19 Jun 2016

AMANAH Diterima Rakyat Sebagai Pengganti PAS

Walaupun kalah, Amanah anggap pencapaian membanggakan bagi parti baharu

Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan keputusan bagi pilihan raya kecil (PRK) Parimen Kuala Kangsar sebagai membanggakan walaupun berada di kedudukan ketiga di belakang BN dan Pas.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, selepas bekerja kuat memperkenalkan Amanah yang belum mencecah usia setahun, parti itu mampu memperoleh 4,883 undi.


“Terima kasih kepada pengundi yang saya faham amat sukar untuk mengenali parti Amanah yang tak sampai umur setahun, baru lapan bulan, lambang pun baru, ramai rakan dalam Pakatan Harapan terpaksa bekerja keras untuk memperkanalkan Amanah.

“Atas beberapa halangan itu kita berupaya mendapat undi dan undi 4,883 itulah undi Pakatan Harapan setelah tidak ada lagi Pakatan Rakyat.

“Berdasarkan prestasi ini Amanah berasa kita telah mencapai keputusan yang amat membanggakan kami. Dalam keadaan yang begitu sukar kita telah berjaya untuk mendapatkan undi yang sebenarnya undi Pakatan Harapan,” kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar malam ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Mastura meraih 12,653 undi manakala calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684 undi), calon Amanah, Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (54 undi).

Menurut Salahuddin, pencapaian Amanah itu merupakan kayu ukur untuk Pakatan Harapan menyertai pilihan raya umum akan datang sebagai satu gabungan yang kuat.

“Ini isyarat jelas yang kita berikan sebagai menghadapi PRU yang akan datang.

“Secara keseluruhannya penyertaan Amanah dibantu sepenuhnya oleh Pakatan Harpaan menjadikan ia begitu penting sehingga kita dapat muncul sebagai parti baru yang tidak boleh dipermainkan.

“Kita mendapat undi yang meyakinkan dan ini satu petanda bahawa rakyat mahukan suatu gabungan pakatan yang benar-benar boleh berhadapan dengan BN dalam PRU akan datang,” katanya.

Sementara itu beliau berkata faktor pengundi luar turut mempengaruhi keputusan pada hari ini.

“Antara faktor yang mempengaruhi keputusan pada hari ini ialah jumlah keluar mengundi yang rendah 71 peratus berbanding 84.5 dalam PRU dahulu. Ini adalah kerana pengudi yang berada di luar Kuala Kangsar tidak pulang pengundi.

“Lebih 300 pengundi DAP dipindah ke Padang Rengas dan pengundi muda tidak pulang kerana memikirkan mereka harus pulang untuk berhari raya dua minggu dari sekarang. Ini semua faktor yang mempengaruhi,” katanya.

SPR memaklumkan, jumlah peratusan pengundian di PRK Parlimen Kuala Kangsar hanya mencatatkan 71 peratus berbanding sasaran SPR sebanyak 75 peratus.

Salahuddin turut mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Termizi yang sanggup mewakili Amanah dan Pakatan Harapan dan telah memberikan usaha yang maksimum.

“Terima kasih kepada Dr Ahmad Termizi yang sudi menjadi calon, pertama kali menjadi calon dan beliau sangat diminati cuma undi sahaja belum cukup,” katanya.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Ahmad Termizi, Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN menang dengan majoriti 9,191 undi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar. Calon BN meraih 16800‎ undi manakala Amanah memperoleh 7,609 undi dan Pas (6,902 undi).

ULASAN GB

AMANAH tewas di kedua-dua PKR dengan salah satunya iaitu di Sungai Besar, undi AMANAH melebihi PAS.

Dengan usianya yang hanya baru 7-8 bulan tetapi telah berjaya menyaingi PAS adalah satu yang membanggakan.

Jika dilihat kepada perbandingan jumlah undi yang diperolehi oleh PAS pada PRK semalam dan PRU 13. kita akan dapati PAS kehilangan undi yang begitu ketara.

