11 Ogo 2016

PAS Berkecuali Lagi, Lebih Baik Balik Ke Pangkuan UMNO

Sudah tiba masa untuk PAS kembali ke pangkuan UMNO

Keputusan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Perak yang memilih untuk berkecuali dalam pemilihan Tuan Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini jelas memaparkan sikap sebenar dan pendirian politik parti itu yang cenderung berpihak kepada UMNO.

Mengakui kecewa dengan keputusan berkenaan, Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh berkata, sikap berdegil PAS itu akan terus membantu UMNO untuk kekal sebagai kerajaan.

Katanya dengan sikap PAS itu, tidak mustahil pertembungan tiga penjuru seperti mana yang berlaku dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan berulang dalam Pilihanraya Umum Ke-14 akan datang.


“PAS pada hari ini jelas lebih cenderung dan berhasrat untuk menyambut salam yang dihulurkan oleh UMNO sejak bulan Disember tahun lalu.

“Kita tidak lagi nampak PAS memainkan peranannya sebagai suatu parti pembangkang dalam isu-isu yang melanda negara sekarang, terutamanya skandal 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kah Woh yang juga Adun Canning menyifatkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang “yang hanya tinggal pada nama” sahaja, dan wajar ditolak.

“Pengundi-pengundi perlu jelas bahawa setiap undi kepada PAS akan menguatkan UMNO dan selanjutnya memenangkan calon UMNO,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya Pakatan Harapan atau mana-mana parti komponen di setiap peringkat tidak lagi melakukan rundingan secara rasmi mahupun tidak rasmi melibatkan apa-apa isu dengan PAS.

“Sudah sampai masa supaya PAS balik ke pangkuan UMNO secara rasminya,” katanya.

Dewan Undangan Negeri Perak terbahagi kepada 28 Adun Pakatan Harapan, empat PAS dan 31 BN.

Bekas Ketua Wanita MIC Perak, S. Thangeswary hari ini dipilih sebagai Yang Dipertua DUN Perak yang baharu menggantikan Datuk Seri S.K Devamany yang meletak jawatan.

Beliau memperoleh 30 undi berbanding calon pembangkang yang juga Anggota Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar yang hanya mendapat 24 undi, setelah empat lagi Adun PAS memilih untuk berkecuali.

ULASAN GB

Sekali lagi PAS mengambil sikap berkecuali.

Sama seperti di Parlimen dimana PAS mengambil sikap berkecuali di dalam isu Bajet 2016.

Sikap dan tindakan PAS tersebut ternyata membuktikan bahawa PAS sudah tidak lagi Blok Pembangkang, tetapi sudah seperti menjadi wakil Bebas yang mesra-UMNO BN.

Najib memang amat senang hati dengan PAS di era kepimpinan Haji Hadi. Itu sebab mengapa Haji Hadi mendapat pujian dari Najib.


Perkara di atas bukan fitnah. Ia memang pendirian Haji Hadi sendiri. Tetapi kenyataan serta tindakan Haji Hadi itulah yang sebenarnya menimbulkan fitnah terhadap partinya sendiri. Jangan salahkan orang lain.

Quo Vadis PAS?




FEATURED ADS


20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PH dah ada cukup alasan untuk putuskan hubungan dengan PAS.

Jangan guna alasan berkecuali atau ada hubungan dengan UMNO.

Hentikan rundingan kerana PAS telah di dakwa menerima RM 90 juta !

Melainkan PKR sanggup tambah lagi RM 50 juta ! Jadi RM 140 juta.

Kalau tak ada lupakan saja PAS ..

Tanpa Nama berkata...

Walaun dan pemimpin Pas...siang mlm pagi petang kata pemimpin AMANAH sbg pengkhianat!

Woi...pemimpin pas. Sapa pengkhianat sebenarnya?? Kami undi kamu dulu utk kamu lawan pengkhianat rakyat(umno/bn)

Bila dah menang...kamu pandai2 guna kuasa yg kami bagi untuk jd punahsihat umno/bn!!!

Sapa yg pilih kamu jadi ADUN PAS dan AHLI PARLIMEN PAS??? Kami ni semua yg pilih kamu utk lawan umno/bn lantik kamu ke jawatan yg kamu duduki sekarang!!!

