20 Feb 2017

Corat-carit H355: Kanak-kanak Dijadikan Perisai?

Peserta himpunan Akta 355 langgar syarat bawa bayi, kanak-kanak

Ketua Polis Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman berkata, para peserta perhimpunan Akta 355 yang berlangsung di Padang Merbok semalam telah melanggar syarat kerana membawa bayi dan kanak-kanak.

"Pada 18 Februari 2017, antara jam 1400 hrs (2 petang) sehingga 2330 hrs (11.30 malam), semasa polis menjalankan tugas kawalan keselamatan di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur, telah mendapati ramai peserta perhimpunan RUU 355 memakai baju ungu membawa bayi dan kanak-kanak kecil menghadiri perhimpunan tersebut.


"Hasil siasatan awal mendapati bayi dan kanak-kanak yang dibawa menghadiri perhimpunan tersebut dalam lingkungan umur 7 bulan sehingga 15 tahun," kata beliau dalam kenyataan.

Tindakan membawa bayi dan kanak-kanak itu merupakan suatu kesalahan dibawah Seksyen 4 (2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012, jelasnya.

Semalam, PAS menganjurkan perhimpunan Akta 355 yang menyaksikan kehadiran puluhan ribu peserta yang memakai baju ungu bertujuan menyokong usul Rang Undang-Undang Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan Mac akan datang.

Kanak-kanak termasuk pelajar sekolah agama adalah antara mereka yang hadir dalam perhimpunan tersebut.

Dalam catatan di Facebook, Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, penyertaan itu disebabkan mereka cintakan agama.

"Bukan pelajar-pelajar tahfiz atau pondok ataupun anak-anak bawah umur sahaja akan hadir, malahan anak-anak baru lahir dan yang masih dalam perut pun akan dibawa oleh pendukung-pendukung perjuangan Islam supaya mendidik zuriat mereka untuk cinta pada agamanya supaya ia tidak menentang agamanya bila dewasa.

"Menjadi budak-budak yang cintakan agamanya jauh lebih mulia dari jadi dewasa tapi bencikan agamanya," kata Rosli.

Mengulas lanjut, ACP Mohd Sukri berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan sehingga kini tiada sebarang rampasan dan tangkapan dilakukan. -mk

ULASAN GB

Patutlah ramai... kanak-kanak pun diangkutnya ke padang Merbok. Selain dari pelajar-pelajar Tahfiz, ahli-ahli PAS turut membawa anak-anak mereka ke perhimpunan berkenaan.

Alasan yang diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar kononnya penyertaan itu disebabkan mereka cintakan agama amat tidak masuk akal.

Kanak-kanak itu dibawa selain dari nak menampakkan himpunan itu ramai, ia juga mendedahkan sikap ahli PAS yang ingin menjadikan anak-naka mereka sebagai "perisai" untuk mendapat belas kasihan pihak berkuasa jika berlaku sebarang insiiden yang tidak diingini ke atas mereka.

Mendedahkan kanak-kanak itu di tengah panas dan hujan yang lebat, tidakkah itu memudharatkan kanak-kanak berkenaan?

Apakah mendidik untuk cintakan ugama dalamasa yang sama mendidik mereka membelakangkan undang-undang yang telah termaktub?

Selain dari kanak-kanak dengan jumlah yang agak ramai (ada ibu/bapa yang membawa semua anak-anaknya 5-6 orang) ke himpunan, pengangkutan bas percuma yang disediakan, sokongan dari pihak berkuasa dan tanpa ugutan menjadilah himpunan itu tampak ramai.