SUNGAI BESAR:

PRU13 = 18,296
PRK = 6,902
Merosot = 11,394 (62%)

KUALA KANGSAR

PRU13 = 13,136
PRK = 5,684
Merosot = 7,452 (57%)

Begitulah lebih kurang pola undi yang akan diperolehi oleh PAS di dalam PRU14 jika bertanding sendirian, iaitu akan kehilangan 50%-70% undi yang diperoleghi pada PRU13.

Ia juga mengesahkan FAKTA bahawa mereka yang mengundi PAS pada PRU13 adalah dari pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat yang kini telah digantikan dengan Pakatan Harapan.

Ada pihak PAS yang berhujjah, "dengan sendirian pun kami mampu memperolehi jumlah undi yang besar, tidak seperti AMANAH yang didokong secara bersama oleh PKR dan DAP.:

Betul, tetapi kita menyertai pilihanraya untuk menjadi kerajaan. Justeru bukan faktor "kuat sendiri" yang perlu menjadi ukuran. Yang penting di dalam sistem demokrasi berparlimen ialah berapa undi yang diperolehi setiap parti. Jika itu diabaikan lebih baik usah jadi parti politik dan usah masuk bertanding jika hanya ingin menjadi pengacau di medan itu.

Di dalam PRN Sarawak yang lalu, khususnya di Beting Maro yang mana AMANAH telah bertemu dengan PAS, AMANAH kurang diterima oleh masyarakat Sarawak sehinggakan calonnya hilang deposit di sana.

Sejak itu beberapa orang cybertrooper PAS mencanangkan AMANAH juga akan hilang deposit di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Namun apa yang berlaku undi PAS yang merosot dan AMANAH ke hadapan sebagai parti yang menggantikan PAS bersama-sama dengan rakan-rakan lain di dalam PH. AMANAH masih ada ruang untuk maju jauh ke hadapan kerana ia parti baharu yang memerlukan masa untuk lebih dikenali oleh sekalian rakyat Malaysia.

Di dalam politik, kita perlu bersikap realistik.

PAS perlu banyak bermuhasabah dengan apa yang diperolehi di dalam 2 PRK semalam.

Yang jelas, ialah "kerjasama" dengan UMNO yang diproklamirkan jelas sekali memberi keuntungan yang besar kepada BN, sekurang-kurangnya dari sudut politiknya.

Sedangkan PAS bukan sahaja rugi dari sudut politik, malah rancangannya agar usulnya diterima oleh UMNO BN juga tidak kesampaian. Yang jelas, Najib berjaya menjadikan PAS sebagai alat untuk mengkoyak-rabakkan Pakatan Rakyat.

AMANAH semakin dikenali, walaupun kalah namun maruahnya tidak hilang semalam. Parti oren itu semakin dikenali dan diterima sebagai pengganti PAS.

Bercakap mengenai PRU14 pula, keputusan semalam sepatutnya membuka mata semua pimpinan Pakatan Harapan juga agar mencari jalan terbaik bagi mempastikan tragedi semalam tidak berulang.

Jika PAS ingin kekal dengan Blok Ketiganya, tiada masalah. Tetapi PH dan Blok Ketiga perlu duduk bersama membincangkan strategi untuk pastikan BN ditumbangkan.

45 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan Putus Asa. Perjuangan harus diteruskan. Elok sangat jika pembangkang boleh berjuang secara bersepadu untuk menghadapi PU14. PAS harus diajak berunding dan bersama dalam PH.

Tanpa Nama berkata...

In times like this, you ask yourself why is it that people are more than happy to vote for people who rob your money, even after being presented with overwhelming evidence.

In times like this, you want to ask yourself questions like why do you even bother, if it is even worth the while?

In times like this, it is always easier to take the simple way out, which is exactly what the powers that be want.