Dengan undi yg kami bagi itu le kamu...berlagak ke hulu ke hilir bawa title YB PAS. Dapat gaji dan elaun sebagai yb plak lagi. Lepas tu dapat pulak pencen sbg YB...!!

Kamu tak sedar ke kamu khianati amanah yg kami bagi masa pangkah kamu dlm PRU13 dulu??!!

Dasar tak malu sepersis pemimpin umno le kamu ni YB PAS woiii...!! Hanya walaun bodo saja yg mabuk sokong kamu sama seprti macai tegar umno yg sokong umno sehingga ke lubang tahik...!!


Malu le skiit ye...!! Jgn kata kat org khianat sebab kamu tu yg khianat amanah rakyat....! Jahat nak mampos kamu ni!!

Tanpa Nama berkata...

Yang selalu bermain dalam fikiran ialah macamana ke empat-empat adun PAS ini boleh terima politik PAS yang cacar-merba dan tunggang-terbalik sekarang ini?

Tidak kah mereka sedar yang dengan bersikap berkecuali lebih menguntungkan UMNO?

Mereka begitu yakin tanpa ragu-ragu apa yang mereka lakukan adalah kerana Allah Taala semata-mata. Tidak sekelumit pun terlintas ini semua sebab politik dan kerana patuh pada seorang individu dalam parti yang dipersoalkan kewibawaan dan tindakannya.

Politik telah mengatasi hukum agama.

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah makan dedak UmNO 90juta maka mestilah tolong UMNO.Betapa murahnya ularmak2 PAS berbanding Jho Low yang terima 4billion.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat makin faham....dah reti sepak terajang pas....parti pas dh rasa kuat....dh rasa ada ramai penyokong....pemimpin pas perlu ingat.... undi yg penyokong beri dulu utk merubah menukar kerajaan Malaysia yg menindas...mengcukaikan rakyat dgn pelbagai cukai sehingga rakyat amat terbeban.... jadi kami penyokong dh faham....parti pas mengamalkan islam utk jadikan batu longcatan utk dptkan habuan dunia....penyokong terbiar tidak mengapa....penyokong hanya di janji kan syurga.

Tanpa Nama berkata...

Semuanya berpunca drp sikap kluk-klek mr presideng!!!!
Kesian pd ahli-ahli bawahan yg tak tau ke hapa-hapa, cuma ikut babibuta kata2 YB mereka

Tanpa Nama berkata...

PAS pemperbodohkan ahlinya yang taksup sehingga ahli PAS tidak dapat membezakan Parti politik Dan ugama ,kalau PAS sayang umno janganlah berpura pura,
Kalau benci pembakang janganlah main wayang, PAS janganlah jadi Parti hipokrit, pimpin atas kaya raya , ahli bawah ditipu ostat PAS.

Tanpa Nama berkata...

Kali ini tak kisah pulak perempuan ke tak perempuan asalkan Najib senang hati.

UMNO sesekali tidak akan berkongsi kuasa dengan PAS malah kedudukan PAS lebih rendah dari MCA dan MIC.

Sebab itu patuh pada Hadi bermakna patuh pada Najib. Semua game di setkan oleh Najib, Hj Hadi cuma ikut sahaja sekadar baca skrip.

PAS langsung tidak menunjukkan pembangkang bersatu untuk tumbangkan UMNO. Alasan PAS berkecuali ialah pembangkang akan tetap kalah. Nampak nya PAS pentingkan juga kemenangan dari kekalahan yang mendapat keredhaan Allah.

Tanpa Nama berkata...

Demi Allah aku tak halal dunia akhirat .aku undi hangpa dulu tp hangpa pecah amanah. Ingat hadi awang, kamu n the gang kita jumpa di akhirat.

Tanpa Nama berkata...

PasCai cuba menyebarkan fitnah terhadap Islam sebagai agama mundur.. penuh hasad dengki.. Isis versi dlm negara

Tanpa Nama berkata...

serupa ja mcm di Terengganu.
lebai hadi ponteng...sbb takut nak bg undi bila ahmad said plan nak usul undi tak percaya. jd lebai hafi lari awal2.
mcm tu juga di parlimen..memonteng ja lebai hadi bila ada undi
mmg x blh caya PAS PIS PUS ni..

