22 Mac 2017

Azmin Baru Sedarkah PAS Menikamnya Dari belakang?

Azmin sindir 'tok lebai' yang kalah tersungkur

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini menyindir seorang 'tok lebai' misteri.

Tanpa menamakan secara langsung individu itu, Azmin turut mempersendakan kekuatannya yang bercita-cita hendak menawan Selangor.

“Ada tok lebai nak tawan Selangor.

“Kawasan sendiri pun kalah tersungkur,” tulis Azmin ringkas.


Tulisan itu dibuat kebetulan selepas Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata, pihaknya bersetuju untuk PKR menerajui Selangor selepas pilihan raya umum ke-13 tetapi ia tidak akan sentiasa kekal.

Nik Abduh mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mereka menyasarkan mentadbir Selangor pada pilihan raya umum ke-14, selain Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perak.

Nik Abduh sebelum ini kalah teruk pada pemilihan PAS peringkat kawasan di Pengkalan Chepa.

Anak ikon PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu hanya mendapat 37 undi berbanding lawannya Anggota Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin dengan 207 undi.

Dr Izani sekali gus mempertahankan jawatannya sebagai timbalan yang dipertua PAS Pengkalan Chepa.

Nik Abduh bagaimanapun menjelaskan beliau bertanding hanya 'sekadar suka-suka' kerana jawatan yang sedia ada (ketua Pemuda) pun sudah membebankan.

Malaysiakini sudah cuba mendapatkan penjelasan Azmin berkaitan identiti sebenar pihak yang dimaksudkannya itu.

ULASAN GB

Hah tudia. Azmin baru perasankah PAS kini menikamnya dari belakang? Tak serik lagikah pengalaman di PRN Sarawak tahun lalu?

Beberapa kawasan PAS telah membuat resolusi di dalam muktamar mereka agar PAS memutuskan hubungannya dengan PKR.

Pimpinan tertinggi PAS baru-baru ini berkata parti itu akan mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR pada sidang Muktamar parti April ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu diambil susulan PAS menerima tiga usul yang mendesak untuk parti berbuat demikian.

Sebelum ini, PAS kawasan Permatang Pauh, Bayan Baru dan Dewan Pemuda PAS Tumpat meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, tindakan itu juga mengambil kira kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan (PH).

Kata-kata Presiden PAS, Haji Hadi Awang yang menyatakan parti-parti yang tak menyokong agenda PRUU355 yang diterajui PAS sebagai "kambing terpisah" kini kembali kepada partinya sendiri.

PAS kini yang telah menjadi kambing yang terpisah, parti pembangkang yang berpisah dari parti-parti pembangkang yang lain apabila Pakatan Harapan semakin kukuh dengan penyertaan PPBM ke dalam PH.

Mengenai kenyataan Nik Abduh mengenai kekalahannya konon beliau bertanding hanya untuk suka-suka menjelaskan kepada rakyat bahawa perjuangan di dalam PAS hanya "suka-suka".

Sudah tidak lagi serius untuk menentang kezaliman dan kekejaman rejim UMNO BN, malah dalam banyak ketika bersekongkol dengannya.

Pemimpin-pemimpin PAS kini sudah berada di zon selesa, sudah kaya raya... justeru perjuangan di dalam PAS hanya lakonan dan "suka-suka".

Yang jenuh dan yang beriya-iya ialah ahli PAS bawahannya.

Perjuangan PAS sudah jauh tergelincir semenjak pemergian Allahyarham TG Nik Aziz. Sudah lama GB ikuti perjuangan PAS iaitu semenjak era Dato Asri sebagai presiden lagi. Dan mutakhir ini PAS telah kembali ke era assabiyah sama seperti perjuangan UMNO.

Semakin ternag dan jelas, PAS kini mengikuti jejak UMNO ke tempat persemadiannya.



FEATURED ADS





11 ulasan:

Unknown berkata...

Aku ingat parti ada "BADI"..kalau ikut sejarah2 pas ni.. parti dah nak sampai kemuncak.. mesti presiden atau naib presiden buat perangai..yg menjadi kerugian pd parti itu sendiri.. yg mana kalau nak di pulihkan kembali..makan masa bertahun2...aku rasa nak hilangkan "BADI" tu.. mcm di sarankan oleh beberapa pengkomen... jadikan parti ini badan dakwah.... jgn jadi parti politik... buang masa je..

Tanpa Nama berkata...

Dah lah Azmin.dari dulu rakyat dh warning kau.dh ramai kutuk kau baru nk u turn.tungu la hari kejatuhan kau nanti

Tanpa Nama berkata...

