15 Jun 2016

Kehadiran Dr.Rani Di Iftar Pakatan Harapan Cetus Kontroversi Dalam PAS

MB Selangor turun Sungai Besar sokong calon Amanah, turut serta calon Pas

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali turun ke Sungai Besar hari ini bagi memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan dari Amanah, Azhar Abd Shukur.

Beliau menyertai majlis berbuka puasa (Iftar Perdana) yang dianjurkan Pakatan Harapan untuk memberikan sokongan moral kepada calon Amanah.


Azmin selaku Timbalan Presiden PKR mengisytiharkan sokongan beliau kepada Azhar di majlis berbuka puasa ini.

Turut hadir di majlis ini ialah calon Pas, Dr Abdul Rani Osman.

Dalam ucapannya beliau mengakui memerlukan pertimbangan yang sukar dalam mengambil pendirian dalam PRK Sungai Besar.

"Sebagai timbalan presiden PKR, selepas perbincangan dengan pelbagai pihak, saya memilih untuk memberi sokongan kepada calon dari Pakatan Harapan.

"Saya percaya dengan latar belakang agama, kredibiliti dan latar belakang keluarga, Ustaz Azhar akan dapat menjadi suara kita di Parlimen Sungai Besar," katanya

Kepada calon Pas beliau turut berharap dapat terus menyembung persahabatan

"Dr Rani, jangan sedih, kita masih rakan di Dewan Undangan Negeri, anda telah menyumbang banyak saya berdoa agar anda akan terus berjaya dan menyumbang," katanya

Pada ketika ini, beberapa orang-orang di khalayak menjerit menggesa Dr Rani untuk menyertai Azmin dan Azhar di atas pentas tetapi dia tinggal di tempat duduknya.

Azmin dalam ucapannya memohon maaf kerana tidak dapat kerap melawat tempat itu semasa kempen PRK Sungai Besar kerana jadual ketat bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk majlis berbuka puasa di masjid-masjid di negeri ini hampir setiap petang.

"Saya bertanya kepada Tuanku untuk memberikan saya kebenaran untuk berada di sini petang ini dan Tuanku membolehkan saya untuk berbuat demikian," kata Azmin sambil menambah bahawa dia akan datang lagi pada hari Jumaat. -MD


MESEJ YANGH VIRAL DI KALANGAN AHLI PAS

*SEGERA*

*Untuk Sebaran Ahli SAHAJA*

Dewan Ulama' Pas Negeri Selangor sebentar tadi telah mengadakan mesyuarat tergempar dan mengambil ketetapan seperti berikut:-

1) Menggesa Dr Rani, calon P093 menarik diri dari bertanding mewakili Pas susulan tindakan beliau menghadiri program iftar anjuran Pakatan Harapan di Sungai Besar petang tadi.

2) Mengarahkan seluruh jentera pilihanraya di negeri selangor berhenti dari memberi sokongan kepada Dr Rani serta merta.

3) Mengarahkan semua pengundi Pas di Sungai Besar mengundi calon Barisan Nasional atau memboikot dengan tidak turun mengundi dalam PRK akan datang.

DUPNS amat kecewa dengan tindak tanduk Dr Rani yang memalukan parti sejak bermula kempen PRK kali ini.

Terbukti apa yang dibahaskan oleh perwakilan DUPNS bahawa Dr Rani adalah harumanis adalah benar!





ULASAN GB

GB belum dapat mengesahkan mengenai mesej yang viral di media sosial terutama whatsapps mengenai kenyataan Dewan Ulama Negeri Selangor tersebut.

Namun yang nyata kehadiran calon PAS Dr Abdul Rani Osman itu memang telah melanggar pantang pimpinan PAS yang sebelum ini telah mengeluarkan arahan supaya ahli-ahli tidak menghadiri majlis-majlis yang diyang dianjurkan oleh AMANAH dan DAP.


Malah salah stau alasan bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa dilucutkan keahlian PAS adalah kerana sebab menghadiri majli sedemikian.

Dr.Rani tentunya sedia maklum mengenai arahan itu, dan sudah tentu juga memikirkan tentang risiko beliau menghadiri majlis Iftar Pakatan Harapan tersebut.

Sebelum ini di dalam Muktamar PAS baru-baru ini Dr Rani telah ditempelak sebagai "profesyenal cetak-rompak" .

Ketika itu, perwakilan Dewan Ulama PAS dari Selangor mempersoalkan pemilihan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman sebagai calon mewakili parti itu pada pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar.

Malah, wakil berkenaan, Nik Bakri Nik Mat turut berpendapat pertandingan antara PAS yang akan bertembung calon Parti Amanah Negara (AMANAH) di Sungai Besar itu sebagai perlawanan "harum manis melawan harum manis".

Sewajarnya juga Dr.Rani mengetahui dan menerima hakikat betapa sempitnya pemikiran pimpinan PAS yang mengeluarkan arahan sedemikian dan tidak sewajarnya lagi beliau berada di dalam PAS.

