27 Jul 2016

Isu Derma, 1MDB. Kleptokrasi & Pariah Antarabangsa

1MDB AUTOMATIK MENJADIKAN MALAYSIA DIKENALI SEBAGAI NEGARA PENCURI
Tidak semena-mena perkataan kleptokrasi tiba-tiba popular dan menjadi sebutan ramai di sebalik tindakan menggemparkan dunia yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS mahu menyita harta-harta yang dikaitkan dengan 1MDB.

Menurut kenyataan yang dibacakan oleh Peguam Negara AS, tindakan menyita harta-harta berjumlah kira-kira RM4,000 juta berkaitan 1MDB yang dilakukannya adalah di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi.

Buat seketika ramai yang tidak tahu apa itu makna kleptokrasi. Barangkali majoriti kita tidak pernah pun mendengar perkataan itu sebelum ini. Setelah ditinjau dalam google dan dicari maklumat dalam wikipedia, kleptokrasi rupa-rupanya memberi makna yang cukup memalukan kepada Malaysia.


Dalam ertikata mudah, kleptokrasi adalah kerajaan pencuri yang mencuri duit rakyat untuk memperkayakan diri sendiri dan kelompok tertentu yang dekat dengan pemimpinnya. Secara langsung ia sangat bertentangan dengan makna dan amalan demokrasi yang dijunjung selama ini. 

Di media-media sosial, barangkali untuk kemudahan pakcik kampung dan makcik Felda memahaminya, kleptokrasi disimpulkan berasal daripada cantuman perkataan "klepet"  dan "kelentong" yang berselindung di sebalik demokrasi.

Sebab itu, dalam kenyataan yang disebut oleh Jabatan Kehakiman AS, harta-harta yang disita berkaitan 1MDB itu akan dikembalikan semula kepada pemunya asalnya.

Rupa-rupanya juga, dalam kita bergembira kerana AS mahu mengembalikan semula harta-harta yang disita itu kepada kita, Malaysia juga turut mendapat malu kerana kini lebih dikenali sebagai negara kleptokrasi.

Dalam kenyataan yang disebut oleh Jabatan Kehakiman, selain harta-harta yang bakal disita, mereka juga tanpa ragu-ragu mengatakan wang RM2,600 juta yang dimasukkan ke akuan peribadi Malaysian Official 1 adalah juga berasal daripada 1MDB.

Makna kata, dalam maklumat yang ada dalam tangan Jabatan Kehakiman AS dan FBI, tidak ada sama sekali individu Timur Tengah, anak raja Arab atau sesiapa yang lain yang kononnya pernah ditemui oleh Zahid Hamidi yang dikenalpasti sebagai penderma wang tersebut.

Curi jugalah maksudnya wang RM2,600 juta itu.

Hanya kerana 1MDB, Najib Razak dan Jho Low, seluruh dunia dalam sekelip mata mula mengenali negara kita sebagai negara pencuri. 

Malu beb...melainkan bagi mereka yang sama-sama pencuri.


Keadaan ini, mahu tidak mahu, dengan sendirinya meletakkan beban yang berat kepada seluruh rakyat Malaysia untuk tahun-tahun mendatangnya. Tentunya tidak ada di antara kita yang waras mahu Malaysia terus dikenali sebagai kleptokrasi atau negara pencuri.

Di dunia moden sekarang, tidak ada negara lain yang dilabel sebagai negara pencuri melainkan negara kita. Pelabur dan pelancong tentu saja akan memikir lebih daripada sekali untuk datang ke sini selepas ini.

Kecuali bagi yang tiada rasa malu, tidak terhina walau sedikit pun atau terus bergantung kepada dedak dalam kehidupan, menyingkirkan Najib, sama ada dalam masa terdekat atau ketika pilihanraya nanti, sudah menjadi keutamaan  buat semua kita.

Jika tidak, Malaysia akan terus dikenali sebagai negara pencuri untuk selama-lamanya. -shahbudindotcom


VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Semalam GB siarkan entri mengenai kenyataan John Malott, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia. Diantara kenyataannya yang pedas dan menarik ialah:

Dari sudut pandangan antarabangsa, ini adalah pengakhiran bagi Najib. Beliau adalah seorang pariah antarabangsa. Dunia kini menganggap dirinya penjahat. Beliau adalah penipu. Dunia akan mahu apa-apa kaitan dengan dia. Dia tidak dialu-alukan dimana-mana di dunia ini. Apabila dia bercakap kepada Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu musim depan, akan ada hanya 30 atau lebih orang di dalam bilik itu, itu kebanyakannya rakyat Malaysia sendiri. Pemimpin lain akan malu untuk dilihat bersama dengannya, samada untuk bersalaman dengan beliau, atau bergambar dengannya.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Najib sudah membawa banyak kerosakan kepada negara. Hutang negara kian meningkat dan nampaknya sudah menghampiri angka trilion.

