5 Apr 2016

[VIDEO] Pelajar Dikatakan Dari Malaysia Dilaporkan Jatuh Semasa Sesi Penggambaran

Sekumpulan pelajar di Baghdad jatuh tangga pada sesi bergambar selepas graduasi

Dikatakan sekumpulan pelajar Malaysia dari Kulliyyah Farmasi, Universiti Baghdad, Iraq dilaporkan terjatuh dari tangga yang membariskan mereka secara bertingkat untuk sesi bergambar, dipercayai runtuh secara tiba-tiba menyebabkan semua pelajar jatuh terhempap antara satu sama lain.



Video yang memaparkan trajedi yang tidak disangka berlaku itu menunjukan sekumpulan pelajar sedang berdiri di atas beberapa tingkat anak tangga setinggi satu tingkat bangunan dan secara tiba-tiba anak tangga itu runtuh.

Video itu telah menjadi viral dan disiarkan oleh beberapa agensi berita antarabangsa termasuk Dailymail dan Russia Times (RT).

Ia kemudian dimuat naik oleh Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Lokman Noor Adam beberapa minit lalu di laman twitternya.

Beliau menyebut:" Berita awal yang kami terima, sewaktu sesi bergambar pelajar Malaysia yang bergraduasi di Mesir, tiba-tiba anak tangganya runtuh. Mudah-mudahan semua selamat," ujarnya lapor Malaysia Dateline.

Lokman Adam juga berkata kini masih dalam proses verifikasi dan mengharapkan semua pihak dan ahli keluarga pelajar yang terbabit bertenang.

Namun setelah GB membuat semakan di beberapa buah portal berita antarabangsa menyatakan kejadian itu berlaku di Baghdad beberapa hari lepas iaitu pada 30 Mac 2016 yang membabitkan pelajar kuliah farmasi, Universiti Baghdad, Iraq tetapi tidak disebut pelajar dari negara mana. Tiada kecederaan serius disebabkan runtuhan tangga berkenaan yang dibuat untuk sesi fotografi pelajar selepas graduasi berkenaan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


Syabas GB. kerana mendapatkan maklumat terlebih dahulu sebelum menyiarkan berita. Begitu juga GB menunggu 3 hari mengenai kenyataan PAS untuk saman Utusan berkaitan ucapan perkauman oleh Pemimpin PAS.

Jika di lihat cara pemakaian wanita-wanita dalam video tersebut memang ada gaya wanita dari Malaysia.

Bagaimanapun, jika betul kejadian musibah tersebut berlaku kepada pelajar Malaysia, sudah tentu kedutaan Malaysia yang mengeluarkan kenyataan.

GB hanya setakat mampu membuat semakan dengan berita portal. Sebagai Panel Pemikir sepatutnya kena berfikir lah untuk mengesahkan kejadian tersebut dengan kedutaan Malaysia.

Maaf... dah sebut janji PAS nak saman Utusan, apa ceritanya ?

Tanpa Nama berkata...

Janji dicapati..

Tanpa Nama berkata...

Hari selasa depan kut? Atau selasa berikutnya atau selasa berikutnya...