Terbaru "SHAH ALAM - PKR masih berusaha mengadakan rundingan dengan Pas untuk memastikan pertembungan satu lawan satu dengan BN menjadi kenyataan.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, sehingga hari ini, perbincangan antara partinya dengan Pas menunjukkan tanda-tanda positif, yang memungkinkan tidak berlakunya pertandingan banyak penjuru pada PRU14..."....pkr masih nk bincang2 lg. Lembab btl la pkr ni. Ni yg membuatkan rakyat menyampah dgn pkr..

Tanpa Nama berkata...

nak tawan Selangor???
x payah la..
aku org Kedah.. dulu Pas pernah perintah Kedah... teruk.. bil Air naik.. jalan raya x repair, teruk gila babi.. x buat pe2.. buat kuin pun x de manfaat utk rakyat kedah.. yuran mahal gila2 sama mcm ipt swasta lain...tambah hutang negeri lagi ade la... MB mula2 ok la.. jiwa rakyat pastu ek@sombong,bebal.. exco pun sama.. mula2 marhein pastu berlagak mcm OKB... padahal ade yg bekas cikgu farduain KAFA je dulu... sistem kifalah utk org susah entah kemana.. MKK pun ceroi... last2 tgk sebijik mcm perangai umno.. melancong sana sini... padahal negeri miskin... patut le Tuhan bagi kalah sb ade sebab.. same mcm Terengganu.. mula2 ok.. lama2 2×5=Umno

Tanpa Nama berkata...

.
.

Masalah orang melayu ialah mereka menerima kata-kata begitu sebagai cakap politik tanpa mengaitkan dengan peribadi sebagai hamba Allah.

Dan mereka juga tahu sebab sebenar lebai berpolitik dan bertanding. Jadi alasan suka-suka bertanding pun sama sepertimana mereka suka-suka dengan penjelasan tersebut.

Sama lah macam anak-anak remaja mengurat anak gadis. Dapat rezeki...

Orang politik khususnya UMNO dan PAS cakap apa pun penyokong boleh terima. Pada mereka tak salah.

Penyokong dan walaun pun suka-suka berhimpun di Padang Merbuk sebab itu RUU di takdirkan di rampas oleh UMNO.

Lebai yang bertanding tu memalukan nama keluarga dia sendiri apabila sekadar cuma dapat 37 undi dari ahli yang bagang.

Sebagai anak jika tidak dapat mewarisi ilmu atau iman ayah nya sekurang-kurangnya sifat zahir ayah nya adalah sikit. Dengan ada sifat tersebut Lebai yang kalah itu boleh dapat 100 undi. Ini dapat 37 undi !


Wallahhuallam.

Tanpa Nama berkata...

nk tawan negeri lain... kelantan pun dah nk bungkus.... memang sebjik mcm kisah dogeng lobai malang.. tamak!!!!! nk mkn sepuluh kenduri..last semua terlepas...

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin2 PKR macam Azmin Ali dan Tian chua ini memang bodoh taraf lima bintang. Setelah sekian lama pemimpin pak lebai U-turn sini, U-turn sana, mashin ada pemimpin macam Azmin dan Tian chua yang boleh percaya parti yang memang mahu hancurkan parti pembangkang di PRU akan datang.

Wahai Azmin, wahai Tian chua, bangun lah dari kebodohan kamu, kami penyokong setia PH sudah merasa amat marah dengan perangai kamu yang BODOH itu, bertaubat lah sebelum kami semua, penyokong setia parti kamu membuat keputusan drastik dengan tidak menyokong parti kamu lagi.

matakanan berkata...

Alhamdulillah akhirnya keduanya sedar sama ada Dato Azmi (MB selangor ) dan PARTI PAS , Kasihan Ahli Ahli Pas jadi mangsa sibaju jubah serba manis berkata kata bab agama
RUU 355 memecah belahkan umat islam di malaysia.
ustaz ustaz pas sembunyi sesatu rahsia di sebalik ruu 355 itu, Tuan kambing sedang gelak ketawa sekarang.

Lone ranger pomen berkata...

Rilek la. Satu lawan satu merugikan umno. Jadi benda tu bagus. Benda bagus ni kena tunggu la. Kena sabar. Org yg rugi je kate mcm tu.

Lone ranger pomen berkata...

Tapi tak semua suka tiga penjuru. Menguntungkan umno. Ada sebab org bersabar. Malu la org cina boleh bersabar, boleh berunding walau kerap di u turn kan. Dlm pas banyak yg totok. Sedikit sebanyak boleh gak tambah undi. Yg penting 1 by 1. Kalau menang, cuci malaysia. Lepas tu bergasak la. Dlm pas pun ramai nak 1 by 1. Tu pasal nik abduh kalah teruk pasal dia khianati perjuangan arwah.

Lone ranger pomen berkata...

Dlm pas pun ramai yang tidak suka dgn pengurusan parti. Cuma tak berani bersuara kerana telah ditanam dalam hati yg khianat parti , khianat agama. Buktinya kekalahan nik.abduh. ditolak dlm diam.