Semakan menunjukkan data dan statitik yang dikeluarkan sendiri oleh The Economist melalui Economist Intelligence Unit yang berpangkalan di North Michigan Avenue, Chicago, Amerika Syarikat menunjukkan hutang negara Malaysia terus menunjukkan trend kenaikan sehingga meninggalkan terus negara jiran kita seperti Thailand dan juga Indonesia daripada kadar jumlah hutang kerajaan Malaysia iaitu di paras RM847.9 bilion.

Meneliti angka di atas, jelas hutang negara sedang berada di tahap yang begitu parah.

Itu satu hal. Tetapi yang lebih penting kini ialah Najib tidak jujur... beliau menyatakan bahawa wang yang masuk ke dalam akaunnya adalah derma dari kerabat di raja Arab Saudi, sedangkan siasatan dari Jabatan Keadilan US, ia dirembat dari 1MDB, wang yang sepatutnya milik rakyat Malaysia.

Penipuan ini amat keterlaluan.

Najib tidak akan berjaya untuk melepaskan dirinya kali ini. Kalau perlu kita solat hajat beramai-ramai selamatkan negara dari manusia yang jahat ini, maka marilah sama-sama kita lakukannya. Jika ada pihak yang boleh berssolat hajat mengenai isu penyanyi Selena Gomez, mengapa tidak solat hajat untuk selamatkan Malaysia dan turunkan Najib? Bukankah isu ini lebih aula untuk kita bermohon kepada Allah?

Jangan nanti dituduh dan ditempelak orang kerana sudah termakan dedak darinya.




FEATURED ADS


22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setahu aku "klepet" atau di Terenganu "klepek" adalah bahasa melayu.yang selalu aku gunakan.

aku tak pernah tenggok kamus dewan utk perkataan ini sebab pengunaannya jelas untuk aku, yang bermaksud mencuri.

betul kah tiada perkataan ini pada kamus dewan?

kahkahkah..... memalukan.

ini bukan perkataan yunani lah, yahudi jahat!

kahkahkah....

abrarmujahideen berkata...

Buat muka " SELAMBA SHJ" adalah paling celaka sekali..masih hendak perbodohkan semua manusia sekaligus. Masih hendak bercakap ttg kebenaran yang belum tersingkap ag. BALASAN DARI ALLAH SHJ yang mampu sedarkan Najib.

Pemuda parit kings berkata...

Selamat perjuang kawan2 dan teman2 diseluruh Malaysia...jalan kan amanah kamu sebagai rakyat Malaysia... penerangan demi penerangan harus berterusan...jangan byk berkata Sahaja...biar byk usaha2 yg boleh menyedarkan org2 kampung...buat ini kerna Allah S.W.T... InsyaAllah...Allah bagi kelapangan...jgn berani berkata didlam ini Sahaja...

Unknown berkata...

Salam:



Bila LANUN & kaki shoppinng/enjoy BERKUASA.


Dia berkuasa SOLID keatas Police,ARMY dan AG,yang lain-lain tu hanya mainan sahajalah pada si LANUN ni.

Apa yg boleh kita harap dari menteri2 BN/MP2 PAS?
Apa yg kita harap dari Raja-raja?
Apa yg kita harap dari mufti--mufti ?
Mana dia ulamak-ulamak/AGAMAWAN2?

kita diketawakan dunia!!,yg JELAS sekarang AGAMA & BANGSA meLAYU at stake!!
mAJORITY AKAN MENANGGAP, dalam islam,"RASUAH" dibenarkan?melayu/islam sebati dgn rasuah."berpisah tiada".


sekian





Unknown berkata...

Najib Tun Razak...sampai bila anda mau beri alasan demi alasan...?
Kamu akan kecundang jugalah Najib Tun Razak! Masa tu....baru kamu akan tahulah...langit Allah tu...sebenarnya tinggi, bukan nya rendah.

Ahli Umno ka, seluruh rakyat Malaysia wajib ke Bersih 5.0!
Jom kita berpakat seperti rakyat Turki. Malulah...kita kepada seluruh dunia, tak nak mempertahankan kedaulatan negara.

