21 Jun 2016

Mahathir: BN Menang PRK Dengan Rasuah Terbuka & Salah Guna Kuasa Yang Ketara

Mahathir dedah rahsia BN menang pilihan raya kecil

Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang.

Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras.

Saya tidak mungkin sokong perbuatan salah guna kuasa seperti menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana ini sehingga rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah kerajaan bernilai RM3,000 pada harga RM60 sekaki persegi; penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low; pengakuan Datuk Seri Najib Razak bahawa adalah benar wang sebanyak RM2.6 bilion ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada kerajaan.


Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang peguam negara supaya dapat diganti dengan peguam negara yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Saya tidak dapat terima seorang perdana menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib berkenaan duit 1MDB; institusi-institusi kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak lebih RM20 bilion.

Saya tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep “Cash is King”, wang tunai itu raja – iaitu mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya.

Kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi.


Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.

Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin.


Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.

Bagi saya usaha untuk membersih kerajaan Malaysia akan saya teruskan dengan apa cara sekalipun.

Mahathir Mohamad adalah bekas Perdana Menteri Malaysia dan artikel ini pertama kali dimuatkan di blognya.


‘Pemberian wang’ - BERSIH kecam sikap tak acuh SPR


BERSIH mengecam dakwaan bahwa BN menawarkan pengundi terpilih tunai semasa pilihan raya kecil di kerusi parlimen Sungai Besar, Sabtu lalu.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata, ini jelas bertentangan dengan peraturan pilihan raya.

"Tetapi malangnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak fikir bahawa ini suatu kesalahan. Itulah kekecewaan paling besar," kata Maria kepada Malaysiakini.

Sabtu lalu, Malaysiakini melaporkan kira-kira 100 pengundi dilihat beratur di luar pejabat Umno Tanjung Karang selepas mengundi bagi kerusi pilihan raya kecil Sungai Besar ketika pusat pengundian hampir ditutup.

Menurut sesetengah mereka, mereka dimaklumkan melalui telefon semalam untuk hadir sendiri di pejabat itu selepas mengundi.

Seorang pengundi berkata, jumlah wang bergantung kepada tempat kediaman seseorang itu daripada RM100 sehingga RM200.

Malaysiakini telah menghubungi SPR untuk mendapatkan ulasan mereka.

Tahun lalu, pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata penyediaan elaun perjalanan untuk pengundi bukan satu kesalahan.

Maria berkata memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara ini akan akan menjadi lebih sukar.

"Calon yang memfailkan petisyen perlu membuktikan bahawa dengan pemberian wang, ini mempengaruhi pengundi untuk mengundi dengan cara tertentu.

"Tetapi tidak ada pengundi yang akan tampil mengatakan ini, jadi ia akan menjadi sangat sukar," katanya.
-mk





14 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Last warning utk azmin mangkok Ali (yg tak layak jd timb presiden pkr)

AKU DAH BACA SURAT CINTA NIK ABUDOH HANTAR PADA NAJIB

PERJANJIAN UTK HANCURKAN DAP (spt d teluk intan apabila 6000 ahli pas tak mengundi) DAN UMUMNYA HANCURKAN PAKATAN

AHJIB GOR BALAS DGN JANJI UTK MASUKKAN PAS DALAM KWRAJAAN CAMPURAN SBG BALASAN . AHJIB BERSUMPAH DI ATAS NAMA BAPANYA TUN ROJAK

jadi min... Ko masih mak harap Dan tunggu PIS?

Janji abudoh dan najis dah termeterai..

Ko tak nak bertindak pecat exco PIS mcm Ko tanguh umum calon pakatan prk sg Besar.... Di mana PIS dah bertindak Dan menyerang lebih awal.. Ko min do tunggu pelacur dtg kpd Ko Dan....

.....
......
.......

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih tun..jgn dgr nik abodoh tu..nak dapat pahala bukan hanya pegi masjid saja..berbakti kpd rakyat pun dpt pahala..kita masuk syurga dgn rahmat Allah..jadi wakil rakyat kalau diam membisu dgn kezaliman pemimpin lg dayus..mkn gaji buta aje nik abodoh..

Tanpa Nama berkata...

Mane mau nyer bro.Min pun sama perangai mcm hadibawang dan nik abodoh tu.sama je semua nya elok min tu dipecat dari pkr suruh die masuk pis.cuba lihat layanan mesra min pada pas padahal layanan sinis dia utk Amanah dan dap.dr masa nk.ganti tski dulu aku dah kata.elok buang min segera kalau tidak jahanam pr nt nt kan dah jahanam. Kalau inilah cara nya pru next abisla ph babai jela pastu ph makin lemah dan berpecah dan pupus perlahan2 spt pas.min ni luka dlm ph,kena buang segera sbl menjadi barah.Buang min segera sbl rakyat buang anda.tq

Tanpa Nama berkata...

Zaman dulu-dulu orang bertapa dalam gua sampai janggut putih mencecah lutut ketika bersila. Datang lah orang-orang yang berhajat padanya. Ok kira bagus tapi adakah segala yang dia dapat ketika bertapa dalam gua tersebut dapat memastikan dia kuat untuk menghadapi dunia luar dan menghalang kuasa luar menjajah bumi pertiwi?

Dapatkah ilmu yang di amalkan yang diperolehi terus dari seorang tuan guru di pakai untuk menjadi teladan kepada orang lain sedangkan sendiri bernafsu pada duniawi?

Orang yang bijak ialah menjadikan pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain sebagai ilmu atau sebagai guru.