In times like this, you ask yourself how is it that people like Lim Kit Siang has persevered over the past 50 years.

Hence it is also in times like this that deep down, you know you cannot give up. Instead we need to steel ourselves for the worst that is yet to come.

If we stop fighting the corrupt, the country sinks into the abyss.

Yes, evil may ultimately triumph. But I would rather go to my grave knowing that I have tried but failed, then to fail to try.

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya GB, hj hadi ni susah nak dibawa berbincang...

Tanpa Nama berkata...

Semua barisan parti pembangkang perlu buang ego masing2 dan kembali ke meja rundingan...terimalah hakikat jika bergerak sendirian kamu tidak akan ke mana, lainlah jika memang ada niat utk jadi pengacau yg ingin kekalkan kemenangan umno bn.

Tanpa Nama berkata...

Pelajaran buat semua.bersatu teguh.bercerai roboh

Tanpa Nama berkata...

PAS Itu HADI

HADI sudah BODOH ; mula MENONGKAT LANGIT gila Men FATWA pulak

Sejak bila PAS jadi Parti Ajaran Sesat ?????

Orang Orang Melayu PAS yang paling BODOH gagal ber fikir tuk ubah nasib hidup mereka.

Bodoh saja yang mampu di lihat hasil PRK ini ; SAPUMAN yang paling BIJAK !!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Malaysian masih sokong najib yang terima derma berbillion?

Melaysian memang Pandai Kira duit tahu najib Akan share duit derma. Taniah!

Tanpa Nama berkata...

Ikatan diam jer, mesti masih letih kerja keras bantu pas semlm.

Tanpa Nama berkata...

Pas mudah sangat termakan hasutan umno yg memang nak pembangkang berpecah. Yg paling bangang ialah hadi, haron dan abdoh.

Bijak zuhdi menyamar....

Tanpa Nama berkata...

Selagi hadi hidup, pembangkang x bole bersatu. Tunggu aje la lepas hadi dah tak ada nanti

Malaysiabaru berkata...

Analisa CIA

Azmin ali melakukan kesilapan yg amat besar dgn tidak mahu menghapuskan PIS terus lunyai dari kerajaan campurun negeri selangor

Akibat itu PIS bejaya kumpul dana hampir 100juta utk lawan pakatan hasil projek dari kerajaan negeri

Azmin pls accept fact

1) pas dah bakar jambatan utk 50 tahun lagi dgn pakatan selagi Nik abudoh bjaya control pIS.

2) undi sokongan 10% melayu pas akn musnahkan pakatan tiga penjuru

3) cina langsung tak undi pas

4) azmin perlu pupuskan pIS sehingga penyokongnya cecah 1% sahaja dan balance9% pegi kpd amanah pkr

Boleh ke Min? Kalau tak boleh aku fah buat batu nisan utk kau min. Musnahkan PIS skrg Min! Sebelum tlmbt. YAKINLAH KPD ALLAH DHN KEPUTUSAN MEMECAT EXCO PIS!

Tanpa Nama berkata...

Sebab apa pis kalah???
Sebab pis banyak ternak ahli berotak untaaaa dan keldaii. Pemimpinnya pula tn hj baghal al-tuangguru...

Unknown berkata...

tunggu komen Hadi. tunjukkan peratusan undi. kalau dia kata kita yakin menang dalam PRU14......Hadi ni memang ada "something wrong somewhere"

Unknown berkata...

Amanah mendapat undi drp pengundi yg mmg hendak mengundi pembangkang sementara pas membuktikan bahawa ahli2 pas majoritinya masih setia kpd parti mrk.Cita2 pembangkang utk ke putrajaya pru 14 kabur.

Tanpa Nama berkata...

Pembangkang KENA bersatu macam BN. Jika tidak sukar mengganti BN. Acuan "boleh bersatu" BN harus diguna pakai PH. Biarlah matang sikit berpolitik.

