannya mengenai perkataan "mohon ampun dari Tuanku dengan Sembah Durhaka", dan diputarbelitkan ayat itu untuk dijadikan sandaran kononnya Nizar telah menderhakai Sultan.

Itu tahap mentaliti Melayu UMNO. Terkinja-kinja mendengar perkataan "sembah derhaka" bak belut di ketil ekornya.

Kita telah menyuarakan bahawa "sembah derhaka" di dalam konteks berkomunikasi dengan pihak istana sebenarnya ialah untuk melahirkan rasa "ketidak-bersetujuan" dengan titah Tuanku, dalam ertikata lain "bermohon agar dipertimbangkan semula" titah Tuanku tersebut.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang juga seorang peguam menjelaskan bahawa perkataan Datuk Nizar Jamaluddin hanyalah membawa maksud “patik bersalahan pandangan” dengan Tuanku.

Beliau menambah Perkara 18 di dalam Undang-undang Negeri Perak menyatakan, Sultan perlu bertindak atau perlu akur dengan nasihat Menteri Besar, menjelaskan perbezaan diantara sistem raja mutlak dengan sistem raja berpelembagaan.

“Pemuda Umno bertujuan mengelirukan orangramai dan polis sepatutnya menangkap mereka kerana mereka cuba menghasut rakyat untuk untuk tidak mematuhi perlembagaan,” tambah Datuk Ngeh.

Tetapi 'perhimpunan haram' anjuran Pemuda BN itu yang berlangsung selama satu setengah jam tidak diganggu polis. Malah demonstrasi jalanan itu diadakan hanya beberapa hari selepas beberapa pemimpin Umno mendakwa BN kononnya tidak akan menggunakan kaedah 'demonstrasi jalanan' bagi menyelesaikan krisis politik yang berlaku di Perak.

Drama itu disudahi kemuncak dengan gimik kesediaan berarak ke kediaman rasmi MB Perak bagi 'menghalau' Mohammad Nizar dari situ.

Perlu diingat bahawa pada tahun 1980, Sultan Azlan Shah yang ketika itu Ketua Hakim Negara telah mengingatkan bahawa 'mahkota' akan hanya mendapat tempat di muzium kalau institusi raja terkandas dalam menjalankan tugasnya yang sebenar.

Ketika melunaskan pendapatnya dalam titah ucapan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, baginda telah menzahirkan rasa bimbang dengan keadaan yang berlaku pada waktu itu, di mana hubungan antara istana dengan kerajaan mula renggang.

Pada pertengahan tahun 1990-an, putera baginda Raja Dr. Nazrin Shah, turut menekankan dalam nada yang seakan-akan sama dengan ayahandanya.

Titah baginda, bahawa banyak berlaku dalam sejarah, institusi raja tumpas apabila ia tidak direstui oleh rakyat. Dalam senario tindakan rakyat, tidak ada yang lebih penting daripada melakukan pemilihan wakil rakyat dan kerajaan rakyat dalam pilihan raya.

Sebagai "jawapannya" juga, menarik untuk diperhatikan pagi ini ialah undian SMS Edisi Versi Bahasa Inggeris yang bertanyakan soalan "Apakah kemelut politik Perak bakal menjejaskan peluang BN di dalam Pilihanraya Umum Akan Datang?" 96% menjawab YA dan hanya 4% menjawab TIDAK. Benarlah UMNO kini semakin ditolak rakyat hasil perbuatan mereka sendiri.

Undian SMS di Edisi 7 versi Mandarin pula lebih menarik. Soalan menjurus kepada perkembangsn mutakhir yang merujuk kepada pilihanraya kecil yang bakal diadakan di Bukit Gantang. Hanya 5% daripada responden menyatakan BN akan menang sementara 95% menyatakan BN akan kalah.


Pakatan Rakyat menghampiri Putra Jaya, UMNO menghampiri Muzium

Hanya tidak beberapa lama lagi Pak Lah akan terpaksa menunaikan janjinya untuk menyerahkan secara resmi `tongkang' Umno yang reput itu kepada Najib. Serah menyerah itu bakal dilakukan di hadapan penghuni-penghuni tongkang yang semakin berkurangan dan jika ada pun yang tinggal hanya manusia yang terlalu lanjut usia yang tinggal beberapa batang gigi sahaja.