Maka "tercapailah niat penganjur" untuk menandingi perhimpunan BERSIH, seperti dicatatkan oleh beberapa orang peserta himpunan di dalam status media sosialnya:


Dan benarlah apa yang GB sebutkan sebelum ini:


Di dalam ulasan GB yang lepas GB sudah nukilkan:

Jadi nawaitunya sejak awal sudah tidak betul. Nak tunjuk H355 dapat menandingi BERSIH. Mungkin ramai yang terpedaya dengan PAS di atas nama agama dan penyatuan bangsa untuk H355, tetapi itulah PAS akan dapat. Sedangkan tujuan sebenar untuk mendapat sokongan ahli parlimen bagi meluluskan Rang Undang-undang itu akan menemui kegagalan.

Ini berdasarkan kepada sepotong hadith dari Rasulullah dalam sabdanya:

ومَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Barangsiapa yang hijrahnya untuk kepentingan duniawi, atau kepentingan wanita yang dinikahi, maka manfaat hijrahnya pun sesuai dengan apa yang dihasratkannya.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. H355 itu hanya bertujuan politik semata-mata untuk memperbodohkan umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini. Ia hanya bakal membangkitkan dan menebalkan sentimen keagamaan dan memarakkan api perkauman di kalangan rakyat Malaysia!

Kemudian kita dapati insiden memaki hamun dengan plakad serta membakar bendera parti-parti lain khususnya DAP turut mewarnai H355. Melambangkan betapa dasyatnya sikap dan tindakan golongan taksub parti berkenaan.



Apabila GB angkat hal ini ke media sosial untuk membuktikan wujudkan kejadian pembakaran tersebut, maka salah seorang pascai bangun membela katanya ia adalah penyamaran dari mereka yang bukan ahli PAS untuk mencemarkan nama PAS.

Lalu GB pun jawablah begini: Dia ahli PAS yang kemudiannya PAS tak akui sebagai ahli. Jika benar mereka menyamar mengapa mereka yang ditahan oleh Unit AMAL itu tidak menyerahkan kepada pihak polis? Terkedulah dia untuk menjawabnya.

Ternyatalah bahawa himpunan yang diberikan liputan meluas oleh media arus perdana itu sebenarnya satu himpunan yang gagal kerana bertitik-tolak dari nawaitu yang salah.

Ada banyak lagi perkara yang GB boleh ulaskan di sini tetapi mungkin sampai besok pagi pembaca blog ini terpaksa menatapnya.

Justeru sebagai pengakhir kata bagi entri ini, GB tertarik dengan satu status seorang rakan di media sosial untuk kita fikirkan bersama.


Dan kepada mereka yang memusuhi DAP tak tentu pasal (walau pun ada juga dari parti-parti bukan Islam lain yang menentang pindaan RUU355 seperti Gerakan, MCA, MIC dan lain-lain, tetapi hanya DAP yang dijadikan sasaran) GB ingin menasihatkan mereka untuk mengikuti nasihat dari Allahyarham TGNA yang dengan lemah lembut menyatakan:




TGNA tidak suruh memaki hamun mereka atau membakar bendera mereka. Tak suruh menggelar mereka dengan nyamuk, agas dan seumpamanya. Sifat TGNA ini mengingatkan kita tentang kisah bagaimana seorang Yahudi telah melemparkan najis kepada jubah baginda Nabi Muhammad saw. Marahkah baginda? Tidak, malah baginda hanya tersenyum sehingga terkulai layulah si yahudi itu mendatangi Rasulullah dan akhirnya dia memeluk Islam!




FEATURED ADS



20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GB, hang jgn la nak bandingkan akhlak hadi dgn rasulullah. Jauh sangat bezanya tuu. Hadi tu kalau dibandingkan dgn ibrahim ali pun dia dah kalah, ibrahim ali buka jugak mulut perjuangkan hak orang asal di kelantan, hadi buat apa? Jadi ulamak bisu? Tu baru bab hak org asal, tak payah laa nak cerita bab rasuah sekutu parti pas tu, buang masa saja.

Tanpa Nama berkata...

Aku tujukan cebisan ini kpd para walaun dan penyokong pas yg rasa mrk lebih islam drp org lain.