Tanpa Nama berkata...

Bagus pas..rakyat melihat anda.next pru akan dipastikan anda bukan lagi yb...

Tanpa Nama berkata...

Sembilan puluh juta ringgit weyyyy... banyak tuuuu. Takbirrrrrrr!!!

Tanpa Nama berkata...

PAS ni bab agama blh la..jd pendakwah mmg layak
Tapi bab politik hancusssss...
Kita berbicara bab politik...
Bukan bab tolak agama..
Ada faham PIS..PIS..PIS

Tanpa Nama berkata...

Ia nasihat dari bekas pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut kerana PAS tidak mahu perintah negeri itu dalam keadaan yang tidak stabil.

Aduh... baru jenguk nak cari kenyataan Hj Hadi berhubung RM90 juta..

Semakin teruk pemimpin PAS.

Kalau negara atau negeri stabil susah lah nak lawan dan menang. Dan kita nak perintah samada kita lebih baik atau kerana pemerintah teruk sangat. Kita tak boleh tunggu pru sekiranya negeri tidak stabil. Semakin hari semakin teruk jadinya.

Kalau stabil sebab kita lebih baik.
Kalau teruk sebab kita nak selamatkan rakyat.

Jangan lah bangang UMNO dan pemimpin paling atas dibiarkan merebak. Dan tolong lah jangan bodohkan rakyat dan ahli PAS.

Ya Allah kalau Engkau nak lingkup kan PAS, lingkup kan lah. Tapi tolong lah selamatkan saudara-saudara kami dalam PAS.

Hanya itu sahaja yang kami mampu.
Amin.

Tanpa Nama berkata...

Yang eloknya dalam pru pun pas berkecuali dengan tidak meletak calun. Cuma pastikan samada Najib atau PH menjanjikan beberapa jawatan senator kepada pas.masa itu nak ponteng ke, nak berkecuali ke.. nak tidur ke.. orang dah tak kisah....

Tanpa Nama berkata...

Bhai..lu ni talak paham ka..

PAS sakit hati dengan DAP, Sivakumar tu DAP, so sebab tu depa berkecuali...itu pun DAP tak boly baca.. asik nak salahkan orang aje..sendiri tak mau tenggok..sombong..

Kalau DAP bagus, depa taruk calon PKR jadi speaker..tentu PAS sokong..kalau PAS tak sokong memang depa dah join hamno la tu ...ha ha ha..

Nobody berkata...

Salam En. Tanpa Nama,

Sebab DAP sombong ke dah termakan 90 juta???

Di Terengganu bukan setakat pilih speaker, jadi kerajaan pun PAS taknak!!!

Cuba beritahu, ada tak DAP di Terengganu???

Janganlah Encik bodoh sangat!!!

Tanpa Nama berkata...

Marah DAP sbb tolak Hudud. Bila pulak MUC terima Hudud??? PASt marah DAP pasai DAP kacau Najib ngan UMNO. PASt sayang MIC sbb MIC sayang Najub dan Umno... sbb tu PASt berkecuali. Perempuan Islam nak jadi MB ditentang habis-habisan.. siap keluar dalil lagi. Bila pompuan Kapiaq totok jadi Speaker@Ketua Dewan.. bole pulak berkecuali. Kat mana la diletak ilmu agama tuuuuu??? Jgn jual agama untuk habuan dunia bro...jadi pemimpin ni tak semudah makan buah rambutan bro..

Tanpa Nama berkata...

Bila pas berkecuali. Umno bn suka tak? Umno mesti suka. Paling kurang pas dah tk menentang dah. Cool down. Sama mcm bajet najib. Berkecuali jugak. Bila musuh suka. Makna tindakan kita tak betul. Dgn kata lain kita dah biul tolol bahalol. Inilah yg berlaku pd pas chai bawah hadi awe presideng. Yg dibawah ikut buta. Walak konon. Pas chai telah gagal baca mood rakyat. Depa hanya baca mood najib. Hihihihi