Orang-orang tua seperti ini bukan suka sangat tinggal lama di dalam tongkang yang semakin tenggelam itu, tetapi mungkin kerana sudah tidak lagi terdaya untuk keluar dan berenang menuju ke kapal PR yang teguh dan semakin gagah meninggalkan tongkang tua Umno.

Bukan tidak ada yang muda-muda di dalam tongkang karat itu tetapi yang muda-muda di situ sibuk mengumpul harta benda yang ada sebelum tongkang ini tenggelam dan mereka akan melompat keluar dan berenang bersama-sama harta benda yang telah mereka sapu. Maka, tinggallah situa di dalam kapal menunggu untuk ditalkinkan bersama tongkang tersebut.

Saya teringat akan kata-kata mantan Ketua AMK Ezam `Raja Sesumpah' yang suatu ketika pernah berkata, "Mana ada mereka yang duduk di dalam Umno itu ikhlas?". Jika dilihat, memang ada kebenarannya dan Raja Sesumpah itu sendiri telah membuktikannya. Usaha Najib untuk membaiki tongkang Umno kelihatannya seperti tikus membaiki labu, semakin banyak yang Najib lakukan di atas tongkang tersebut, maka semakin senget tongkang itu dibuatnya. Terbaru, Najib merasakan suatu kejayaan apabila berjaya `menipu' rakyat Perak dengan mengumumkan bahawa BN kembali berkuasa di Perak. Umpama di dalam perlawanan Bola Sepak, dari pemain pertahanan, penyerang, penjaga gol dari pihak lawan sehingga ke Pengadil telah di`suap', maka bersoraklah kita mengatakan kita jaguh di padang bola. Tidak terasa malukah kita bila menerima Piala Pusingan dengan mencapai kejayaan sedemikian rupa? Dari corak permainan pun penonton sudah tahu perlawanan yang ditunjukkan itu bukan perlawanan sebenar.

Bagi Pakatan Rakyat pula, harus diingat di masa-masa akan datang agar tidak terlalu mudah dan memandang remeh apabila memilih calon parti untuk bertanding di dalam pilihanraya. Saya tabik kepada kepimpinan PAS yang begitu teliti di dalam memilih calon sehinggakan Mursyidul Am Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz tidak akan merestui calon yang merokok. Ini kelihatan seperti perkara remeh, tetapi jika difikirkan betul-betul tentunya banyak hikmahnya. Jika tabiat merokok pun dianggap salah oleh PAS, apatah lagi perbuatan dan salah laku yang lain seperti rasuah, maksiat dan sebagainya. Sebab itulah PAS masih berupaya bertahan walaupun suatu ketika PAS hanya mempunyai majoriti 1 kerusi di DUN Negeri Kelantan. Kelantan di bawah PAS mampu bertahan dan Wakil Rakyat mereka tidak berselera dengan limpahan wang ringgit yang cuba ditaburkan. Tidak salah jika PKR atau DAP cuba mempelajari kaedah PAS di dalam memilih calon parti masing-masing. Biarlah kita bersusah-susah atau bergaduh-gaduh dahulu untuk memilih calon yang terbaik daripada kita menyesal di kemudian hari.

Jika calon dari Pakayan Rakyat terdiri daripada orang Islam, pilih lah mereka yang mempunyai nilai-nilai kerohanian dan akhlak yang baik. Jika calon dari ugama lain samada Hindu, Budha atau Kristian, parti mereka hendaklah juga memilih yang terbaik iaitu mereka yang berpegang teguh dengan agama mereka sendiri. Jika ini dapat dilaksanakan oleh semua parti di dalam Pakatan Rakyat, nescaya BN/Umno akan lebih cepat menyembah bumi. Umno kini hanya mengumpan, dan sekiranya ada di kalangan Wakil Rakyat Pakatan Rakyat yang suka memakan `bangkai' maka pasti umpan Umno ini akan mengena. Buktinya telah jelas di depan mata kita sekarang dan akibatnya banyak menyusahkan masyarakat.

Sikap menikam kawan sewaktu berjuang masih terdapat di dalam pimpinan Pakatan Rakyat. Paling mendukacitakan, seorang dua pimpinan ini bukanlah baru di dalam gelanggang politik tetapi mereka seolah-olah tidak tahu bermain `senjata' dan tidak tahu muslihat politik sehinggakan tidak kenal siapa kawan dan siapa lawan mereka sebenar. Perangai suka memperlekehkan strategi pimpinan yang lain kadangkala memberi kesan kepada Pakatan Rakyat sendiri sedangkan mereka ini tidak pernah untuk memberikan idea atau pandangan yang lebih baik dan bijaksana demi kebaikan bersama.