Kata Abu Hurairah, aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
Dua orang dari Bani Israil berkawan, seorang rajin dan tekun beribadah sedang yang lain bergelimang dalam kemaksiatan. Yang rajin beribadah selalu mencela kawannya, menasihatinya agar mengurangi dan menghentikan perbuatan2 maksiatnya dan selalu dijawab dengan kata2 "Tinggalkanlah aku dengan Tuhanku, apakah engkau diutus untuk menjadi pengawas atas diriku." Demikianlah percakapan yang terjadi diantara kedua kawan itu hingga pada suatu hari kerana jengkelnya si rajin beribadah itu melihat kawannya yang acuh tak acuh terhadap nasihatnya berkatalah ia "Demi Allah, Dia tidak akan mengampunimu dan tidak akan memasukkanmu ke syurga." Setelah keduanya mati dan bertemu keduanya di hadapan Tuhan, berfirmanlah Allah kepada si ahli maksiat, "Pergilah dan masuklah ke dalam syurga dengan rahmatKu." Sedang kepada si ahli ibadah, "Apakah engkau mengetahui dan berkuasa atas takdir dan putusanKu? Bawalah dia ke dalam neraka." Demi Tuhan yang nyawa Abul Qasim(Muhammad saw) di tangannya, sabda Rasulullah saw selanjutnya, dia (si ahli ibadah) telah mengucapkan kata2 yang membinasakan dunia dan akhiratnya.

Tanpa Nama berkata...

Himpunan Ungu jadi Himpunan Dungu

Tanpa Nama berkata...

WHY MUST SOKONG RUU YG MASIH LAGI IKT UNDANG-UNDANG PENJAJAH.? DO U KNW PERBUATAN U PAS HANYA MENGIAKAN KENYATAAN DONALD TRIUMPH BHW ISLAM ADALAH PENGGANAS? TO FIGHT BACK DONALD TRIUMPH LAKNATULLAH,IALAH DENGAN MENYAHKAN KENYATAANNYA DGN MENUNJUKKAN ISLAM ADALAH AGAMA KEAMANAN. THAT IS OUR MISSION, DAN WE ALL NEVER SOKONG TINDAKAN U YG TAK JAUH BEZA DGN ISIS DAN JUGA APA ISLAM SYIAH BUAT.

Tanpa Nama berkata...

Dengan berakhirnya H355 yang agak ramai juga menghadirinya ianya mengesahkan kerjasama UMNO-PAS. Maka PRU14 akan menyaksikan PAS akan terus dilupakan. Kerjasama UMNO PAS ini sebenarnya tidak disenangai penyokong Parti masi g2. kemungkinan keputusan PRU14 adalah seperti berikut.
-Ahli UMNO tidak sekali2 akan mengundi PAS
-Ramai AHli PAS akan memboikot untuk mengundi PAS kerana tidak bersetuju dengan kerjasama ini
-Dengan pethimpunan besar2an ini ianya mengesahkan bukan Islam tidak akan mengundi PAS pada PRU14
Inilah hasil H355 yang digambarkan olih pemimpin PAS sebagai satu kemenangan. Kita tunggu hasilnya PRU14 nanti.

Tanpa Nama berkata...

.

Kalau di buat perkiraan, kerja UMNO dah selesai selepas perhimpunan.

UMNO sudah tak perlu buat apa-apa. UMNO cuma biarkan PAS macam itu je. Imej PAS dah rosak dan yang memiliki kelebihan ialah UMNO.

PAS perlu lebih serius untuk mengangkat RUU ke Parlimen. UMNO nak boleh tak nak pun boleh.

Melainkan jika UMNO mendapati sokongan kepada PH PPBM masih kuat, UMNO akan terus guna PAS. Pun begitu, samada UMNO mahu luluskan RUU atau tidak, UMNO tak rugi.