Tanpa Nama berkata...

Baso muko tak malu..pm bengong

Malaysiabaru berkata...

Dapat panggilan dari pelajar Malaysia di Amerika..

Mereka malu nak kliar rumah kerana d kata sokong 1MO bwrsubahat mencur ...

Setiap pelajar Malaysia di kesan dpt tajaan 1mdb?.. Tajaan dari rosmah melawat white House dan las vegas

Siapa yg dapat tajaan 1mdb harus berhati hati ...

Pemuda bengong kata zeti ghani bocor rahsia 1mdb?..

Woiiii pemuda bengong.... Jual tanah mara di Australia...

Tanya WASHIT OMAR bekas ceo gaybank Dan HUSNI JAAFAR

Apa mereka tak pernah bg info sulit kpd fbi? Itu sebab mereka letak JAWATANG ! kantoi..

Di dunia ni tak payah nak tuduh zeti sebab KO GOLDMAB SACHS ADA REKOD SETIAP PERBELANJAAN BOnd 10B Dollar u.s . Bukankah goldman sachs pemegang amanah bond tersebut ... Dan menyalurkan wang itu kpd seliapa yg 1MO mahu?

Dunia kecil tak payah nak lari!!! Sistem bank pun boleh track rosmah beli condon?

Tanpa Nama berkata...

Padan org melayu dpt pemerintahan kleptocracy. Dah tahu geng umno ni kaki songlap dok undi dia lg, sokong dia lg walau dinasihat berpuluhkali

Tanpa Nama berkata...

42b x 6% = 2.52b najib made it round figure.

yess rupanya najib songlap GST dpd 1MDB

Tanpa Nama berkata...

Melayu umno dan ularmak pas tak peduli kleptocracy ke, najibklentong ke janji ada dedak. Dedak ayam ke, dedak arnab ke hatta dedak babi pun tak apa asal kenyang. Dosa apa peduli, pegi haji 1mdb taja harap2 dosa Allah ampon.

Tanpa Nama berkata...

Kita tak hairanlah bila ada orang yang mencuri wang negara berbillion-billion. Mungkin dari kecil lagi sudah biasa mencuri. Mungkin di rumah mereka tidak pernah ibubapa berkata mencuri itu tidak baik dan berdosa. Mungkin dia tidak jumpa ayat-ayat Al Quran yang melarang mencuri dan khianat. Jadi biarlah dia mencuri dan menanggung segala akibatnya. YANG menghairankan kita ialah beribu-ribu kalau tidak berjuta, haji, tok lebai, tuan guru, pemegang masters, phd, ustazah, mak guru, hafal alquran, pandai ilmu hadith, graduan dari Mesir, Saudi, Jordan, Yemen, Syria dan Iraq BOLEH sokong dan senyap sahaja terhadap kes mencuri harta rakyat. Tak berbunyi langsong. Macam tikus jatuh atas beras. Jadi macam mana kita nak hairan bila ada anak muda, orang jahil pandang serong terhadap tok lebai. Tambahan pulak tok-tok lebai pandai memekak je kat surau dan masjid. Bukan nak turun ke padang tengok keadaan masyarakat. Itulah sebabnya negara nampak aman tetapi sebenarnya huruhara. Sudah tak ada tempat mengadu kalau tidak pandai memilih guru. Guru makan dedak memang cukup ramai!!!

Tanpa Nama berkata...

Kan dah cakap. Kalau di Singapura, orang yang mengambil duit orang lain, dia panggil pencuri. Kat Malaysia je yang kita panggil Perdana Menteri.

PAS dah tukar bearing .. Nak siasat apa, duit harta tu semua di Amerika. Kat sini dokumen dan transaksi je.

Dah terima cakap Najib duit tersebut derma dari Pak Arab, sekarang nak suruh siasat.

Yan Pemuda UMNO pun biyol. Buat lapuran ke atas Ghani, Zetty dan Ketua SPRM.. apasal bekas Timbalan Menteri Kewangan II Husni tak kena ? Sebab dia UMNO ?

Tanpa Nama berkata...

Kalau ikut pelan, Najib seolah-olah tidak mahu mengaitkan saman Amerika dengan 1MDB. Panjang lah cerita .. tapi kalau dah Pemuda bengong buat lapuran kerana membocor rahsia 1MDB, Najib tak boleh lari. Lebih selamat jika Razi dan Jho Low yang jawab samada duit tersebut dari 1MDB atau tidak.