Mulai sekarang, kita tidak perlu membicarakan hala tuju tongkang buruk Umno tetapi sebaliknya kita hendaklah memperkemaskan bahtera kita untuk kita meneruskan perjalanan membawa bersama rakyat jelata. Kita telah pun memilih nakhoda untuk memimpin kita dan bersamalah kita membantunya. Jika nakhoda tersalah atau tersesat jalan, kita harus menegurnya secara baik bukan untuk menghumban nakhoda yang kita pilih itu ke lautan. Nakhoda pula perlulah sedia menerima teguran dengan sebaiknya. Mudah-mudahan bahtera Pakatan Rakyat akan sampai ke destinasi di Putrajaya dan di sana kita akan dirikan muzium untuk menyimpan tongkang usang Umno beserta saki baki khazanah yang ada di dalam tongkang tersebut untuk dipamirkan kepada jenerasi akan datang. InsyaAllah.

WFAUZDIN NS

Tragedi Black Feb - Jalan Pintas Kejatuhan UMNO?

Apakah persamaan antara rampasan kuasa negeri Perak '09 dan rampasan kuasa negeri Sabah '90? Persamaanya ialah kedua-dua buah negeri itu dirampas oleh pihak yang sama iaitu pihak yang taksub kepada demokrasi, demokrasi terpimpin barangkali.

Ingin saya tahu, apakah rakyat Malaysia ini terlalu lurus untuk mempercayai helah-helah UMNO yang merampas kuasa dua buah negeri setakat ini? Adakah rakyat tidak menilai? Rampasan terbaru bermula di Perak tetapi persoalan setiap rakyat ialah di manakah ia akan berakhir?

Setelah hampir tersungkur di PRU Mac '08, UMNO terus tewas di hati rakyat dengan menaikkan harga minyak mendadak. UMNO tewas lagi di Permatang Pauh dan akhirnya UMNO menerima kekalahan yang paling memalukan apabila gagal mempertahankan P36 Kuala Terengganu malah kehilangan beberapa ribu majoriti. Dalam keadaan tewas demi tewas, gerombolan ini bukan sahaja tidak melihat ke bawah dengan mengkaji kelemahan yang mereka punyai, gerombolan ini tidak bertanya kepada rakyat apakah salah mereka hingga saban hari ditolak rakyat, gerombolan ini juga tidak insaf serta muhasabah diri dengan kekurangan yang ada. Malah, gerombolan UMNO semakin membabi buta dalam usaha kononnya mengembalikan semula kepercayaan rakyat.



UMNO kehilangan negeri Perak melalui pilihanraya umum ke 12. Mengikut jumlah undi juga, mereka kekurangan lebih 40 ribu undi majoriti. Jadi tiada sebab untuk mereka memiliki negeri yob ini. Jikapun gerombolan mempunyai bilangan ahli DUN majoriti yang mencukupi sekalipun, yang membolehkan kuasa berpindah milik, itu adalah amalan yang mengikut peruntukkan undang-undang. Tiada masalah dengan cara sedemikian sepertimana yang dirancang DSAI melalui projek 916nya. Tetapi apabila beberapa ahli DUN pakatan rakyat hilang, apabila berlaku beberapa siri kejadian 'culik dan tukar', pasti sesuatu telah berlaku samada mangsa culik telah ditawarkan sesuatu yang lumayan atau ugutan melampau telah berlaku.

Sekiranya seorang rakyat biasa telah diperas ugut oleh perompak ataupun penjahat, dia mempunyai satu jalan terbaik iaitu membuat aduan kepada pihak polis dan memohon bantuan dari agensi kerajaan yang berkaitan. Tetapi bagaimana pula jika seseorang itu diugut oleh kerajaan itu sendiri? Apakah jalan terbaik untuk mereka selain daripada tunduk memenuhi permintaan dengan harapan 'diri dan keluarga' mereka tidak di-apa-apakan. Mungkin kehilangan beberapa personaliti tanpa berita termasuklah penyiasat Bala membuatkan mereka yang diugut ini ketakutan dan seterusnya rela dalam terpaksa. Sebab itu wajah Adun Bota seperti ada yang tidak kena ketika press conference bersama Najib.