UMNO tidak banyak bercakap mengenai RUU. UMNO tidak pernah sebut MCA apabila bercakap pasal RUU. Apabila MCA kata BN tidak ada menghantar sesiapa untuk menyertai H355, mengapa Jamil tidak jawab saya pergi sebagai seorang Islam?

Datang lah berpuluh pemimpin UMNO pun menjadi sia-sia kerana yang akan membuat keputusan ialah BN.

PAS bukan dalam BN

mohd shahran berkata...

di johor guru pasti diwajibkan hadir.. ini bermakna kalau keluar arhan yang sama 1/4 kehadiran adalah gur pasti, belum kerajaan negeri kelantan arahkan? so kehadiran sebenar tanpa paksaan berapa ya?

pa$pi$pu$ berkata...

Alasan yang diberikan oleh PJ Pahang rosli jabar..kerana budak2 tahfiz cintakan agama..kerana dia sendiri pun ada pusat tahfiz dan mokhtar senik pun ada satu..mungkin budak2 tahfiz dari kedua2 pusat tahfiz tu..sebab tu dia membela sangat budak2 tu..!Admin..greenboc! pun tahu dimana letak pusat tahfiz tu..!

Hadigol berkata...

himpun dgn kerjasama dan restu umno.. takde makna apa2.

malah takde keperluan langsung kecuali semata2 politik.

lepas balik himpun masih tk faham pun apa butiran ruu.

sokong sebab pas imej parti islam, hadi imej ulamak maka zahir dan batin apa yg hadi buat adalah islam.. tidak ada yg tidak islam.

pasti maki hamun hadi pun ada nas nya. ponteng dan u turn pun ada nasnya. menyokong klepet bebillion pun ada nasnya. syg syiah pun ada nasnya. maka setiap yg lahir dr btg tubuh hadi adalah islam belaka.

kalau mat sabu dan najib ditangkap khalwat di Kelantan, agak2 ruu akan hukum sama ke?

kalau husam dan nik beduh curi balak, agak2 ruu akan hukum sama ke?

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

RUU 355 adalah bill persendirian Hadi Awang untuk memperkasakan mahkamah syariah. Mahkamah syariah di Malaysia adalah mahkamah peninggalan penjajahan British. Mahkamah syariah di Semenanjung sama tarafnya dengan mahkamah adat di Sabah dan Sarawak. Mahkamah syariah di Malaysia hanya diberi autoriti untuk membicarakan persoalan kekeluargaan Islam dan harta pusaka sahaja. Mahkamah syariah di Malaysia bukan mahkamah Islam. Memperkasakan mahkamah syariah bermakna memperkasakan mahkamah peninggalan penjajah British.

RUU 355 bertujuan untuk memaksimumkan penjara sehingga 30 tahun, memaksimumkan denda kepada RM100,000 dan memaksimumkan sebatan kepada 100 rotan. Tidak ada nas dan dalil yang menyatakan hukumnan denda RM100,000 dan penjara 30 tahun ada dalam hukum Islam / Hudud. Hukum atau ibadah Islam tidak boleh ditokok-tambah atau dikurangkan. Ternyata RUU 355 bukan hukum Islam / Hudud, seperti yang dicanag-canangkan oleh pimpinan Pas.

Kejayaan membawa puluhan ribu demonstran ke Padang Merbok pada 18/02/2017 tidak membawa apa-apa kesignifikanan kepada RUU 355. Rang undang-undang ini hanya boleh diluluskan oleh parlimen melalui undian ahli-ahli parlimen. Jika RUU 355 disokong oleh 112 daripada 222 MP, bermakna ruu ini boleh dijadikan akta untuk diimplementasikan di mahkamah syariah. Hadi Awang sewajibnya membentang usul ini di parlimen, dibahas dan kemudian dibuat pengundiaan. Semua lokasinya di parlimen dan bukananya di Padang Merbuk. Para pengundinya pula adalah ahli parlimen dan bukannya demonstran Padang Merbok. Ternyata Pas menjual agama dengan harga yang murah semata-mata untuk mendapatkan populariti politik.