Buang ego masing-masing. Lim Guan Eng pun kenalah kendur sedikit. Jangan fikir P Pinang sahaja. Di Selangor undi Melayu sangat penting. Hadi elok undur diri. Begitu juga Haron Din. Mereka penghalang besar untuk PAS bergerak ke depan. Nak urat Umno, Umno tak mahu. Umno guna Pas untuk hancurkan pembangkang dan telahpun menghancurkan Pas dan Pakatan Rakyat. Maka Pas kena fikir semua ni.

Isu hudud tu biarkan dahalu..... kan dulu pun hudud bukan isu utama Pas apabila bersama Pakatan Rakyat? Pas for All kata Hadi.... kenapa sekarang ubah haluan?

Semua parti pembangkang mestilah fikir-fikir masak-masak.... bersatu dan berjuang sebagai SATU badan politik. Barulah rakyat akan yakin pada mereka...

Tanpa Nama berkata...

Hadi punya kepala dah masuk air.... selagi dia dan yang fanatik macam dia berada dalam PAS, PAS akan ditolak rakyat. PRU14 akan melihat PAS jadi PUPUS.

Ubahlah wahai pemimpin Pas..... Parti Pas akan kalah besar dalam PU nanti kalau mahu bersendirian. Bersama Parti Ikatan yang mempunyai hanya 72 ahli tak akan membawa PAS ke mana pun. Join PH Join PH..... Please join PH dan lawan BN. Sekurang-kurangnya PAS boleh menang di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Cukuplah pada peringkat awal.

Kalau Pas mahu go solo....... parti ini akan hancur lebur dalam PU14. THINK... THINK... THINK PAs fellows.... THINK... Allah has given you all brains to think.... SO THINK.....

Tanpa Nama berkata...

"Why do we fall? So we can get up again." -Bruce Wayne father when he fell into the well.

Mat Safian berkata...

Penyokong PIS yg ada sekarang ada dikalangan yg masih tidak mendapat maklumat yg tepat ttg PH.
Mereka jg tak tahu pimpinan PIS dah bergabung dgn BN secara diam. PH perlu berusaha menarik semua penyokong PIS meninggalkan parti mereka dan kembali bersama PH.

Masa masih ada. Skrg ini, perubahan sokonga ahli dr PIS kpd AMANAH hanya berlaku dikalangan profesional dan ahli2 yg ambil berat perkembangan parti. Fasa kedua sedang berlaku, iaitu ahli PIS yg bersifat harum manis dan masih menunggu alasan2 yg kukuh utk meninggalkan parti PIS.

Pimpinan AMANAH perlu segera buat perancangan memastikan ahli2 PIS meninggalkan parti mereka.

Tanpa Nama berkata...

Sama ada suka atau tidak semua orang boleh nampak dengan jelas tanpa pas dalam pakatan,pembangkang tidak akan kemana2 sampai bila2.Pas tidak sekuat mana tapi tetap ada pengundi2 setia dari kalangan orang Melayu yg konsisten menyokong pas walau apapun berlaku.Pan setakat ini memang bukan tandingan pas.Semua yg mengundi pan adalah dari kalangan penyokong pakatan harapan yang terdiri dari dap,pkr dan sebahagian kecil bekas penyokong pas yg mungkin tak lebih 30%.Pan juga mendapat undi dari penyokong umno/bn yang anti najib.

Kalau ikutkan portion sokongan akarumbi mengikut ras di antara parti2 majoriti Melayu,pan berada di kedudukan terbawah.Mesti ramai akan kata aku penyokong hj hadi atau mahathir.Sebenarnya aku menulis berdasarkan kenyataan bukan setakat syok sendiri yg tak kemana.

