13 Okt 2016

Nizar Menang Lagi, TV3 Diarahkan Bayar RM180,000

Mahkamah tolak rayuan TV3 bayar Nizar ganti rugi fitnah RM30k

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) untuk membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Yeoh Wee Siam membenarkan kuantum yang diberikan oleh timbalan pendaftar dikurangkan daripada RM200,000 kepada RM180,000.


Jumlah itu adalah sebagai ganti rugi am. Mahkamah menolak tuntutan ganti rugi teladan dan teruk.

TV3 sebelum ini diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 berikutan penyiaran laporan berita mengenai isu nombor pendaftaran plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kira-kira empat tahun lalu.

Hakim Yeoh memutuskan bahawa adalah tidak wajar untuk mengurangkan kuantum kepada RM30,000 selepas kes TV3 menjalani perbicaraan penuh.

Mahkamah membandingkan ini dengan ganti rugi sebanyak RM50,000 yang Utusan Malaysia diarahkan membayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penyelesaian di luar mahkamah, dalam satu kes fitnah lain.

Dalam kes itu yang direkodkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Oktober lalu, Utusan Malaysia melahirkan rasa kecewanya berhubung artikelnya yang mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan pencerobohan militan di Lahad Datu, Sabah.

TV3 diwakili oleh peguam Lim Qi Si manakala Nizar diwakili oleh Mohd Fitri Asmuni.

Nizar menyaman TV3 dan penerbit Buletin Utama, Rohani Ngah mendakwa stesen televisyen itu telah menyiarkan kenyataan berbaur fitnah menerusi siaran berita Buletin Utama pada 30 Mei 2012 berhubung tweetnya.

Mahkamah Tinggi pada 12 April 2013 menolak saman fitnah Nizar dan beliau kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan memihak kepadanya pada 25 Februari 2014 dan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi.

Pada 14 Julai lalu, Timbalan Pendaftar, Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli memerintahkan TV3 menbayar ganti rugi RM200,000 kepada Mohammad Nizar

ULASAN GB

DS Nizar menang lagi. Baru beberapa minggu Mahkamah Persekutuan telah sebulat suara menolak permohonan Utusan Malaysia menangguhkan pembayaran ganti rugi RM250,000 kepada DS Nizar yang menyaman akhbar itu pada 2012, kali ini TV3 pula.

Sesungguhnya fitnah itu tidak mempunyai sebarang kekuatan. Pihak atau orang yang hidup dengan memfitnah akhirnya akan dibankrapkan kerana hanya orang-orang yang bankrap berdiri di atas fitnah-fitnah yang direka-reka. Itu hukum kebenaran dan keadilan.

Siapa pun yang menabur fitnah, akan tetap direndahkan martabatnya di dunia mahu pun diakhirat. Firmanullah s.w.t:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10




FEATURED ADS


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...



Fitnah oleh utusex

Fitnah oleh berita hairan

Fitnah oleh TV tiga suku

Fitnah oleh bapak pigs(prti iktn ggsn sjhtr) keatas pilkuda

Fitnah oleh bapak pigs lg yg mnyalak babi ddlm bukit tentang barua n broka

Fitnah oleh tontontv pay per-view al-germany keatas LGE yg ditarik balik itu

Fitnah lobai2 macai2 n blogger2 pigs keatas PAN DAPigs Erdogan Anwarinas LGBT dll

Yg peliknya, semua kaki2 fitnah kat atas tu bukan main sembang DERAS tak sempat2 nak kan "Hudud" brjln dinegara ini skrg!

Adoooyai..fenin fenin ler gua punya kapla!!



abrarmujahideen berkata...

Skrg nie tunggu PEMBEBASAN ANWAR IBRAHIM DARI BELENGGU FITNAH

Usop ali berkata...

Tv3/4 faham ker syurga n neraka

Tanpa Nama berkata...

Bangkrap dunia.. Bangkrap di akhirat.

Boleh selesai luar mahkamah tapi tolak. Boleh mintak kurang kepada RM30,000.. nampak sangat TV3 memandang fitnah tidak salah dan hanya perkara mudah.

Kalau selesai kan macam kes Nasarudin mungkin TV3 cuma kena bayar RM 10,000 sahaja.

Jika Nizar kalah selama-lama nya dia di tuduh menderhaka dan menghasut.. Macam Nasarudin yang tak malu dan rasa berdosa kerana menganggap kesalahan nya yang disengajakan adalah hanya kerana dia menipu dan membuat tuduhan tanpa bukti.

Pada pemimpin PAS, mereka boleh tukarkan fitnah jadi dosa menipu, menuduh, menganggap, bersangka.. Tapi kesan nya pada orang yang terkena hampir sama dengan Fitnah !

Tanpa Nama berkata...

Nizar ni bagus orgnya..xriak Dan sombong spt sesetengah pemimpin terutama pemimpin pas.andai PH menang di perak elok Nizar jd MB

Tanpa Nama berkata...

Lobai lobai pemimpin parti itu takde qualiti utk jd pemimpin negeri... memimpin solat ok laaa!

Tanpa Nama berkata...

Org umno itu umpama binatang yang laparkan dedak

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik aku dah lama tak tengok tv3 ni. Lebih-lebih lagi berita tv3.

Tanpa Nama berkata...

Bangkrap dunia.. Bangkrap di akhirat.

Boleh selesai luar mahkamah tapi tolak. Boleh mintak kurang kepada RM30,000.. nampak sangat TV3 memandang fitnah tidak salah dan hanya perkara mudah.

Kalau selesai kan macam kes Nasarudin mungkin TV3 cuma kena bayar RM 10,000 sahaja.

Jika Nizar kalah selama-lama nya dia di tuduh menderhaka dan menghasut.. Macam Nasarudin yang tak malu dan rasa berdosa kerana menganggap kesalahan nya yang disengajakan adalah hanya kerana dia menipu dan membuat tuduhan tanpa bukti.

Pada pemimpin PAS, mereka boleh tukarkan fitnah jadi dosa menipu, menuduh, menganggap, bersangka.. Tapi kesan nya pada orang yang terkena hampir sama dengan Fitnah !

Tanpa Nama berkata...

Saya dah 16 tahun tak tengok program tv3suku, rtm, 16 tahun tak baca Berita Hairan dan Utusan Meloya. Semua penyebar fitnah.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH KPD MAHKAMAH MALAYSIA.
BERTINDAKLAH SE PROFESNAL YG MINGKIN.
ANDA.
BOLEH MENGUBAH PESEPSI MASYARAKAT DUNIA.

Tanpa Nama berkata...

Hanya media TV di Malaysia yang selalu dan paling banyak di saman.

Yang herannya boleh bertahan lama.. tempat lain dah lingkup dah.

Bila rasuah begitu teruk, semua nya rosak, tutup sana tutup sini dan akhirnya satu hari nanti bila sedar-sedar baru tahu rasuah tidak boleh di mulakan dari awal lagi.

Unknown berkata...

Kalau aku jd tok akim aku akan arahkan TV3 diharamkan sbb penyebar pitnah..

Tanpa Nama berkata...

Tak nk lah aku solat berimamkan org2 mcm ni, ckp belit2 dan kaki fitnah dan porno...munafik