23 Mac 2017

[VIDEO] Husam Dihalau Keluar Dewan, K'jaan PAS Kelantan Dayus - Sayuti

VETO SEORANG SPEAKER

Speaker Dun Kelantan Abdullah Yaakob berjaya menyelamatkan kerajaan Kelantan dari "dimalui" sekali lagi oleh Adun Salor, apabila beliau tidak membenarkan Adun Salor (Husam Musa) mengambil bahagian dalam perbahasan titah ucapan pemangku Sultan. Speaker itu menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang Husam, demikian tulis soerang blogger, Mohd Sayuti Omar di dalam statusnya di media sosial.


Tetapi apakah Speaker berkenaan tahu bahawa dia sudah tidak berlaku adil dan secara tidak langsung memberi gambaran kerajaan pimpinan Ahmad Yakob sebagai dayus? Tidak bersedia mendengar kritikan dan teguran, soal Sayuti.

Tindakan Speaker itu bukan sahaja bukan bersikap tidak demokrasi, sebaliknya secara tidak langsung melacurkan sidang Dun kali ini meletakkan Dun Kelantan sebagai dewan legislatif yang tidak bermaruah.

"Seorang Adun Kelantan menghantar mesej kepada saya, katanya; masa masih ada, tetapi kenapa Speaker menjadi penakut begitu. Inysa-Allah kalau kita memerintah nanti kita tidak akan ambil speaker seperti it," tambahnya lagi.

"Ulasan saya, penyekatan ke atas Adun Salor itu, walaupun beliau tidak dapat membentangkan hujah dan memberi pandangannya, ia telah membuktikan beliau benar dan halangan itu adalah kemenangan baginya.

Apakah Speaker mengira suara Salor itu terhenti di situ sahaja? Tidak, sebab dunia hari terbuka, di luar ruang lingkungnya lebih luas daripada Dewan itu sendiri. Saya yakin dan pasti selepas ini Adun Salor akan mengedarkan teks ucapan atau point2nya kepada media massa. Secara tidak langsung halangan dilakukan oleh Abdullah Yakob itu akan menjadi modal dalam ceramah Adun Salor selepas ini. Sekali lagi tindakan Speaker itu menyala api ke punggung sendiri," tulis Sayuti lagi.

"Sebab itu bagi saya berterus terang itu adalah lebih baik dari segala-gala. Selamanya sejarah akan mencatatkan yang Abdullah Yaakob bekas seorang Imam Kampung sebagai speaker yang tidak profesional," ujarnya.

Di dalam perkembangan berkaitan, Malaysia Dateline sebelum ini melaporkan Datuk Husam yang tidak diberi peluang berucap sebelum tamat persidangan semalam menganggap kerajaan Kelantan bersikap pengecut.

"Apa yang ditakutkan, jika tiada kelemahan ketara cuba disembunyikan," soal beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya ini satu yang mendukacitakan kerana menurut amalan biasa Dun, sebelum sesi perbahasan ditutup, Speaker akan memberitahu Dewan atau bertanya bilangan Adun yang masih ingin berucap.

"Ini tidak berlaku. Jam 4.30 semalam, selepas Adun Selising habis berucap, saya bangun untuk berucap tetapi Timbalan Speaker terus menutup persidangan dan tidak pula memberi notis sesi perbahasan telah tamat.

"Pada jam 4.30 petang masih awal untuk ditutup. Ia boleh berlangsung paling kurang, sampai jam 5 petang. Bahkan, Parlimen ada masanya berbahas sampai malam," katanya.

Menurutnya sebagai Adun Amanah tunggal dalam Dewan Undangan Kelantan, peluang perlu diberikan.

"Untuk hanya Adun tunggal Amanah pun tidak berani diberikan, sedapat mungkin kerana saya percaya persidangan Dun Kelantan kali ini akan ditamatkan tengah hari ini.

"Pada hal, lazimnya Dun atau Parlimen bersidang sampai petang," katanya.

Beliau mengecam sikap speaker yang dianggap tidak berbaloi menuntut elaun sehari penuh untuk persidangan dewan.

"Setiap Adun yang menghadiri sidang Dun layak menuntut elaun. Elaun itu untuk persidangan sehari penuh.

"Tetapi atas suka hati Speaker, elaun sehari penuh itu terbayar untuk persidangan separuh hari," katanya.

Menurut Husam sekalipun layak menuntut elaun persidangan, beliau tidak pernah berbuat demikian.

"Apatah lagi dengan persidangan separuh hari seperti hari ini, yang disengajakan.

"Pada hal, keadaan memerlukan persidangan sehari penuh," katanya.