Disebabkan masing2 ego dan tak cerdik berpolitik jauh lagi untuk bersatu aku cadangkan lebih baik pembangkang sedikit mengalah dan bertolak-ansur sesama sendiri.Apa yang pembangkang perlu buat adalah JANGAN buang masa,buang duit,buang tenaga bertanding tiga penjuru.CONFIRM 100% korang akan kalah sebab pecah undi.Cubalah belajar bertolak ansur sedikit.Di kawasan yang pas kuat atau kawasan tradisi pas sebelum kewujudan pakatan rakyat lagi, biarkan cuma pas saja bertanding mewakili pembangkang.Begitu juga sebaliknya.Tak perlu bodoh sombong masing2 perasan kuat pada hal rakyat meluat tengok korang cakap tak serupa bikin.

Cuba campurkan jumlah undi pan+pas dlm prk kali ini.Jumlahnya sangat memberangsangkan bukan.Korang mungkin kehilangan beberapa ribu undi dari pengundi2 atas pagar yg menyampah melihat gelagat pecah-belah korang.Jangan dipandang remeh pada pengundi2 atas pagar yg sebenarnya agak ramai.

Cubalah formula ini dulu untuk pilihanraya2 akan datang terutama PRU14.Selepas keputusan pru14 keluar nanti pakatan harapan boleh membentuk kerajaan campuran dengan pas sekiranya mendapat kerusi yg mencukupi.Aku tahu mesti ada yg kata hj hadi dan nik abduh mesti akan prefer buat kerajaan campuran dengan umno berbanding dengan PH.
Ya mungkin betul tapi sekurang2nya korang ada peluang yang lebih baik dan praktikal dari tak ada langsung.Lagipun itu saja pilihan yg pembangkang ada tanpa pas dalam pakatan.

Tanpa Nama berkata...

Xpayahla ajak pas.pas parti sombong bongkak xsesuai masuk bersama ph.kalau masuk ph lagi merosakkan ph yg skrg pun kelam kabut juga dek perangai azmin..biarkan pas mereput perlahan2.ph teruskan perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

Toksah la harap min tu.min pun perangai sama mcm hadi elok dua2 kasi tolak next pru

Tanpa Nama berkata...

Amanah ph kena kerja keras manghadapi next pru.tjukan semangat satupadu dlm ph supata rakyat mudah memilih.Kekalahan kali ini juga atas faktor ph sendiri xbersatu,rakyat masih teringat lagi brp kerusi Sarawak yg dap pkr berebut dan kalah sama2 padan muka.so rakyat nampak ph pun xsolid lagi.belum lagi dgn karenah Azmin. Ni semua pelajaran utk ph.xyah pandang pas lagi dah sbb xda guna harapkan bulan jatuh ke riba.biarkan bulan tu hanyut perlahan2.kalau ph masih sama perangai. Terima lah kenyataan selangor penang dan juga kelantan akan kembali kepada umno. Time tu menyesal xda guna dah.

Unknown berkata...

Salam:


Selama 2 minggu saya berkampung di SB(Seminggu) dan KK (seminggu),Apa yg dapat saya rumuskan,PH Kena buat banyak kerja utk menghadapi PR14 nanti.Amanah ibarat parti bayi yg masih dalam perut ibu,sementara PAS/UMNO umpama Atok/nenek yg banyak pengelaman.Walaubagaimanapun Amanah sekurang2nya,dapat bertapak,dari parti yg serba kekurangan,kepada parti yg suatu hari nanti akan mengantikan PAS,malah umno,insyallah.

3 Faktor kekalahan Amanah/PH:

1.kEKABURAN -Pimpinan PH:aNTARA dap/pkr:pergaduhan terang-terangan di Serawak,lepastu susulan di Semenanjung bila SPR Anounce 2 kekosongan,Pimpinan PH buat DEK,manakala orng lain sudah bersedia.KEKABURAN inilah yg menjadi PERSEPSI BURUK utk PH:hASIL observation saya,RAMAI pengundi TEGAR Pakatan BENGKEK/BENGANG/MELUAT,lebih kurang 10% duduk rumah/atau malas nak balik,saya call kawan saya yg bekerja diJB,agar balik mengundi di SB,jawapan yg diberi ialah dia tak NAK habiskan duit tambang balik semata-mata nak mengundi PH,Sedangkan pemimpin PH,Macam HAPRAK.Amanah rugi 4,000 Undi di SB,manakala lebih kurang 3,000 undi diKK.dISEBABKAN persepsi begini.