Tanpa Nama berkata...

Husni sudah cabut dulu......
Yang nama di sebut dalam laporan Polis, ada tidak di sambung perkhidmatan, ada yang di paksa tamat perkhidmatan dan ada yang nak bersara. Kalau mereka yang bocorkan rasanya awal-awal mereka letak jawatan.

Kali ini ramai orang yang berjawatan dan berpengaruh menjadi mangsa jahat Najib. Percaya ke mereka bertiga nak gulingkan Najib. Lapuran 1MDB ... SPRM ada.. PAC ada .. KPN ada... Audit Negara ada .. entah-entah Najib sendiri yang bocorkan supaya keldai dua ekor itu yang dipertanggungjawabkan... Macam mata lebam Anwar...

Oleh kerana mereka berjawatan tinggi dan berpengaruh, biarkan golongan mereka sendiri yang bela dan perjuangan nasib mereka. Jika tidak, ada je si bahalol yang sanggup terima jawatan tersebut.

Tanpa Nama berkata...


Kleptokrasi.

Dah agak maknanya lebih kurang macam itu.

Klep - makna nya ialah kelepet. Melipat duit yang di curi untuk di sembunyikan supaya orang atau tuan punya tidak tahu.

Tok - Tok Lebai, Tok Guru. Tak payah di hurai.

Rasi - Serasi @ Sedondon. Bila dah serasi @ sedondon yang haram pun jalann..

Tanpa Nama berkata...

Bila negara di pariah kan oleh Najib, semua bangsa, semua jenis darah dan dari tukang pungut sampah sammmpai ke yang berserban berjanggut termasuk yang berbeta ... Tak pasal-pasal adalah pariah.

Termasuk lah kita yang tidak suka pada Hj Hadi.. sebab kita dengan dia sekali adalah pariah.

SELAMATKAN MALAYSIA !

Malaysiabaru berkata...

Husni bukan timb menteri kewangan... Dia menteri kewangan II . Semua info anak syarikat menteri diperbadankan ada dlm tgn dia

Paham pahan ajelah. Bila zeti nak ambik tindakan AG kata tak payah

Lim Guan rng kes lajuuu jer AG gergaji

Malaysiabaru berkata...

Hahhaa

Adoii terima kasih tlg Ana pecah perut pagi pagi..Lawak..sungguh dan humor sungguh komentar dari peminat blog nih

Tanpa Nama berkata...

Yahanana ........yahajib..&..yahamah....yahudi

abrarmujahideen berkata...

Rakyat nie kuli batak Najib kecuali orang PAS yg mulia suci!!!

Tanpa Nama berkata...

Apa pening2 maksud "kleptokrasi" tu sbb ia adalaha gabungan "Klepet (mencuri)+Kelentong(menipu)+korupsi(rasuah) =KLEPTOKRASI

Tanpa Nama berkata...

Beruntung Pak Jib.Adi Awe WALAK ko Pak JIB(PM) Ahli PAS Wajib WALAK ko Adi Awe(PP) Oleh itu Ahli PAS WAJIB WALAK ko PAK JIB juga.Simple mathematic equation.Bijak Pak Jib meeeemang bijak.Pada awal nya Pak Jib pening mutar mikir lagu mana nak selesai masaalah dia.Dok mikir2 dia jenera(tertidor),Lantas bermimpi .Saya tak payah ghoyat apa mimpi dia.SATELAH JAGA DARI TIDOR PAK JIB PANGGIL GANG2 DIA.LEPAS BINCANG AMBIL MASA 24 JAM.KEPUTUSAN DICAPAI .BUAT EXSPERIMENT GUNA DEDAK WI MAKE KO ADI AWE.KALU ADI AWE BOLIH JENERA (lena ) bila make DEDAK selesai masaalah kita pasal Adi Awe ramai pengikut hak WALAK ko dia.Kalu Adi Awe suruh make TAIK pun pengikut dia MAKE.Maka DEDAK pun di hulur ko Adi Awe.Tak dan sampai ko mulut lagi Adi Awe dah sambar di tan kedarah nya sampai berasap tak kabar apa .HINGGA HARI NI BERCAKAP MACAM ORE MABUK PIL KUDA.kaedah yang Pakjib Guna ni Kaedah SIMPLE chemistry.Haaaaaaaa kalu salah tolong betulkan pasal ambo tak khatam mathematic and chemistry ambo grad in fizik.