Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan Pakatan Harapan akan melakukan perubahan struktural dan tatacara urustadbir negara jika diberi kemenangan dan mandat oleh rakyat untuk memerintah negara selepas pilihanraya akan datang nanti.
Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub di dalam satu majlis ceramah Pakatan Harapan di Telok Mas baru-baru ini.
Salah satunya ialah menghadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada hanya dua penggal sahaja.
"Kita tidak mahu mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah yang lalu," tegasnya.
Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa untuk mendakwa.
Satu kaedah atau undang-undang khas bagi peruntukan pertuduhan pemecatan (impeachment) juga akan diwujudkan bagi membolehkan tindakan eksekutif dicabar, tambahnya lagi.
Beliau turut mengulanginya di dalam di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dengan menyatakan perdana menteri dan anggota kabinet perlu dikawal selia oleh mekanisme yang berkesan di negara luar, seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan, yang membuatkan presiden “gerun” jika terpalit skandal.
Beliau memberikan contoh bagaimana Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye sedang bertarung dalam parlimen selepas dikaitkan dengan beberapa isu salah guna kuasa yang berkaitan kepentingan awam.
“Lebih menarik juga, Presiden Donald Trump turut mengundang dirinya sendiri untuk dilakukan impeachment oleh ahli-ahli kongres akibat daripada polisinya menghalang orang dari tujuh buah negara Islam memasuki Amerika Syarikat,” katanya.
Bagaimanapun, kata Salahuddin, pertuduhan pemecatan tidak diperuntukkan dalam mana-mana akta atau peraturan di Malaysia dan mungkin hanya boleh dilakukan jika perlembagaan dipinda atau Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat diolah semula.
“Kelebihan undang-undang impeachment ialah memberikan kuasa kepada parlimen untuk menjalankan peranan semak dan imbang kepada kuasa perdana menteri dan jemaah menteri sekiranya mereka terlibat dengan pelbagai skandal salah guna kuasa.
“Ini juga akan mengangkat wibawa dan integriti parlimen di mata masyarakat tempatan dan antarabangsa,” tambahnya.
Sekarang ini, usaha menyingkirkan perdana menteri cuba dibuat melalui usul undi tidak percaya di parlimen dan sentiasa dikalahkan di dalam undi belah-bahagi disamping sikap Speaker yang umum merasakan sentiasa berat-sebelah.
VIDEO
FEATURED ADS

7 ulasan:
Alhamdullilah
Reformasi yg amat berkesan oleh pakatan. Apa lagi rakyat Mau?
Rakyat masih nak undi penyamun perasuah penjual agama demi sepaket beras dan kain pelikat
Lebih teruk br1m punya pasal rakyat sanggup terima penyamun sbg PM!!!
Matawang siam dah atasi Malaysia begitu juga sgpore Brunei. Filipina dah nak sama. Wang indon dah nak separuh dulu 1/3.
Laknat betul menteri bebalwangan. Dedak jer kerja. Melayu islam telan sampai ke usus dan kluar sgala pahala ikut burit.
Pak haji korup kata tak berdosa. Pangkah penyamun jd PM!
.
.
Pemimpin UMNO akan kata tempoh 2 penggal tidak cukup dan tidak ada apa yang boleh di buat.
Sedangkan alasan Najib membuat rel tren adalah mengikut perancangan 18 tahun dulu. Samada sepenggal atau dua penggal tidak menjadi masalah kerana sesiapa pun PM akan melaksanakan perancangan asas yang telah dirancang bertahun-tahun dahulu. Sesiapa pun PM perlu mengikut perancangan yang yang telah di tetapkan melainkan untuk di tangguhkan atau di batalkan sebab kos dan kerugian mengikut keadaan.
PM untuk tempoh 2 penggal ada lah PM yang bekerja sebagai pasukan dan bukan yang yang berkuasa veto-diktaktor. Atau PM yang boleh sesuka hati menukar pemain simpanan pada bila-bila masa.