2.aMANAH/ph,Parti bayi,TIADA Base di SB dan kuala kangsar,GRASS-ROOT NIL,Tak seperti PAS /UMNO DAH SEBATI,ada sekolah pondok,tahfiz,markaz,pasti,manakala umno ada pejabat/balairaya/sekolah kemas.


3.Amanah/PH-kekurangan 4 M.mONEY,MACHINERY,MEDIA and mANPOWER.



Improvement/pembaikkan Jika nak hadapi PR14.


1.HQ PH:Kena memperbaiki kelemahan yg ada,pemimpin2 yg menyusahkan PH,kena DI PETI sejukkan mulai sekarang.Saifuddin Abdullah adalah layak menjadi,pemimpin yg menunjul sebagai ketua seketeriat PH.jika nak berunding kejersama dgn PAS,mulakan sekarang dan beri TARGET DATE,jika mereka enggan say byebye.Tinggalkan PAS.yG PENTING SEKARANG Kena BERANI TOLAK secara total PAS selangor ,kerana mereka musuh PH,bODOHNYA ph,memberi peluang PAS dlm kerajaan selangor,yg menjadi kantong bank pas/tin milo pas/:duit2 dari kerajaan selangorlah yg memberi pas tenaga untuk mengerakkan parti mereka ,untuk menentang PH????Jangan ulangi perbuatan BODOH yg sama,bila PR14 DUA TIGA MINGGU LAGI,BARU NAK BERUNDING DGN pas.Pimpinan PH,sudah ada strategy antara mereka,dapat memilih awal2 pemimpin yg nak bertanding di kawasan2 yg dipersetujuan.dan segala petugas2 gerakkerja kena lakukan sekarang.BERBINCANGLAH sekarang..biarlah bergaduh,baling2 buku sekarang,jangan semasa penamaan calon nanti.


2. Amanah:(contohi amanah melaka) Kenalah set-up base grass-root,sekarang boleh bermula, di SB dan KK.kALAU BOLEH base grass-root di set-up mengikut berapa banyak peti-peti undi.Pastikan setiap ketua,ada List nama2 pengundi di kawasan kita.INI WAJIB(dapatkan dari spr).

3. Kerajaan selangor kena pastikan,ahli-ahli Amanah,mengantikan ahli-ahli PAS,SAMADA EXCO,AHLI MAJLIS dan sebagainya.INI ADALAH MANDATORY.Disinilah nanti..4M Amanah PH.AKAN BERMULA.


warning ,pada pimpinan PH,jika tuan-tuan,tidak berbuat apa-apa,masih melkukan kesilapan yg sama,atau menunggu LAST-MINUTE,atau mengharapkan orang lain buat,FORGET ABOUT PR14.

sekian

dinULTRAMAN berkata...

Arah penyatuan dan penyingkiran akan menyemarak dalam PAS.
Ahli-ahli PAS akan bangkit mendesak pimpinan supaya berusaha menyatukan semula ahli-ahli dan penyokong PAS yang berada dalam AMANAH.
Ahli-ahli mesti memastikan pimpinan baru PAS mesti ditukar dan PAS mesti dpulihkan semula. Pemimpin yang menjadi ejen UMNO dalam PAS mesti dikeluarkan segera dari mana-mana saf pimpinan parti.

ghazali berkata...

Hairan walaupun kalah dikatakan menang tapi yang memerintah tetap memerintah. Bersatu tegoh bercerai bodoh!

Tanpa Nama berkata...