Tanya kelayakan exco agama, saya dihalau dari dewan, kata Husam


Naib presiden parti Amanah Negara, Datuk Husam Musa yang dikeluarkan dari persidangan dewan negeri Kelantan hari ini, berkata, beliau menerima nasib seperti ini semata-mata kerana bertanyakan kelayakan exco agama di dewan berkenaan.

Selepas beliau dilarang untuk berbahas katanya beliau cuba mengikuti sesi penggulungan walaupun beliau beranggapan persidangan sudah bertukar menjadi kuliah oleh seorang exco agama.

"Itulah rutin dewan 'Kuliah' Undangan Negeri Kelantan kebelakangan ini," katanya.

Menurut beliau tidak ada enakmen baru berkaitan Islam yang dibentangkan.

"Tidak ada program baru, penyelesaian permasalahan ummat atau pembentangan prestasi portfolio agama yang diketuainya," katanya.

Menurut Husam terdapat pelbagai masalah yang belum selesai mengenai pentadbiran agama Islam di Kelantan.

"Misalnya di negeri lain, tanpa slogan Membangun Bersama Islam, Enakmen Wasiat dan Enakmen Wakaf telah lama diluluskan.

"Juga belum diluluskan di negeri Kelantan ialah Enakmen berkaitan urusan mal atau kewangan ummat Islam, yang juga penting.

"Mahkamah Syariah Jajahan masih berkongsi pejabat dengan Pendakwa Syariah.

"Malah Enakmen Pentadbiran Syariah kali terakhir disemak ialah pada 1998," katanya.

Syarahannya kata beliau, mengalahkan mufti dan profesor.

"Kuliahnya pagi ini mengenai gugurnya talak orang yang berbai'ah talak ta'lik.

"Tetapi apakah beliau layak memberi fatwa?

"Apa kelayakan beliau berfatwa sesenang hati?

"Pertanyaan seperti itu paling wajar ditanyakan kepada MB yang melantik beliau.

"Rupanya, harga soalan mengenai kelayakan Exco Agama Kelantan sangat mahal." ujarnya.

Ketika Menteri Besar. Datuk Ahmad Yakob menggulung perbahasan tadi, Husam diiringi Bentara dengan cokmar diusung keluar dewan. "Sensitif kepada speaker dewan menanyakan kelayakan kawan beliau, exco agama Kelantan? "Tanpa amaran saya 'digiring' keluar dewan atas arahan speaker Dun kerajaan Islam Kelantan, dua tiga minit sebelum sidang ditamatkan," katanya. Bagi beliau sejarah tercipta oleh sebuah Kerajaan pimpinan Datuk Ahmad Yaakob. "Insya Allah ia akan kekal menjadi rekod sama ada kerajaan ini demokratik atau menghayati semangat 'syura' atau ketiadaan kelayakan menjadikan pimpinannya takut dengan bayang-bayang sendiri," katanya.
-MD










FEATURED ADS





21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kata Parti Islam SeMalaya tapi macam Parti Pondan SeMalaya.... kt husang sorang pun takut.. Esok x payah pkai serban & jubah.. pkai gincu & maskara... memang pondan puak2 Pas ni...

Tanpa Nama berkata...

Tanda2 kehancuran PAS semakin jelas. PAS dipandang hina di mana-mana sekarang ini.

Lebai Roger berkata...

Parti talak baiah dah jadinya......nauzubillah

Unknown berkata...

Nak baca komen waluan2 parti pas..sah2.. kes ni speker menjalankan tugas terbaik.. kata waluan2.. memalukan..kapada MB kelantan.. kalau takut dewan bergegar sbb husam akan tanya isu pasal exco agama.. suruh exco agama ponteng dewan.. kalau tak tahu cara belajar ponteng dewan.. belajar dr tuang presiden..

Tanpa Nama berkata...

Manisfesto pru 14 pas ialah MEMBANGUN BERSAMA BAIAH TALAK ISTERI....

F12 berkata...

PAS 100% dah jadi umno. Bila agak2 tak boleh nak jawab soalan atau hujah... halau ahli tu keluar dari dewan.
Sebijik macam perangai Boss baru PAS.. si najib toyol tu.

Tanpa Nama berkata...

.
.

Layak kah pemimpin begini menjadi imam solat jemaah sedang kan mereka sedar mereka melakukan kesalahan sebagai seorang pemimpin ?

Ciri-ciri mereka sama juga macam ciri-ciri yang di dakwa ada pada ahli agama pemimpin UMNO sehingga terjadi solat dua imam.

Wallahhuallam.

Tanpa Nama berkata...