Kita tahu rancangan gerombolan yang serampang beberapa mata. Dengan merampas negeri Perak, mereka akan menyalurkan seberapa banyak gula-gula kepada seluruh rakyat negeri perak lantas menuntut bahawa merekalah yang membela rakyat, sedangkan kita semua tahu gula-gula itu di tabur untuk mendapatkan 'chocalate indulgence' melalui projek-projek yang sudah di atur sebelum PRU13. Dalam masa yang sama juga, potensi Nizar sebagai Menteri Besar harus disekat oleh gerombolan. Itulah usaha UMNO, Rakyat tahu semua ini, rakyat sudah celik.

Dalam masa yang sama, UMNO mengharapkan gula-gula yang ditabur itu bakal memberi pulangan moral sokongan terhadap mereka dan apabila Selangor juga dirampas pada pertengahan tahun ini, maka mereka akan mengatakan bahawa rakyat Malaysia telah kembali memberi kepercayaan kepada UMNO seperti dulu, seperti sejak 50tahun yang lalu. Itulah angan-angan UMNO melalui Najib, mengaku telah berjaya diterima semula dipangkuan rakyat secara paksa dan secara perasan di media perdana.

Terdesaknya UMNO untuk merampas Perak dengan cara paling kotor dalam sejarah kerana mengikut arus keputusan P36, mereka bakal kehilangan kerajaan pusat dalam PRU akan datang. Jadi mereka datang merampas negeri sambil merampas sisa-sisa demokrasi.

Setelah mereka rampas, dengan pantas menteri besar yang baru dilantik. Dengan tidak semena-mena proses angkat sumpah berlaku dalam keadaan yang begitu tergesa-gesa. Dengan Najib ke hulu ke hilir, dari Ipoh ke Kuale Kangsar, dari Putrajaya ke Ipoh kemudian ke Kuale, siapakah najib untuk mengurus-hal negeri Perak. Di lantik sebagai pengurusi UMNO Perak semata-mata untuk projek terbengkalai Tajul Rosli? supaya dikenang sebagai wira yang mengembalikan kegemilangan UMNO?? itu lah UMNO.

Bagi memerangi penubuhan sebuah kerajaan 'haram', rakyat kembali bangkit dijalanan. Jika tahun '98 dulu mereka bangkit menuntut keadilan untuk demokrasi Anwar Ibrahim, kini mereka bangkit di Perak untuk mempertahankan MB Nizar tersayang, seorang pemimpin yang begitu berpotensi untuk membawa Perak ke arah seumpama negeri Kelantan yang menjaga rakyatnya.

Baring dijalan beramai-ramai bagi menghalang majlis angkat sumpah MB baru dilangsungkan adalah idea yang sangat berani. Kita yang tidak dapat bersama yob dijalanan sana 'salute', Masjid Ubaidiah menjadi saksi kehebatan mereka. Semoga Allah membalas kesengsaraan mereka dengan merejam UMNO dengan jutaan kebencian dari rakyat. Agar lebih ramai rakyat sedar dan bangkit menentang kerajaan penjajah.

Akhirnya, Allah memberi sebuah rahmat dari sebuah kehilangan. Sewaktu saya menulis artikel ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang Ustaz Roslan Shahrum, baru sahaja kembali ke rahmatullah. Al-fatehah kepada beliau, salam takziah kepada keluarganya, semoga roh beliau akan dicucuri rahmat. Pilihanraya tetap akan berlaku di negeri Perak, bezanya yang dimohon adalah pilihanraya DUN tetapi yang diperoleh ialah pilihanraya parlimen. Syukur, Satu anugerah dari Allah.

Saya ada dengar cadangan seseorang yang bernama hadi di perak express, calon yang paling sesuai untuk kerusi PRK Parlimen Bukit Gantang ialah MB Nizar sendiri. Biar rakyat negeri perak buktikan sebuah sokongan melalui PRK yang bakal dijalankan dalam masa 60 hari. Pasti tiada harapan buat UMNO walau Raja Nazrin sekalipun diletakkan sebagai calon BN.

Berbalik kepada cerita rampasan kuasa UMNO terhadap Perak, berapa lama ia dapat bertahan? Semaklum saya, PRU-13 adalah tarikh luput bagi gerombolan UMNO, ia dapat disahkan dengan berlakunya peristiwa Black Februari, UMNO pasti ditolak habis-habisan oleh rakyat. Kerana hari ini keadilan dan demokrasi itu dihentak oleh segala kekuasaan UMNO melalui pelbagai agensi milik mereka, melalui ugutan yang tidak bermaruah ala-ala politik hindustan, dan tidak ketinggalan juga melalui Sultan.