Selagi ada think tank pas mcm si zuhdi tu jgn haraplah...dialah pelingkup pascai sebenarnya...

Unknown berkata...

Sambungan

Gabungan dgn group2 Mahathir.

Saya mengharapkan Amanah/PH,MULAI SEKARANG,adakan meeeting dgn ketua2 cawangan umno pro mahathir,dapatkan pengelaman dari mereka,saya perhatikan,semasa group2 ini berkempen dgn pengundi totok melayu tiada follow-up dari group PH.cARA MEREKA CUKUP BERKESAN.Mereka boleh pergi direct dgn totok melayu kg.

sTRATEGY INI KENA GUNAKAN pada PR14 NANTI,salah satu cara EASY-access melayu totok kampong.

Tanpa Nama berkata...

Xyah la.hadi kepala segala masalah dlm pas.bermakna pas dh rosak dah skrg budaya memaki hamun dan anti pan dap sebaliknya mesra umno.

Tanpa Nama berkata...

Umno bn senyum lebar jea skrg sebab dpt mempergunakan pas utk mengalahkan PH, yg si pas tu sedar ke tidak mereka dipergunakan oleh umno bn? Wahai ahli2 pas bangkitlah dr lena tidomu...jgn walak mbabi buta...pikirlah sikit utk kebaikan umat seluruhnya...ego pun takkan ke mana...akhirnya umno bn jugak yg senyum...

JawaHill PM berkata...

Sabar separuh daripada iman .... tambahan bulan Ramadan ni.

awekaste berkata...

Elok Pas gabung dgn umno habis cerita dan pru 14 blok bn+pas vs blok pakatan harapan. Doa pas ambilah jln tersebut utk senang rakyat malaysia buat pilihan dlm pru 14 nanti. Wasalam

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni terlepas bas...baru bangun tidor...

Tanpa Nama berkata...


Nampaknyer kerajaan Pakatan Selangor perlu kemas Pejabat SUK Selangor sekarang. Lepas PRU 14 nanti, Geng2 BN nak masuk ofis tuu.... Percakaran yang tiada kesudahan dalam Pakatan... Rakyat dah mula Meluat........Menyampah tengok Ko-orang...... Asyik nak bercarakan jerr........

Tanpa Nama berkata...

ha ha nti confirm wire putus..

Malaysiabaru berkata...

Hahahaa buduh nya mat ni..

Baru nak bljr politik.. Ahli pas totok dia niii memyamar zuhdi atau Nik abudoh

1.mat , hanya ada satu cara.. Ganti semua saf pemimpin pas terutama Nik abudoh Nik memyamar tontontvi ding ayamg baru pakatan boleh duduk semeja

1. Empat ekor ostad timur tgh nih tidak akan berunding dan akn menurut segAla perintah umno

2. Azming mangkuk ali pecat exco pas. Sebab selagu ada exco pas maka pengundi selesa nak undi pas sebab ada masyook. Undi BN di persekutuan pun masyook undi paz d negeri pun maayoook

3. Buat pilihan pas atau amanah . Hapuskan pas jd mcm tahun 70an dan amanah bangkit jd gergasi. Azmin mangkuk boleh buat cuma takut . Tawakal allallah min ! HAPUSKAN P.I.S!

Tanpa Nama berkata...

Jangan berputus asa - teruskan perjuangan. Satu cdgan aku utk PRU atau mana2 PRK kalau ada selepas ni terutamanya di Kelantan & Terengganu AMANAH mesti menyertainya bagi memberi pengajaran kepada mana2 wakil PAS dan ahli PAS yg berdegil utk wala kepada pemimpin yang telah jelas terpesong dari matalamat perjuangan PAS. Kita telah Nampak PAS kini teramat sangat utk bermesra dgn UBN. Kalu pemimpin peringkat DUN dan kawasan pun degil sgt kerana tak kisah dgn pemimpin mereka yg nak bermesra dgn UBN kita buat pertandingan 3 penjuru. Kita tgk gapo dia boleh selepas tewas. Bakpo taksub sgt kepada pemimpin spt itu? Aku bukan nak kata AMANAH betul belaka, Kalu AMANAH ( PH ) pun buat perkara yg sama selepas diberi kuasa, sepak lah pulak - undi ditangan rakyat. Tak kanlah Allah tak nak jelmakan kpd Malaysia pemimpin yang baik. In sya Allah akan ada nanti pemimpin yg baik utk rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Jangan buang masa nak runding2 lagi dengan Pas, dah terserlah membuat kerosakan kapada Pakatan Rakyat, Pas dah boleh tutup kedai lah...