Hebat dengan ilmu yang di amalkan tetapi tidak mengambil pengajaran dari pengalaman hidup adalah orang yang rugi.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Nik AlBodoh mana ada tokoh menjadi pemimpin? Hanya layak jadi juru nikah kat kampung.

Kepada Tun, negarawan ulung, kami ucapkan terima kasih. Hidup Tun.

Perompak negara wajin disingkirkan.... sabar.... rakyat akan bersama mana-mana pakatan yang mahu singkirkan lanun yang merompak wang rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Mereka tidak rasa bersalah sebab dari dulu mereka mengundi BN. Tak bagi duit pun mereka mengundi BN. Tak kira GST ke, Tol naik ke, 1MDB ke, hutang negara berbillion ke... tetap BN.

Yang bodoh ialah yang tak ambil duit kemudian undi BN lah yang bodoh piaak.

Ini bukan rasuah tapi derma !!
Boleh di guna untuk bayar fitrah !!



Tanpa Nama berkata...

Yang paling dikesalkan ialah bukan sahaja pembangkang gagal memberi satu panduan kepada rakyat kerana gagal bersatu malah peranan Raja-Raja Melayu yang membisu juga mempengaruhi rakyat dan pengundi. Seolah-olah memberi isyarat bahawa negara dalam keadaan baik dengan berpendana menterikan Najib.

Apalagi parti PAS yang sepatutnya lantang menentang rasuah dan banyak berhutang kini menerima perbuatan tersebut tidak ada kena mengena dengan dosa pahala. Hanya bila kalah di kaitkan dengan kekuasaan Allah. Sedangkan kekalahan selama ini adalah kerana rasuah dan memberi duit kepada pengundi.

Tanpa Nama berkata...

Kekalahan ph sejak prn sarawak sehingga prk di sg bsr dn k.kangsar amat mengecewakan...petugas dan jentera pH telah menjalankan amanah berkempen kpd rakyat...tp rakyat masih tidak merasa dn tkesan dgn situasi kenaikan kos sara hidup yg menghimpit dtambah dgn skandal pemimpin umno bn..kadang hati ini ingin ucap terima kasih kpd semua pemimpin pH atas kempen dan menginginkan mereka pulang kpd pangkuan keluarga dan berehatlah..biarkan krjn sedia ada buat la apa sehingga menzalimi pun, rkyt yg kebanyakan tidk akan kisah..drpd menyusahkan pejuang rakyat PH berkempen berjuang tp yg akhirnya tidak berhasil...Tapi kami yakin bahawa kamu semua (pejuang rakyat pH especially rafizi we love u) tidak sesekali akan berundur sebab mereka pejuang sejati yg mempunyai keimanan tinggi tidak sanggup melihat kezaliman bmaharajalela thadap saudara dan generasi mereka biarpun mereka tpenjara biarpun nyawa sbg galang gantinya..kami ini hanya blindung bwh pjuangan kamu..pelbagai risiko kamu lalui..oleh itu kpd semua wahai pejuang rakyat kami berbangga dgn kamu dan kami berdoa agar allah membalas nikmat syurga kpd kamu dan seluruh keluarga kamu atas titik peluh perjuangan ini walaupun tidak mmbuahkan kemenangan.semoga perginya kamu di akhirat nanti, syurga lah balasannya..amiinn ya rabbal alamin..

Tanpa Nama berkata...

Tuan2, dengan keadaan pembangkang yg sedang kelam kelibut skrg, bagaimana sekiranya pm bubarkan parlimen dan memanggil pru baru dlm masa terdekat ni?

Tanpa Nama berkata...

Aaminn

Tanpa Nama berkata...

Rasuah pilihanraya oleh BN sejak Tun M jadi PM lagi..Jadi Tun M patut bagi formula penyelesaian..PRK di kawasan miskin dan kurang pendidikan. Memudahkan UMNO kawal tapi bila pRU sukar untuk uMno beri tumpuan disemua kawasan..jadi tak perlu bimbang dgn PRU..pRK ni Najib akan buat ape saje untuk jaga maruah dan buktikan PRU umno boleh menang..

Tanpa Nama berkata...

Parlimen akan dibubarkan selepas usaha gabungan PAS UMNO diselesaikan dengan penerimaan MCA MIC bahawa hudud adalah sebagai RUU.

AMANAH yang masih boleh jalan tegak perlu di hentam lagi..

Melayu masih ramai lagi yang tidak takut pada DAP..

Dedak pun masih ada ..

Unknown berkata...

Saya benci Tun dulu, saya sumpah seranah Tun, ketika itu Tun mmg banyak buat salah.

Sekarang Tun tak buat salah lg (sekurang2 nya tak nampaklah) , Tun usaha untuk hapuskan pemimpin bebal, Tun nak perangi rasuah.

Apakah aku akan biarkan usaha Tun demi dendam dahulu???. Aku bukan tuhan, biarlah dosa tun yg lepas diadili Allah. munkin Tun sudah insaf.

Pemimpin sekarang SEDANG merosakan. Aku sbg insan yg masih hidup bernyawa, aku tak boleh bersubahat, aku mesti bertindak.

Untuk itu, aku akan tetap bantu Tun. Teruskan usahamu Tun

Unknown berkata...

Orang melayu menjadi miskin krn tekanan hidup yg tinggi, umno dan bn sgt peka akan hal ini,justeru memberi gula2 kpd rakyat khususnya org melayu suatu langkah yg amat tepat. Harga diri org melayu terlalu murah utk di jualbeli oleh umno dan bn.Org Melayu ibarat kain buruk saja,bila hendak di pakai,bila x hendak di buang begitu saja. Sedihnya...