7 Jun 2017

[VIDEO] CEO FGV Ditekan & Digantung, Shahrir Samad Jangan Membisu

PKR mahu Shahrir campur tangan, kekalkan CEO

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menasihatkan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad supaya campur tangan dan meredakan kemelut yang melanda firma perladangan itu.

Shahrir juga, kata beliau yang juga ahli Parlimen Pandan, perlu mengekalkan Datuk Zakaria Arshad selaku presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan itu.

"Saya memberi nasihat kepada Shahrir untuk campur tangan dan meredakan keadaan dengan mengekalkan Zakaria sementara segala isu disiasat dengan lebih lanjut.


"Berita penggantungan jawatan beliau oleh (Pengerusi FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad diselubungi banyak isu yang perlu diselidik dan disiasat dengan lebih jelas.

"Saya mengambil kira rekod Zakaria sebagai seorang tokoh korporat dari generasi kedua Felda. Beliau juga berjaya memimpin FGV menunjukkan sedikit peningkatan kebelakangan ini," kata Rafizi dalam kenyataan.

Sebentar tadi, Isa mengadakan sidang akhbar mengenai tindakan FGV menjalankan siasatan audit dalaman membabitkan Zakaria dan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekiranya diperlukan.

“Terserahlah pada SPRM nak masuk (siasatan), masuklah kita tak ada masalah. Buat masa ini kita cuma mengiyakan siasatan audit dalaman.

“Kalau SPRM nak masuk, siapa boleh tandingi kalau dia nak masuk. Kita nampak ada kesilapan sebab itu kita buat siasatan supaya lebih jelas,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Menara Felda, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau kurang mengeluarkan kenyataan mengenai FGV sejak kebelakangan ini kerana mahu memantau firma tersebut yang berpotensi lebih maju di bawah kepimpinan Zakaria.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin menyatakan sokongan terhadap Zakaria dengan mengucapkan tahniah atas tindakan Zakaria meminta SPRM untuk menyiasat FGV.

"Tahniah Zakaria di atas keberanian saudara mendesak SPRM untuk menyiasat penyelewengan FGV. Hak peneroka mesti terus dibela," kata Shamsul Iskandar dalam akaun Facebooknya. -mk


Zakaria luah perasaan di laman twitter


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad, yang diarahkan bercuti menyifatkan peristiwa yang berlaku sekarang sebagai tidak pernah berlaku dalam sejarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan syarikat itu.

“Berita hari ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Felda dan FGV. Kebenaran akan menjelma akhirnya.

“Kepada rakan sekerja FGV dan warga FELDA, Saya mohon maaf kerana terpaksa meninggalkan pejabat secara tiba-tiba, saya tidak berkesempatan bertemu anda semua,” katanya dalam catatan beliau di laman Twitter.

Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April tahun lepas.

FGV telah memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Selain daripada Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar juga diminta bercuti.

Semasa dihubungi stesen televisyen tempatan dalam segmen temu bual sebelumnya, Zakaria berkata beliau bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urus niaga yang melibatkan unit FGV, Delima Oil Products.

"Malahan, semasa ditanya sebelum ini, saya meminta SPRM supaya datang ke FGV dan menyiasat keseluruhan FGV, termasuk kes ini (Delima Oil) bagi membolehkan kami bagi menghapuskan segala keraguan," katanya.

Zakaria juga berkata beliau ada menjangkakan kemungkinan lembaga meminta beliau bercuti, tetapi tidak menjangka sampai seperti ini kerana ia adalah isu kecil.

“Saya perlu mendepani perkara ini dengan terbuka dan mempertahankan diri saya sendiri,” katanya.
-MD














RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mat Isa tahu yang dia ni Najib tak boleh usik langsung sebab Lagu Ziana Zain yang Nyaring tu KALAUMat Isa Mainkan akan buat NAJIB jadi PEKAK BADAK.KPN KHALID DAN SPRM LAGI LAH TAK BOLEH DIHARAP.HIDUNG MASING MASING DAH KENA IKAT CUCUK 3 LOBANG.SATU MALAYSIA DAH TAU 2 ORANG NI PUNYE KOJO

Tanpa Nama berkata...

dgn dedak rm1juta kena siksa sama mcm rompak harta rakyat rm2.6bil. ada bbaloike?

org jahil tak beriman aje yg sanggup.

berhentile solat, puasa, haji dan zakat sbb mende tu tak boleh selamatkan korg kalau tak ada iman.

selemah2 iman ialah membenci kemungkaran. adakah dgn myokong org zalim termasuk dlm selemah2 iman?

Tanpa Nama berkata...

Bukan nk mengaibkan Mat Isa sememangnye Mat Isa ni pernah diGANTUNG AHLI UMNGOK SEBAB RASUAH.JADI KETAGIH RASUAH NI DAH LEKAT DALAM DIRI DIA.YANG PENTING DIA DAPAT DUIT YANG BANYAK NK BAWAK KE KUBOR BILA MAT ISA NI MAMPOS KOT.HAI NI LAH MANUSIA TAMAK YAMG ALLAH SWT TUNJUKKAN PADA KITE.

Tanpa Nama berkata...

MALAYSIA PALING PELIK DI DUNIA. NEGARA CEO YG BERJAYA MEMBAWA KEUNTUNGAN BESAR AKN DILANJUTKAN KONTRAK.TAPI M,SIA YG KORUPSI DILANJUTKAN KONTRAK. INILAH DIA MALAYSIA. SELAGI UMNO TIDAK DIGULLINGAN SELAGI ITU PERKAEA YG DILUAR TABII AKN SENTIASA BERLAKU.

Tanpa Nama berkata...

.
.

Hukum negara ini terbalik kerana kuasa Najib yang menjatuhkan hukum tersebut.

Orang baik di persalahkan dengan mengambil keputusan yang nampak saksama dengan menukarkan ke jawatan lain dan orang itu di naikkan pangkat.

Sementara yang tidak baik yang mengguna kuasa untuk kepentingan peribadi sehingga mengakibatkan kerugian, tersengih-sengih kerana tiada satu tindakan pun di ambil.

Idris Jala akan membuat rombakan pengurusan dengan berbagai alasan supaya imej baru nampak cantik.

Enam bulan kemudian syarikat membuat keuntungan yang tidak di jangkakan.

Isu tidak selesai dengan pendekatan dan cara begini.