Sebelum ini juga exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Samad pernah menjadi sasaran ahli PAS kerana cuba untuk tidak memtuhi arahan Presiden PAS, baca: Ahli PAS Serang Iskandar Gara-gara "Tidak Wala" Kepada Hadi

PAS dilanda sindrom ketaksuban melampau dan jangkaan yang menyataan PAS akan terus berpecah dan berkecai nampaknya semakin nyata. Wallahualam.


19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Khas untuk pengundi2 PAS di Sungai Besar :

Dari mereka beri undi kpd UMNO/BN, lebih baik mereka beri undi kpd AMANAH......

Unknown berkata...

Salam:


Jika kenyataan di atas benar peluang Amanah menang cerah,sebab pengundi melayu yg setia undi pas sejak 2004 sehingga PR13,SOLID Lebih kurang 8,000 orang.ustaz Azhar cuma dapat dalam lingkongan 40-50% sahaja.Jika kena gayanya inilah peluang Amanah full swing mendapat dari undi melayu pas sejak 2004, kenaikkan 30% lagi sehingga menjadi 70% ,tapi target 100%

Jika ini menjadi kenyataan,Amanah cuma memerlukan 5%-10% swing daripada melayu umno group mahathir.

Berkat bulan ramadhan yg mulia ini,insyallah jika usaha berterusan,tiada gaduh-gaduh lagi sesama parti component,"light at the end of the tunnel" sampai jua.
JANGAN LEKA,LAST-MINUTE MANUEVER...Berhati-hati dalam semua keadaan,saham petugas2 PACA parti terlalu mahal sekarang.
sekian.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Pas selangor nak bagi undi kpd umno Pas kena letak jawatan dulu dlm. Kerajaan Pakatan..baru betul..gaji mau tp sokong tak mau

andikbolong berkata...

perbanyakan doa dan tingkst usaha berkempen yg ikhlas insyallah Allah akan membantu ..

nick berkata...

Pis ni memang parti sasau. Dah buat blok baru dengan Ikatan tapi masih lagi nak duduk dalam kerajaan negeri Selangor dengan menempel kat PKR dengan hujah kononnya Pakatan Rakyat masih hidup lagi (habis tu yg ko buat blok dengan ikatan tu apa kebendanya?) Dan apabila parti dan pimpinannya semua sudah sasau maka calon Pis untuk PRk Sg Besar pun dah jadi bengong. Dr Rani pun dah mabok, tak tau tempatnya kat mana. Dr Rani jadi serba salah sebab Pis duduk dalam kerajaan negeri Selangor maka dia kena hormat MB tapi dalam masa yang sama PIS adalah musuh kepada Amanah yang menganggotai PH bersama2 PKR dan DAP. Tu yang jadi pening dan lupa ingatan sekejap sehingga duduk buka puasa dalam majlis yang sedang berusaha memenangkan calon Amanah. Dr Rani secara tidak langsung memberi isyarat kepada pengundi agar mengundi calon Amanah (sebab Dr rani takde pulak dok sebuk2 kat kem Bn waktu buka puasa).

Pis amat patut dinasihatkan agar jangan lagi membuat ahli2nya pening, mabuk, khayal dan paling utama "diperbodohkan"! Pis sudah menamatkan cerita tahyul tentang "PR masih hidup lagi" apabila PIS buat blok baru dengan Ikatan. Hentikanlah penipuan dan dusta serta bersegeralah memberikan arahan supaya Pis Selangor mufarakah dari Kerajaan negeri Selangor yang tak ada kena mengena dengan Blok otak suku (yang lebih teruk dari otak 3 suku) ciptaan Tuang Presideng Pis. Perintah mufarakah dari Kerajaan negeri Selangor tu mesti dibuat segera sebelum ramai lagi ahli2 Pis terutamanya walaun2 yang dimasukkan ke blok baru wad sakit jiwa kat Hospital bahagia PisIk. Tentang jawatan, kuasa dan wang ringgit tu, redha je lah sebab Pis pun masuk bertanding nak dapat redha Allah sahaja maka benda2 keduniaan tu takde nilai pong!

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi tentu kekam kabut,telan mati
emak luah mati bapak.nak sangat
pengikut wala dengannya tapi meng
khianat perjuangan pas dan perjuangan
arwah nik aziz

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan sebahagian darpada politik matang yang dicanangkan ke hulu dan ke hilir?

Tanpa Nama berkata...

Pas dah nafikan mesej tu..hanya fitnah semata2..so kalau admin takut dosa fitnah, sila maklumkan...tkut dh tersebar fitnah ni, xpasal2 jadi dosa jariah..

Tntang kehadiran dr rani, beliau djemput oleh mb azmin sndiri, pas langsung xkesah, bahkan inilah trjemahan politik matang..yg sakit hati sebhagian pyokog pandappkr..siap kutuk azmin lg...

cikmatgelap berkata...

kita akan mati,tangan yg memangkah akan menentukan nasib generasi yg akan kita tinggalkan

Din berkata...