Yang rakyat perlu lakukan sekarang ialah bukan lagi Najib untuk penggal akan datang.
Dan bukan juga 'tuang presideng' serta orang kanannya kerana mereka berkasih sayang dengan Najib.
semua perancangan dan kerja akan di buat dengan pantas kerana sesiapa pun yang jadi PM mahu berjasa dan nama baik nya di kenang. jika pegang jawatan PM berpenggal-penggal itu yang main tarik tali.
Di barat atau negara-negara maju, kebanyakan pemimpin politik mereka berpegang kepada prinsip-prinsip perjuangan parti mereka. Di negara-negara membangun, dan mundur pula perjuangan parti hanya retorik semasa kempen pilihan raya sahaja. Apabila sudah memenangi pilihan raya, pemimpin nombor 1 dan barisan kabinetnya akan mengambil kesempatan sepenuhnya untuk memenuhi kehendak "perut dan bawah perut" mereka. Mereka akan menggunakan "bangsa" atau "agama" sebagai tagan untuk mencipta kekayaan. Mereka akan mencipta berbagai-bagai "projek" yang kononnya untuk rakyat tetapi hakikatnya adalah untuk memperkayakan kawan-kawan (kronism) dan saudara-mara (nepotism).
Di barat dan di negara-negara maju, para pemimpin mencipta kekayaan terlebih dahulu sebelum menceburi lapangan politik. Sebaliknya, di Malaysia, kebanyakan ahli-ahli politik parti pemerintah berasal dari kalangan mereka yang cukup-cukup makan. Mereka akan mencipta kekayaan setelah menjawat jawatan kabinet, senator, ketua bahagian dan ketua cawangan. Orang yang berjawatan dalam kabinet dan parti pasti akan mendapat anugerah projek dari pihak penguasa politik.
Aset pemimpin-pemimpin barat atau negara-negara maju akan berkurangan apabila mereka bersara dari arena politik. Sebaliknya, aset pemimpin-pemimpin negara membangun seperti Msia, dan negara-negara blok ke-3 akan melimpah-ruah semasa memegang jawatan dan akan bertaraf milionaire / bilionaire apabila bersara dari politik. Namun begitu, ramai pemimpin-memimpin negara membangun atau negara mundur tiada noktah untuk bersara. Hanya kematian sahaja yang boleh memisahkan mereka dengan kerjaya politik.
Lantaran itu, memadailah tempoh perkhidmatan piem dan barisan kabinetnya dua penggal sahaja. Masih terlalu ramai pemimpin lain yang berwibawa untuk meneruskan kesimbungan pentadbiran negara. Tempoh dua penggal ini pun masih ada ruang dan peluang pemimpin yang rakus dan kleptokrasi untuk menimba kekayaan dari khazanah negara. Pun begitu, memimpin yang licik dan tidak jujur masih boleh membina dinasti untuk membaham hasil bumi negara. Walau apa pun, percayalah, kita masih mempunyai ramai pemimpin yang berkaliber, jujur dan telus untuk memperjuangkan nasib rakyat marhaen yang kian hari kian merena lantaran berkerajaankan pemimpin yang lemah.
utk pru kali kita rakyat mesti penggal pemimpin2 klepet dan khawarij syiah.
harapkn mat klepet hanya ikut barat buat filem lucah je... sistem yg baik utk keutuhan negara xmau diikutnya.
harapkn walaun..dibawa kita kembali ke zaman batu assobiyah dlm jubah..asik nk musuh sana sini
deris ahmad dok promot kebaikan yg pas buat utk islam di kelantan. walhal srmua tu semasa zaman tgna dan husam bersama dgn progresif.
tktau malu deris ambik legasi org kemudian musuh dgn org2 hebat dlm pas dulu
Bole warwar kan blog yg bagus utk dibaca..bnyk info
..WARGA MARHAEN.tq
Catat Ulasan