Namun begitu, apakah benar PRU 13 adalah tarikh luput UMNO di jasad kerajaan pusat? atau peristiwa Black Februari ini membuka jalan pintas kejatuhan UMNO dari jasad kerajaan pusat? Artikel panjang di bawah menceritakan sebuah counter-konspirasi. Artikel oleh Abg Mat Saman Kati. sila hayati;

oleh edyesdotcom

Konspirasi Nizar-Anwar

oleh: MSK

Dubai merupakan kayu ukur yang telah diterima oleh dunia untuk mengetahui ekonomi dirantau Teluk, kerana ia merupakan Bandar yang paling moden. Untuk sekian lama, peniaga berpusu-pusu kesana untuk mencari kekayaan terutamanya dalam sector hartanah.

Tetapi pasaran hartanah sudah merudum akibat kemelesetan ekonomi dunia dan melibatkan banyak syarikat-syarikat dari Malaysia. Banyak projek-projek digantung atau dibatalkan. Dan salah satu syarikat yang menerima tempias ialah Gamuda Berhad, syarikat terbesar di Malaysia dimana tumpuan utama mereka adalah dalam sector pembinaan, air, tol dan hartanah. 7% daripada pendapatan Gamuda datang dari Dubai. Gamuda menghadapi masalah selepas projek dibawah WCT Berhad dan Meydan LCC untuk membina padang lumba kuda di Dubai yang bernilai RM4.6 billion dibatalkan. Pengarah Urusan Gamuda,, Lin Yun Ling, baru-baru ini telah menjual sahamnya menyebabkan saham Gamuda jatuh merudum.

Satu lagi fakta menarik tentang Gamuda ialah – pemegang saham terbesarnya juga merupakan wanita kedua terkaya di Malaysia. Beliau adalah Raja Datuk Seri Elena Raja Azlan Shah, anak Sultan Perak, Raja Azlan Shah. Beliau bernilai RM773 juta pada tahun 2007 dan mendapat tempat ke 25 daripada 40 orang terkaya di Malaysia. Tetapi kekayaanya merosot kepada RM510 juta pada tahun 2008 dan turun ketangga ke 35 daripada senarai 40 orang terkaya diMalaysia. Berdasarkan kepada nilai saham RM1.91 sesaham hari ini, kekayaan beliau telah jatuh kepada RM287.46 juta…berdasarkan pegagangan beliau sebanyak 7.5% didalam Gamuda menerusi Generasi Setia (M) Sdn Bhd. Oleh itu, keengganan bapanya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sudah pasti mengundang pelbagai spekulasi.

Politik di Malaysia mungkin yang terkotor tetapi kita tak boleh menyalahkan rakyat apabila mempunyai persepsi bahawa kerajaan persekutuan mengugut Sultan. Dan kita tidak memerlukan pakar untuk menilai bahawa sebenarnya Gamuda adalah dibawah ihsan Kerajaan Persekutuan. Apabila peruntukan dibekukan oleh kerajaan persekutuan terhadap Selangor, Perak dan Pulau Pinang, Gamuda merana dan merayu diberikan projek. Negara mempunyai wang, malah lebih daripada sebelum pilihanraya March 2008 kerana BN tidak tahu kemana wang yang sepatutnya disalurkan kepada lima negeri Pakatan rakyat dibelanjakan.

Dalam masa yang sama, Gamuda tertekan kerana projek landasan berkembar menghadapi banyak masalah. Terutamanya di Pulau Pinang dan Perak. Dan kemelut ini menyebabkan Gamuda terpaksa melutut kepada Najib, sebagai Menteri Kewangan, untuk membantu Gamuda yang semakin kesempitan.

Bakal Perdana Menteri akan menjadi Perdana Menteri pada March 2009 dan pastinya beliau akan membuat beberapa pengumuman popular. Suntikan pertama sebanyak RM7 billion mungkin sudah dibelanjakan. Dr. Mahathir telah memberikan ‘clue’ bahawa suntikan kedua sepatutnya berjumlah RM35 billion ataupun 5% daripada KDNK Negara. Bersedia lah untuk mendengar pengumuman ini. Sama ada RM35 billion ini akan masuk kepasaran saham ataupun projek, semuanya sudah menunggu – termasuk Gamuda. Najib akan mengumumkan bahawa negara kita bebas dari kemelesetan, dan sudah pasti..pasaran saham akan melonjak semula. Dan salah satu saham tersebut ialah Gamuda.