Terbaik Nick..mulai sekarang kita akan guna PIS untuk merujuk kepada PAS..haha paspispus. Party kepala batu dan pembohong bersiri.

Max Cavalera berkata...

Itu prog iftar perdana bersama MB, setahu saya itu prog open to public bagi meraikan menteri besar selangor bagi rakyat selangor berahmah mesera dgn MBnya... Sbab tu dr. Rani pergi sebagai rakyat selangor dan adun selangor tampa memakai apa2 pengenalan sebagai ahli atau wakil PAS dan yg pasti tiada mesyuarat tergempar utk membincangkan pekara tsb, wallah'alam...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullilah PAS nafikan tapi kena ingat mungkin selepas ini ada lagi majlis iftar. Rani kena tunjuk politik PAS yang matang dan jika tak datang, lain PAS cakap lain yang PAS buat.

Lagi pun puasa sampai bila, hari mengundi bila... tentu ada majlis lain. Majlis Hari raya pun Rani boleh datang.

Walaupun dijemput, nak datang atau tidak terpulang pada yang punya badan dan dia ada sebab yang kukuh untuk tidak hadir. Orang PKR dan AMANAH pun faham jika Dr Rani terpaksa uzurkan diri.

Emmm... sebelum itu Dr Rani maklumkan atau tidak pada pemimpin PAS Selangor ?

Tanpa Nama berkata...

Ni walaon jenis ratib pan dap 24jam salahkan pan dap.jenis kalo terkentut pun terus salahkan pan dap..tp masih bergayut ngan krjn slngor.puihhhh

Tanpa Nama berkata...

Mana buleh.hadi dah larang sebarang program berkaitan Amanah xblh dihadiri pas.kalau x nt xwalaq pulak bdosa dan celakalah jadinya.kikikiki

Tanpa Nama berkata...





Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber Ber BAKTI
Ibarat Sang MENTARI...Yg Kaseh Mem-BERI
Ber Bakti Mem-BERI...TAK Mintak Di PUJI
Yg Sentiasa Menerangi...Tak Pernah Ber HENTI
Demi Men JUNJUNG...AMANAH ILAHI


Demi Men JUNJUNG...AMANAH ILAHI
LANGIT dan Bumi...Pun Kaseh Mem-BERI
Mem-BERI Naungan...Dan HAMPARAN Azali
Dgn Hidup HIDUPAN...Yg Be Warna WARNI


Dgn LANGIT dan Bumi...Yg Kaseh Mem-BERI
Bekalan OKSIGEN...Yg Tak Putus TAK Henti
Lalu "Menyentuh"...Jiwa NURRANI
Alangkah INDAH Nya...Yg Mem-BERI Kan Bakti
Alangkah MULIA Nya...Pem-BERIan Yg SUCI
Alangkah SUCI Nya...Yg TAK Mintak Di PUJI
Alangkah AGONG Nya...AMANAH-MU-Yaa RABBI



Alangkah AGONG Nya...AMANAH-MU-Yaa RABBI
LANGIT dan BUMI...Ber TASBIH Memuji
Ber TASBIH Ber TAHMID...Tak Berhenti HENTI
Lambang Ke AGONGAN...Yg Kaseh Mem-BERI
Fana dan LENYAP lah...Kesombongan DIRI
Hancur dan SIRNA lah...Haloba NAFSU Emosi
MATI dan Padam lah..."Semangat" Men CURI
Hangus Ter BAKAR lah...FITNAH yg Keji
Kan Muncul lah...FATANAH-IQ-Merit Yg Tinggi
Menjelma lah AMANAH...Yg TULUS dan SUCI
AMANAH Utk Mem-BERI...Dan TERUS Mem-BERI
Yg Kaseh Mem-BERI...Membuak2 Di HATI
Oh! Kaseh Mem-BERI Itulah...FITRAH Syurgawi..



Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Kaseh Mem-BERI Itu...Kecintaan'NYA TUHAN
Kaseh Mem-BERI Itu...TAK Mintak Sanjungan
Se Murni Se SUCI...Se Indah2 TAULADAN


















Tanpa Nama berkata...

7:51 baca abis2.gb pun dh tulis situ bhw gb belum mengesahkan viral isu tersebut.so jgnla cpt melatah terus salahkan pan dap.inikah cth islam pas?

Tanpa Nama berkata...

Hadi Bawang punya pasal PAS dah jadi parti kelam kabut..... Siapa mahu PAS sekarang? Hanya hantu akan undi PAS. Yang lain akan undi AMANAH. BN pula? Siapa yang akan undi BN? Mungkin hanya jembalang....

Tanpa Nama berkata...

Parti pus pus lagi sedap..

pemuda parit kings berkata...

Dasar tak tahu malu!!!hahaha...