Tanpa Nama berkata...

Ada satu jer cara PAS boleh menyertai PH semula..... mari kita ramai doakan Haji Hadi diambil nyawanya oleh Allah... insyaAllah, PAS akan berubah selepas itu dan PH ada harapan untuk kuat semula.

(Dalam kisah yang masyur, Rasulullah pernah mendoakan supaya diambil nyawa beberapa orang yang menentang baginda, dan beberapa orang yang didoakan itu mati semasa Peperangan Badar)

Tanpa Nama berkata...

Mcmana nk mohon Allah tarik nyawa hadi cepat2...sakit jantung ker,jatuh kapalterbang ke jepun ker?

Tanpa Nama berkata...

Wayar otak dia dah lama putus cuma ada beberapa wayar lagi hampir nk putus...kalau putus semua alamat cepatlah dia ke tanjung rambutan.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt bro.ph xperlu salahkan pas atau umno, ph sendiri kena muhasabah diri tgk sendiri kelemahan ph, x Abis2 bergaduh sama sendiri mcm mane nk tawan putrajaya.aku pun kecewa dgn ph.harap ph segera btlkan kesilapan.kalau masih sama alamatnya next pru bn lg menang besar gst naik la 20% pun xpa rakyat jg jd mangsa sbb nk harapkan pembangkang mmg xblh harap..

Unknown berkata...

Itulah paspispus..

Unknown berkata...

Sorrry Malaysiabaru.. I really thought that you were not a Muslim..

Unknown berkata...

Dalam kes ini korang nak doakan kematian TGHA kerana menentang Lim Kit Siang?

Unknown berkata...

Pada pandangan saya pula kedua2 PRK benar2 membawa rahmat kpd PAS.. di mana diharap PAS tidak perlu menoleh ke belakang lagi kerana bimbang akan dibuli lagi oleh PR.

Spt yg kita dah jelas, PAS lebih kuat bersendirian jika dibandingkan dgn DAP bersendirian dan PKR bersendirian.. tak mahu komen pasal PAN bersendirian sbb semua org dah tahu..

Begitu juga bilamana PH telah mewujudkan precedent iaitu dgn melanggar kawasan PAS.. jadi PAS tak perlu malu2 alah lagi utk langgar kawasan PH pula pd PRU 14 nanti..

Saya ingin mencadangkan agar PAS bertanding di kawasan PAS yg sediada dan juga kawasan PKR yg pernah dipinjamkan kpd PKR sebelum ini.. manakala bagi kerusi2 PKR yg lain dan kerusi DAP, PAS letaklah calon parti gabungan Blok ke 3 tapi masih guna lambang PAS. Yg ada buat masa ni ialah parti Ikatan.. pastikan setiap jentera cawangan dan kawasan PAS di kawasan parti Ikatan bertanding digerakkan seluruhnya utk berhadapan dgn jentera BN. ini adalah bagus utk latihan kpd parti Ikatan atau parti gabungan yg lain kelak..

Tidak lupa juga kpd ahli2 bersekutu dlm Dewan Himpunan Penyokong PAS.. mereka ini jg boleh bertanding di kawasan DAP dan PKR utk berdepan dgn BN!

Itu shj yg dapat saya fikirkan buat masa ini..