Tanpa Nama berkata...

Btl tu.akhlaj hadi jauh busuk nya layak dipanggil akhlak tahik...jgn bandingkan dgn rasulullah....tiada persamaan walay sebesar zarah...

Tanpa Nama berkata...

emm...bulan 3 ada perbahasan di parlimen....nampak gaya RUU nih mungkin akan ditangguh lagi oleh si pembawa usul....kemudian bersidang lagi pada hujung tahun...itu pun kalau belum PRU14...kemudian tangguh lagi...

Lepas tu PRU14...PAS hanya menang satu kerusi parlimen (kalau menang laa) di Marang (majoriti 1 undi)....usul ini tidak di baca di parlimen....kesudahannya...PAS dikencing oleh UMNO...biarkan parti lebai malang terjun dengan labu-labunya...biarkannnnnn....biarkannnn....

Bentang dan bahaskan dulu di parlimen...tak payah berhimpun...dah lulus kalau nak berhimpun pun berhimpun laaa....nak kumpul 3 juta orang pun...berapa kerat ahli parlimen UMNO/BN yg sokong??? konfem kena kencing...takpe...parti lebai tak kisah....sebab dah memang banyak kali dikencing....

Tanpa Nama berkata...

Himpunan geng walaun yg malas membaca dan pengikut ularmak yg dituduh ada terima 90 juta tapi tak berani nak saman sr dan husam...

Tanpa Nama berkata...

Pru lepas aku undi rosli jabar bagi dun tg lumpur, itulah pertama kali dlm sejarah pas menang di tg lumpur, tp skrg aku dlm proses nak mohon pindah mengundi di gombak...sorry ustaz rosli, tiada lagi undi anak muda dariku buatmu dek kerana teraju pas yg amat memualkanku...

Tanpa Nama berkata...

Ini contoh org yg membaca dan berpolitik dgn ilmu...terbaikk tuann...

Tanpa Nama berkata...

.

Nak kata yang datang tu salah pun tak boleh. Sebab bagi mereka, mereka datang kerana Islam. Jadi samada Hadi dan pemimpin PAS buat kerana berpolitik itu mereka serahkan pada Allah.

Tapi bila saudara minta bantuan kewangan tahu pulak bercongak dan apabila ada masalah dapat kan balik, merungut.

Kenapa tak serah pada Allah sama seperti apa yang Hadi dan pemimpin PAS guna RUU ?

Tanpa Nama berkata...

.

Berselawat dan mengingati Muhammad saw insyaallah dapat keberkatan.


Memang tak mampu untuk buat semua kebaikan yang ada pada Baginda saw.

Ada 4 sifat pada Baginda saw.

Kita buat salah satu sudah cukup Tapi pegang betul-betul. Jangan uturn pulak atau berbelit-belit nak bila nak mengurang dan nak melebihkan nya.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

kalau org awam boleh baca politik umno utk kenakan pascai.. takkan olamak2 org lama tak bole baca.. olamak2 ni buat2 bodo utk kepentingan diri sendiri.. walaun2 yang malas guna otak just follow like buffalo..

Tanpa Nama berkata...

rakyat dan pengundi kena faham situasi. himpunan RUU ni tidak akan mengubah apa2 pun kerana yg perlu membuat keputusan utk menzahirkan RUU ini adalah ahli2 parlimen di dewan rakyat. hadirlah seluruh umat Islam dlm negara pun, yg menentukan berjaya atau tidak RUU adalah ahli parlimen Islam. sepatutnya Pas kena berforum dan mendapatkan kata putus dari rakan taawun mereka iaitu umno, iaitu adakah umno akan 100% sokong RUU. Jika tidak. pas sudah kena GAME dgn umno dah pemimpin2 politik pas ini terbukit sudah termakan dedak high grade.

Tanpa Nama berkata...

Dah memang otak buffalo boh