Ikut perangai umno. Beginikah pentadbiran islam? Apa bezanya dgn kerajaan umno? Takkan nak tukar umno dgn geng yg perangai sama mcm umno.

Tanpa Nama berkata...

Pas dah jadi parti bacul. Lebih umno dari umno. Tanda2 menuju kehancuran. In Shaa Allah.

Tanpa Nama berkata...

Ape bende le parti lobai ni.
Selagi tak dpt kata putus patut dibincangkan. Itu gunanya dewan. Itu gunanya perbahasan. Kalau tal berani nak berbahas apa guna dewan. Apa guna jd ahli dun. Mmg teruk parti lobai ni. Mcm ni ka parti agama.

Tanpa Nama berkata...

baru perintah negeri, dah tunjuk sikap diktator; lebih teruk dr Tun. langsung tak boleh terima kritikan.

Tanpa Nama berkata...

Exco agama tak perlu ada kelayakan, cukup dengan mimpi jumpa Nabi,macam tuang presideeng

Tanpa Nama berkata...

.
.

Dewan jadi kuliah agama ?

Rasa nya kuliah agama pun ada soal jawab.

Kalau pentas ceramah anjuran PAS walaupun pengecut penganjur ada juga hak untuk tidak membenarkan Husam berucap.

Tetapi di dalam Dewan ahli DUN ada hak untuk berucap berbahas. Speaker telah melakukan dosa kerana berat sebelah dan bahang api neraka semakin terasa oleh tuan punya badan. Jangan main ”suka-suka” melaksanakan amanah.

Yang lain-lain YB PAS pun akan merasai bahang neraka kerana bersongkol


Neraka itu benar.

Tanpa Nama berkata...

tak lama dah usia kerajaan PIS nih...tak sampai setahun je lagih...bakal dihumban dalam kubur oleh pegundi2 di kelate termasuk kawe...masa untuk mengajar PIS...

Tanpa Nama berkata...

Kalau aku jadi rakyat kelate. Mesti aku check kelayakan exco agama tu. Jangan2 SPM tak pun mengaji agama tapi GAGAL. Malu le klate serambi mekah tapi ada exco drop out belajar.

Tanpa Nama berkata...

Jangan lawan ularmak tak masuk sorga nanti

Yahahadi berkata...

pas akan lebih teru kdr umno.

sebb mereka menggunakan agama.

ramai penyokong masih taksub sbb menggunakan nas.

sifat2 mulia mahmudah sudah mula terhakis dpd pas.

sorakkan takbir penyokong selama ini bukan utk mengingatkan
bahawa Allah Maha Besar dan kita kecik.. tetapi telah menjadikan
pemimpin besar kepala.

sikap keterbukaan sudah tertutup dalam pas. ulamak sudah menjadi ayatollah yg maksum tidak boleh ditegur. hanya kata2 mereka saja yg betul dan wajib diikuti. menegur bermakna derhaka.. anda boleh dituduh munafik liberal secular dan keluar dr islam.

menyokong pas bermakna membela kezaliman dan sikap melampau dan jumud
yg dibalut dengan topeng agama. islam seolah2 bukan lagi dalam Al Quran dan Sunnah tetapi adalah diri2 ulamak2 pas.

ciri2 syiah dan khawarij semakin terserlah dlm pas.

amat malang tersesat dalam beragama. lebih baik jadi jamal jamban bertuala cebok mandi di khalayak ramai

Tanpa Nama berkata...

lorong Ahmand Yaakob x de ke???
sape yg rasa nk jadi pondan & x berani bahas,kaki ponteng kt Sidang Dun @ Parlimen.... boleh keje kt sana.. jadi Adun & MP pun dok mkn gaji buta je.... Rakyat kian dibuli UMNO 24jam sampai pokai... Adun & MP dok galak merayap gi KL dgn Porche M,Am,Audi En Somi,& Range Rover perompak balak.. mcm ni perangai puak nak bela Islam...???? kencing org bodo boleh le...

No name berkata...

Hati dah gelap

Tanpa Nama berkata...

hati gelap? ya.. org P@$ je hati cerah... mungkin sb org PH x bayar bil TNB kot..??? mcm2 la org P@$ ni.....kadang2 lawak gak org P@$ ni...

Tanpa Nama berkata...

kasyaff betoi org pas ni.. dpt tgk hati org... gi tgk dulu hati pimpinan anda.. kalut tgk hati org... gi try tgk..kot2 ade 90juta ke? ade audi en somi ke? ade range rover penyamun balak ke? ade porche Mr Am ke? ade Najipon ke? RosSemak ke?