Mari kita bayangkan tentang satu teori konspirasi…dan apa yang berlaku diPerak hanyalah ‘the tip of an iceberg’.

Andaikan….Anwar akan mengambil alih kerajaan Persekutuan tetapi beliau sedar, kalau itu yang dilakukannya, rakyat sudah pasti akan menentang beliau sepertimana rakyat menentang Umno hari ini.

Anwar cuba memulakanya dengan mengumumkan pembelotan Ahli-ahli Parlimen abah dan Sarawak, riuh dengan 916 dan sebagainya. Selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Anwar tahu Najib perlukan sesuatu untuk menunjukkan bahawa beliau juga mampu berbuat sesuatu, lantas Anwar bersedia mengorbankan Perak.

Anwar menerima umpanan Najib yang dibuat melalui Datuk Nasarudin. Satu strategi menarik, untuk menyingkir wakil rakyat PKR yang tidak berkemampuan dan bermasalah, dan dalam masa yang sama..menggantikan dengan mereka yang berwibawa, maka Perak perlu ‘diserahkan’ kepada Umno/BN.

Sekarang Najib sudah mendapat Perak untuk ditunjuk kepada ahli-ahli Umno dalam Perhimpunan Agung Umno nanti dan mengatakan bahawa Anwar memulakannya skandal pembelotan ini dan beliau hanya menyudahkannya. Episod seterusnya ialah…Anwar akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan bersama ‘pembelot-pembelot’ nya dan berkata..” Najib memulakannya dan beliau hanya menyudahkannya’.

Kalau rakyat menerima rampasan kuasa di Perak oleh Najib dan diperkenankan oleh Sultan, mengapa rakyat perlu menolak sekiranya Anwar merampas kuasa Kerajaan Persekutuan dan diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong?

Satu perkara menarik…dalam episode rampasan kuasa di Perak ini, kemarahan dan penghinaan ditujukan hanya kepada dua EXCO PKR, Jamaludin dan Osman, tetapi tidak kepada Dato Nasarudin! Mengapakah kepimpinan PKR tidak menyalahkan Nasarudin, sebaliknya menyalahkan dua EXCO ini? Apakah Dato Nasrudin benar-benar mahu kembali kepada Umno…ataupun beliau telah disuruh?

Aku percaya..Nasrudin memang benar-benar ‘trojan horse’. Tetapi untuk tunggangan siapa? Najib atau Anwar?

Semalam pun, aku masih mencari jawapan. Mengapa Nizar sanggup bertahan walaupun mengingkari arahan Sultan? Dan sejak peristiwa rampasan kuasa Najib ini berlaku, aku masih belum melihat Nizar berwajah sedih..sebaliknya sentiasa ceria dan relax..Begitu juga Anwar…bila ditanya tentang rampasan kuasa ini, dia masih boleh melawak..”hangpa tok sah ghafla la. Buat kerja hangpa..yang ni semua bagi kat kami.”

Bila ditanya berapa lama Nizar akan bertahan diKediaman Menteri Besar, Nizar menjawab dia akan keluar beberapa hari lagi, tetapi dengan sinis dia berkata..” kita keluar kejap…bulan depan kita masuk balik.”

Perancangan Anwar dan Nizar ini hampir berjaya, sekiranya Sultan bersikap berkecuali dan adil, kerana itulah persepsi yang ada dikalangan rakyat dan kepimpinan PR. Apa yang mungkin tidak diketahui mereka, Raja Nazrin memainkan peranan utama untuk memaksa Dato Nasrudin kembali kedalam Umno. Malah Dato’ Nasarudin menangis kerana dipaksa kembali kedalam Umno.

Dan semalam, aku mendapat beberapa rakaman perbualan telefon diantara orang kita dengan Jamal, Osman, Dato Nasarudin dan isterinya yang dirakamkan secara rahsia. Kami akan siarkan rakaman telefon ini secara berperingkat dan belum pasti sama ada ianya akan disiarkan di Perakexpress. Mungkin di blog Sya-reformis, Albanjari, Cyberboron, Cenangau…kerana kami semua sedang diekori oleh SB dan MIO.